August 19, 2011

7 Selepas Bob Lokman, Ali Setan Pula Ambil Alih Jadi Maskot PAS


Khabarnya, kebanyakan anak khariah Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang mengangkat kaki meninggalkan masjid tanpa terlebih dahulu menunaikan Sembahyang Tarawikh malam semalam. Ini berikutan ketidakpuasan hati mereka dan muak dengan ceramah yang disampaikan oleh Azmil Mustapha atau lebih dikenali dengan nama Ali Setan, kesan dari watak yang dipegangnya di dalam filem era 80an. Di dalam ceramahnya, Azmil Mustapha, yang beberapa tahun berjinak-jinak dengan PAS, banyak mengkritik dasar-dasar Kerajaan, mengelar Kerajaan sekarang tidak Islamik, mengelar Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai Dasar Ekonomi Bodoh malah menyeru agar Sultan dan Agong agar tidak perlu dihormati.

Inilah ragamnya artis kita. Asal saja "so called" nak bertaubat, masuk parti PAS, kononnya sudah "confirm" dapat pegang kunci syurga. Simpan janggut sedikit, dahi kasi hitam sedikit, pakai lebai, pakai jubah, sudah boleh berceramah di pentas-pentas PAS, surau dan masjid. Tak kisahlah ilmu di dada ada atau tidak. Kalau kita mendengar ceramah Bob Lokman dan Azmil Mustapha, kita akan dapati lebih banyak sampah dari isi di dalam ceramah mereka.

Ambil lagi satu contoh seorang artis wanita yang terkenal agak liar sewaktu remajanya. Sekarang ini sejak bergelar pengacara TV dan berjinak-jinak dengan parti PAS, cakap Islam tak lekang di mulut. Dialah yang hebat, anaknyalah contoh terbaik, itulah inilah. Apabila muncul mengacara rancangan kanak-kanak di TV, ber"make up" tebal malah bulu kening turut dicukur. Inikah ciri-ciri mukmin sejati ala PAS? Beliau tak tahukah bercukur bulu kening hukumnya haram di sisi Islam?

Tidak bolehkah mana-mana artis kita kalau hendak bertaubat sekalipun, ambillah Yussuf Islam contohnya sebagai panduan? Beliau yang dulunya seorang athies bergelar Cat Steven, tidak ekstrem apabila mendalami, mendekati dan memperkembangkan Islam. Malah beliau berdakwah dengan caranya tersendiri iaitu berdakwah melalui muzik nasyidnya yang memuji Allah, Islam dan Baginda Rasulullah SAW. Bagi saya saya lebih tertarik dengan corak dakwahnya yang sebegini.

Dalam kes di atas, nak salahkan 100% kepada Azmil Mustapha pun tak boleh juga. Yang ahli jawatankuasa Masjid yang bijak pandai pergi jemput orang yang tidak berkelayakan siapa suruh. Berpuluh malah beratus lagi ilmuan Islam yang berpendidikan Agama di dalam maupun di luar negeri, sekolah pondok maupun lulusan Al Azhar, yang boleh memberi ceramah dan tazkirah di surau dan masjid.

Apa boleh buat, inilah ciri-ciri Negara Islam gaya Malaysia. Orang-orang bukan Islam bebas masuk keluar Masjid berceramah mempermainkan ayat-ayat Al Quran, orang Islam pula sibuk untuk berbuka puasa di gereja manakala ayat-ayat Al Quran dilarang diperdengarkan secara terbuka di Masjid oleh Majlis Fatwa Negeri pulak tu, kononnya nak menjaga hati kafir harbi. Allahhuakbar.
Published with Blogger-droid v1.7.4

August 18, 2011

3 Kebakaran Ibu Pejabat DAP Penang - Guan Eng dan Weik Aik Disaran Jangan Buat Spekulasi Berbau Perkauman


Kira-kira pukul 3 pagi semalam, Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang telah mengalami kebakaran. Komen ADUN Komtar, Ng Wei Aik dan Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam ruangan laman sosial Twitter adalah seperti berikut:


Walaupun laporan polis telahpun dibuat pagi tadi, ADUN Komtar dan Ketua Menteri telah mengeluarkan kenyataan yang saya rasa berbau perkauman. Wei Aik di dalam portal berbahasa English, Malaysiakini, menyebut, "the incident was politically motivated" manakala Guan Eng pula berkata, "the incidents were probably related to the recent controversy over the Penang Fatwa Council ban on lodspeakers for the recital of Quranic verses."

Penulis berpendapat biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka dan tidak perlulah ADUN Komtar dan Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan situasi. Apa kata kalau siasatan pihak polis mendapati kebakaran berkenaan adalah dilakukan oleh pihak dalaman DAP yang berkemungkinan ingin meraih simpati. Tambahan pula, inciden ini berlaku 4 hari selepas Pejabat DAP di Jalan Talipon dan Pusat Khidmat ADUN Komtar disimbah cat. Suratan atau kebetulan atau penduduk Pulau Pinang sememangnya marah dan benci dengan DAP?


August 16, 2011

3 Fitnah Bulan Puasa - Rafizi Ramli dan Zuraidah Mak Lampir Cuba Fitnah Jabatan Imigresen

Sekarang ni tak kira bulan Ramadhan ke tidak, fitnah semakin menjadi-jadi. Pengeluaran dokumen palsu yang bertujuan untuk memfitnah dilakukan dengan selamba tanpa mengenal dosa pahala. Terbaru, di dalam laman sosial Twitter, Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR Pusat, kelihatan cuba bersekongkol dengan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida "Mak Lampir" Kamaruddin untuk memfitnah Jabatan Imigresen. Lihat "tweet" di bawah:

Konon-kononnya Jabatan Imigresen mengeluarkan satu dokumen sumpah bertujuan semasa dalam proses pemutihan, seorang PATI dikehendaki membaca dokumen berkenaan dan bersumpah untuk menyokong BN/UMNO. Dokumen yang dimaksudkan adalah seperti berikut:


Hak alaaa. Agak-agaklah kalau hendak menipu sekalipun. Dokumen di atas Budak Taska pun pandai taip dan "print". Keduanya, ingat semua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang masuk ke dalam negara ini beragama Islam ke nak kena bersumpah Wallahi, Wabilahi, Watallahi. Cuba lagi Rafizi dengan penipuan anda seterusnya.

25 Tan Sri Teh Hong Piow Of Public Bank - A New Ayah Pin

video

"Ooooh Ooooh Ooooh Welcome Tan Sri Teh.
Cheering loudly for Tan Sri Teh
Man Of Honour, The Living Legend ..."

Adeeh la. Nak ketawa berguling-guling atas lantai melihat video klip sambutan ke 45 Ulangtahun Public Bank. Gila tak gila kakitangan dan pihak pengurusan Public Bank Berhad menyambut kedatangan "founder Public Bank Berhad" Tan Sri Teh Hong Piow, di dalam majlis sambutan ulangtahun berkenaan. Beliau diarak seperti pembesar dan Raja-Raja di atas "4WD truck", diiringi dengan pasukan polis trafik dengan sambutan gilang gemilang.

Adalah satu momokan dan pembaziran bagi sebuah Bank yang beberapa kali memenangi Anugerah "Corporate Governance". Bolehkah seorang tokoh korporat diringi oleh pegawai polis trafik? Bukankah polis trafik hanya terhad kepada Sultan-Sultan dan upacara rasmi Kerajaan semata-mata? Tan Sri Teh bertaraf Sultan kah? Mungkin sambutan yang dijalankan turut membabitkan wang kita sebagai penyimpan di Public Bank Berhad? Tak tahulah saya sama ada Dato Ibrahim Ali dari PERKASA akan mengamuk melihat video klip orang Melayu mengkagumi seorang tokoh berbangsa Cina. Apapun mata pasti teruja dengan dua China Doll yang berbaju seksi yang berada di belakang Tan Sri Teh.

Kalau begini sambutan Ulangtahun ke 45, bagaimana pulak agaknya sambutan Ulang Tahun Ke 50?

August 15, 2011

14 Gempar! YB-YB Pakatan Haram Penyokong Tegar Laman Facebook "Murtads In Malaysia And Singapore"

Terdapat sebuah "group" yang diwujudkan di laman sosial Facebook yang menyokong pergerakan untuk memurtadkan Umat Islam di Malaysia. Agak mengejutkan apabila terdapat beberapa nama YB-YB Pakatan Haram yang turut sama menganggotai "group" berkenaan. Sedar atau tidak, sengaja atau sebaliknya, mereka inilah dalang-dalang yang menyokong pergerakan memurtadkan Umat Islam di Malaysia dan juga Singapura.

YB-YB berkenaan adalah seperti YB Xavier Jayakumar, YB Charles Santiago, YB Gan Pei Nei, YB Dr Boo Cheng Hau dan YB Ean Yong Hian Wah. Terdapat juga nama-nama penting di dalam Pakatan Haram yang turut sama menganggotai "group" untuk memurtadkan Umat Islam seperti Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Raja Petra Kamaruddin, Harris Ibrahim dan Bernard Khoo.

Patutlah nampak usaha berterusan untuk menekan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan secara teratur dan sistematik di Selangor dalam isu gejala murtad orang Islam yang dilakukan oleh DUMC. Kalau melihat daripada senarai ahli penyokong murtad seperti di bawah, tidak kurang daripada 3 orang YB-YB adalah dari ADUN Selangor.

Apakah Umat Islam Selangor sudah buta mata dan telinga sudah menjadi pekak. Tidak nampakkah hala tuju yang mahu dibawa oleh Pakatan Haram Selangor. Ubahlah di dalam PRU13 kalau kita tidak mahu anak cucu kita menjadi mangsa murtad YB-YB berkenaan.







August 14, 2011

0 Mak Lampir Dan P"Gay"R Bercita-Cita Tinggi Di Dalam PRU13 Untuk Sarawak

Amboi. Tinggi bebenor cita-cita "Mak Lampir" Zuraidah ni bila bercakap. Kalau pembaca-pembaca teman tak faham apa yang teman cakapkan ini, meka-meka baca di sini.

Sebelum tu, puas teman bertanya, kenapa deme boleh jadi YB sedangkan deme PATI, ada IC kod "71", apa deme jawab? Deme "lecture"kan teman dalam Twitter.


Ate deme hendak bertanding di dalam 12 kerusi Parlimen di dalam PRU13 di Sarawak? 

Ate deme yakin deme boleh menang? 

Udah-udahlah meroyan di siang hari ni.

Boleh teman tanya berapa kerusi deme menang dalam PRN Sarawak tempoh hari?

20? 

12?

hehe. Mungkin deme lupa, tak apenya. Teman ingatkan kembali. P"Gay"R hanya menang 3 kerusi YB ooi!

1 Antara Menteri "Ostrich" Tsu Koon & Senator Ezam "Kotak"

Apabila Senator Ezam Mohd Noor, seorang Ahli Dewan Negara yang terkenal dengan nama Ezam "Kotak" gelaran akibat gagal mengemukakan bukti "jenayah" BN yang kononnya berkotak-kotak ketika bersama Pakatan Haram, dituduh memberi ancaman dan melakukan jenayah apabila beliau berucap untuk membakar portal Malaysiakini dan The Malaysian Insiders (baca di sini), saya tidak bercadang untuk membuat komen. Walaupun saya bersetuju dan marah dengan tindakan dua portal berkenaan yang seperti mahu mempermainkan hati dan perasaan Umat Islam dewasa ini, namun saya mengambil pendekatan, Malaysiakini dan The Malaysian Insiders wajar diambil tindakan keras oleh pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Dalam Negeri ataupun Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) seperti pergantungan ataupun ditutup terus perkhidmatan portal berkenaan.


Apabila seorang Menteri dari Kerajaan DS Najib iaitu DS Dr Koh Tsu Koon bersuara, timbul minat saya untuk mengulas. Maaf saya tidak mahu ambil tahu sangat nama kementerian atau apa fungsi kementerian yang dipegang oleh Menteri berkenaan. Apa yang saya nampak hanyalah Menteri berkenaan akan sentiasa membontoti PM DS Najib boleh kata kemana saja beliau pergi. Baca kenyataan DS Dr Koh Tsu Koon mengenai Senator Ezam  di sini.


Oh, apa lagi yang hendak kita perkatakan tentang Menteri "Reject" atau "Menteri Pintu Belakang" di dalam kabinet PM DS Najib Tun Razak. Kali terakhir saya dengar DS Dr Koh akan diletakkan untuk bertanding di Parlimen Batu ataupun Simpang Renggam, Johor, tempat yang paling selamat sekali untuk Gerakan di dalam PRU13. Ini kerana terlalu sayangnya PM DS Najib kepada tukang bawa begnya yang sentiasa mengikuti kemana saja PM berada dan menjadi tukang angguk yang paling sempurna. Lega sikit rasa di hati. Setidak-tidaknya, Rakyat Pulau Pinang tidak akan terus menolak BN secara total akibat faktor "Ostrich" Koh. Bagi yang tidak mengetahui kenapa gelaran "Ostrich" diberikan oleh masyarakat Cina di Pulau Pinang, ini jawapannya. Burung "Ostrich" adalah satu species burung yang amat sombong dan mempunyai leher yang panjang. Namun, burung ini tidak mempunyai kejantanan. Beliau akan menyembunyikan kepalanya di dalam lubang tanah sekiranya berlaku sesuatu malapetaka atau perkara buruk.

Di dalam kenyataan balas, Senator Ezam membuat kenyataan balas seperti beriku:
"Saya merujuk kenyataan TS Koh Tsu Koon disiar Malaysian Insiders  pada 13/8 menyelar ucapan saya "burndown" / bakar Malaysiakini / Malaysian Insiders. Jelas sekali kenyataan beliau dangkal / "out of context". Portal berita di dalam siber. Bagaimana hendak membakar entiti di dalam siber? Ucapan saya jelas merujuk kepada berita portal. Justeru, ianya jelas simbolik kemarahan terhadap kebiadapan portal berita itu kepada Agama Islam yang merupakan Agama Rasmi negara ini. Sebelum ini, saya biarkan kenyataan dangkal PKR dan kuncu-kuncunya yang desak tindakan terhadap saya sebagai satu jenayah termasuk samakan bakar portal news dengan kebakaran London Riots kerana jelas satu perbandingan yang bodoh. Tetapi apabila seorang Menteri bersuara, saya wajar menjawab. Cuma hairan mengapa cepat selar ucapan saya tetapi biarkan portal berita itu membakar hati Umat Islam di negara ini sekian lama? Saya ingatkan Menteri yang jaga perpaduan ini, kesan hati Umat Islam yang dibakar lebih parah dan boleh menghancurkan." - Senator Ezam Mohd Noor, 14/8.
Saya rasa Dr Koh tak payahlah bersusah payah membuka mulut dalam kes ini. Kalau tak silap saya semenjak  beliau dibayangkan untuk bertanding di Parlimen Batu atau Simpang Rengam, beliau tiba-tiba menjadi bersemangat. Seolah-olah mendapat talian hayat yang baru. Sebelum PRU13 yang akan datang, saya rasa eloklah Dr Koh menumpukan kerjayanya untuk merapatkan barisan kepimpinan di dalam parti Gerakan yang dilihat antara parti komponen yang paling lemah dan tidak bermaya di dalam Barisan Nasional. Kalau tidak mampu, cukuplah sekadar menumpukan tugas 24/7 sebagai Tukang Bodek Boss DS Najib Tun Razak. Tak perlulah memberi komen-komen di media.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates