February 11, 2011

10 Tandas Masjid Di Kelantan Tak Dapat Diurus, Maksiat Berleluasa, Apa Yang Nik Aziz Buat?

Arakian berkatalah Menteri Besar di Negeri Cik Siti Wan Kembang:
"Kita akui tahap kebersihan kebanyakan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih rendah kerana jawatankuasanya tidak mengendalikannya dengan baik disebabkan tiada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat. "Masalahnya sekarang tiada peruntukan khusus untuk membayar gaji kakitangan untuk menjaga kebersihan tandas di masjid, menyebabkan masalah kekotoran tandas masjid tidak dapat diatasi sejak sekian lama," katanya.
Sumber Dipetik dari BERNAMA.
Tiada peruntukan Dato'. Banyak-banyak duit balak mana perginya. Duit-duit perniagaan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri di mana dibelanjakan. Bagaimana Kerajaan Kelantan mentadbir sekiranya masalah kecil seperti penyelenggaraan tandas di masjid-masjid tidak dapat dilakukan. Sejak Kerajaan PAS memerintah 20 tahun yang lalu, jangan kata pembinaan Masjid di Kelantan, malah tidak ada satupun tandas Masjid di Kelantan yang Kerajaan PAS bina. Sudahlah Kerajaan BN terdahulu dengan murah hati membina masjid-masjid di Kelantan agar puak-puak Khawarij PAS dapat bersembahyang Jumaat, sembahyang fadhu berjamaah dan mengadakan lain-lain aktiviti keagamaan, setakat hendak menyelengarakan tandas masjidpun boleh merungut di masjlis ilmu? Apa punya tak guna Kerajaan di Kelantan.

Teruk sangatkan hendak menyediakan perbelanjaan untuk menguruskan tandas masjid? Bukankah setiap masjid terutamanya pada Hari Jumaat, ribuan ringgit dikumpul semasa sembahyang Jumaat. Ke mana duit-duit ini dibelanjakan? Kalau tak ada duit sangat, bagaimana blogger-blogger PAS boleh hidup lumayan. Dana yang diberikan oleh Dato' Husam Musa untuk membela bloger-blogger mencecah jutaan ringgit. Blogger Kickdefella @ Syed Azidi mengaku menerima dana RM4 juta untuk menjatuhkan Kerajaan BN pada PRU12. Blogger Topeng Perak pula khabarnya menerima RM2 juta untuk strategi menumbangkan Kerajaan BN di dalam PRU yang akan datang. Blogger-blogger mereka hidup mewah dan dapat bersuka ria bercuti di China. Lihatlah gambar Topeng Perak begitu gembira dan bahagia bersama 'China Dolls'nya. Dengar kata hasil sumbangan Dato' Husam Musa,betul ke?


Pendedahan terbaru Kickdefella yang menulis bahawa Kelantan telah bertukar wajah kepada Serambi Maksiat benar-benar memeranjatkan semua pihak. Pendedahan eksklusif dan berani oleh beliau membuka mata bagaimana corak dan watak Menteri Besar Kelantan yang sebenarnya. Pendedahan posting bercorak investigatif ini cukup mengagumkan ditambah dengan gambar-gambar di bawah. Penulis sebelum ini, sewaktu membuat audit di Kota Bharu pernah bertanya dengan budak-budak nakal di sana, apakah tidak ada pusat persundalan di Kota Bharu. Jawapannya memang diketahui ramai, pusat persundalan itu terletak di karoeke-karoeke haram yang hanya orang tertentu sahaja yang boleh mengunjunginya. Ada juga pusat yang jaraknya tidak sampai 5 km daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan!

Shahidan, seorang pelacur Pondan yang menjalankan aktiviti di premis perlancongan berlesen di tengah bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.



Liza, seorang Pelacur sedang bersedia untuk melayan pelanggan di premis pelacuran tidak sampai satu kilometer dari Pejabat Nik Aziz dan premis ini di dakwa dilindungi oleh MPKB Bandaraya Islam

Jangan ketinggalan membaca pendedahan Kickdefella, di sini. Mungkin bagi orang PAS, tidak ada salahnya bentuk kekotoran dan maksiat berlaku di Kelantan. Semua penyokong-penyokong PAS sudah dijanjikan syurga Nik Aziz. Segala-galanya pasti akan selesai apabila mendapat pengampunan dari Dato Nik Aziz Nik Mat!

February 10, 2011

2 Kesian Tantawi, Ideanya Ditolak "Sahabat" Islam Dan Bukan Islam Dalam Pakatan Haram

Idea dan cadangan murni Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan At Tantawi yang mahu melancarkan kempen mahu membendung aktiviti di dalam sambutan Hari Kekasih atau 'Valentine's Day', Isnin ini ditolak mentah-mentah oleh sahabat-sahabatnya di dalam Pakatan Haram baik dari yang Bukan Islam mahupun yang mengucap dua kalimah shahadah.

Saya tidak terkilan apabila Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke tidak bersetuju dengan cara Nasruddin menangani isu ini secara melakukan pemeriksaan ke atas pasangan yang melakukan kegiatan yang tidak bermoral di pub, bilik bilik hotel dan motel serta kelab-kelab malam bersama-sama dengan Jabatan Agama Negeri kerana kurangnya pengetahuan Agama Islam mengenai akidah Umat Islam itu sendiri. Namun apabila usaha murni beliau di bantah keras oleh seorang yang mengaku dirinya Umat Islam iaitu Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, saya menjadi marah. Marah dengan YB Parlimen saya yang menjadi dalang dan kuda tunggangan semata-mata untuk mengejar undi bukan Islam dan menjaga hubungan songsang PAS dengan DAP! Agama bagi PAS telah dijual dengan harga yang murah. Pejuang Islam diremehkan. Thogut seperti YB Khalid Samad diangkat menjadi hero. Nauzubillah hminzalik! Kenyataan keras Anthony Loke boleh dibaca di sini dan kenyataan baghal YB Khalid boleh dibaca di sini.

Salahkah usaha murni Nasruddin yang mahu membenteras kegitan tidak bermoral seperti khalwat, gejala seks bebas dan minum minuman keras di khayalak ramai pada hari bersejarah bagi pengemar maksiat ini? Apakah Pakatan Haram mahu kegiatan maksiat berleluasa di kalangan umat Islam di empat negeri yang ditadbir oleh mereka agar senang harga arak dinaikkan di Kelantan dan rumah-rumah urut tumbuh subur di Selangor?

4 Sambutan 'Valentine's Day' Dilarang di Dalam Islam - Hentikan Provokasi Murahan!

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam menyambut Perayaan 'Valentine's Day'. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan 'Valentine’s Day' tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Saya menyokong penuh tindakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang bersedia bekerjasama  dengan jabatan Agama negeri-negeri bagi membendung gejala khalwat dan zina serta pesta minum arak sempena sambutan 'Valentine's Day'. Saya juga turut menyelar tindakan pertubuhan NGO, Sisters In Islam menganggap Pemuda PAS bertindak sebagai 'Polis Moral'. Di dalam satu kenyataannya di The Star Online, seorang pegawai SIS, Yasmin Masidi menganggap tindakan berkenaan sebagai "melanggar maruah dan privasi individu, yang diharamkan di dalam  Al Quran dan Hadith." Kita memang tidak nafikan hampir keseluruhan ahli-ahli di dalam SIS ini memang bebal dan bengap di dalam hukum hakam Agama. Banyak kenyataan mereka sebelum ini tentang Islam amat songsang dan liberal seperti pemakaian bertutup aurat, sistem mahkamah syariah dan sebagainya yang mengundang kemarahan Umat Islam. Untuk makluman Yasmin Masidi, maruah dan privasi seseorang Islam akan sentiasa dijaga selagi mana ianya tidak bertentangan dengan hukum hakam Agama. Jangan jadikan soal privasi sebagai tiket untuk bebas melakukan maksiat.
Saya menganggap tindakan menyambut 'Valentine's Day' sehari sebelum perayaan Maulidur Rasul pada 15 Februari ini di kalangan Umat Islam amat biadap dan melampau. Saya juga berharap agar orang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan orang-orang Islam untuk melarang muda-mudi kami dari meraikan 'Valentine's Day'. Ini adalah salah satu usaha kami untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda mudi sehingga menyebabkan gejala buang bayi, kehamilan di luar perkahwinan berleluasa dan budaya yang bercanggah dengan Islam seperti meminum arak dan sebagainya. Masyarakat Islam tidak pernah menghalang orang bukan Islam dari meraikan perayaan tersebut selagi ianya tidak melampaui batas-batas norma ketimuran kita.

February 9, 2011

6 Mesti Baca! Fitnah YB Tony "Tongkang" Pua Ke Atas TLDM Dijawab CTS

CTS ingin menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua yang dilemparkan ke atas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 07/02/2011. Untuk berlaku adil terhadap pembaca-pembaca CTS yang terdiri daripada semua golongan peringkat umur dan pendidikan, penulis akan seboleh-boleh menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh Rakyat Marhaen. Berikut adalah fakta-fakta yang gagal dikemukakan oleh YB Tony Pua:

1. Tony Pua gagal membezakan jenis kapal yang ingin dibina (bukan dibeli) oleh TLDM. Menurut Tony Pua, beliau merujuk kepada pembelian 6 biji kapal peronda pesisir pantai atau dalam bahasa English nya 'Offshore Patrol Vessels (OPV)', sedangkan TLDM ingin membina di Malaysia 6 biji kapal 'Littoral Combat Ship (LCS)'. Perbezaan di antara LCS dan OPV adalah LCS berkeupayaan dan kemampuan tinggi, mempunyai keupayaan tiga dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah laut, sedangkan OPV hanyalah kapal peronda pesisir pantai yang agak terhad dari segi kapasiti dan penggunaannya. OPV juga tidak mempunyai persenjataan yang canggih seperti LCS yang mempunyai penderia dan radar berkeupayaan tinggi dan mempunyai sonar yang dapat mengesan kapal selam musuh. Antara kelebihan lain kapal LCS yang akan dibina di Malaysia adalah kapal berkenaan akan dilengkapi dengan sistem pertahan yang canggih seperti sistem kawalan dan pemerintahan, sistem peperangan elektronik, sistem pengerak enjin pelbagai kawalan, radar penjejak, radar pengesan tiga dimensi, sistem solar pengesan kapal selam, peluru pepandu di dalam laut dan di udara dan torpedo anti kapal selam.

2. Oleh itu perbandingan harga yang dibuat oleh Tony Pua mengenai dua jenis kapal yang berlainan jenis fungsi, peralatan, kegunaan dan kelengkapan adalah menyimpang dan tidak tepat! Pepatah English ada mengatakan "compare apple to apple". Harga OPV yang berbeza dari segi infrastruktur, kelengkapan dan kegunaan sudah pastinya jauh lebih murah berbanding LCS. Oleh itu dakwaan Tony Pua bahawa "TLDM bersedia membayar RM6 billion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama" adalah fitnah dan berniat jahat.

3. Keenam-enam kapal LCS (dan bukan OPV seperti didakwa Tony Pua) 100% akan dibina di dalam negara (bukannya dibeli seperti didakwa). Ianya melibatkan barangan tempatan (60%). Oleh itu dengan pembinaan 6 kapal ini di dalam negara akan membantu menjana ekonomi terutamanya bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Bayangkan berapa banyak peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada Rakyat Malaysia.

4. 6 buah kapal berkenaan akan dibina di dalam dua Rancangan Malaysia (RMK) iaitu RMK10 dan RMK11 iaitu selama 10 tahun. Oleh itu tidak timbul dakwaan pembangkang bahawa "pembelian" ini adalah untuk jangkamasa pendek.

5. Dakwaan pembangkang yang mengatakan bahawa urusniaga pembinaan ini tidak dilakukan secara tender terbuka adalah fitnah. Sebaliknya 6 limbungan terkemuka dari luar negara (nama limbungan yang masuk tender terpaksa dirahsiakan kerana keputusan akhir belum muktamad) telah masuk tender untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan, Boustead Naval Shipyard sebagai rakan kongsi untuk melaksanakan pembinaan kapal-kapal berkenaan.

6. Satu lagi kenyataan bodoh dan dangkal ialah apabila Tony Pua menyebut, "Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockhead Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004." Hello Tony Pua, orang yang di war-war sebagai Menteri Kewangan Bayangan Pakatan Rakyat telah membandingkan harga tahun 2004 dengan harga sekarang. Sedangkan harga barangan runcit pun banyak berbeza di antara tahun 2004 dan 2011, inikan pula pengangkutan peperangan. Hello! Tambahan lagi pembinaan LCS pada tahun 2004 tidak mengambil kira peraturan baru yang ditetapkan oleh pertubuhan antarabangsa seperti 'Naval Vesel Rules (NVR)'. Ianya melibatkan peraturan baru ke atas  ciri-ciri keselamatan minima yang perlu dipertingkatkan dalam pembinaan seperti kapal iaitu dalam keadaan selamat walaupun dalam perang nuklear, setiap dek mempunyai kedapan udara dan air yang tinggi dan sebagainya. Perbezaan harga juga tidak lagi termasuk peningkatan kos material dari 2004 ke 2011.


Ingatlah Tony Pua, satu jari kamu yang menunding ke arah orang lain bersamaan dengan tiga jari lain yang menunding ke arah kamu. Kamu mengistiharkan perang ke atas TLDM kerana rata-rata ahlinya berbangsa Melayu Islam bukan? Bukan menjadi rahsia lagi strategi komunis DAP akhir-akhir ini adalah dengan menyerang pasukan keselamatan termasuk PDRM dan ATM untuk sesuatu tujuan tersirat mereka. Adakah kamu menimbulkan isu ini kerana kontrak berkenaan diperolehi oleh Boustead Naval Shipyard yang majoriti saham dimiliki oleh Boustead Berhad yang juga anak syarikat kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang juga majoritinya orang Melayu Islam? Bukan susah untuk membaca ciri-ciri dan komunis yang ada di dalam DAP.


Akhir kalam, penulis ingin memetik kata-kata daripada Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut Malaysia sewaktu pertemuan beliau dengan kami pihak bloggers semalam yang menyebut, "Setiap kenikmatan ekonomi yang dinikmati oleh Rakyat Malaysia harus dijanjikan dengan keselamatan yang berpanjangan." Fikir-fikirkanlah.

February 8, 2011

10 Hujah Khalid Samad Di Twitter Memakan Diri Sendiri

Pepatah lama mengatakan makan boleh sebarang makan tetapi cakap jangan sebarang cakap kelak memakan diri sendiri. Begitulah perihalnya dengan hujah dangkal dan semborono YB Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di dalam ruangan mikro sosial Twitter, dua hari lepas. Dengan dendam kesumat di dada serta keceluparan diri sendiri beliau telah menulis seperti berikut:


Di dalam posting awalnya beliau menulis, "pm bela pembunuh TBH" iaitu merujuk kepada  idola seluruh Pakatan Haprak, Teoh Beng Hock. Apabila beliau diasak bertubi-tubi oleh beberapa orang termasuk penulis, Khalid Samad telah menukar kembali postingnya dengan memberi alasan bahawa "Yg d maksudkn 'pmbela' x 'pm bela' ". Walau apapun alasannya sama ada beliau maksudkan PM (Perdana Menteri) bela pembunuh TBH atau pembela pembunuh TBH, hakikatnya, kedua-dua posting berkenaan merumuskan bahawa beliau tahu siapa pembunuh TBH. Seharusnya beliau tampil membuat laporan polis!

Beberapa sahabat Twitter telahpun membuat laporan polis di IPD Shah Alam semalam dan penulis baru sahaja mendapat panggilan telefon mengkehendaki penulis hadir di IPD Shah Alam malam ini bagi menjadi saksi perbualan di Twitter dua hari lepas. InsyaAllah penulis akan hadir sebagai Rakyat Shah Alam yang bertanggungjawab.

Tuduhan yang tidak bertanggungjawab bahawa Kerajaan adalah "pembunuh" TBH harus diberhentikan. Penulis dan sahabat-sahabat di Twitter mahukan sekiranya Khalid Samad mempunyai bukti tuduhan beliau bahawa beliau tahu siapa pembunuh TBH, beliau harus tampil mengemukakan bukti untuk siasatan. Sekiranya tidak, beliau harus didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c), Akta Hasutan 1948.

February 7, 2011

6 Kumpulan Pertama Pelajar Mesir Selamat Tiba Di Tanahair Disambut DS Najib

Lebih kurang 2,000 keluarga pelajar-pelajar Mesir, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin dan beberapa Menteri Kabinet kelihatan menyambut ketibaan kumpulan pertama pelajar Mesir di KLIA hari ini. Kumpulan pertama yang membawa 778 pelajar / Rakyat Malaysia tiba dari Jeddah menggunakan pesawat MAS dan Air Asia, tiba di KLIA pukul 10.15 pagi tadi. Tahniah kepada Kerajaan Malaysia di atas keprihatinan membawa pelajar-pelajar Malaysia pulang dengan selamat. Tahniah buat semua wira-wira Negara yang terlibat dalam misi ini. Buat Pakatan Haprak, cukup-cukuplah buat tohmahan dan fitnah. Buatlah kerja lain yang berfaedah.





"Tiada pertimbangan politik untuk bawa pulang rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir" YAB PM.

February 6, 2011

3 Mesir Menolak Nepotisme Tetapi Di Malaysia Politik Anak Beranak Disanjung


Perletakan anak Presiden Mesir, Gamal Mubarak, daripada semua jawatan di dalam parti pemerintah Mesir semalam dianggap oleh banyak pihak sebagai satu langkah positif Presiden Hosni Mubarak untuk meredakan kemarahan Rakyatnya. Selain daripada kemiskinan, kenaikan harga barangan di Mesir, nepotisme dan kronisme di Mesir telah menjadi barah yang membusuk di Mesir. Rakyat Mesir rata-ratanya menolak terang-terangan konsep nepotisme iaitu cubaan Presiden Hosni Mubarak untuk mengangkat anaknya  mengetuai dan memerintah Mesir.

Di Malaysia, peranan nepotisme di dalam politik negara amat ketara sekali. Kewujudan beberapa keluarga yang mahukan anak-anak mereka menceburi politik dan menjadi Wakil Rakyat dan orang penting parti sewaktu mereka masih memerintah amat memualkan. Peranan yang dimainkan untuk memonopoli semua jawatan yang sedia ada amat ketara. Lihatlah peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim-Wan Azizah menaikkan Nurul Izzah, Karpal Singh menaikkan Gorbind Singh Deo, Lim Kit Siang menaikkan kedua-dua anak menatunya Lim Guan Eng dan Betty Chu dan tidak kurangnya di dalam parti Kerajaan juga di mana Chua Soi Lek memainkan peranan menaikkan anaknya Chua Tee Yong.

Saya tidak katakan perlantikan ahli keluarga atau nepotisme menaikkan ahli keluarga sewaktu ibu bapa di puncak kuasa adalah suatu yang bersalahan dengan undang-undang. Tidak! Tetapi bagaimana jika dilihat dari segi moralnya. Saya tidak juga kata anak tidak boleh mewarisi bakat yang ada daripada ibu bapa mereka untuk menceburi di dalam bidang politik. Bukankah lebih molek kiranya ianya dilakukan setelah ibu bapa berkenaan tidak lagi berada di puncak kekuasaan? Lihatlah bagaimana Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir yang hanya melantik atau membenarkan anak-anak mereka memegang jawatan di dalam politik dan menjadi Wakil Rakyat hanya setelah mereka tidak lagi memegang tampuk kepimpinan. Apakah kita Rakyat Malaysia tidak kisah dan peduli dengan nepotisme yang berleluasa di Malaysia. Apakah perlu ditunggu sehingga ianya membarah seperti di Mesir? Tepuk dada tanya iman.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates