March 31, 2011

6 Sam Ketot Dakwa Beliau Ada Video Lucah Pemimpin UMNO


Gempar! Memang mengemparkan!

Belum sempat kita berpeluang menyaksikan video rakaman video aksi terlampau Ketua Pembangkang, pencacai Al Jubs, Sam Ketot pula membuat kejutan dengan berkata bahawa beliau mempunyai video seks pemimpin UMNO. Sudah! Dah jadi perang video seks lah pulak. Bila trio Dato' T mengesahkan bahawa mereka mempunyai video terlampau Al Jubs, Sam Ketot pula mempertahankan Bossnya dengan mengaku mempunyai video seks pemimpin UMNO. Entah betul atau tidak si kemetot ni. Bila ditanya kenapakah beliau tidak mendedahkan video berkenaan, ini jawapannya:
"Kita juga punya video-video skandal seks yang melibatkan pemimpin UMNO dan BN, namun kita tidak dedahkan kerana ianya bertentangan dengan prinsip moral."
Sumber: Mynewshub.my
Ha Ha Ha, sejak bila pulak si Sam Ketot ini pandai bercakap pasal isu moral ni. Setahu CTS, yang selama ini mereka dok jaja sini sana mengenai fitnah pembunuhan Altantunya ke atas Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak tanpa memberikan sebarang bukti, prinsip moral apa pulak yang dipakainya?

Buat Sam Ketot, satu saja saya nak nasihat. Kalau hang adapun video berkenaan, dedahkan saja. Kami bloggers mesra Kerajaan bukan kisah siapa. Sesiapapun terlibat dalam seks bebas ni dan kemudian siap rakam lagi, kita jatuhkan beramai-ramai. Baik pembangkang maupun Kerajaan. Kalau hang takut sangat kena saman, bak mai video tu kat aku. Aku boleh tolong postingkan. Ada berani?

March 30, 2011

3 Lim Guang Eng - CAT Di Mulut, Kroni Di Hati

Walaupun menerima desakan yang kuat saban hari dari masyarakat, sehingga ke hari ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang masih gagal menjawab persoalan pemberian kontrak RM8.5 juta projek WiFi kepada syarikat REDtone tanpa mengadakan tender terbuka dan  mengapakah tiada seorangpun pemimpin Pakatan Haram yang membantah mengenai perkara ini. Ini bersanggah dengan amalan CAT (Competency, Accountability adn Transperancy) yang kononnya diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Buku JingGAY yang kononnya dijanjikan untuk diamalkan oleh Pakatan Haram sekiranya dapat memerintah Malaysia.

Umum mengetahui betapa eratnya pemilik REDtone dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan umum juga mengetahui bahawa pihak pengurusan REDtone merupakan penyokong tegar DAP. Alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang seperti video klip di bawah, gagal merungkai persoalan yang dikemukakan. Persoalan yang sering kali dipersoalkan di ruang sosial Twitter terutama oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Haram, turut gagal mendapat balasan walaupun mereka boleh merapu dan meraban menjawab lain-lain isu.


Kerajaan Pakatan Haram hanya pandai berjanji dan mengkritik tetapi gagal dari segi perlaksanaan. Begitu jugalah dengan omongan-omongan kosong yang terdapat di dalam Buku JinGAY yang tidak lebih sekadar retorik semata-mata. Pengikut-pengikut Al Jubs meroyan setiap hari dibuai mimpi-mimpi indah yang dijanjikan. Itupun Pakatan Haram masih ada hati hendak menawan Sarawak.

March 28, 2011

1 Betulkah Ketua Cabang PKR Miri Menjalankan Penguguran Bayi Haram?


Maafkan CTS kerana tidak menulis selama beberapa hari. CTS telah ber"tabliq" di Miri, Sarawak menjalankan "survey" untuk Pilihanraya Negeri yang akan datang dan bertemu dengan blogger-blogger hebat di Sarawak untuk bertukar-tukar fikiran.

Dalam menjalankan kajian dan penyelidikan di sana, CTS telah menemui satu fakta yang amat mengejutkan. Hasil dari maklumat dari "grass root", temubual dengan pemandu teksi serta penduduk tempatan, CTS telah mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah klinik "maternity" atau rawatan untuk perempuan-perempuan mengandung dan bersalin di bandar Miri, Sarawak yang telah digunakan sebagai klinik utama pusat penguguran bayi secara haram.

Klinik yang dimaksudkan adalah Teo's Clinic. Terletak strategik di bangunan rumah kedai di Bandar Miri ini khabarnya dimiliki oleh Dr Micheal Teo Yu Ken. Hasil maklumat orang ramai memberitahu CTS, klinik berkenaan telah lama digunakan sebagai pusat penguguran bayi secara haram. Ini kerana menurut mereka, dalam masyarakat Cina di sana, kalau pasangan suami isteri mendapat anak perempuan adalah satu "sial" dan ditolak keluarga. Itu sebab bayi berkenaan perlu digugurkan. Tambahan lagi, menurut sumber lagi, kebanyakan perempuan simpanan atau "mistress" dan pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti sumbang juga akan mengambil tindakan yang sama sekiranya keterlanjuran mereka membuahkan janin di dalam perut. Menurut mereka lagi, acap kali, janin-janin yang tidak cukup bulan ditemui di dalam tong-tong sampah yang berhampiran dengan klinik berkenaan. Tinjauan CTS selama 3 hari ke atas klinik berkenaan gagal mendapat kerjasama dari staf dan doktor yang bertugas.

Dr Micheal Teo Yu Ken adalah merupakan Ketua Cabang PKR Miri dan diwar-warkan antara calon yang disebut-sebut untuk bertanding di salah satu DUN Miri. Beliau juga merupakan calon yang pernah menawarkan diri bertanding menentang Timbalan Ketua Menteri. Apakah Rakyat Miri sanggup menerima "pembunuh" seperti Dr Micheal Teo sebagai calon mereka dan mengangkat calon PKR ini sebagai ADUN mereka? Apakah Dr Micheal Teo berani menafikan beliau bukan sebagaimana yang didakwa oleh rata-rata Masyarakat Miri di situ?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates