July 9, 2011

18 Anwar Ibrahim Tenat. Marilah Kita Doakan Supaya Beliau Cepat Kembali Kepada Penciptanya


Anwar Ibrahim sekarang dilaporkan dalam keadaan tenat dan kritikal apabila beliau dilaporkan cedera parah kononnya telah "dikasari" oleh anggota Polis ketika beliau bersiap sedia hendak ke Stadium Merdeka daripada hotel penginapannya, Hilton Kuala Lumpur. Beliau sekarang ditempatkan di Hospital Pantai.

Pakar-pakar yang merawatnya telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim tidak mempunyai masa yang panjang untuk terus bernafas. Sehabis lama sekalipun hanyalah 3 matahari terbenam. Ini kerana kesan hentakan telah menyebabkan sakit tulang belakang yang pernah dialaminya yang kronik telah kembali. Ini ditambah lagi dengan racun arsenik yang didakwanya telah disuntik pihak Polis ketika beliau berada di penjara telah diaktifkan kembali, kesan hentakan petang tadi. Marilah kita Rakyat Malaysia berdoa agar beliau pergi dengan aman dan sekadar segera, agar tidak lagi menyusahkan Rakyat Malaysia. Amin.

Biarlah gambar-gambar Anwar Ibrahim ketika gembira bersama rakan-rakan BERSIHnya petang tadi menjadi kenangan. Anwar ... Anwar ... tak habis habis lawak bodoh yang hendak kau persembahkan. Sesuai benar gelaran The Drama King dan Anugerah Tuhan diberikan kepadamu.


July 5, 2011

21 8 Tuntutan BERSIH Yang Perlu Anda Tahu













July 4, 2011

4 Barua-Barua Pakatan Haram Mula Menghina YDP Agong Di Laman Sosial Tweeter

Kecewa dengan titah dan perintah daripada DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan di dalam perutusan Baginda mengenai BERSIH 2.0 semalam, juak-juak, barua-barua dan penjilat Ambiga mula melaungkan hinaan dan cercaan ke atas Seri Paduka Baginda.

Kami Rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi kedaulatan Raja-Raja MELAYU sentiasa menjunjung perkenan titah dan perintah Seri Paduka. Kami juga akan sentiasa berada di barisan hadapan mempertahankan institusi Raja-Raja MELAYU dari diserang oleh individu atau organisasi yang ingin menjadikan Malaysia sebuah republik.

Kami menyeru dan meminta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan yang perlu secara tegas ke atas petualang-petualang negara seperti di atas.

Sehubungan dengan itu, hari ini pada pukul 2.00 petang, YDP 1Agenda, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) termasuk beberapa individu lain akan membuat laporan polis berkaitan penghinaan yang dilakukan ke atas YDP Agong.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Published with Blogger-droid v1.7.2
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates