August 12, 2011

4 Misteri Mismah Dibongkarkan Sinar Harian. Apa Kata Juak-Juak Pakatan Haram

Misteri Mismah yang menjadi omokan dan bahan fitnah ke atas Kerajaan kononya beliau merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang diberikan kerakyatan dalam masa 4 jam telah dibongkarkan secara eksklusif oleh Sinar Harian. Tahniah Sinar Harian yang telah berjaya membogelkan rentak tari pembangkang.




("Double click" dan "enlarge" untuk membaca)


Apa lagi juak-juak Pakatan Haram terutama lidah rasmi mereka Malaysiakini hendak cakap. Sudah jatuh tertiarap ditimpa pula tahi. Apa nak jadi dengan puak-puak Pakatan Haram ni. Tak berkarisma waima nak berbohong sekalipun.

0 Edisi Tengahari : Puak-Puak PAS Pasti Gembira Eli Wong Ucap Selamat Berpuasa

Tersenyum simpul saya apabila melihat iklan EXCO Perlancongan, Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar, Kerajaan Pakatan Haram Selangor, dengan "rendah hati" mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah puasa kepada semua Umat Islam di dalam portal Malaysiakini mulai hari ini. Bukan kerana beliau bukan Islam, tetapi masih mengenangkan gambar-gambar "hutan simpan" beliau yang pernah keluar suatu waktu dahulu. Geli rasanya. 



Semoga puak-puak PAS bersyukur dan berbangga dengan ucapan berkenaan. Jangan pula lupa rakan-rakan mereka di perantauan yang berada di Malaysia.


4 Nurul Izzah Akhirnya Akui Ekonomi Malaysia Lebih Baik Dari Britain



Semalam di dalam soal balas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara mengenai isu perhimpunan haram yang memberikan kemudaratan kepada Negara, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar, yang juga merupakan kakak tiri kepada Farah Affifah Azmin, secara tidak langsung telah memuji ekonomi Malaysia lebih baik dari Britain. Katanya,
"Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan."  - The Malaysian Insiders.
Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah peluang pekerjaan di Malaysia adalah banyak dan kadar pengangguran adalah rendah jika dibandingkan dengan Britain. Bagi bahasa mudah YB Nurul Izzah kata, Rakyat Malaysia (baca pendemo-pendemo BERSIH) bukan berdemo sebab tak cukup makan, sebaliknya untuk membolehkan Pakatan Haram berkuasa melalui demontrasi jalanan.  Dalam diam-diam beliau hendak memuji corak pentadbiran Barisan Nasional mentadbir ekonomi, tapi biasalah pembangkang, malu-malu kucing gitu.

August 10, 2011

5 Dalam Diam Khalid & Rodziah Tikam DAP & PAS Dari Belakang


Dalam sibuk CTS keluar untuk membeli makanan untuk berbuka, CTS terperasan banner-banner seperti di atas penuh digantung di tiang-tiang lampu sekitar Shah Alam. Ingatkan promosi apanya. Rupanya Kerajaan Negeri Pakatan Haram Selangor sibuk dok promosikan Skim Mesra Warga Emas (SMUE).

Baguih lah skim ni. Dapatlah Warga Emas duit RM100. Cuma CTS ingatkan warga emas, orang bagi duit, ambillah, nanti PRU pangkah dacing. Ni mengkala ka kalau BN bagi pasti riuh juak-juak Pakatan Haram dok kenen BN beli undi. Kalau Pakatan Haram tak pa. Itu namanya sedekah jariah. 

CTS dok perati banner di atas apa yang kurang. Rupanya hanya ada logo P"Gay"R saja. Awatnya si YAB Khalid dan YB Rodziah ni pi bubuh logo parti mereka saja. Ni duit parti ke duit Kerajaan (Rakyat) Selangor? Bukan ka Pakatan Haram Selangor terdiri daripada DAP (Boss), P"Gay"R dan PAS (Pencacai)? Kecik hati Boss dan Pencacai logo parti mereka tak ada dekat banner tu. Ishh! YAB Khalid dan YB Rodziah nak main tikam belakang macam Ketua Umum depa ka?

August 9, 2011

3 MB Khalid Gagap Melacurkan Tanah Yayasan Selangor Untuk Memenangi Isu Bukan Melayu

Semalam, 8 Ogos 2011, jam 12.00 tengah hari, satu perjumpaan telah diadakan di antara MB Selangor, YAB Khalid "Gagap" Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin DAP Selangor bertempat di Pejabat MB SUK, Shah Alam.

Yang hadir di dalam mesyuarat tersebut adalah TS Khalid "Gagap" Ibrahim, Tan Kok Wai, Ronnie Liu, Ean Yon Hian Wah, V. Ganabathiroa dan Senator S. Ramakrishnan.

Antara lain, YAB Khalid Gagap bersetuju untuk membina satu pusat kebudayaan Cina dan India di Kawasan Klang. Lokasi masih belum ditetapkan tetapi MB telah berjanji untuk mengambil alih tanah Yayasan Selangor untuk membina pusat kebudayaan tersebut. Dalam mesyuarat tersebut juga diberitahu bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan beberapa bidang tanah kepada Kerajaan Pusat untuk membina Sekolah Tamil dan Cina di Selangor.

Inilah MB Selangor paling haramjadah pernah dilahirkan. Patutlah laporan JAIS mengenai kes gerakan Katholik membaptis orang-orang Melayu mengambil masa yang alam untuk dibentangkan. EXCO-EXCO dan akhbar pula diarah supaya menutup mulut. Ini kerana MB Selangor telah tunduk kepada barisan EXCO DAP Selangor dan mengambil pendekatan meminta maaf kepada pihak gereja DUMC walaupun kes ini masih dalam siasatan.

Patutlah MB Selangor yang hidung dicucuk oleh DAP ini merestui keputusan Yayasan Selangor untuk menutup dan merobohkan Asrama Pusat Yayasan Selangor Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin Kuala Lumpur. Sekarang baru kita melihat justifikasi MB Selangor ini untuk merobohkan asrama Yayasan Selangor yang telah memberi pendidikan kepada puluhan ribu anak Selangor hasil mendiami Asrama Yayasan Selangor sejak tahun 70an lagi. Tujuannya adalah satu, agar MB Selangor ini dapat mengembirakan hati rakan-rakannya di dalam DAP dengan menggunakan tanah Yayasan Selangor bagi membina pusat kebudayaan Cina dan India. Sudah terang lagi bersuluh.

August 8, 2011

7 Tindakan PAS Membela Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Bakal Melahirkan Lebih Ramai Makcik Sitt Al Wuzara


Tindakan PAS sebagai parti politik di dalan Pakatan Haram untuk memangggil sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) boleh dianggap biadap dan keterlaluan. Tindakan PAS yang seolah-olah membelakangkan keputusan yang dibuat oleh EXCO Agama Selangor, Bekas Pesuruhjaya Selangor juga amat memalukan.

Apakah PAS berhasrat mahu campurtangan dan mengambil alih pentadbiran dalam mengarahkah sesuka hati JAIS yang diuruskan di bawah Exco Agama Kerajaan Negeri Pakatan Haram. Bukankah segala urusan Agama Islam di dalam Negeri Selangor di bawah naungan dan bidang kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor. Apakah PAS mahu mendahului keputusan Baginda di dalam mempertahankan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?

Apakah selepas ini, akan ada parti politik lain di dalam Pakatan Haram seperti DAP yang akan memanggil JAIS dan memberikan arahan kepada mereka sesuka hati? Apakah Lim Kit Siang, Lim Guang Eng maupun Ronnie Lui dan Teressa Kok akan berdiam diri sekiranya PAS mengambil keputusan untuk menyokong JAIS di dalam konflik ini? Jika perkara campurtangan ini dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional, sudah pastinya riuh rendah isu ini dijaja oleh juak-juak Pakatan Haram, bahawa UMNO mempolitikkan dan menggunakan agensi Kerajaan.


Masalah Aqidah Umat Islam yang mahu dipesongkan oleh mubaligh-mubaligh dan pendakwah agama lain dan penghinaan Agama Islam di Malaysia semakin menjadi-jadi dan bukanlah menjadi rahsia lagi. Penulis menjangkakan PAS akan membuat keputusan yang tidak akan berpihak kepada JAIS kerana satu, mereka tidak akan ada keberanian untuk melakukannya dan dua, undi dari penganut-penganut Katolik lebih penting bagi orang-orang seperti Khalid Samad dan sebagainya. Apakah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahu lebih banyak Makcik Sitt Al Wuzara atau Arlene Tan dilahirkan untuk menghina Agama Islam?


Nota: Buat pembaca-pembaca CTS, Gaysec Official Website, badan pengodam bebas yang selama ini menyalurkan maklumat mengenai Makcik Sitt Al Wuzara kepada penulis, semalam telah mendedahkan siapa petualang ini. Sila baca di Gaysac Official Website di bawah #ops Ramadhan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates