May 24, 2011

7 DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe?

CTS terpanggil untuk membetulkan fakta sebuah blog yang telah membuat dakwaan bahawa DNA Babi telah disahkan terdapat di dalam kek dan roti Secret Recipe. Berikut adalah dakwaan blog Harian Hullahup yang bertajuk "Hula Haram - DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe":



Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan (Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder) yang digunakan syarikat tersebut. 

Dua ramuan terbabit ialah 'Whole Egg Powder' dan 'Whole Milk Powder'.’ Manakala syarikat tersebut adalah:


Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

Link portal rasmi Halal JAKIM mengenai penemuan DNA Babi Dalam Bahan ramuan syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd boleh di baca di sini. Jika kajian lanjut dilakukan di laman web JAKIM seterusnya  di sini, kita boleh melihat maklumat seperti di bawah

8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011


CTS merasakan penulis blog berkenaan telah tersalah faham. Produk keluaran Puratos Malaysia Sdn Bhd ini tidak ada kena mengena dengan syarikat Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd. Kebetulan nama produk keluaran Puratos Malaysia Sdn Bhd itu ialah "Talento Brownies Concentrate Secret Recipe" and "Talento Cake Concentrate Secret Recipe". 

Untuk kefahaman yang lebih, boleh rujuk link di sini. Sekiranya agak malas membuat kajian CTS sertakan contoh di bawah:

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE (Nama Produk)
BRAND: PURATOS (Jenama Produk)
-PURATOS MALAYSIA SDN BHD (Pengeluar)
CARAMEL CREAM CHEESE (Nama Produk)
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (Jenama Produk)
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (Pengeluar)
Kesimpulannya kita boleh lihat bahawa sijil halal yang ditarik oleh JAKIM adalah untuk syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, dan bukannya syarikat Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd. Wallahualam.

May 22, 2011

4 Faekah Bijak Mempromosikan Bossnya Dalam Tragedi Tanah Runtuh Madrasah Al Taqwa

Pertamanya kami di CTS ingin merakamkan ucapan takziah ke atas kesemua 25 warga Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al Takwa, Batu 14, Felda Semungkis, Hulu Langat, Selangor. Setakat posting ini ditulis dari lokasi pada pukul 11.50 malam, seramai 19 anak-anak yatim dan penjaga telah berjaya dikeluarkan daripada timbunan tanah runtuh berkenaan. 10 daripada mereka telah disahkan meninggal dunia manakala 6 lagi masih terperangkap.

Timbalan Perdana Menteri pada ketika ini berada di tempat kejadian. Ramai sekali pemimpin-pemimpin UMNO baik di peringkat negeri dan Pusat turun bersama-sama memberi sokongan moral dan bantuan kepada mangsa-mangsa dan petugas-petugas penyelamat. Keadaan di tempat kejadian agak lembab dan basah disebabkan hujan turun dengan lebat di sebelah petang.

Agak mengecewakan sekali, Menteri Besar, EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN Kerajaan Negeri Selangor kecuali Datuk Dr Hassan Ali tidak kelihatan di lokasi kejadian membantu mangsa-mangsa bencana tanah runtuh. Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim diberitakan sedang melancong dan makan angin di Amerika Syarikat atau lebih tepat lagi San Francisco. 


EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN Pakatan Haprak lain apa lagi. Masing-masing "curi tulang", langsung tidak kelihatan di tempat kejadian. Mungkin juga mereka semua sibuk mengadakan ceramah dan makan malam bersama penyokong parti serta bersantai bersama keluarga.

Namun Pejabat Menteri Besar yang dikepalai oleh Faekah bijak memanupulasikan keadaan bagi menutup perangai busuk EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN Pakatan Haprak Selangor. Beberapa minit sebelum pukul 11.00, Pejabat Menteri Besar telah mengeluarkan kenyataan rasmi kononnya amat berdukacita dan telah berusaha memberi bantuan dan pertolongan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh. Baca laporan The Star, di sini. Bagi kami yang berada di lokasi kejadian, semua ini adalah satu pembohongan semata-mata. Malah Twitter yang dikeluarkan oleh MB Selangor sekalipun gagal mengenalpasti tempat kejadian. Di dalam Twitternya menyebut Felda Semungkis, Hulu Selangor sedangkan tempat kejadian adalah di Hulu Langat.


Bukan niat kami untuk mempolitikkan kejadian malang ini. Sebaliknya mungkin satu hikmah bagi Rakyat Selangor bagi mengenalpasti siapakah Hero Rakyat Selangor dan siapakah Wakil Rakyat Haprak yang dipilih oleh mereka di Selangor. Semoga Allah menempatkan mangsa-mangsa korban tanah runtuh seramai 10 orang bersama orang-orang yang beriman dan berdoa agar Allah memudahkan operasi menyelamat untuk 6 lagi mangsa yang terperangkap.Ya Allah, KepadaMu kami berserah dan kepadaMu kami meminta pertolongan. Amin.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates