March 24, 2011

12 Ikhlaskah Datuk Jimmy Choo Membida Kembali Jenamanya Demi Rakyat Malaysia?



Saya tertarik dengan laporan Buletin Utama dua hari lepas dimana pereka cipta dan pembuat kasut yang terkenal di dunia, Datuk Jimmy Choo menyatakan hasrat ingin memiliki kembali jenamanya yang telah dijual 10 tahun yang lalu.

Jimmy Choo, satu nama yang cukup gah dalam industri fesyen antarabangsa. Diasaskan Datuk Jimmy Choo 15 tahun lalu, jenama terkenal di dunia itu bagaimanapun bukan lagi milik eksklusif beliau sejak 10 tahun lalu. Namun, pengasasnya kini berusaha untuk membeli dan memegang semula hak penjenamaan yang sepatutnya dimiliki warga Malaysia. Persaingan pembidaan untuk memiliki Jimmy Choo pada kos 500 juta pound atau RM2.4 bilion semakin sengit. 

Datuk Jimmy Choo ketika diterumah oleh Buletin Utama memberitahu beliau melepaskan jenama Jimmy Choo 10 tahun lalu atas sebab tertentu. Katanya,

"Those days I was a nobody. Although I have the name in all over the magazines and everything but financially I was not strong."(Pada masa itu saya tidak dikenali. Walaupun nama saya berada di pelbagai majalah tetapi kewangan saya tidak kukuh). 

Dakwaannya, beliau tidak sanggup melihat jenama ciptaan warga Malaysia itu jatuh ke tangan warga asing, beliau kini mengupah syarikat pembrokeran yang disenaraikan di London, Daniel Stewart untuk membida pemilikan semula jenama terkemuka pada nilai 500 juta pound atau RM2.4 bilion.

Saya bukan hendak meragui semangat kenegaraan Datuk Jimmy Choo, sebaliknya saya pernah mendengar di dalam wawancara bersama deejay Fly FM, beliau telah terlepas cakap antaranya, punca beliau melepaskan pegangan jenamanya adalah kerana beliau ditawarkan menjadi jutawan dan beliau ingin mengelilingi dunia dengan wang hasil jualan jenama Jimmy Choo.

Persaingan pembidaan untuk memiliki Jimmy Choo kini semakin sengit. Difahamkan lebih 10 pembida, termasuk Moet Hennessy Louis Vuitton AS turut berminat. Namun, sebagai pengasas jenama itu sendiri, Datuk Choo tetap yakin untuk memiliki semula ciptaan beliau. Tegas beliau, apa yang diperlukan ialah sokongan penuh warga Malaysia untuk mengembalikan jenama itu ke tanah air sendiri. Saya merasa sedikit kebingungan apabila Datuk Jimmy Choo mendakwa bahawa Perdana Menteri memberikan sokongan terhadap usahanya itu. Katanya,

"We are all ready, more important I have the Prime Minister to give me full support and you see all the nations giving full support as well, all tweeted and say we love Jimmy Choo and we want Jimmy Choo to come back."(Kami telah bersedia, yang paling penting, saya mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan sokongan penuh daripada rakyat Malaysia yang mahukan jenama Jimmy Choo kembali ke negara ini).

Saya berharap Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak hanya memberikan sokongan moral dan bantuan yang tidak berbentuk kewangan. Ini kerana saya merasakan adalah tidak adil bagi Rakyat Malaysia untuk membazirkan duit Rakyat di dalam membida kembali jenama Jimmy Choo. Soalan saya kepada Datuk Jimmy Choo, kenapakah sewaktu Datuk menjual jenama ini 10 tahun yang lalu, Datuk langsung tidak memikir natijahnya?

Kenapa tidak fikirkan jenama yang salah satu menjadi kebanggana Rakyat Malaysia jatuh ke tangan asing dan yang terakhir, adakah usaha pembidaan ini adalah semata-mata bersifat materialistik iaitu Datuk tahu jenama itu kini bernilai RM2.4 billion dan harganya semakin meningkat?

March 21, 2011

2 Mahu WiFi Percuma Di Penang, Undi Pakatan Haram, Kata Jeff Ooi

Kerajaan Pakatan Haram Penang sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mengatakan bahawa Kerajaan Negeri akan mengenepikan projek pemberian WiFi percuma ke atas 3 parlimen yang tidak dikuasai oleh Kerajaan Pakatan Haram iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan dan Nibong Tebal yang di wakili oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (BN), TS Nor Mohamed Yaakob (BN) dan YB Tan Tee Beng (KITA).

Jeff Oii, dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri mempunyai sumber yang minima dan mereka hanya akan menumpukan ke kawasan yang diwakili oleh Pakatan Rakyat sahaja. "Jika penduduk di kawasan tersebut mahukan WiFi, mereka hendaklah mengundi Pakatan." Ooi  dipetik sebagai berkata dalam akhbar The Star.


Kenyataan ini lagi sekali menonjolkan wajah sebenar dan tembelang Pakatan Haram di mana seandainya para  penduduk Pulau Pinang mahukan WiFi percuma, maka mereka perlu mengundi Pakatan Haram. Bukankah kenyataan Jeff Ooi itu lebih terarah kepada usaha Pakatan Haram Pulau Pinang hendak mengugut dan menakutkan Rakyat, di dalam usaha menagih undi. Tahniah Pakatan Haram dan Jeff Ooi. Kenyataan beliau jelas menampakkan tembelang mereka yang tidak ikhlas membantu Rakyat.


Dan seperti penulis jangkakan, tidak lama selepas itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terkenal dengan personaliti lidah bercabangnya, tampil dengan kenyataan di dalam ruangan sosial Facebook, menafikan dan menyalahkan media kerana memutarbelitkan isu tersebut. Kalau betul akhbar The Star tersalah lapor, kenapa tak saman seperti mana lazimnya mereka lakukan ke atas Utusan Malaysia.


Buat Rakyat Pulau Pinang, renung-renungkanlah nasib anda di bawah pemerintahan Pakatan Haram. Apakah usaha Pakatan Haram jelas membantu dan berkhidmat kepada Rakyat tanpa memilih bulu? Apakah perlu mereka meminta imbuhan, imbalan dan balasan di atas bantuan Rakyat memberikan undi kepada mereka untuk terus memerintah? Renung-renungkanlah dengan mata hati. Tolaklah Pakatan Haram demi kelangsungan masa depan anak cucu cicit kita.


Apa-apapun, kita menanti dengan penuh sabar video terbaru (katanya Al Jubs) seorang pemimpin "high ranking" pembangkang berada di pasaran. Pergh? Mesti hebat dan dahsyat permainan 30 minit bersama dengan pelacur asing. Datuk T, cepat-cepatkanlah sebar video berkenaan. Jangan biarkan kami menunggu lama. hehehe.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates