February 4, 2011

3 Apa Yang YB Khalid Samad Buat Berdemonstrasi Di Kedutaan Amerika?

Inilah yang dikatakan pihak pembangkang. Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut. Rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut hak demokrasi mereka. Walaupun bertentangan dengan norma, kita kena hormati. Itu perjuangan mereka. Yang pihak pembangkang yang bijak pandai pergi berdemontrasi di Kedutaan Amerika Syarikat selepas Sembahyang Jumaat hari ini apahal? Dah tak kenal mana satu Kedutaan Mesir, yang mana satu Kedutaan Amerika Syarikat? Apabila polis mengambil tindakan untuk menyuraikan perhimpunan haram di tempat yang sudah pastinya salah mereka melawan. Buat laporan polis mengatakan hak bersuara mereka dicabuli.

Wahai YB Khalid Samad, sedangkan kawasan Parlimen Shah Alam tak terjaga dan tak kamu jengok, yang kome pergi sibuk-sibuk demontrasi atas jalan apa ke hal? Kalau jantan sangat bawalah konco-konco kamu ke Kaherah berdemontrasi di sana. Sekurang-kurangnya kami tahu kamu berprinsip walaupun kome dan rakan-rakan kome boleh membuat kebajikan yang lebih baik dengan membantu misi MAS dan AirAsia serta Kerajaan Malaysia membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Kaherah ke Jeddah.

Khalid ... Khalid ... Inilah kali terakhir Rakyat Shah Alam mengangkat kamu menjadi Ahli Parlimen. Hampeh!

February 2, 2011

24 Mesir - Fitnah Yang Dilakukan Ke Atas Pelajar Malaysia. Wajib Baca!

Sejak dua hari yang lalu telah terlalu banyak fitnah berlaku berkenaan usaha Kerajaan Malaysia membantu pelajar kita di Cairo.  Kebanyakan pelajar yang belajar di sana sememangnya kita tahu anti Kerajaan. Pelajar-pelajar ini akan pulang sebagai muslimin dan muslimat tegar PAS. Kita seharusnya tidak menyalahkan Kedutaan Mesir di sana memandangkan MSD Mesir hanya ada 10 kakitangan dan 4 pegawai termasuk rakan saya di sana, Khairi Jalaluddin. Masalah yang berlaku di sana adalah MSD Kaherah ada 14 kakitangan untuk mengawal 11,346 pelajar. Itu FAKTA dan pelajar-pelajar di sana tidak suka berurusan denga MSD sebaliknya menggunakan PMRAM. PMRAM sudah 80 tahun ditubuhkan dan ia terkenal sebagai pro-PAS, enggan mendaftar di bawah Kedutaan Malaysia dan amat berpengaruh di kalangan pelajar jurusan Agama. Daripada 11,346 pelajar, 4,000 lebih mengambil jurusan perubatan, 6,000 lebih jurusan Agama dan selebinya Qiraat.

Berikut adalah fakta fitnah yang dilemparkan berdasarkan maklumat yang kami terima dari wakil Malaysia yang berada di sana melalui e-mail, Puan Fatimah Zahra dan Twitter Helme Hanafi:


1. Kejadian rogol pelajar perempuan Malaysia di Kaherah


Ini merupakan satu fitnah yang amat besar. Fitnah ini bermula dari diskusi sesama mereka. Orang yang mula-mula menulis mengenai perkara ini tidak pernah belajar dan tinggal di Kaherah. Semuanya bermula dengan perbualan di laman sosial Facebook seperti di bawah:




Kami telah cuba untuk menghubungi penulis posting berkenaan tetapi beliau gagal dihubungi. Beliau hanyalah seorang budak dari Kuantan yang mempunyai banyak masa untuk membuat posting yang mengarut. Saya rasa budak Kuantan ini keliru dengan kejadian pelajar Malaysia dirogol di London.


2. Pelajar Kebuluran.



Tidak ada seorang pun pelajar yang kebuluran. Memang banyak kedai ditutup tetapi ada kedai yang dibuka terutama sewaktu tempoh larangan berkurung (curfew) ditarik balik iaitu dari 8 pagi - 4 petang. Kebanyakan yang keluar membeli makanan adalah tuan rumah berbangsa Egypt sendiri atau pelajar lelaki atau dihantar oleh Kedutaan Malaysia.


3. Penjenayah Kelauar Dari Penjara. 



Kebanyakan pesalah yang terlepas dari penjara adalah pesalah politik atau "political prisoners" dan bukannya penjenayah berat seperti membunuh dan sebagainya. Kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada jemaah Muslim Brotherhood.



4. Rompakan.



Semua pelajar Malaysia telah diarah berkumpul di Kaherah. Di Kaherah, mereka tinggal di rumah rasmi Kerajaan Malaysia, rumah kakitangan Malaysia yang ada di sana, Malaysian Hall dan keluarga Egypt. Setiap rumah ada dalam 40 - 45 orang. Mereka diletakkan beramai-ramai supaya keselamatan lebih terjamin. Setakat ini belum  ada pelajar-pelajar kita buat aduan dirompak. Namun kita tidak nafikan ada jiran-jiran mereka berbangsa Arab yang dirompak. Ini disebabkan mereka sesama mereka bergaduh seperti Hamas-Fatah.


Kejadian ini berlaku disebabkan ada anasir yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan palsu yang menyebabkan keluarga pelajar yang kebanyakan orang-orang PAS menjadi panik dan menyalahkan Kerajaan. Ini menyebabkan Kementerian dihujani dengan panggilan dari keluarga yang bimbang. Talian yang tidak stabil di Kaherah tidak dapat digunakan secara optimum untuk kemaskini pergerakan pelajar-pelajar kita di sana, sebaliknya dibebani dengan panggilan dari ibubapa. Menurut Puan Fatimah Zuhri, apa yang dipaparkan media seolah-olah Kaherah berada di neraka sebaliknya menurut beliau kenyataannya pelajar-pelajar kita dalam keadaan selamat kerana semuanya mengikut peraturan dan tidak keluar pada masa waktu larangan (curfew).

Soalan bodoh dari pembangkang, kenapa tidak dihantar kapalterbang ke sana dan bawa peajar Malaysia balik. Cakap senanglah. Agak-agak berapa banyak kapal terbang yang diperlukan untuk membawa 11,000 pelajar Malaysia pulang? Perjalanan balik memerlukan masa 22 jam. Kalau 11,000 orang, mahunya kena bawa 22 kapal terbang B777 yang boleh memuatkan 500 orang maksimum untuk satu penerbangan dan MAS hanya ada 4 biji sahaja model itu untuk laluan ke Eropah.

Sementara Kerajaan menguruskan untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia melalui kapal TLDM yang berpengkalan di Teluk Aiden, DS Najib memberi jaminan akan membawa semua pelajar kita yang berjumlah 11,000 orang ke Jeddah, tinggal di Kompleks Tabung Haji sebelum dibawa pulang secara berperingkat-peringkat. Berita terbaru yang kami terima Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Thajudeen Wahab berkata, 3 pesawat C-130 TUDM akan berlepas ke Mesir tengahari ini untuk membawa makanan dan akan memindahkan pelajar-pelajar kita ke Jeddah. Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka dan jangan kelam kabutkan lagi keadaan dengan menyebar berita palsu dan fitnah. Semoga pelajar-pelajar kita selamat pulang ke Tanahair dengan selamat. InsyaAllah.


2 Pakatan Haram Memang Pembela Maslahat Rakyat Malaysia!

Mangsa banjir di Johor menunjukkan berkurangan kepada 40,443 orang daripada 9,809 keluarga yang kini berada di 244 pusat pemindahan. Namun di Melaka, jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Melaka yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan meningkat kepada 4,545 orang sehingga pukul 8 pagi semalam berbanding 2,889 orang pada pukul 9 malam tadi.


Ketua Menteri Melaka DS Mohd Ali Rustam telah melawat mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan tersebut bagi memastikan keperluan mereka mencukupi. Di Labis, Sehari selepas pulang daripada lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan isteri, DS Rosmah Mansor semalam melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di Johor.



Dalam satu lagi konflik negara, seramai 500 pelajar Malaysia telah berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai semalam. Dalam pada itu, Kerajaan akan menggunakan kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah untuk operasi pemindahan pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir. Menurut PM DS Najib Tun Razak, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia. 


Lega rasanya dengan tindakan pantas Kerajaan Malaysia dalam mengatasi dua kemelut yang paling meruncing beberapa hari ini. Opps! Di mana pula pihak pembangkang? Apa yang mereka buat untuk bantu Rakyat Malaysia menyelesaikan konflik ini? Ini penyelesaian mereka:

1. Ketua Umum PKR telah sibuk berceramah malam tadi di PJS3 bersama-sama dengan beberapa YB-YB Pakatan Haram.





2. Sekumpulan NGO dan pemimpin Pakatan Haram pula merancang akan mengadakan perhimpunan kedua selepas sembahyang Jumaat minggu ini di depan kedutaan Amerika Syarikat, susulan kepada perhimpunan yang diadakan pada Isnin lalu di kedutaan Mesir.

Iskh ... iskh ... iskh ... Kalau nama Pakatan Haram tak ada benda lain, 24/7 berceramah. Kalau mereka tak berceramah, mereka akan berdemonstrasi dan berbaring atas jalan raya. Hampeh betul!!!

January 31, 2011

7 Awas Pengundi DUN Merlimau, Ini Pandangan DAP Ke Atas Pengundi Luar Bandar!

Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Tenang baru melabuhkan tirainya. Sedang BN sibuk untuk kembali berkhidmat kepada Rakyat, pihak Pakatan Haram pula sibuk membuat analisa mengenai kekalahan mereka sekarang. Beberapa YB telahpun mengemukakan alasan mereka semalam. Ini termasuklah YB Lim Kit Siang, YB Tony Pua dan YB Hannah Yeoh dan YB Tony Pua. Buat pertama kali, YB Mahfuz Omar telah mengucapkan tahniah kepada calon BN walaupun keputusan rasmi belum diumumkan petang semalam. Saya merasa agak pelik kerana ucapan tahniah beliau di Twitter tidak disusuli dengan bait-bait pantun seperti kebiasaannya.

Apa yang menarik di dalam PRU DUN Tenang kali ini adalah melihat kepada kesungguhan jentera DAP digerakkan walaupun yang bertanding adalah calon PAS. Kesungguhan mereka menjalankan kempen waima sebelum hari penamaan calon menimbulkan pertanyaan di benak fikiran saya motif ianya dilakukan. Kekecewaan yang melanda mereka (DAP) sewaktu calon PAS, Normala Sudirman kalah semalam begitu menarik perhatian ramai. Apakah mereka menjadikan DUN Tenang sebagai platform untuk menguji pengaruh pengundi Cina? Apakah mereka mahu melihat penerimaan orang Melayu Islam mnengenai kerjasama mereka dengan PAS? Seperti biasa jentera PKR pula suam-suam kuku membantu di DUN Tenang. Ibarat melepaskan batuk di tangga. Saya yakin sekiranya PKR gagal mendapat kerusi untuk bertanding di Merlimau, mereka akan sekali lagi melepas tangan seperti apa yang mereka lakukan di Tenang.

Berbalik kepada isu asal, semalam Speaker DUN Selangor dan juga merupakan ADUN DAP Sungai Burung, Dato' Teng Chang Khim, meluahkan rasa kecewanya di Twitter seperti berikut:

Saya tidak merasa terkejut sekiranya bait-bait perkataan di atas diucapkan oleh pemimpin-pemimpin "chauvinist" dan anti Melayu Islam DAP. Itu tujuan mereka dilahirkan di Malaysia. Mereka hanya bermuka-muka apabila mahu bekerjasama dengan orang-orang Melayu. Hakikatnya, mereka masih lagi menganggap orang-orang Melayu Islam terutamanya di luar bandar masih kolot, tidak berfikiran terbuka (dalam ertikata lain bodoh) dan senang dipengaruhi dengan penipuan dan ketakutan seolah-olah orang-orang Melayu luar bandar tidak dapat berfikir dengan rasional. Pendapat Dato' Teng juga turut menganggap bahawa Melayu Islam luar bandar lebih terbuka di dalam menerima perkahwinan songsang Pakatan Haram.

Buat pengundi-pengundi luar bandar di Merlimau, inilah pandangan pemimpin DAP yang mewakili Pakatan Haram. Jangan terkejut apabila mereka turun beramai-ramai ke Merlimau hujung bulan ini, andalah Raja, andalah permata hati sedangkan hakikakatnya mereka memperlekehkan Melayu Islam luar bandar seperti mana mereka lakukan di Tenang. Waspadalah. Undi di tangan anda semua untuk menetukan nasib anak bangsa, Agama dan Tanahair.

January 30, 2011

1 Terkini - Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Tenang

Keputusan Rasmi:

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, 39, menewaskan calon PAS, Normala Sudirman, 38, apabila memperoleh 6,699 undi, mengatasi bekas guru itu yang mendapat 2,992 undi dengan majoriti 3,707. Sejumlah 67 peratus daripada 14,753 pemilih berdaftar keluar mengundi. Daripada jumlah undi semalam, 142 undi ditolak. 


7.25 p.m.:

BN MENANG. Keputusan tak rasmi PRK Tenang: BN 6,698, PAS 2,963, BN menang majoriti 3,735, undi rosak 35 undi. 12 peti, termasuk pos telah dikira.

7.15 p.m.:

Unofficial: BN 6,698, PAS 2,963. BN menang majoriti 3,735.

Unofficial: Ladang Labis Utara - BN 152, PAS 40, BN menang majoriti 112.

Unofficial: Labis BN 400, PAS 336. BN menang majoriti 64.

6.55 p.m.:

Unofficial: Pas 2,033, BN 4,420. BN menang majoriti 2,387.

Unofficial: Ladang Bukit Dato BN 351, PAS 99. BN menang majoriti 252.


Unofficial: Kg Redong - BN 462, PAS 105. BN Menang majoriti 357.

Unofficial: Tenang Station -  PAS 482, BN 613, BN menang majoriti 131.

6.45 p.m.:

Unofficial: PAS 1,692, BN3,737; BN majoriti 2,045.

6.20 p.m.:

Unofficial: Undi pos - PAS 3 undi, BN 115 undi, rosak 1 undi, jumlah keseluruhan 119 undi.

3 Undian Ditutup! Pakatan Haram Sudahpun Menyediakan Alasan Kekalahan Malam Ini

Pengundian secara resminya ditutup di DUN Tenang.

Setakat pukul 4.00 petang tadi, sebanyak 68.68% atau 10,133 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka. Kiraan terakhir semasa pusat pengundian ditutup pukul 5.00 petang, sebanyak 71.75% atau 10,585 pengundi telah memangkah kertas undi.

PakatanHaram sudah pasti sudah menyediakan alasan kekalahan. Antaranya, faktor ramai pengundi Cina yang kononya menjadi bank undi Pakatan tidak dapat keluar mengundi menjadi alasan utama. Mereka juga akan mengadu pengagihan agensi Kerajaan tidak dilakukan dengan adil untuk mangsa banjir. Mereka juga akan mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda yang merupakan penyokong kuat BN. Poraaaaah!



3 Terkini DUN Tenang - Bukti Kenyataan YB DAP Tony Pua Bersifat Rasis Dan "Cauvinist"

Di saat petugas-petugas BN, PDRM, Bomba, RELA dan anggota-anggota keselamatan yang lain bertungkus lumus membawa mangsa-mangsa banjir di Labis untuk membawa pengundi-pengundi ke tempat pengundian untuk menunaikan tanggungjawab mereka, YB Tony Pua pula mengeluarkan kenyataan rasis dan berbau perkauman seperti berikut:

YB Tony Pua memang komunis dan tidak berperikemanusian. Tulis Twitter di atas katil dan membuat kenyataan yang menyakitkan hati. Di bawah kami sertakan bot yang disediakan pihak berwajib di Pekan Labis.


Sehingga jam 3.00 petang, 65.19 peratus atau 9,618 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, demikian statistik terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

0 Peratusan Mengundi Meningkat 61%, YB DAP Panik!

Berdasarkan maklumat SPR, peratusan mengundi setakat 2.00 petang tadi meningkat 61.17% atau 9,025 Rakyat Tenang sudahpun menunaikan tanggungjawab mengundi. Nampak gayanya, YB-YB DAP sudahpun panik dan mengeluarkan kenyataan SOS di sms dan Twitter. Antaranya,  Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching yang mengeluarkan 2 kenyataan Twitter yang satunya seperti berikut:


Maksudnya:

Kecemasan! penyertaan Cina sangat rendah. NLD calon memerlukan suara anda. Tanyakan teman-teman dan kerabat mendesak jiran untuk memilih secepat mungkin. Perlu pengangkutan untuk memilih, hubungi 0127667727 / 0197744916.

0 Banjir Semakin Buruk Di Tenang, Lori Digunakan Mengangkut Pengundi

Setakat jam 1.00 tengah hari, sebanyak 55.36% atau 8,167 pengundi DUN Tenang telah melaksanakan tanggungjawab mengundi. Peratus keluar mengundi mengikut kawasan adalah seperti berikut, Bandar Labis Tengah - 28.6%, Bandar Labis Timur - 30.8%, Chemplak - 55.9%, Chemplak Barat - 63.7%, Felda Tenang - 59.4%,  Kg. Redong - 67.3%,  Labis - 31.0%, Ladang Bukit Dato - 57.3%, Ladang Labis Utara - 38.4%,  Pekan Air Panas - 56.5%, Sawah Bahru - 72.0% dan Tenang Station - 38.3%. Air telah naik di beberapa tempat sedalam 1 meter memaksa petugas-petugas BN menggunakan lori untuk mengangkut pengundi.


0 PAS Zalim Menggunakan Budak Sebagai Perayu Undi Di Tenang

Hujan masih mencurah-curah di DUN Tenang. Proses pembuangan undi berjalan dengan lancar sejak pagi walaupun hujan masih belum menampakkan tanda untuk berhenti. Beberapa tempat sudah dinaiki air. Sehingga jam 12.00 pagi tadi, seramai 7,219 pengundin atau 48.93% sudah keluar mengundi bagi PRK DUN Tenang, lapor SPR.

Perayu-perayu undi kelihatan sepanjang jalan ke pusat pengundian dengan berpayungkan payung BN dan PAS. Turut kelihatan PAS menggunakan budak-budak kecil sebagai peraih undi bagi calon Cikgu Mala. Kesian budak seperti gambar di bawah, penulis terdengar budak berkenaan merengek kesejukan di bawah hujan lebat. Mak bapak aktif berpolitik, anak dizalimi.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates