March 10, 2011

3 King Saifuddin Mahu Berjumpa Bloggers Malam Ini


Berita baik untuk semua bloggers, kecuali saya. Hari ini King Saifuddin atau Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi II dengan bangganya mengumumkan bahawa beliau akan bertemu bloggers malam ini, 10 March 2011, jam 9.30 malam di Restoran NZ, Jalan Ampang (berdekatan KLCC). Saya tidak pasti kenapakah King Saifuddin mahu berjumpa dengan bloggers. Sedangkan Timbalan Menteri ini pernah mengucapkan, "You all not intellegent, this is a new politic" dan "Jangan sampai I balun you all bloggers. Tunggu masa saja". Buat bloggers yang hadap nak jumpa Menteri, pergilah cium tangan beliau malam ini! Kirim salam saya tak dapat datang, ada manusia yang lebih baik dari dia yang boleh saya berbual malam ini.

Saya tidak tahu sampai bila DS Najib Tun Abdul Razak mahu menyimpan "Trojan Horse" di dalam barisan kabinetnya. Jarang seorang Menteri atau Timbalan Menteri BN mendapat liputan baik di dalam akhbar pro Pakatan Haram melainkan Timbalan Menteri ini. Menyingkap dan memetik ulasan terhadap kenyataan beliau yang disiarkan oleh Haprakdaily, yang bertajuk Saifuddin Akui Buku Jingga Baik Untuk Negara. Antara kenyataan beliau yang menjelekkan saya: 

1. Memuji Buku Jingga yang dikeluarkan oleh Pakatan Haram.
Selain menyokong diadakan forum yang melibatkan wakil-wakil pelbagai parti di universiti bagi menghidupkan roh demokrasi di pusat-pusat pengajian tinggi, beliau juga mengakui pertembungan Buku Jingga dan Buku Biru merupakan sesuatu yang baik kerana boleh menyegarkan demokrasi di tanah air.

2. Memuji kerjasama Pakatan Haram.
Manakala dasar yang diperjuangkan oleh PKR, DAP dan PAS yang menolak politik perkauman, sememangnya baik bagi melahirkan perubahan politik di tanah air.
3. Dan yang paling memualkan, memuji dan membodek Al Jubs.
Selain itu, beliau turut mengakui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai personaliti yang hebat dan mempunyai pandangan jauh dalam pelbagai perkara, sehingga turut diakui dunia. "Dalam hal ini, bergantung kepada perspeksi masing-masing. Bagi BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahaya besar, tetapi bagi Pakatan Rakyat, untung besar. Tetapi yang itu bukanlah politik segar yang rakyat nak tengok," 

Saya menyokong gerakan yang dibuat di Facebook dan rakan-rakan bloggers untuk mendesak King Saifuddin untuk meletakkan jawatan. Salah satu gerakan tersebut dapat diikuti di sini. Cukup-cukuplah King Saifuddin dari terus menjadi beban kepada Kerajaan Barisan Nasional!

March 7, 2011

10 MP-MP DAP Biadap, Tidak Tahu Adab Di Dewan Rakyat

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan pembukaan penggal keempat persidangan Parlimen ke-12. Secara kebiasaannya, pakaian rasmi bagi menghadiri pembukaan sidang adalah pakaian serba putih seperti yang telah dikhaskan seperti gambar di bawah (lihat pakaian MP-MP sebelah kiri):




Sebaliknya, MP-MP DAP bersifat keras kepala dan tidak menghormati Dewan Rakyat serta DYMM Yang Di Pertuan Agong, yang merasmikan sidang. Mereka termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dengan angkuh sekadar memakai kot hitam. Bukankah pakaian rasmi serba putih  ini hanya dipakai sekali atau dua kali setahun? Bukankah mereka (MP-MP) telah mendapat elaun untuk menyediakan pakaian rasmi ini dan elaun dobi juga diberikan. Tiada alasan sepatutnya diberikan untuk tidak memakai pakaian berkenaan.




Adakah kot hitam melambangkan protes YB-YB DAP kepada Yang Di Pertuan Agong dan Dewan Rakyat. Biadap sungguh MP-MP DAP. Bagaimana mereka hendak mentadbir Malaysia, kalau adab Dewan Rakyat tidak dapat diikuti.

March 6, 2011

5 Live! Keputusan PRK Merlimau 2011





Sila "Reload" atau "Refresh" untuk keputusan terkini PRK DUN Merlimau.

Keputusan Tidak Rasmi:

Update 6.30 p.m.:

Undi Pos - BN 45 undi, PAS 2 undi, Undi Rosak 14.

Update 6.40 p.m.:

Air Merbau - BN 498, PAS 177, Undi Rosak 8, Majoriti 321.

BN mendahului dengan 4,875 undi manakala PAS 1,127.


Peti undi pertama tiba di pusat perjumlahan undi, SK Merlimau.

Updated 6.50 p.m.:

Peti Undi Chin Chin - BN 1,135, PAS 434, Majoriti 701.

Updated 6.58 p.m.:

Setakat waktu ini 5 peti undi telah dikira di DUN Merlimau. BN mendahului dengan 2,555 undi. Ada 2 peti undi lagi belum dikira.

Updated 7.02 p.m.:

Permatang Serai - BN 1,146, PAS 463, Majoriti 683.

Updated 7.07 p.m.:

Keputusan tidak rasmi Merlimau. 2008 BN menang dengan majoriti 2,154. BN 4,981, PAS 2,827, Undi rosak 149. Hari ini BN menang dengan majoriti 3,607. BN 5,916, PAS 2,309. Undi rosak 86. Ini belum dikira undi pos. Tahniah kepada semua pengundi, jentera dan kepimpinan BN, media, bloggers, sukarelawan dan sukarelawati yang telah bertungkus lumus dalam memenangkan BN.

Posting Asal:

Tahun 2008, jumlah keluar mengundi adalah seramai 7,977. Peratusan keluar mengundi adalah 76.18%. BN Menang dengan majoriti 2,154. Untuk PRK DUN Merlimau kali ini, seramai 8,435 pemilih atau dari segi peratusan sebanyak 79% keluar mengundi.

Berikut adalah warna-warni keletah warga Malaysia yang berkampung dan memeriahkan PRK DUN Merlimau:








 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates