May 21, 2011

2 Janji Tinggal Janji - Janji Pakatan Haprak di Padang Tembak, Pulau Pinang

Rakyat Malaysia harus diperingatkan selalu. Rakyat Malaysia harus diperingatkan mengenai janji-janji PRU12 oleh Pakatan Haram agar mereka tidak tertipu lagi di dalam PRU13.

Penulis menyertakan kembali laporan Buletin Utama TV3 mengenai janji-janji Pakatan Haram untuk penduduk-penduduk Padang Tembak di Pulau Pinang.

11 September 2009 : Pak Syeikh Anwar Ibrahim - "Kalau PKR menang, bagi saya satu bulan sama-sama DAP dan PAS, bagi saya satu bulan saja kasi bersih dan cat seluruh Padang Tembak."

1 April 2011 : KM Lim Guan Eng - "Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya akan membiayai 80% sahaja daripada RM2.7 million iaitu jumlah kos mengecat semula flat Padang Tembak. Sebaliknya penduduk terpaksa membayar 20% yang selebihnya atau lebih kurang RM544,800.

Kalau berjanji manis dan tidak menunaikannya, itu amalan Pakatan Haprak tuan-tuan.

Published with Blogger-droid v1.6.8

May 20, 2011

7 Betul Ke 1 Sen Dapat Mengurangkan Perbelanjaan Awam Datuk Seri TPM?

Saya tertarik dengan kenyataan TPM, TS Muhyiddin Yassin yang dipetik The Star di bawah tajuk "DPM: Prepare Price Increases". Antara lain laporan berkenaan memetik:

"Muhyiddin also said the Government was proposing the re-introduction of the one sen coin as a way to reduce the public's expenses.

He said there was nothing wrong in reusing the one sen coin, adding that discussions would be held with Bank Negara."

Sumber: The Star dated 20 May 2011.

Saya berpendapat banyak lagi perkara lain yang Kerajaan boleh fikirkan dan lakukan untuk kepentingan Rakyat selain dari mengenalkan semula di dalam pasaran penggunaan siling 1 sen.

Dalam zaman yamg barangan pengguna serba mahal dan serba kompetitif ini, nilai 1 sen amat tiada nilai walaupun bagi orang-orang yang berpendapatan sederhana dan rendah. Saya tidak nampak langsung bagaimanakah dengn pengenalan semula siling 1 sen ini dapat mengurangkan perbelanjaan pengguna seperti yang TS TPM katakan.

Apakah ini bermakna Kerajaan akan "flip flop" kembali dasar atau kaedah pengenapan siling yang diamalkan sekarang di dalam pasaran? Seperti kata rakan saya, "Managing a country is not like driving a car. You can't keep going into a wrong road and then reversing or u-turning."

Khabar angin yang tersebar luas adalah akan berlakunya kenaikan tarif elektrik dan kenaikan harga minyak RON95 sebelum Pilihanraya Umum 13 (PRU13). Ini yang sepatutnya dielakkan oleh Kerajaan Tan Sri dan bukannya mengenalkan satu dasar yang tidak nenguntungkan pengguna.

Tan Sri, sekiranya tindakan menaikkan harga barangan ini tidak dapat dikawal,saya rasa Kerajaan BN sengaja menempah batu nesan di dalam PRU13. Suka atau tidak Tan Sri, kalau saya jadi Tan Sri atau DS Najib, kenaikkan harga barangan keperluan dan kemestian seperti kenaikkan harga minyak RON95, tarif elektrik dan barangan keperluan lain adalah perkara terakhir yang akan saya lakukan. Saya juga akan memecat mana-mana Menteri dan penasihat saya yang memberikan idea-idea bodoh ini.

Biarlah saya agak kurang ajar dengan Tan Sri dan Kerajaan sekarang kerana saya tidak mahu Kerajaan BN ditalkinkan di dalam PRU yang akan datang.Wallahualam.
Published with Blogger-droid v1.6.8

May 17, 2011

5 MB Khalid Gagap Menghasut Pelajar Universiti Selangor Melanggar AUKU?


Malam tadi bertempat di Shah Alam, Menteri Besar Selangor, TS Khalid "Gagap" Ibrahim telah merasmikan penutup Konvensyen Mahasiswa anjuran Majlis Pemuafakan Mahasiswa Selangor. Lebih kurang 400 mahasiswa hadir di dalam majlis berkenaan.

Ketika ucapan perasmian penutup konvensyen berkenaan, penulis agak terkejut apabila Menteri Besar telah menyeru mahasiswa agar membebaskan minda pelajar dan memperjuangkan nasib Rakyat Selangor. Beliau juga secara rasmi telah mengistiharkan universiti-universiti di Selangor bebas dari Akta AUKU dan mengesa mahasiswa turun padang memperjuangkan hak mereka. Pada mulanya, penulis merasakan tersilap dengar tetapi apabila meneliti kembali teks beliau di dalam Twitter, ternyata penulis tidak salah sama sekali.

Apakah YAB MB tidak memahami undang-undang tubuh negeri tidak boleh sama sekali mengatasi undang-undang persekutuan? Apakah kuasa seorang Menteri Besar begitu berkuasa untuk membebaskan mahasiswa-mahasiswa universiti di Selangor daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971), yang merupakan akta yang digubal oleh Kerajaan Malaysia dan diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja pada 27 April 1971? Apakah YAB MB tidak sedar beliau hanya sekadar berbohong dan berretorik dengan pelajar-pelajar mahasiswa yang hadir? Atau apakah MB Selangor ini mempunyai hasrat untuk mengeluarkan Selangor dari Malaysia serta menubuhkan undang-undang sendiri?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates