May 14, 2011

3 Polemik Rencana "China Press" Mengenai Isu Perkauman

"Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang." Bait-bait lagu Warisan bermain di minda apabila membaca terjemahan yang dilakukan oleh seorang kawan mengenai satu artikel yang dikeluarkan oleh akhbar berbahasa Cina, "China Press". Simbolik tulisan wartawan China Press tersebut yang bulat-bulat menyalahkan akhbar Utusan Malaysia membuahkan bait-bait perkauman dan pro kepada pembangkang, menyakitkan hati saya.

Berikut adalah terjemahan akhbar berkenaan:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhbar China Press.
Perkara: Dakyah Utusan Malaysia.
Ruangan: Perbincangan Umum Rakyat.
Tarikh: 11 Mei 2011 (Rabu) Muka surat C13.

Tajuk: Cepat-Cepat Padamkan Api
Penulis: Shao Xi

Budak kecil main api, masih boleh dimaafkan lagi. Namun apabila tangannya terbakar, meraka tahu sakit. Seterusnya mereka tidak lagi berani bermain api. Boleh dianggap mereka telah mendapat kelebihan satu pelajaran melalui itu. Tetapi ada sesetengah orang yang jiwanya dan bersikap tidak baik, mereka tahu itu salah tetapi mereka tetap mahu bermain api. Seperti semakin bermain api semakin seronok. Mereka bermain api sehingga tidak ada perpaduan di antara kaum. Masyarakat rasa bimbang, itu semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka. Lebih buruk dari sifat kanak-kanak.

Ahli politik yang berkualiti rendah suka main api untuk mencapai matlamat politik mereka. Ia tetap berlaku sejak dari zaman dahulu sehingga sekarang. Di negara kita juga tidak kurang orang-orang seperti itu. Rakyat biasa yang memerhatikan politik selalu dapat melihat dengan jelas. Malangnya, pihak-pihak media yang menjalankan tanggungjawab tahap ke 4 hak masyarakat, ada sesetengah dari mereka suka bermain api. Dalam bidang media selalu disebut-sebut orang ramai ialah akhbar Utusan Malaysia, pembantu editorial mereka pada beberapa hari lepas menulis sebuah skrip kempen "1Malaysia 1Bumi" supaya dapat menyatukan masalah perpaduan yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu. Terus dapat sokongan dari PERKASA. Pada seketika itu timbul reaksi bantahan dan kritikan dari kalangan politik dan orang awam. Bntahan berterusan berlaku di kalangan masyarakat. Sedangkan Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir, bersuara itu tidak baik untuk negara ini.

Veteran  UMNO seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menganggap kempen "1Malaysia 1Bumi" akan menjejaskan kepimpinan Najib yang berkonsepkan "1Malaysia." Beliau berharap jangan perdulikan kempen tersebut. Ia akan mengancam dalam negara ini yang mahu memeupuk semangat perpaduan, dan konsep 1Malaysia itu lebih jelas tidak menjejaskan semua lapisan kaum masyarakat di Malaysia. Bara-bara yang kecil mampu semarakkan api kebakaran. Dakyah yang boleh menjejaskan perpaduan kaum ini, bukan sahaja orang yang utarakan isu ini tidak terjejas, malah pihak yang berkenaan langsung tidak mengambil tindakan dan susulan terhadap mereka. Ada orang berkata, jika berita itu dikeluarkan oleh pihak media lain, adakah pihak media lain itu dapat layanan baik yang sama seumpama itu?

Isu itu belum reda lagi. Akhbar ini keluarkan berita yang lebih mengemparkan. Mereka mengikut laporan dari blog berkaitan dakwaan Ahli Parlimen Jelutong Ooi Chuan Aun yang mengadakan majlis perhimpunan agama Kristian, yang menyentuh negara ini akan menjadi negara Kristian dan orang Kristian boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Laporan yang mengejutkan dunia ini, memeranjatkan semua pihak. Rata-rata orang-orang DA anggap ini adalah satu penganiayaan. Pada masa yang sama, Ooi Chuan Aun mahu Utusan Malaysia meminta maaf, jika tidak beliau akan melaporkan isu itu pada pihak polis. Orang-orang yang ambil bahagian dalam upacara keagamaan itu semuanya menafikan ada isu seperti itu. Semua menunding akhbar tersebut.

Bara-bara api kecil mampu semarakkan api kebakaran. Isu keagamaan adalah isu yang sangat sensitif di seluruh dunia. Ada banyak negara kerana masalah keagamaan mereka tidak dapat diuruskan dengan baik. Isu sekecil-kecilnya ia boleh mengakibatkan peperangan dan pergaduhan kaum di dalam sesbuah negara. Isu yang lebih besar akan berlaku. Peperangan antara negara tidak boleh dijangkakan akibatnya dan tidak boleh diambil mudah dan diambil ringan tentang isu ini.

Di negara kita hampir-hampir tercetus kekacauan besar, contohnya membakar gereja, membawa kepala lembu ke Pejabat Ahli Majlis, melakukan pembantahan seperti itu dan sebagainya, menyebabkan perhubungan kaum menjadi lebih tegang. Kita lebih bernasib baik pada masa itu kerana pihak yang berkenaan melakukan tindakan memadam bara apai itu dengan cepat, dapat menangkap pencetusnya. Pihak kerajaan segera menghulurkan bantuan kepada gereja yang terbakar, dapat meredakan api yang akan semarak itu.

Ramai orang tidak percaya DAP dan badan-badan agama bersubahat berkaitan isu ini. Tidak mungkin mereka lakukan perkara sebodoh itu dan berani sehingga ke tahap itu. Lebih-lebih lagi ramai pengunjung yang hadir. Jika mahu soal siasat sama ada perkara itu berlaku atau tidak, bukankah ianya tidak susah untuk disiasat? Sekarang, masalahnyaialah adakah blog itu hanya mengada-adakan cerita, pihak suratkhabar tersebut belum lagi soal siasat berita itu sama ada benar ataupun tidak dan terus keluarkan kenyataan. Bukankah akhbar itu akan dikenakan tindakan yang serius? Jika mereka ini boleh dilepaskan dengan begitu saja, bermakna konsep "1Malaysia" hanya tinggal slogan sahaja. Tidak ada apa-apa yang perlu kita rasa pelik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wartawan China Press berkenaan mempertikaikan kenapa hukuman ke atas Utusan Malaysia begitu ringan sedangkan sebelum ini sebuah akhbar Cina telah digantung penerbitannya kerana mengeluarkan artikel berkenaan  isu IGP.  Persoalannya di sini adalah ketulenan atau kebenaran isu yang dikeluarkan oleh kedua-dua akhbar yang berkenaan. Akhbar Cina telah mengeluarkan berita yang mempunyai fakta yang tidak benar sedangkan dalam kes Utusan Malaysia, pihak polis perlu menyiasat terlebih dahulu kes berkenaan ekoran pihak polis telah mendapat bukti dan maklumat yang terbaru yang mendorong kepada kebenaran berita yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Penulis prihatin dan memahami kerisauan bara api perkauman yang dewasa ini tercetus di dalam masyarakat kita. Namun penulis tidak boleh terima dakwaan wartawan di atas yang seolah-olah meletakkan kesalahan dan punca berlakunya perkara ini di bahu orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu sudah banyak bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam banyak perkara. Namun banyak perkara yang berlaku menguris hati orang-orang Melayu yang masih mereka pendam. Contohnya seperti isu nama Allah dalam Bible, isu bangsa lain mempertikaikan hak-hak keistemewaan mereka di dalam perlembagaan, menghina bangsa Melayu dengan bebas di media-media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, isu bangsa lain cuba menjual undi mereka dengan ganjaran yang tidak masuk akal kerana bangsa Melayu Islam tidak bersatu dan berpecah dan sebagainya. Penulis bukan seorang yang ektremis rasis, cuma penulis berpendapat janganlah kesabaran orang-orang Melayu diuji ke tahap maksimum. Ibarat kata-kata hikmat dari pahlawan terkenal Pahang, Panglima Mat Kilau, "Melayu ini lembut bangsanya. Tapi jika mereka diusik, satu Eropah bermandikan darah."
Published with Blogger-droid v1.6.8

May 9, 2011

18 Lagi Artis Malaysia Beraksi Separuh Bogel

CTS seboleh-boleh tidak mahu menulis atau mencampuri hal hiburan tanahair. Biarlah yang pakar sahaja yang menulis hal-hal gossip. Namun apabila perangai dan kelakuan artis tempatan sudah menjolok mata, adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk menegurnya.

Gambar terlondeh sehingga menampakkan punggong di atas adalah milik seorang pelakaon Malaysia berbangsa Melayu bernama Nurul Ain Nordin. Khabarnya filem lakonannya bertajuk "Suatu Malam Kubur Berasap".

Jangan kata judul filemnya yang berasap, kalau tengok gambar di atas pun, malam kitapun turut berasap, ye tak? Apalah nak jadi dengan gelagat artis baru sekarang. Sanggup menjual diri dan bertelanjang untuk menjadi popular. Popular ke?
Published with Blogger-droid v1.6.8

4 Politik Anwar Ibrahim Berada Di Tahap Terendah Apabila Mengelar DS Najib "Anak Babi"

Anwar Ibrahim buat hal lagi. Sebelum ini beliau terkenal dengan sikap bermuka-muka apabila berhadapan dengan sesuatu kaum. Depan Melayu cakap lain, depan kaum Cina dan India cakap lain. Jadi tidak hairanlah wartawan asing mengelarkannya "chameleon" atau sesumpah.

Semalam ketika berceramah di hadapan sekumpulan komuniti India yang dikenali sebagai Malaysia India Voice (MI-Voice) di Dewan Hamzah, Klang, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang Ketua Pembangkang.

Menurut freemalaysiantoday.com, Anwar Ibrahim telah berkata,

"Najib is a real "pandikutti", he said drawing laughter and applause from the crowd. Pandikutti is a Tamil word for piglet.

Wajarkah bagi seorang yang mempunyai masalah moral yang begitu berat, mengelarkan seorang Muslim yang lain dengan panggilan "anak babi"? Apakah dengan mengelar PM DS Najib sebagai "anak babi" dapat mengangkat mertabatnya di kalangan masyarakat India? Saya tidak sabar menunggu fatwa Dato Nik Aziz berkenaan perkara ini.
Published with Blogger-droid v1.6.8
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates