September 16, 2011

12 Bernafsu Besar Juga MB Kedah Pakai Mercedes Plat Satu Digit Guna Duit Rakyat




Pergh! Penulis sangkakan selama ini MB Kedah, Menteri Besar negeri kelahiran Penulis adalah seorang MB yang terbaik di antara MB-MB Pakatan yang lain. Selama ini selain dari sifat "chege" (pemarah) nya, Penulis tidak nampak apa kekurangan yang ada padanya. skandal dan gossip jauh sekali.

Namun maklumat yang Penulis dapat amat mengejutkan. MB Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak yang Rakyat Kedah mesra memanggilnya Ustaz Azizan membuat satu kejutan besar. Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan telah membeli kereta rasmi untuk MB Kedah dengan harga lebih kurang RM600,000.

Rupa-rupanya ulama-ulama PAS bernafsu juga ye hendak memakai kereta besar? Nombor plet satu digit pulak tu! Sebenarnya tidak salah nak pakai kereta apa sekalipun asalkan ianya datang dari titik peluh sendiri. Masalahnya kereta berkenaan dibeli dengan wang perbendaharaan negeri dan didaftarkan atas nama Kerajaan Negeri Kedah. Yang menyedihkan, setelah kereta ini dibeli, ianya takut hendak digunakan kerana takut ianya akan dijadikan isu. Tak ke membazir namanya tu!!!

5 Apakah "Transformasi" DS Najib Bakal Mengembalikan Undi Pro Pembangkang?

"Tahniah" kepada DS Najib Tun Abdul Razak kerana "berani" membuat perubahan besar dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Buang Negeri dan akan juga membentangkan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat ditamatkan. Semua pihak memberikan reaksi masing-masing sama ada pro atau kontra. Namun, penulis lebih berminat dengan apa yang diperkatakan oleh mentor penulis, Dato' Shamsuddin Nawawi:
"Mansuhnya atau pindanya sesuatu undang-undang bukanlah melalui pengumuman oleh PM di RTM. Ianya mesti dibuat di Parlimen setelah ada usul, dibahaskan dan diluluskan dengan undi majoriti. Kuatkuasanya pula mestilah mendapat perkenan yang Di Pertuan Agong terlebih dahulu dan digazetkan. Sehingga semua itu berlaku, semua undang-undang yang disebut oleh PM itu masih berkuatkuasa dan terpakai. Jangan pula dibebaskan tahanan yang sedia ada. Kedaulatan undang-undang mesti dipertahankan."
Penulis melihat dan berpendapat transformasi politik yang cuba dilakukan oleh PM semalam adalah satu tindakan "desperate" Kerajaan untuk mendapatkan kembali undi pro pembangkang. Mengapa penulis berkata demikian? 

1. Apakah yang difahamkan dengan transformasi politik? 

Satu perubahan besar dalam iklim politik dan pentadbiran negara. Sesuatu yang baru dan segar di mata Rakyat dan bercanggah dengah norma dan tacara perjalanan semasa pentadbiran. Kalau tidak masakan Pejabat Perdana Menteri bersedia menerima kunjungan Namewee yang mendapat tentangan dari majoriti Rakyat. Ini semata-mata PM mahu jadi unik dan bertentangan dengan kehendak majoriti yang menyokongnya.

2. Pihak mana yang kerap mendesak transformasi politik? 

Pembangkang semestinya. Merekalah yang menjuarai isu ini. Ini dapat dilihat melalui demonstrasi jalanan, usaha tanpa jemu di siber maya dan sebagainya. Mereka ini adalah pencetus era pembaharuan demi untuk membezakan mereka dengan Kerajaan. Nak mengharapkan Pak-Pak Menteri dan Timbalan Menteri di dalam Kerajaan. Jadi Pak Angguk bolehlah. Nak buat perubahan macam mana. Hari-hari "Yes Boss", Ökay Boss", "No problem Boss". Secara tidak langsung, penghapusan akta-akta di atas memberi impak positif kepada pembangkang.

3. Apakah penghapusan akta-akat di atas merupakan perkara baru?

Tidak! Pembangkang telahpun meletakkan iltizam mereka untuk menghapuskan akta-akta ini di dalam Buku Jingga mereka. Sekarang Kerajaan pula terjerat apabila pembangkang mendakwa bahawa Kerajaan menceduk dan mengambil idea mereka. Apakah mereka salah? Tidak. Ini adalah kerana tanpa desakan dan usaha keras pembangkang, apakah Kerajaan mahu berubah?

Apakah kredibiliti PM semakin meningkat dan undi yang selama ini berada di pihak pembangkang dengan berubah ke arah dengan menyokong BN, dengan "transformasi" yang kononnya merupakan satu pembaharuan ke arah masa depan yang lebih cemerlang? Mungkin ya dan mungkin tidak. Penyokong-penyokong Kerajaan yang selama ini mendokong undang-undang dan akta yang sedia ada merasa terpukul dengan pengumuman semalam. 

Mereka merasakan sokongan mereka tidak mendapat tempat di hati PM dan barisan kabinetnya. Mereka merasakan PM lebih cuba "menyusukan kera di hutan dan membiarkan anak di rumah mati kelaparan". Apakah golongan ini akan menjadi "silent voters" dan akan membuat keputusan yang memberi impak negatif ke atas BN di dalam PRU13 yang akan datang sebagaimana yang mereka lakukan di dalam PRU yang lepas? Hanya masa yang menetukannya.

Selama ini kita mencemuh Buku Jingga. Sekarang marilah sama-sama kita membelek kembali apa yang terkandung di dalam buku tersebut kerana tidak mustahil banyak lagi perkara yang akan di"ambil" dan di"ceduk" oleh Kerajaan. Kita tidak mahu diri kita terperangkap dan kita merasa diperbodohkan bila sampai masanya nanti.

Apa pelajaran yang saya dapat dari semalam? "Adalah lebih baik jika kita menentang Kerajaan kerana suara kita akan mendapat perhatian dari Kerajaan daripada kita bertungkus lumus mempertahankan mereka dan kita dipinggirkan". Buat kali terakhirnya, saya ingin bertanya kepada PM kita, apakah lagi Akta yang sedia ada yang beliau mahu hapuskan atas nama "transformasi"? Saya berani bertaruh, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan menjadi akta seterusnya yang akan dibakulsampahkan. Ini berikutan desakan kuat pembangkang, ditambah dengan sokongan dari dalam terutama dari Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi.

Semoga PM dan barisan Kerajaan mendapat "keuntungan politik" kesan daripada "transformasi" yang mereka lakukan semalam. Kita tak mahu apa yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Wallahualam.

0 Miss Bikini World Award 2011 Di Pulau Pangkor? Bior Betul Yeop!


Iklan di atas CTS ambil dari suratkhabar The Star semalam. Dalam banyak-banyak anugerah, "Miss Bikini World Award 2011" yang nak diadakan di Pangkor Island Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak. Bior betul ni yeop. Teman ni tak adelah kolot sangat. Tapi agak-agaklah. Pesta mandi buih, pesta bikini, pesta gay teman rasa tak perlu kot untuk industri perlancongan Malaysia? Tak perlu pun ada pertandingan berbikini ni Yeop, teman selalu juga bercuti di sana. Benda-benda tinggalan penjajah ni pelan-pelan kita buang ye Yeop?

Minta sesiapa yang rapat dengan MB Perak, DS Zambry tu agar dapat memberitahu beliau tentang perkara ini. Teman yakin beliau akan membatalkan pesta berkenaan. Kita tak mahu nama MB Perak mashyur dengan sebab yang bukan-bukan. Nga-Ngeh-Nizar 3 beradik sedang menunggu DS Zambry untuk melakukan kesilapan tu yeop!

September 15, 2011

20 Zaharin Mohd Yasin aka Sang Kelembai Wajar Dipecat Dari UMNO ... Sekali Lagi

Penulis seboleh-bolehnya tidak mahu menggunakan blog CTS untuk menghentam rakan-rakan Bloggers. Namun apabila telunjuk mencucuk mata dan kelakuan melampaui batas dan adab keMelayuan, mahu tidak mahu, Penulis terpaksa menegur dan mengkritik waima rakan-rakan sendiri.

Blogger dan pemimpin UMNO yang penulis maksudkan adalah Zaharin Mohd Yasin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai. Beliau merupakan Setiausaha Bahagian, Bandar Tun Razak dan juga merupakan Setiausaha Barisan Nasional bagi bahagian yang sama. 

Bagi generasi baru yang kurang mengenali beliau, Zaharin Mohd Yasin atau Sang Kelembai adalah antara blogger terkenal yang terlibat dalam "gerakan" maya untuk menjatuhkan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah. Sang Kelembai di dalam penulisan di blognya menghentam hebat kepimpinan Pak Lah. Malah beliau antara blogger pertama yang menggelarkan kepimpinan Pak Lah sebagai "Kerajaan Tiga Beranak". Zaharin juga merupakan ahli blogger UMNO yang pertama dipecat keanggotaannya dari parti.

Namun beza Zaharin dengan kami semua, blogger-blogger yang lain adalah bilamana beliau dikecam hebat oleh rakan dan lawan apabila beliau telah menunjukkan sikap "berlembut" dengan kepimpinan Pak Lah, berbeza dari apa yang ditulis di dalam blognya, sehingga beliau sanggup mencium tangan pemimpin yang dikecamnya. Ramai yang membuat persepsi sendiri mengenai perkara ini termasuk juga penulis, namun persepsi tinggal persepsi. Tiada bukti dapat kami kemukakan.



Hari ini, setelah beberapa lama kembali ke dalam UMNO, Zaharin telah membuat perangai lamanya kembali. Kini, beliau kembali mendendami pemimpin UMNO nombor dua, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Beberapa "posting" di dalam ruangan sosial Facebook nya terang-terang menyerang peribadi dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga berkali-kali telah mencuba melaga-lagakan di antara Datuk Seri Najib dan Timbalannya itu.

Penulis tidak pasti apakah sebab utama yang menyebabkan Zaharin berpatah arang berkerat rotan dengan Tan Sri Muhyiddin sehinggakan beliau sanggup mengelarkan dengan perbagai gelaran seperti "penyamun besar" dan "anak paria". Penulis tidak dapat menerima penghinaan yang begitu hebat terutama dari Zaharin, seorang ahli UMNO dan pemimpin bahagian. Penulis tidak pasti di manakah ketidakpuasan hati beliau bermula. Namun Penulis mengagak ketidakpuasan hati beliau bermula apabila beliau tidak lagi disambung jawatannya sebagai Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak. Hari ini merupakan hari terakhir beliau memegang jawatan tersebut.

Sebagai seorang ahli UMNO dan pemimpin bahagian, Zaharin mempunyai saluran yang cukup untuk menyalurkan ketidakpuasan hatinya melalui saluran parti. Kenapa beliau tidak melakukan sedemikian?  Sebaliknya, beliau menggunakan medium sosial awam untuk menghentam malah menghina kepimpinan UMNO, terutama Timbalan Presiden sendiri. Tindakan Zaharin mungkin ada motif "memeras ugut" kepimpinan parti seperti mana beliau lakukan ke atas Pak Lah. Mungkin, saya tekankan mungkin dengan kaedah peras ugut ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terpengaruh seperti Pak Lah dan akan kembali mengutip Zaharin. 

Jangan ada yang terkejut, suatu hari nanti kita akan lihat Zaharin akan mencium tangan Tan Sri Muhyiddin pula. Sejarah selalunya akan berulang. Apapun, buat sementara ini, saya mencadangkan agar tindakan disiplin yang keras dikenakan ke atas Zaharin Mohd Yassin ke atas tindakan yang beliau lakukan terhadap kepimpinan parti. Perlu ditekankan, UMNO tidak memerlukan seorang pemeras ugut, orang yang 'hadap'kan jawatan, seorang penjilat ludah sendiri dan pengampu di dalam parti. Di bawah saya lampirkan "posting-posting" keterlaluan beliau yang saya maksudkan:












September 14, 2011

0 Haji Hadi, Mat Sabu & Mustafa Ali Disaman UMNO Selangor - Mana Mau Lari Da!

Sesudah UMNO Pulau Pinang menyaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana membuat fitnah, hari ini giliran UMNO Selangor pula menyaman beberapa pihak termasuk Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali dan 3 pihak yang lain.

Ini berikutan fitnah yang dilakukan oleh defenden-defendan di atas membuat fitnah ke atas UMNO Selangor terlibat di dalam isu serbuan JAIS ke atas gereja DUMC.

Saman berkenaan difailkan oleh Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak manakala pihak plaintiff diwakili oleh Dato' Seri Ir Mohamed Zin, selaku Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor.


Cakap banyak tak mau. See you in court brothers!

Writ saman adalah seperti di bawah:











6 Agak-Agak Kenyataan DS Najib Mengenai GST Semalam, Kita Boleh Menang PRU13 Tak?


Agak-agak koranglah, bolehkah Barisan Nasional (BN) dapat undi lebih dalam PRU13 bila ada tajuk berita seperti yang dilaporkan di dalam The Star seperti di atas? Dalam penat-penat sukarelawan-sukarelawan "cyber" BN mempertahankan Kerajaan dalam isu-isu semasa, tup ... tup, PM sendiri yang memberikan peluru, bom tangan dan bom atom kepada pihak pembangkang untuk menyerang kembali Kerajaan. Terkilan sungguh malam semalam melihat PM dengan nada selamba dan tersenyum sinis, mengucapkan nada di atas. Tak pernah dibuat orang, merangka strategi pilihanraya dengan berjanji akan menaikkan cukai selepas PRU. Hampeeh betul!

Punahsihat-punahsihat PM semakin hari semakin tidak berguna. Saya tak mahu menyebut pasal Idris Jala dan PEMANDU yang menasihatkan PM dari segi ekonomi. Memang hampas. Pembangkang sudah mula "spin" sakan dalam media-media sosial seperti Facebook, Twitter dan juga di blog-blog politik. Tahu tak apa yang mereka spin? "Hangpa pangkah lah BN, confirm mencanak harga naik selepas PRU."  Yang lebih teruk daripada itu boleh siap spin, "GST selepas PRU untuk Rosmah pergi shopping di luar negara."

Cybertroopers-cybertroopers Pakatan Haram amat bijak memanupulasi isu-isu semasa yang melibatkan Rakyat. Isu 6% "service tax", isu GST, isu keadilan pilihanraya yang amat dekat di hati Rakyat. Apa pula isu yang sering dimainkan oleh pihak BN? "Anwar Ibrahim main "china doll"? "Anwar Ibrahim main bontot si bla bla bla ..." atau "Mat Sabu ditangkap khalwat dengan Normah"? Isu-isu sebegini dimainkan berulang-ulang sehinggakan Rakyat menjadi muak. Saya tetap berpendapat Rakyat masih menolak Anwar Ibrahim, namun saya masih merasakan Rakyat lebih menolak isu-isu yang menekan mereka seperti GST, cukai berlebihan dan sebagainya. kalau saya meletakkan diri saya sebagai golongan atas pagar, goyang beb! Tak mahu saya nak mengundi BN.

Kita meminta PM mengkaji kembali nasihat-nasihat yang dibuat oleh puanhsihat-punahsihat beliau yang amat tidak berguna itu. Tak guna kalau ada hadiah 1Malaysia la, idea meja bulat la kalau keputusan yang dibuat menekan Rakyat Marhaen. Adalah lebih elok PM menukar punahsihat-punahsihat beliau sebelum Rakyat muak dan menukar PM sendiri. Bukan Rakyat tidak pernah buat sebelum ini. Kalau tak percaya, tanya Pak Lah.

September 13, 2011

0 Zarinah Anwar - Azizan Abdul Rahman's Saga Need Government Intervention

Okay let me get this situation straight. Tan Sri Zarinah Anwar is a Security Commission (SC) Chairman. Her beloved husband, Datuk Azizan Abdul Rahman is a Chairman of Ramunia Berhad. The same Datuk Azizan Abdul Rahman, is also the Chairman of property developer, Eastern & Oriental Berhad (E&O). 

Datuk Azizan Abdul Rahman is accused of "insider trading" of E&O shares. 

Note: For the benefit of my readers, "insider trading" as per Wikipedia means "the trading of a corporation's stock or other securities (e.g. bonds or stock options) by individuals with potential access to non-public information about the company. In most countries, trading by corporate insiders such as officers, key employees, directors, and large shareholders may be legal, if this trading is done in a way that does not take advantage of non-public information. However, the term is frequently used to refer to a practice in which an insider or a related party trades based on material non-public information obtained during the performance of the insider's duties at the corporation, or otherwise in breach of a fiduciary or other relationship of trust and confidence or where the non-public information was misappropriated from the company."

The Securities Commission has assigned its two most senior officer to investigate the "circumstances" surrounding Sime Darby Berhad's acquisition of a 30% stake in E&O shares, i.e. Datuk Francis Tan and Datuk Gumuni Hussain. Even though SC Chairman, Tan Sri Zarinah Anwar had, recused herself from the investigation, does her or does her not have the authority to intervene with the investigation?

Further to that, Datuk Azizan Abdul Rahman is also involved in other saga. His personal company, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd  was bought over by Kenchana Petroleum Berhad, a competitor to Ramunia Berhad. Tabung Haji is the major shareholder in Ramunia Berhad and surprisingly, Datuk Azizan Abdul Rahman is also appointed by Tabung Haji to be the Chairman. Life is great right? Not only that, Datuk Azizan Abdul Rahman is also the Tabung Haji's Chairman of Investment Committee. THIS IS OBVIOUS CONFLICT OF INTEREST!

Of late there has been concern that Sime Darby has been used again by certain "rich and famous" people to enrich themselves beyond what the laws allow i.e. via insider trading. Datuk Azizan Abdul Rahman is a known close buddy to Kalimullah Hassan, while Kalimullah (he is not related to the famous criminal, Kalimuthu Bentong Kali of course) has been rumoured to be the funder behind The Malaysian Insider. Correct me if I'm wrong, did or did not anyone from the government smell something fishy that need further and thorough investigations and intervention?

September 12, 2011

6 Skandal Yayasan Selangor - Khalid Gagap Mesti Meletak Jawatan

Hari ini Bahagian Audit  Dalaman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan laporan audit ke atas Yayasan Selangor. CTS amat kecewa dengan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor di bawah naungan Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap. CTS akan cuba mengulas penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan dengan  menumpukan kepada majlis-majlis yang dianjurkan oleh Yayasan berkenaan sepanjang tahun lepas.  CTS akan cuba menyampaikan dalam bahasa yang mudah dan ringkas yang senang difahami oleh  Rakyat biasa (laymen):

1. Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor.
  • Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor tidak menyediakan peruntukan untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor. 
  • Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.
  • Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00.
  • Daripada jumlah RM996,472.00, RM387,232.00 adalah melibatkan kos Majlis Makan Malam Perdana. Tender berkenaan diberikan kepada Tetuan Drift Z Enterprise. Pembayaran sebanyak RM270,750.00 (95%) telah dilakukan sebelum majlis berlangsung. Jumlah ini dianggap keterlaluan  memandangkan anggaran ini dibuat dengan kehadiran seramai 1,000 orang. 
  • Pendahuluan sebanyak 95% berkenaan juga gagal dituntut semula oleh Yayasan Selangor walaupun majlis berkenaan dibatalkan disebabkan keenganan Tuanku Sultan Selangor menghadiri majlis berkenaan yang Baginda sifatkan sebagai membazir.
  • Yayasan Selangor juga telah melantik TL Tinala Enterprise untuk menguruskan pembelian cenderamata. Sebanyak RM52,900.00 telah dibelanjakan. Namun tiada rekod disimpan untuk membuktikan cenderamata telah diterima oleh Yayasan.
2. Pertandingan Memancing Ulang Tahun ke 40 Yayasan.
  • Pertanding dijadualkan diadakan pada 14/11/2010 di Taman Rekreasi Seksyen 7, Shah Alam yang telah disertai lebih kurang 700 orang dengan bayaran sebanyak RM50.00 untuk setiap jorang dan RM80.00 untuk 2 joran
  • SDF Media & Amp Event Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara tanpa melalui proses sebut harga. Kos cadangan diterima tanpa ada pindaan melibatkan kos RM179,000.00. Yayasan Selangor sepatutnya mengkaji cadangan dan bukannya menerima bulat-bulat cadangan agar sesuai dengan kemampuan kewangan Yayasan.
  • 70% bayaran sebanyak RM125,000.00 akan dijelaskan dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan lantikan tetapi Yayasan Selangor telah menjelaskan RM178,200.00 (99.5%) sebelum pertandingan dijalankan.
  • Inii menunjukkan tadbir urus kewangan yang tidak cekap dan dilaksanakan secara tidak berhemat. Bayaran awal 70% adalah tidak munasabah malah pengurusan Yayasan Selangor dengan sewenang-wenangnya menjelaskan RM 178,200.00 (99%) walaupun program masih belum dijalankan. Ini seolah-olah syarikat yang dilantik tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan ada mungkin syarikat yang dilantik adalah daripada kroni-kroni pihak tertentu
  • Jumlah kutipan daripada peserta hanya berjumlah RM 37,630.00 manakala perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 179,000.00. Jelas Yayasan Selangor mengalami kerugian dalam pertandingan ini.
3. Majlis Berbuka Puasa
  • Majlis diadakan di Dewan Sivik pada 21/8/2010.
  • Perlantikan Syarikat Rahah Enterprise secara runding terus melibatkan jumlah keseluruhan RM138,000.00.
  • Pendahuluan (95%) RM 131,000.00 telah dibayar sebelum majlis diadakan.
  • Timbalan Pengurus Besar mendakwa kerja tambahan disebabkan kehadiran berjumlah 2,300 orang tetapi jumlah sebenar kehadiran dalam lingkungan 1,440 sahaja.
  • Tuntutan untuk bayaran bil air dan elektrikberjumlah RM5,000.00 agak pelik kerana sewaan dewan telah termasuk bayaran untuk elektrik dan air.
4. Majlis Jamuan Aidil Fitri.
  • Majlis diadakan pada 4/10/2010 di Padang Timur, Petaling.
  • Sekali lagi syarikat SDF Media & Amp Event dilantik sebagai Event Manager secara lantikan terus dengan kos berjumlah RM281,000.00.
  • Pengurusan Yayasan Selangor telah membayar sebanyak RM266,950.00 (95%) selepas 2 hari tarikh perlantikan.
  • Jelas menunjukkan Yayasan Selangor gagal mematuhi peraturan kewangan kerana bayaran telah dibuat walaupun majlis masih belum berlangsung. Ini juga menunjukkan tadbir urus yang tidak cekap yang boleh menyebabkan Yayasan Selangor mengalami risiko kerugian sekiranya pihak "event manager" gagal atau menghilangkan diri.
  •  Adakah syarikat yang dilantik adalah daripada kroni mereka sendiri?
  • Jumlah keseluruhan majlis ini berjumlah RM303,476.00 dan dianggap tidak munasabah dan satu pembaziran kepada Yayasan.
5. Majlis Korban Perdana.
  • Cadangan Yayasan Selangor untuk mengorbankan 20 ekor lembu tetapi hanya 9 ekor dikorbankan yang berjumlah RM22,580.00 pada 18/11/2010 di Asrama Yayasan di Klang hasil sumbangan kakitangan Yayasan Selangor dan pihak swasta.
  • Yayasan Selangor telah mengeluarkan kos pendahuluan sebanyak RM44,452.00 untuk majlis ini. Pendahuluan diberikan terus kepada Timbalan Pengurus Besar Pengurusan sebanyak RM24,452.00 manakala RM20,000.00 kepada Pengurus Korporat.
  • Setakat 1/12/2010, tiada Penyata Akaun Perbelanjaan disediakan oleh kedua pegawai terbabit. Penyata ini perlu disokong dengan dokumen sokongan seperti resit pembelian.
  • Sekali lagi SDF  Media & Amp Event Sdn Bhd dilantik untuk menguruskan majlis ini. Perlantikan ini tidak perlu dibuat kerana yayasan telah melantik 15 orang jawatankuasa dan perbelanjaan iklan banner oleh SDF Media & Amp Event tidak diperlukan kerana kehadiran jemputan dikalangan kakitangan dan pelajar Yayasan.
  • Kos tambahan lain ialah acara cabutan bertuah RM2,500.00, nasyid RM600.00 dan set karaoke RM1,000.00.
  • Kos keseluruhan untuk majlis ini adalah sebanyak RM48,552.00.
Kerajaan Pakatan Haram Selangor telah memperkudakan Yayasan Selangor untuk kepentingan politik mereka. Pembaziran, penyelewengan dan salah guna kuasa seperti yang dinyatakan di atas dilakukan secara terang-terangan di bawah seliaan Khalid Gagap.

Dana Yayasan Selangor yang sepatutnya digunakan untuk membantu anak-anak Selangor yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran dibazirkan oleh lembu-lembu di dalam pengurusan Yayasan Selangor. Ini adalah satu contoh Menteri Besar yang tak guna. Khalid Gagap harus meletakkan jawatan atas skandal ini atau kami Rakyat di Selangor bakal mentalqinkan politik Menteri Besar yang tak guna ini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates