April 27, 2011

3 Siapa Pembohong? Utusan Malaysia Atau Suara Keldaian?

Alkisah, Keldaian Daily semalam, 26 April 2011, telah membuat berita fitnah seperti berikut:

Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.
Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.
 “Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.
“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau. Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.
Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat. Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.
“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.

Manakala Utusan Malaysia hari ini, 27 April 201, telah mendapatkan penjelasan kembali daripada tuan punya badan, Datuk Dr Haron Din dan dipetik sebagai berkata:

Haron Din nafi keluar kenyataan baca Utusan haram
27/04/2011 1:56pm
KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.
Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini. "Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkanSuara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.
"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini. - Utusan Malaysia.
Wartawan BERNAMA memberitahu saya, pihak Utusan yang menghubungi Datuk Haron Din memberitahu, beliau dipetik berkata, "Sayapun baca Utusan. Takkan saya nak kata haram". Nampak sangat Suara Keldaian penipu, pembelit dan wadah pembohong dan pemfitnah. Ulama PAS dalam Pakatan Haram pun boleh mereka putar belitkan, apatah lagi perkara-perkara lain.

April 25, 2011

3 P"Gay"R dan PAS Nak Buat Ceramah "Kebangkitan Rakyat Sarawak" - Sudah Gila Meroyan Atau Apa?

Hearie! Hearie! Adalah dimaklumkan parti P"Gay"R dan PAS akan mengadakan Ceramah Perdana bertajuk "Kebangkitan Rakyat Sarawak" pada 29 April 2011, pukul 9.00 malam bertempat di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang. Ceramah Perdana ini adalah usaha keras YB Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin yang lebih mesra dipanggil YB Mak Lampir, untuk membodek bossnya, Pak Syeikh Anwar Ibrahim "Lelaki Y" Al Juburi. 

Penat menaip gelaran Ketua Umum P"Gay"R ini. Al maklumlah selain daripada gelaran Pak Syeikh Anwar Ibrahim Al Juburi yang diberikan oleh bakal calon Timbalan Presiden PAS, Mohammed Sabu @ Mat Sabu, Anwar Ibrahim mendapat gelaran terbaru apabila Peguam Cara Negara II, Mohd Yusoff Zainal Abiden, hari ini dalam hujahnya mengaitkan semua ujian DNA dua ahli kimia dan mengesahkan "Lelaki Y" adalah Anwar Ibrahim!




Datanglah beramai-ramai mendengar bagaimana kejayaan P"Gay"R yang telah memenangi 3 daripada 49 kerusi dan PAS yang memenangi 0 daripada 5 kerusi di DUN Sarawak daripada penceramah-penceramah "berkaliber" P"Gay"R dan PAS. Lucu jugak, apabila DAP yang lebih menempa kejayaan meningkatkan penguasaan kerusi DUN di Sarawak, tidak dipanggil untuk turut sama memberikan ceramah. Inilah yang dinamakan "Gila Meroyan"!

April 24, 2011

7 Lord Of The Gelang : The Fellowship Of AC UMNO

Heboh berita si penjual gelang "ajaib" yang seorang ini, AC Mizal masuk UMNO hari ini. Lebih kelakar dan mengelikan hati apabila AC membuat kenyataan bahawa beliau turut ditawar menyertai parti pembangkang dengan dijanjikan dengan jawatan yang tinggi. Portal Malaysiakini tidak ketinggalan memuat naikkan berita ini, di sini.


Mungkin akibat dari gertakan pemimpin parti MCA untuk menarik diri daripada Barisan Nasional semalam, menyebabkan pemimpin-pemimpin di dalam UMNO merasakan mereka perlukan bantuan kuasa gelang ajaib AC. Bukan niat penulis untuk mempertikaikan pendirian AC menyertai UMNO. Cumanya, janganlah seperti  sokong membawa rebah.


Kita tidak mahu apabila projek gelang ajaibnya mula dipinggirkan pengguna-penggunanya akibat didakwa menipu, AC mengambil jalan mudah untuk berjaya di dalam kerjaya politiknya di dalam UMNO dengan menggunakan nama dan gelang ajaibnya. Tidak cukup aktiviti "penipuan" di dalam perniagaannya yang dibongkar oleh rakan blogger anti MLM yang terkenal, Aidid Mu'addib, kisah hidup AC juga terkenal dengan kontroversi "Datukship" yang diterimanya dari Kerajaan Pahang dan kisah nafkah anaknya yang tidak selesai-selesai.

Buat pemimpin-pemimpin UMNO, sudah acapkali tokoh-tokoh terkenal dan idola-idola masyarakat menyertai UMNO. Tidak perlulah kapet merah dibentangkan dan upacara gilang gemilang diadakan bagi menyambut kedatangan mereka, sekiranya mereka benar-benar ikhlas untuk menyertai parti keramat ini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates