November 11, 2011

4 Pelik Tapi Benar - Kerajaan Negeri Kelantan MengiIklan Dalam Utusan Malaysia


Inilah yang dikatakan benci tapi rindu. Di dalam Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan juak-juak PAS daripada membaca akhbar Utusan Malaysia dan sesekali melarang wartawan dari media berkenaan membuat liputan di Kelantan, alih-alih hari ini Kerajaan PAS Kelantan telah menempah satu muka surat penuh dalam bentuk pengiklanan di dalam akhbar berkenaan untuk Sembah Tahniah semperna Keputeraan Sultan Kelantan.

Pelik Tapi Benar! Inilah realiti PAS PIS PUS.

November 10, 2011

3 Chef Wan Mempunyai Harga Diri Lebih Tinggi dari Lim Guan Eng


Sebak dan terharu membaca posting terbaru Chef Wan di dalam laman sosial Facebooknya. Beliau sedikitpun tidak membela kesalahan anaknya, Chef Riz, seorang juri di dalam rancangan popular Masterchef, yang melakukan kesilapan dengan mempropa secara berlebihan "Curriculum Vitae  (CV)"nya yang disiarkan di laman web Masterchef. Baca pendedahan The Malaysian Insiders, di sini. Bukan mudah bagi seorang Bapa untuk tidak membela dan mempertahankan anaknya yang melakukan kesilapan. 


Teringat saya kes "raba dan ramas" anak Ketua Menteri Pulau Pinang. Kita tidak pasti sama ada kes itu adalah fitnah semata-mata, kerana sehingga ke hari ini tidak ada sepatah harampun penafian daripada Lim Guan Eng bahawa anaknya TIDAK melakukan perbuatan seperti yang didakwa. Sebaliknya, Guan Eng dan juak-juak Pakatan Haram hanya terus menyerang dan mempertahankan anaknya.

Dua sifat Bapa di atas adalah contoh yang terbaik yang patut dikongsi. Seorang bapa ingin mendidik anaknya supaya belajar menghadapi segala masalah yang berpunca dari dirinya sendiri, belajar mengakui kesilapan dan mengambil iktibar apa yang berlaku. Manakala seorang lagi bapa lebih suka "menyembunyikan" perbuatan anaknya untuk mengelakkan diri dan keluarga menanggung malu. Kaedah manakah yang terbaik tuan puan rasa sekiranya tuan puan mempunyai anak?

Saya hormat Chef Wan. Beliau seorang bapa yang baik. Buat Chef Wan, Chef Riz adalah anak yang baik. Tiada apa yang perlu untuk dimalukan sekiranya kita mengaku kesalahan yang dilakukan. Chef Riz sudah mengaku kesilapannya dan meminta maaf. Beliau pasti akan bangkit daripada "hiccup" ini dan beliau akan belajar dari kesilapan yang beliau lakukan.  InsyaAllah.

4 Apabila Pengarang Eksekutif The Star Menggelarkan Polis Trafik Sebagai "Penguins"


Mungkin kita dapat terima apabila seseorang Rakyat Malaysia tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan anggota Polis Trafik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), menjaga keamanan, kelancaran trafik dan memudahkan perjalanan kita setiap hari. Namun agak keterlaluan apabila mereka mula menggelarkan Polis Trafik ini dengan nama binatang seperti "Penguin". Jauh lebih keterlaluan sekiranya gelaran ini diberikan oleh orang yang ada nama dan pengaruh.

Saya tidak pasti apa tujuan Datuk Wong Sai Wan, Pengarang Eksekutif akhbar The Star, menggelarkan anggota Polis Traffik sebagai "Penguin". Apakah beliau bermotifkan untuk menghina atau cuba mempersendakan karier anggota PDRM. Mungkin, Datuk Wong berfikir, beliau dan keluarganya tidak akan memerlukan pertolongan PDRM seumur hidupnya.

November 9, 2011

0 MP BN Sibuk Di Parlimen, AnuWar Ibrahim & MP PKR Sibuk Makan-Makan Di Hotel

Sedang ahli-ahli MP BN sibuk bersidang di Dewan Rakyat sehingga lewat malam, Ketua Umum P"Gay"R dan rakan-rakan MP dari P"Gay"R sibuk menjamu selera dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina dalam Majlis Makan Malam dan Dialog di sebuah hotel di Subang Jaya. 

Antara nama-nama MP yang ponteng persidangan dewan malam semalam selain AnuWar Ibrahim termasuklah Tian Chua dan Azmin Ali. Mereka sibuk hendak memotong gaji Perdana Menteri. Bagi CTS, gaji mangkuk-mangkuk hayun inilah yang sepatutnya dipotong kerana selalu ponteng perbahasan dan persidangan dewan.

Inikah cara AnuWar Ibrahim & Co memegang amanah pengundi-pengundi mereka? Bukankah tugas ahli MP adalah berada di Dewan Rakyat untuk berdebat dan berbahas sewaktu persidangan dewan berlangsung? Kenapa curi tulang? Kenapa makan duit elaun haram dengan ponteng perbahasan dewan malam semalam?

P"Gay"R selalu melaung-laungkan mereka parti pelbagai kaum. Kenapa mesti diadakan dengan pemimpin-pemimpin Cina tanpa ada kaum lain di dalamnya. Bukankah ini rasis? Depan kaum Cina, puji mereka melangit, depan kaum India, kaum Indialah Raja dan depan kaum Melayu, sujud sampai bengkak dahi. Inilah karekter "Chameleon" yang cukup baik dibawa AnuWar Ibrahim. Masakan tidak, beliau pernah berkata, "Anak India, anak saya, anak Cina anak saya ..."



AnuWar Dengan Pengerusi Dong Zhong


November 8, 2011

5 Lim Guan Eng Buang Tebiat Tukar Rambut Ala Melayu

"Politic Is All About Perception". Itu kalimah terbaik untuk sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik. Ahli politik mesti berbuat baik dan lebih penting wajib kelihatan atau dipandang baik. Persepsi inilah yang cuba ditanam dan dimainkan berulang kali ke dalam minda Rakyat oleh ahli-ahli politik Malaysia dari kedua-dua belah pihak, Kerajaan dan Pembangkang.

Terbaru, agak menarik persepsi yang cuba dipaparkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, apabila beliau cuba mengubah "style" rambutnya untuk kelihatan lebih keMelayuan. Lim Guan Eng tahu, beliau pasti tidak berupaya untuk memenangi PRU13 tanpa undi Melayu. Selepas imejnya yang tercalar hebat di kalangan bangsa Melayu khasnya di Pulau Pinang, beliau tahu, beliau harus membuang sedikit demi sedikit, imej Cina Bukit yang kental di dalam jiwa dan perwatakannya.

Memetik kata-kata Roketkini:

Baru-baru ini, selepas kes fitnah anaknya di sekolah menengah oleh juak-juak UMNO, Guan Eng dilihat sedikit berbeza dengan penampilan wajah yang baru. Penampilan yang baru ini kali pertama disedari beberapa hari sebelum perayaan Deepavali baru-baru ini.
Perubahan yang kita maksudkan adalah gaya rambutnya. Apabila kita melihatnya kita rasakan ada sedikit kelainan, tetapi bagi yang kurang peka, mereka tidak dapat mengagak apa yang telah berubah. Tanpa apa-apa rawatan, tanpa sebarang kos, modalnya hanyalah sikat dan sekeping cermin muka. Dan ia berjaya, nampak kemas dengan ‘mood’ baru.
Gaya rambut Guan Eng dahulu kelihatan terlalu ‘kemas’ seperti gaya ‘cikgu sekolah’ tahun 70-an dengan sisiran rapi berkilat kesan dari minyak rambutnya, menjadikan beliau begitu ‘Cina’ yang skema. Kini dengan gaya sisiran yang baru yang tidak lagi kelihatan licin berminyak, ia tidak lagi ketara tekstur belahan rambutnya. Kata orang, gaya rambutnya sekarang mirip cara sikatan kebanyakan orang Melayu? Ringkas, sederhana dan nampak ‘cool’.

Gambar Bawah Sekali Adalah Imejnya Yang Terbaru

3 Wajib Bagi Bukan Islam Seperti Teressa Cock Dan Tian Chua Menguruskan Korban

Wajib bagi bukan Islam untuk turut sama di dalam upacara Qurban pada Hari Raya Qurban atau Hari Tashriq. Sunat muaakad sekiranya mereka turut sama mengedarkan dan melapah daging-daging Qurban. Adalah afdal bagi bukan Islam mendekati Islam dengan cara ini, kata juak-juak PAS dengan bersungguh-sungguh. Cumanya, fatwa bagi menyembelih haiwan qurban oleh bukan Islam masih belum dikeluarkan oleh ularmak-ularmak PAS. Tak tahulah esok lusa bagaimana.

Inilah fatwa terbaru yang bakal dikeluarkan oleh juak-juak PAS bagi menghalalkan penglibatan pemimpin politik DAP, Teressa Kok dan Tian "Gigit Telinga" Chua dalam menguruskan ibadat qurban baru-baru ini. CTS sudah malas nak campur tangan dengan fatwa-fatwa sesat PAS ni. Sudah banyak kali Islam dipermainkan semata-mata untuk menghalalkan cara  memberikan promosi politik percuma kepada kafir DAP harbi ini.



November 6, 2011

3 Panas Berapi! Anak ADUN PAS Disyaki Terlibat 5 Kes Samun 7-Eleven

Panas! Panas! Panas! ADUN-ADUN PAS sibuk memuaskan nafsu dengan berkahwin dua tiga sedangkan anak-anak sendiri terbiar, melarat dan ada yang bakal jadi penjenayah.

Terbaru, anak lelaki kepada salah seorang ADUN PAS Kelantan ditahan polis malam tadi, malam raya Aidil Adha pulak tu, kerana disyaki terlibat dengan 5 kes samun premis-premis 7-Eleven sekitar Kota Bharu.

Nak tahu ADUN PAS Kelantan yang mana? Saya bagi petunjuk:

1. ADUN ini berkahwin dengan seorang warga Kemboja.
2. Isterinya sangat cantik dan sekarang ADUN berkenaan sedang dalam kes saman nafkah dari bekas isterinya.
3. Bekas isterinya menuntut cerai dengan nilai jutaan Ringgit Malaysia.

Bapa ada harta jutaan ringgit, anak disyaki merompak. Apa nak jadi Ustaz-Ustaz PAS ni.

Cuba teka, ADUN yang mana ye?

Takebeeeeeeeer!!!!

Sekadar Gambar Hiasan

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates