September 24, 2011

2 Kenaikan Harga Sewa Lot Niaga Kompleks PKNS - Cara Halus Khalid Gagap Menghalau Peniaga Melayu


Kompleks PKNS adalah satu nama sinonim dengan peniaga Melayu. Walaupun bangunannya tidak secantik dan semewah pusat-pusat perniagaan lain seperti The Pavillion, Mid Valley, SACC dan KLCC, namun di sinilah ramai peniaga dan usahawan Melayu berniaga. Tidak dapat tidak di sinilah pusat perniagaan orang Melayu yang boleh dibanggakan seperti mana Pekan Rabu di Alor Setar.

Keputusan Kerajaan Pakatan Haram di bawah pentadiran YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menaikkan kadar sewa pejabat dan lot kedai di situ bermula Januari 2012 ternyata menekan peniaga-peniaga Melayu di situ. Peniaga-peniaga di kompleks berkenaan telahpun menerima surat kenaikan sewaan berkenaan 12 September lepas. Tidak dapat tidak pengunjung pasti akan mengalami tempias yang sama apabila terpaksa menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat kenaikan kadar sewa.

Inilah natijah yang bakal dihadapi akibat daripada kerakusan Kerajaan Pakatan Haram Selangor membuat urusniaga "penjualan" tiga aset milik PKNS iaitu Kompleks PKNS, SACC Mall dan Menara PKNS di Petaling Jaya kepada sebuah syarikat pelaburan, Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT).

Usaha Kerajaan Pakatan Haram Selangor "menjual" kompleks kepada syarikat pelaburan untuk proses pengubahsuaian kompleks berkenaan menjadi moden, mungkin atas sebab untuk pulangan yang lumayan sebelum mereka disingkirkan oleh Rakyat Selangor dalam PRU13. Namun, penulis melihat ini sebagai satu usaha halus dan agenda tersembunyi Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk meminta peniaga-peniaga Melayu untuk keluar secara sukarela sekiranya tidak mampu dan enggan menerima kenaikan kadar sewa yang baru.

Penulis merayu kepada Masyarakat Melayu di Selangor, insaflah. Inikah yang anda mahukan untuk anak cucu kita pada masa hadapan? Dihalau dan merempat di bumi sendiri. Menjual nama dan harga diri atas tiket politik? Berubahlah atau anda akan diubah!!!

September 23, 2011

1 Nik Aziz Main "Hi, Hi, Bye, Bye" Dengan DAP

Kawe Sokong 1Malaysia ... hehe.
Pas tetap akan menubuhkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum hudud biarpun tidak mendapat sokongan daripada sekutunya dalam pembangkang iaitu DAP. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak kisah sekiranya DAP mahu meninggalkan pakatan pembangkang disebabkan perkara tersebut. Pada masa sama, beliau berkata, Pas tidak perlu lagi berdialog dengan DAP kerana ia telah diadakan beberapa kali, malah pemimpin parti itu telah memahaminya. Katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) semalam:
“Berapa kali jumpa dah, DAP sudah keluar sekali masa Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu, saya kata tidak apa (keluar), saya kata bye-bye, tidak apa. Sekarang dia (DAP) masuk balik, kalau dia keluar balik, dia punya pasallah!”
Ini skrip terbaru sinetron murah Pakatan Haram ke?

Tetiba Peliwat Tegar dan Peminat China Doll pun turun sama menyokong Hudud.

Ini sinetron terbaru untuk menutup keceluparan dan kontroversi Timbalan Presiden PAS?

Kejap Negara Berkebajikan, Kejap Negara Islam

Lepas ni "scene" Lim Kit Siang dan Karpal Singh pula

"Scene" terakhir AnuWar Ibrahim pasti jadi pendamai

Hari ini dan esok bergaduh besar, esok berdakapan dan cium mulut kembali.

Sediakan pop corn dan tisu banyak-banyak. 

Filem ini dijangkakan akan mengalirkan banyak air mata dan air hidung.


Camera roll on! Screen 20 Take 1 ... and ... Actionnn!

September 22, 2011

3 Amat Malang Kementerian Pengajian Tinggi Mengamalkan Konsep Kera Disusukan Dan Diskriminasi Gender

Penulis terpanggil untuk memberi komen ke atas beberapa surat-surat pembaca yang disiarkan oleh akhbar-akhbar utama mengenai rungutan Ibu Bapa dan Penjaga mengenai ketidakpuasan hati mereka dengan cara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menguruskan rayuan kemasukan pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi / STPM / Diploma untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Institusi-Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

KPT telah menerima sebanyak 30,414 permohonan rayuan untuk kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Setaraf (Ijazah Pertama) Sessi Akademik 2011/2012. Daripada jumlah itu, 16,159 permohonan rayuan diterima daripada lulusan Diploma atau setaraf, 12,183 lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), 1,057 lulusan matrikulasi dan asasi, manakala 1,015 lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Seorang pembaca Utusan Malaysia yang mengelarkan diri Pedang Bertuah, di dalam ruangan Surat Pembaca menulis di bawah tajuk "Keluhan Pelajar Matrik" menyarankan agar KPT menutup sahaja pusat matrikulasi sekiranya KPT gagal untuk menyediakan tempat bagi pelajar-pelajar Matrikulasi yang cermerlang ke IPTA. Beliau menulis:
Sememangnya kementerian cuba berlaku adil dengan memberi peluang para lepasan STPM dan Diploma yang turut bertungkus lumus belajar untuk mendapat tempat di universiti. Namun demikian, jangan dinafikan hak pelajar-pelajar Matrikulasi ini kerana beradanya mereka di Matrikulasi ialah sebagai habuan atas usaha keras mereka semasa di peringkat SPM dulu. Jika melihat dari sudut lain pula, siapakan lebih teraniaya antara ketiga-tiga golongan ini sekiranya tidak mendapat tempat ke universiti? Para pelajar diploma sudah boleh selesa menjawat jawatan pegawai dengan diploma yang disandang. Pelajar-pelajar STPM sudah semestinya lebih bernasib baik berbanding pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpaksa mencari kerja hanya berbekalkan sijil SPM. Sekiranya hendak berbicara tentang prinsip adil pula, saya cadangkan tutuplah sahaja Pusat Matrikulasi dan biarkan semua pelajar bersaingan melalui STPM. Janganlah menganiaya pelajar-pelajar ini dengan membiarkan mereka menghabiskan dua semester untuk belajar tanpa mendapat apa-apa pulangan selain kerugian masa dan duit kerajaan.
Seorang pembaca seterusnya yang mengelarkan diri Anti Kera Disusukan, menulis di ruangan yang sama di Utusan Malaysia, bertajuk "Di mana Had Kemasukan Pelajar Asing" telah mempertikaikan cara IPTA dan KPT mengagung-agungkan pelajar-pelajar asing semata-mata untuk menaikkan taraf dan rating universiti berkenaan. Beliau menulis:
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini dalam suatu ucapannya telah menyatakan bahawa terdapat seramai 24,214 daripada 86,919 pelajar antarabangsa yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berada di universiti awam buat masa ini. Hal ini sekali gus telah "merampas" tempat pelajar tempatan. Bayangkan, dengan 20 jumlah IPTA yang ada, secara puratanya sebuah IPTA dihuni oleh kira-kira 1,211 pelajar asing! Malah, tambah beliau jumlah pelajar antarabangsa itu akan meningkat setiap tahun! 
Kenyataan beliau dalam Persidangan Pengurusan Pelajar-pelajar Antarabangsa 2011 di Kuala Lumpur memberi makna kepada kita bahawa terdapat 28 peratus pelajar asing berada di universiti awam.Tidak hairanlah apabila ruang untuk pelajar lepasan matrikulasi semakin terhad seperti yang telah didedahkan oleh Pedang Bertuah. Mereka bukan sekadar bersaing secara sihat sesama mereka tetapi dalam masa sama paling sakit berebut tempat dengan pelajar asing dalam keadaan yang amat tidak adil.Tidak hairanlah apabila ruang untuk pelajar lepasan matrikulasi semakin terhad seperti yang telah didedahkan oleh Pedang Bertuah. Mereka bukan sekadar bersaing secara sihat sesama mereka tetapi dalam masa sama paling sakit berebut tempat dengan pelajar asing dalam keadaan yang amat tidak adil.
Kedua, bagaimana pihak KPT telah berusaha menangani keciciran modal insan pelajar-pelajar tempatan yang cemerlang untuk mendapat tempat di IPTA. Oleh itu, mohon penjelasan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyatakan sejauh mana had pengambilan pelajar antarabangsa ditetapkan.Jika salah satu sebab kemasukan ribuan pelajar asing itu kerana didorong mahu mencapai penarafan (ranking) universiti, hal itu amat memberi impak buruk seperti yang telah ditegaskan oleh bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob dalam ruangan ini pada 19 September lalu.Jika salah satu sebab kemasukan ribuan pelajar asing itu kerana didorong mahu mencapai penarafan (ranking) universiti, hal itu amat memberi impak buruk seperti yang telah ditegaskan oleh bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob dalam ruangan ini pada 19 September lalu.
Sebuah artikel di dalam Berita Harian telah mengkritik KPT kerana melaksanakan diskriminasi gender iaitu menurunkan syarat kemasukan ke Universiti semata-mata untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar lelaki yang rata-ratanya mendapat keputusan yang rendah. Salbiah Ani dalam artikel bertajuk "Salahkah Pelajar Perempuan Cemerlang" menulis:
Seperkara lagi apabila bercakap mengenai peluang kemasukan ke universiti dan kursus kritikal juga, rakyat Malaysia bosan dengan alasan pelajar perempuan terlalu ramai dan perlu diseimbangkan dengan kemasukan pelajar lelaki. Kalau pendekatan mengutamakan pelajar lelaki daripada perempuan kerana mereka aset penting negara, jadi apa yang akan berlaku kepada ibu bapa yang kebetulan anak mereka semuanya perempuan? Apakah kita mahu kembali ke zaman jahiliah yang hanya mengiktiraf anak lelaki sehingga setiap anak perempuan yang dilahirkan di muka bumi ini cuba dilenyapkan kehadiran mereka? Apakah kita mahu sejarah kebiadapan manusia yang tidak bertamadun itu berulang. Alasan ini berbaur gender dan mengapa mesti pelajar perempuan dimangsakan hanya kerana kegagalan pelajar lelaki untuk tampil cemerlang sehingga pelajar perempuan pula yang mesti menjadi batu loncatan kejayaan mereka dan dilayan sebagai warganegara kelas kedua? 
Kita tidak mempertikaikan keputusan KPT sekiranya permohonan pelajar-pelajar berkenaan gagal kerana tidak memenuhi syarat am kemasukan ke IPTA, tetapi ianya menjadikan satu perkara yang merugikan negara sekiranya permohonan mereka gagal ekoran memohon kursus kritikal dan popular, KPT lebih mementingkan pengambilan pelajar asing demi menaikkan taraf rating universiti dan jumlah pengambilan yang dihadkan memandangkan keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar lelaki yang "bodoh" yang hanya mendapat keputusan cukup makan demi untuk menyamaratakan perbezaan gender!



Apa yang menyedihkan Timbalan Menteri, KPT, Dato Saifuddin Abdullah sibuk mempromosikan dirinya dengan idea penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan Politik Baru sebagai modal survival politik sebaliknya beliau gagal dalam menyelesaikan masalah berbangkit seperti yang diutarakan di atas. Dato Saifuddin termasuk Menteri berkenaan, Datuk Seri Khaled Nordin seharusnya digugurkan daripada barisan kabinet DS Najib atau ditukarkan ke Kementerian yang tidak melibatkan masa depan anak bangsa.

September 21, 2011

12 Tahniah Mat Sabu Mempunyai Anak Lelaki Yang Mewarisi Mulut Cabulnya

PDRM hari ini menafikan dakwaan anak lelaki Mat Sabu, Ahmad Saiful Islam, 23 tahun, bahawa pihak Polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka. Semalam, ketika ditemubual wartawan yang hadir ke rumah mereka di Shah Alam, beliau dengan penuh emosi berkata, "Saya yakin ini kerja polis. Kalau berani tulis!" 

Penulis tidak pasti sama ada rumah Mat Sabu di Shah Alam adalah diduduki oleh bini tuanya atau bini mudanya. Ini disebabkan kedua-dua bini Mat Sabu bernama Normah. Ketika kejadian, Mat Sabu tiada di rumah kerana ada program di Pulau Pinang manakala bini beliau Normah, berada di Perlis menjaga ibu dan ayahnya yang sakit. Hanya anak perempuan Mat Sabu, Nurul Huda, 28 tahun, tinggal bersendirian semasa masa kejadian.

Menurut Nurul Huda, beliau terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah kira-kira pukul 12 tengah malam diikuti dengan  bunyi pintu pagar dibuka tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka adiknya, Ahmad Saiful baru pulang. Kalau mengikut cerita anak perempuan Mat Sabu, kita dapat menyimpulkan anak lelaki Mat Sabu selalu pulang lewat malam. Pulang tengah malam? Bekerja ke? Berceramah ke atau berhibur? Hanya beliau dan Allah saja yang tahu.

Kalau betul pun tindakan ini didalangi oleh pihak Polis, takkan "penjenayah" berkenaan hanya menggunakan minyak tanah sahaja. Pagar besi hendak dibakar dengan minyak tanah? Baling pula ke pagar besi di luar rumah dan tidak terus dibaling ke dalam rumah atau terus ke atas rumah kalau betul ianya berniat jahat. Tak professional langsung.



Tinjauan penulis semalam ke rumah Mat Sabu mendapati kerosakan yang dialami akibat kebakaran yang kononya dihasilkan oleh bom "molokov cocktail" tersebut adalah amat minima. Penulis juga hairan sekiranya PDRM dikaitkan dengan kebakaran tersebut. Rumah Mat Sabu yang terletak di Jalan Belat 3, Jalan 19/32C, Seksyen 19, Shah Alam merupakan kawasan perumahan teres murah yang terawal di Shah Alam. Kedudukan jalan di perumahan tersebut yang sempit, kedudukan perumahan yang berdekatan dan bersesakan antara satu sama lain dan keadaan masyarakat Melayunya yang sentiasa mengambil berat konsep kejiranan tidak memungkinkan ada pihak luar yang berani untuk melakukan sedemikian rupa.

Mat Sabu mempunyai anak lelaki yang mewarisi sifat-sifat kelantangan, keceluparan dan kecabulan mulut ayahnya. Manakala anak perempuannya yang dikatakan merupakan seorang peguam muda pula mewarisi wajah dan tubuh bapanya yang cantik dan menawan. Cukup pakej! Bapa borek, anak rintik kan? Kemana hendak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.


September 19, 2011

6 Protes Jalanan Di Indonesia Dengan Memakai Skirt Pendek - Ambiga Tolong Jangan Buat

Ekoran kenyataan "sexist" daripada Governor Jakarta, Indonesia, Fauzi Bowo, wanita-wanita di Indonesia telah turun di jalanan untuk menuntut keadilan dengan memakai skirt sebagai tanda protes. Ini berikutan kenyataan Governor berkenaan yang disiarkan oleh The Jakarta Post yang menyiarkan kenyataan beliau meminta kaum wanita agar berpakaian sopan untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa pihak yang berniat jahat. Kenyataan beliau dikeluarkan ekoran kes terbaru di mana seorang wanita dirogal beramai-ramai (gang-rape) di tempat pengangkutan bas awam.




Sekiranya protes jalanan dengan memakai skirt pendek ini hendak dilakukan di Malaysia, kita berharap agar kumpulan ini tidak diketuai oleh Ambiga ataupun Elizeberth Wong. Carilah ketua wanita yang lain yang sedap mata memandang. Barulah mendapat sokongan ramai.

September 18, 2011

2 Demi Mercedes Mewah, MB Kedah Sudah Mula Belajar Berbohong



Tidak sampai 24 jam pendedahan kami mengenai kereta mercedes mewah MB Kedah, hari ini di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Utara, MB Kedah sudah mula membuat penafiannya.

MB Kedah kelihatan cuba memperbodohkan Rakyat dengan penafiannya. MB Kedah menafikan kereta Mercedes KCK 8 bukanlah kereta rasminya sebaliknya kereta itu didaftar atas nama individu.

Nampaknya Ustaz Azizan bukan sahaja bernafsu besar sebaliknya kaki kelentong juga. Yang kami dedahkan bukan Mercedes bernombor plet KCK 8 sebaliknya KCX 8. Pendedahan kami siap dengan 3 gambar yang jelas dengan paparan nombor plet (Rujuk posting CTS sebelumnya). Jelas Usataz Azizan sudah kantoi!

Published with Blogger-droid v1.7.4
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates