February 26, 2011

0 Corat Coret Hari Penamaan Calon Di Merlimau - Pertandingan Satu Lawan Satu PAS/BN

Sah! Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Pegawai Pengurus Pilihanraya, Roslan Eusoff, mengesahkan bahawa PRK di DUN Merlimau adalah merupakan pertandingan satu lawan satu di antara calon BN, Roslan Dato' Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah. Walaupun terdapat kesilapan teknikal seperti alamat penyokong calon PAS Merlimau terletak di luar DUN, namun keputusan SPR adalah muktamad. Tiga bantahan telah dikemukakan tetapi kesemuanya ditolak oleh SPR.

Di bawah adalah detik-detik manis hari penamaan calon di Merlimau:

  Gaya calon BN yang yakin.

 Antara ribuan penyokong-penyokong BN di Merlimau.

Penyokong-penyokong PAS dikawal ketat oleh Unit Amal PAS.

 Tok Ali sedang memberikan ucapan sebelum mengiringi calon ke pusat penamaan calon.

 Kak Wan Azizah turut kelihatan di Merlimau bersama Ustaz Nasaruddin, Mustapha Ali dan Tian Chua.

Antara pemimpin Pakatan Haram yang hadir.

YAB Khalid Ibrahim masih sayangkan BN. hehehe.

Presiden MIC, Datuk Palani turut kelihatan.

Di Merlimau, kucing pun menyokong calon BN!

Dan akhir sekali, duduk kuarters guru rupanya calon PAS kita ni ye? Jasin? Alamat di luar DUN Merlimau rupanya. hehehe ...


February 25, 2011

3 Mai La Kita Dok Kenai Calon PAS DUN Merlimau!


Inilah oghangnya. Namanya Yuhaizad AbdullahTu dia aihh. Besaqnya rantai depa bagi dekat hang. Nasib baik ada kopiah kat kepala. Kalau tidak cheq dok ingat Dewa mana turun ni. Dengaq habaq calon ni tak dak kerja. Betui ka. Dok melilau merata dengan jawatan penganggur terhormatnya.

Dengaq kata lagi dia duduk dekat kuaters guru. Kalau dia tak kerja, mungkin bini dia Cikgu kot? Boleh ka bini kerja Cikgu kalau laki asyik naik pentas PAS dok teriak, haram makan duit kerajaan, terutama duit Kerajaan Tok Ali. Harap-harap bini dia yang jadi Cikgu tak adalah beli MC macam laki Cikgu Normala masa bertanding di Tenang dulu.

Dengaq kata lagi, calon PAS Merlimau ni ada rekod jenayah. Kalau tak silap pasai kes pecah amanah. Apa-apa kita tunggu cheq keluaqkan bukti. Kami bloggers mesra kerajaan tak main fitnah-fitnah. Kami bagi bukti sejenuak.

Nah haih, dengaq kata lagi, calon ni hisap rokok. Tak taulah cheq jenama apa, tapi rokok la. Kalau cheq tak silap, Wali Selipar Nik Aziz baru-baru ni, kat PRK mana tah, ehh Galas kot, kata dia tak suka calon yang hisap rokok. Dah berubah hati atau dapat wahyu baru pulak ke Wali Selipar oghang-oghang PAS ni?

Banyak lagi ceghita yang cheq dapat. Pelan-pelan huloq na. Esok lusa cheq ceghita lagi. Apa-apapun cheq ada kat penamaan calon Merlimau esok. Hang Yuhaizad jangan buat goplah jingga dok hisap rokok depan Tok Guru hang. Takut kena semboq.

February 24, 2011

0 Calon Yang Telah Di"Reject" Menjadi Pertaruhan PAS Di Kerdau

Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini.

Belum penamaan calon PAS sudah mengibarkan bendera putih menandakan kekalahan apabila PAS hanya mampu mempertaruhkan calon yang pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu dan mengalami kekalahan yang teruk. Tidak adakah lagi Anak Pahang yang mampu memberikan saingan yang sengit kepada calon UMNO/BN atau PRK Kerdau kali ini sekadar mainan PAS yang tahu mereka tidak boleh bertapak di Pahang. 


Saya lebih menghormati keputusan PAS sekiranya mereka meletakkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin At Tantawi sebagai calon. Walaupun bukan anak tempatan, dari segi akhlak dan pendidikan, beliau mampu memberikan saingan yang sengit. Yang menimbulkan lebih persoalan, kenapakan Yang Dipertua PAS Kuala Krau, Tuan Ibrahim Tuan Man yang lebih berkaliber tidak dicalonkan? Apakah PAS tidak yakin menang di Kerdau? Main-main ka?

Apapun ini adalah keputusan Wali terbesar di dalam PAS, Mahaguru Pok Nik. Siapa di dalam PAS yang berani bantah? Tak mencium syurga puak-puak tu!

February 23, 2011

9 Budaya Samseng Pakatan Haram Mula Menular Di Pilihanraya Kampus

Pilihan Raya Kampus Malaysia kembali lagi. Seperti biasa, setiap tahun kita akan menonton lagak mahasiswa kita yang betul–betul bersifat “matang” dan “terpelajar” di semua kampus universiti di Malaysia. Lagak mereka seringkali tidak mengambarkan sifat kebijaksanaan mereka dan cara yang mereka gunakan amat tidak professional dan kebudak-budakan. Tahukah anda, terdapat dua puak yang bertanding di setiap kali pilihanraya kampus pada setiap tahun?
Kumpulan pertama dikenali sebagai Pro-Mahasiswa ataupun Pro-M yang membawa ideologi pembangkang di kalangan mahasiswa universiti dan satu lagi merupakan kumpulan yang mendokong aspirasi Kerajaan yang memerintah yang dinamakan Pro Aspirasi atau Pro-A.
Bagi Pilihanraya Kampus 2011/12, Pro Aspirasi mengukuhkan kedudukan di 7 buah universiti awam di negara ini iaitu USM, UPM, UTM, UTHM, UMS, UPNM dan UiTM manakala 9 universiti awam lain dikuasai oleh Pro Mahasiawa iaitu UUM, UNIMAS, USIM, UMP, UMT, UMK, UPSI, UTem dan UNISZA.
Walaupun hanya pilihanraya kampus, rata-rata pemimpin pembangkang di laman-laman sosial Facebook dan Twitter mendabik dada dengan megah apabila mereka merasakan generasi muda mula menyatakan sokongan kepada aspirasi kepada pihak pembangkang.
Pilihanraya kampus kali ini banyak dicemari dengan adengan-adengan samseng dan jenayah ala-ala pembangkang Pakatan Haram. Tindakan ala jenayah bekas pengerusi Pro-M, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah yang cuba membawa keluar fail yang mengandungi bahan-bahan bukti berhubung satu kes, sebelum ditahan pengawal keselamatan amat memalukan. Tindakan tegas harus dikenakan ke atas pelajar berkenaan yang diberitakan beberapa kali mengulang semester kerana gagal di dalam peperiksaan. Ibu bapa hantar suruh belajar, sibuk hendak berpolitik. Akibatnya, pelajaran terkandas. Inilah juga yang dimahukan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah yang menjadi api dalam sekam di dalam Kerajaan, yang secara tidak langsung menyokong kumpulan Pro-M dan tindakan berpolitik secara bebas di kampus.

Inilah wajah gebu Lokman Al-Hakim yang bakal ditawarkan kerja Coffee Boy oleh Anwar Ibrahim.
Pihak polis juga disarankan agar mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelajar-pelajar yang berlagak samseng dengan merempuh dan memecahkan pintu kaca bangunan pentadbiran UPM yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan. Tindakan yang didalangi oleh kumpulan Pro-M ini telah menyebabkan beberapa pelajar dan pengawal keselamatan cedera ringan di dalam kejadian tersebut.

Drama yang dihidangkan kepada kita di dalam pilihanraya kampus juga tidak kurang menarik. Seperti mana lagak Anwar Ibrahim dan juak-juaknya berlakon melarikan diri dan bersembunyi di Kedutaan Turki, begitu jugalah ikutan yang dilakukan oleh bakal-bakal pemimpin pembangkang di dalam kumpulan Pro-M. 
Kehilangan calon pilihan raya kampus UM, Masturah Abu Bakar, beberapa hari lalu dan berjaya ditemui kembali adalah rentetan drama murahan yang dihidangkan. Dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Masturah telah diculik adalah sekadar gimik murahan kumpulan Pro-M yang ingin mendapatkan undi simpati. Pelajar itu yang dilaporkan hilang sejak petang 20hb ditemui selamat di sebuah masjid di Bangi, awal pagi keesokan harinya. Calon Pro-M itu ditemui kira-kira pukul 1.30 pagi oleh saudara-maranya yang menjalankan gerakan mencari mangsa sejak kehilangannya diberitakan. Yang menjadi persoalannya, setakat ini, pelajar dan anggota keluarganya masih belum memberikan keterangan kepada polis berhubung kehilangan pelajar itu.

Adalah diharapkan perjuangan yang menjijikan berasaskan kepada tindakan ganas, samseng dan drama yang tidak berkesudahan ini hendaklah diberhentikan di dalam pilihanraya kampus. Pihak Kerajaan dan Universiti seharusnya tidak tunduk dengan desakan pelampau kampus ini yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang. Tindakan gunting di dalam lipatan Saifuddin Abdullah seharusnya diperhatikan dengan lebih serius oleh DS Najib. Tindakannya untuk menjadi popular di kalangan pembangkang kelak akan menjadi barah di dalam Kerajaan.

February 22, 2011

2 Lulusan Al Azhar Hadiah BN Kepada Pengundi DUN Kerdau



Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac depan. Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.


Syed Ibrahim yang dilahirkan di Kampung Kuala Tekal, Temerloh, Pahang mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Temerloh iaitu di Sek Ren Keb Kuala Krau, Sek Men Agama Al-Kahiriah dan kemudiannya di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Syed Ibrahim pernah bertugas sebagai pembantu pegawai Yayasan Pahang di Kaherah (1993-1996) selain mempunyai pengalaman sebagai guru bahasa Arab di Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh (1997–2000), sebelum menjadi Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut dan kemudiannya menjawat Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Sharifah Farunai Syed Ahmad yang juga mempunyai pengalaman sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Darul Naim. Rumahtangga beliau dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Kerusi DUN berkenaan kosong selepas wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya kelmarin. Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin yang mewakili BN menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. BN memperoleh 4,135 undi manakala PAS pula meraih 2,520 undi.

BIODATA CALON

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 - 2011)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin)

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim

Alhamdulillah, sepanjang berbelas-belas siri PRK yang telah dijalankan selepas PRU12, inilah satu-satunya calon UMNO/BN yang paling penulis amat bangga dan sukai. Penulis menganggarkan bahawa pihak PAS juga berpendapat sebegitu dan sudah pastinya mereka akan mengalami kesukaran untuk meletakkan calon yang setidak-tidaknya sama hebat dengan calon UMNO/BN. Kesempurnaan adalah hak milik Allah, namun dari segi salasiah, dari segi pendidikan, latar belakang dan keluarga, inilah calon terbaik yang BN telah lahirkan di dalam PRK. 

Penulis berharap perjuangan Allahyarham ADUN Kerdau sebelum ini akan menjadi kesinambungan Tuan Syed Ibrahim. Tahniah kerana dicalonkan. Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menyakinkan pengundi-pengundi DUN Kerdau meletakkan Tuan sebagai wakil mereka, InsyaAllah.

February 20, 2011

3 Bukti Berdokumen Kerajaan Kelantan Lacurkan Ladang Rakyat Kepada Taukeh Cina







Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Besarnya memang licik. Banyak penyelewengan yang dibongkarkan di blog-blog mesra Kerajaan terutama yang melibatkan menantu hantu Menteri Besar Kelantan gagal dimanafaatkan oleh SPRM untuk mengheret Arrifahmi ke mahkamah. Terbaru Wali Selipar PAS bersubahat pula dengan dua orang Melayu Kelantan yang kaki penipu, Rahmat Ibrahim dan saudaranya Amnah Ibrahim dalam kes Ladang Rakyat. Dua saudara ini telah mendapat tanah seluas 2,963 ekar di Mukim Kandek, Dabong melalui syarikat mereka, Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd. (LTM) pada 23 Mac 2006.
Tanah ini untuk fasa kedua Ladang Rakyat yang kononnya untuk membantu 4,500 orang miskin. (Baca salinan Haprakdaily di atas). Wayang yang dimainkan bukanlah sebenarnya untuk membantu orang-orang miskin sebaliknya hanya untuk membuncitkan pemimpin-pemimpin PAS dan taukeh Cina. Tanah yang kononnya diberikan kepada dua beradik Amnah dan Ibrahim rupa-rupanya hanyalah satu silap mata untuk mengaburi penjualan kesemua saham LTM kepada sebuah syarikat Cina, Leong Hup Holdings Sdn. Bhd. (LHH) dengan harga RM12,750,000 (lihat salinan dokumen pengambil alihan di atas). Perjanjian itu turut membabitkan pengambilalihan kesemua aset dalam  LTM. Dalam dokumen yang dipaparkan di atas jelas membuktikan LHH turut memiliki tanah seluas 10,095 ekar untuk fasa 1 Ladang Rakyat di Jajahan Gua Musang. Tanah ini berstatus pajakan untuk 99 tahun.
Habis jahanam semua tanah rizab Melayu digadaikan dan dilacurkan kepada syarikat Cina ini. Perjanjian memorandum yang dilaporkan oleh Haprakdaily itu hanyalah untuk menutup mata Rakyat Kelantan bahawa kerajaan negeri telah memberikan tanah Rakyat Kelantan kepada Bumiputera Kelantan untuk dibangunkan untuk kebajikan Rakyat Kelantan melalui Ladang Rakyat. Hakikatnya, tanah Melayu digadaikan kepada bangsa Cina. Inilah wajah sebenar Kerajaan PAS Kelantan yang menipu rakyat. Bertopengkan Agama Islam dan bersembunyi di sebalik lebai di kepala!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates