June 17, 2011

3 MB Khalid Gagap Dan Dr Ng Yen Yen Sama Saja Mangkuk Hayun - Pemboros Duit Rakyat

Yang Ini Mangkuk ...


Yang Ini Pula Mankuk Hayun! Sama Saja Keduanya.


Kusangka jumlah RM1.8 juta yang di"salahguna" oleh Menteri di Kementerian Perlancongan, DS Dr Ng Yen Yen untuk "membina" dan menyelenggara promosi perlancongan di laman sosial Facebook sudah cukup memberi impak kepada pemboroson dan ketirisan wang Rakyat. Rupanya wakil Rakyat BN tidak cukup hebat. MB Pakatan Haram lagi hebat dan mangkuk hayun.

Kerajaan Negeri Selangor diberitakan akan membelanjakan RM15 juta untuk tujuan publisiti. Walaupun Kerajaan Pakatan Haram Selangor gagal mengotakan janjinya di dalam PRU12 untuk mengurangkan cukai pintu sebanyak 20%, Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak segan silu menyembelih leher Rakyat Selangor yang membayar cukai pintu dan cukai tanah dengan memerah duit mereka bagi tujuan untuk mempromosikan Pakatan Haram di Selangor. Memang kurang ajar betul.

Malah MB DS Khalid Gagap dengan tergagap-gagap memberitahu bahawa wang sebanyak RM15 juta berkenaan akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan media Kerajaan Selangor, khususnya TV Selangor dan Selangorkini. Umum mengetahui kedua-dua media ini tidak lebih memaparkan dan menjaja berita politik murahan dan mengosok bontot MP-MP Kerajaan Pakatan Haram Selangor terutama dari DAP. Haram jadah betul. Tidak halal duit cukai tanah dan cukai pintuku digunakan ke arah ini.

Malah kata-kata bodoh MB Khalid Gagap yang dipetik dari The Malaysian Insider, bahawa beliau mempertahankan peruntukan sebanyak RM15 juta itu digunakan untuk tujuan publisiti sebagai boleh diterima (acceptable) dan sewajarnya (appropriate) kerana RM15 juta berkenaan hanyalah bersamaan dengan RM3 yang diambil dari setiap Rakyat yang tinggal di Selangor. Mangkuk hayun betul MB Khalid Gagap. Setiap kali MB Khalid Gagap berjoli dan membelanjakan duit sesuka hati beliau akan membahagikan dengan setiap Rakyat yang tinggal di Selangor. Setiap Rakyat Selangor tu termasuk kanak-kanak dan bayi turut sama membayar cukai ke? Itu duit Rakyat Selangor bodoh! Walaupun satu sen itu duit kami. Duit itu amanah Rakyat di tangan kamu. Janganlah buat macam Mak Bapa kamu punya. Dimanakah amalan "Competency", "Accountability" dan "Transperancy" yang kononnya diamalkan oleh Pakatan Rakyat??

June 16, 2011

0 Kalau Sudah Ketua Umum Gila Seks Jantan Betina, Apa Nak Dihairan Seks Buas Anak Buah

Ketua Ranting PKR Seri Geriang, Hulu Selangor, ditahan polis kerana disyaki mencabul kehormatan anak tiri beliau yang berumur 8 tahun.

Syaitan ini yang merupakan anak didik kepada syaitan besar di dalam parti kini ditahan selama 4 hari bagi membantu siasatan di Balai Polis Slim River. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376, Akta Keseksaan. Mangsa buas syaitan ini pula telah dihantar untuk pemeriksaan doktor.

Jadi tidak peliklah kalau pengikut-pengikut Al Juburi masih lagi menyokong dan mengagung-agungkannya sehinggakan beliau mendapat tepukan gemuruh dan 'standing ovation' ketika melangkah masuk ke dalam Dewan Rakyat hari ini, setelah 6 bulan digantung. Ini kerana makhluk-makhluk ini juga mempunyai nafsu buas dan menjadikan kegiatan Ketua Umum membelasah depan belakang jantan dan betina sebagai inspirasi mereka.
Published with Blogger-droid v1.7.1

June 14, 2011

4 Ng Yen Yen Wajar Meletak Jawatan Atas "Skandal" RM1.8 Juta Untuk Mengendalikan Facebook

RM1.8 juta! Pelik tapi benar. Itulah merupakan satu harga yang perlu dibayar oleh pembayar-pembayar cukai untuk membolehkan Kementerian Perlancongan di bawah Menterinya, Ng Yen Yen membuka dan mengendalikan laman sosial Facebook bagi tujuan mempromosikan bidang perlancongan. Malaysia Boleh!

Tidak seperti kes DS Dr Rais Yatim di mana peruntukan sebanyak RM100 juta yang didakwa digunakan untuk Hari Kesenian Seniman 2011, telah dibuktikan hanya merupakan salah faham. Jumlah yang sebenar hanyalah RM97,655. Sebaliknya dalam kes RM1.8 juta yang didakwa digunakan oleh Kementerian Ng Yen Yen untuk membangunkan laman sosial Facebook ini, isu ini gagal dijawab atau dinafikan oleh beliau sama ada di sidang akhbar maupun soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat.

Pasti ramai tertanya-tanya ke manakah wang RM1.8 juta pembayar-pembayar cukai di Malaysia digunakan. Umum mengetahui malah kalau ditanya kepada pelajar sekolah Darjah Satu sekalipun, akan tahu bahawa laman sosial Facebook adalah PERCUMA! Jadi ke manakah wang RM1.8 juta kita dibelanjakan? Kementerian Perlancongan membelanjakan wang yang sebegitu besar, mewujudkan laman Facebook, kononnya sebagai tujuan pemasaran (marketing)  dan penjenamaan (branding) bertujuan menarik pelancong asing ke Malaysia. 

Antara langkah bodoh mereka dalam menghabiskan wang Rakyat sebanyak RM1.8 juta itu antara lain ialah mewujudkan permainan menari di laman Facebook mereka yang dikenali sebagai Citrawarna 1Malaysia. Permainan ini bagi saya telah dicedok daripada permainan "Dance Dance Revolutioan" dan permainan IPad yang terkenal iaitu "Tap Tap Revenge". Lihat "screenshoots" di bawah:



Saya difahamkan upacara perasmian laman sosial Facebook bertajuk "Tourism Malaysia - Cuti-Cuti 1 Malaysia" ialah pada satu tarikh dalam bulan ini. Mungkin akan dilanjutkan atau ditiadakan akibat kontroversi ini. Dan jangan lupa, bagi pembaca-pembaca saya tarikh pertandingan permainan menari di atas akan tamat hujung bulan Jun ini. Marilah kita memperbodohkan diri seperti yang dikehendaki oleh Menteri Perlancongan yang kita sayangi.

Kementerian Perlancongan wajar mengubah slogan mereka sekiranya Ng Yen Yen gagal meletak jawatan. Saya dengan ini mencadangkan agar slogan Kementerian Perlancongan ditukar daripada "Cuti-Cuti Malaysia" kepada "Curi-Curi Malaysia". DS Najib Tun Razak seharusnya bertindak dengan lebih tegas dalam hal ini kerana ini adalah rompakan terbuka atau dalam bahasa English disebut "Daylight Robbery", sekiranya beliau mahu Rakyat Malaysia menaruh keyakinan penuh ke atas barisan Kabinetnya.

June 13, 2011

0 DS Dr Rais Memboroskan RM100 Juta Dalam Sehari? Cari Fitnah Lainlah Bro!


Kekadang penulis merasa muak dengan keletah sesetengah pihak dalam menjatuhkan musuh politik mereka. Tidak terkecuali tokoh politik UMNO yang agak lama berkecimpung di dalam Kerajaan, DS Dr Rais Yatim. Suka duka beliau di dalam politik jelas teruji dengan fitnah-fitnah dan tohmahan berat yang perlu dipikul dalam usia politik beliau yang hampir ke penghujung. Penulis masih tergiang-giyang kata-kata beliau sewaktu pertemuan kami ketika beliau hebat difitnah merogol orang gajinya sendiri. Katanya, beliau tidak bercita-cita tinggi. Ini adalah penggal terakhirnya baginya sebagai Yang Berhormat. Mungkin ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ingin beliau bersara dengan keadaan hina dina. Mereka cemburu dengan rekod perkhidmatan yang dipegang olehnya. Mereka tahu, sekuat mana mereka berusaha, mereka tidak akan boleh mencapai rekod kejayaan beliau berkhidmat dengan cemerlang untuk 6 Perdana Menteri.

Beberapa hari ini kecoh dengan fitnah terbaru DS Dr Rais membazirkan RM100 juta di dalam sehari untuk sambutan hari seni. BERNAMA sebelum ini melaporkan DS Dr Rais  menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011. Tindakan itu turut menghadirkan kecaman membabi buta daripada bloggers, Facebookers, Twitterers, akhbar-akhbar portal pembangkang dan lebih istimewa daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Dengan angkuhnya Ketua Menteri DAPig yang memperkudakan dan mengkeldaikan Timbalannya, Malek Itik dalam memecahbelahkan penduduk Islam di Pulau Pinang dengan mencampuri urusan Masjid, menyatakan, sebahagian  jumlah itu atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Katanya lagi, DAPig terperanjat (kononnya) dengan laporan BERNAMA bahawa sebanyak RM100 juta telah dihabiskan untuk menyambut Hari Seniman pada 29 Mei lalu tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada para penggiat seni. 

Ternyata tuduhan Lim itu dibuat membabi buta tanpa membuat selidikan terlebih dahulu apabila Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menyatakan hanya membelanjakan RM97,800 untuk sambutan Hari Seniman 2011 pada 29 Mei lepas. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman, Modzaki Din, hari ini. Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif. Beliau juga menjelaskan laporan media yang mengatakan bahawa perbelanjaan RM100 juta digunakan bagi sambutan itu merupakan salah faham.

Allah Maha Kaya dan tidak menzalimi hambaNya. Mungkin doa orang teraniya dimakbulkan Allah. Tidak sampai beberapa hari isu ini dimainkan, perkara sebenar sudah terdedah. Namun pihak-pihak yang membuat fitnah, tersalah lapor, menokok tambah dan sebagainya gagal tampil untuk meminta maaf secara terbuka daripada DS Dr Rais. Tidak seperti Ketua Umum P"Gay"R, semakin banyak sembahyang hajat dilakukan dan semakin banyak ulama muktabar mendoakan beliau, semakin banyak segala nanah dan busung membuak keluar membusuk menyelubungi beliau. Mungkin ini satu pengajaran yang Allah hendak memperlihatkan kepada kita di dunia. Wallahualam.

June 12, 2011

0 Dr Hassan Ali Dikorbankan Di Selangor Bagi Menjaga Hati PKR Dan DAP


Hari ini selesai sudah perlantikan ahli jawatankuasa penuh PAS Pusat seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS sendiri, DS Abdul Hadi Awang. Tiada yang mengejutkan di dalam pengumuman beliau hari ini. Hampir kesemuanya calon-calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden dilantik semula ke jawatan-jawatan tertentu bagi mengelakkan perpecahan di dalam parti. Apa yang agak mengejutkan walaupun khabar angin sudah bertiup kencang sebelum ini adalah dengan pengguguran Datuk Dr Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Tempat beliau kini diambilalih oleh YB Meru Dr Abdul Rani Osman. Senarai penuh ahli jawatankuasa yang dilantik boleh ditonton di TVPas, di sini.

Dr Hassan Ali merupakan duri dalam daging di dalam hubungan akrab PAS dan sekutu-sekutu mereka PKR dan DAP di Selangor. Banyak keputusan-keputusan Kerajaan Negeri yang dibantah oleh Dr Hassan Ali seperti penjualan arak secara terbuka di kedai 24 jam, penganjuran konsert di I-City dan banyak lagi membuatkan Presiden PAS dan ahli jawatankuasa PAS Pusat tidak dapat bertolak ansur lagi. Mereka sanggup mengkambing hitamkan Dr Hassan Ali demi kelansungan ketamakan kuasa yang sedikit di Selangor. Demi kelansungan ini tokoh yang lebih liberal dan "profesional" seperti Dr Abdul Rani dilihat lebih sesuai bekerjasama dengan DAP dan PKR. Nampak gaya karier politik Dr Hassan Ali nampak semakin berakhir terutamanya di Selangor. Tokoh yang diwar-warkan sebagai bakal Menteri Besar Selangor sebelum PRU12, kini meniti hari-hari yang suram di dalam Pakatan Haram.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates