January 1, 2011

2 Menteri KDN Gagal Bertindak Ke Atas Golongan Pencetus Provokasi Agama

Apabila DS Najib Tun Razak difitnah bahawa beliau telah mengarahkan supaya lambang salib disisihkan daripada satu majlis yang dihadirinya di kediaman Ketua Gereja Katolik, Kuala Lumpur pada 25 Disember 2010, kebanyakan blogger-blogger pro-Kerajaan mengambil pendirian untuk mendiamkan diri. Ini bagi mengelakkan mereka dari menulis sesuatu yang boleh mencetuskan provokasi Agama. Arahan berkenaan juga didakwa melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Lebih perit lagi beberapa Ahli Parlimen dan ADUN seperti Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid "Gereja" Samad, ADUN Seri Setia YB Nik Nazmi dan yang paling lantang mengherdik dan mengkritik DS Najib, Ahli Parlimen Seputeh, YB Teressa Cock opps ... Kok telah mendesak dan menuntut DS Najib Razak supaya memohon maaf berhubung kononnya arahan berkenaan didakwa datangnya daripada Pejabat Perdana Menteri.
 
Semalam apabila Malaysiakini menyiarkan berita mengenai Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang arahan rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri supaya supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak pada 25 Disember lalu, semua pihak yang memfitnah DS Najib mendiamkan diri. Malah penulis sendiri telah meminta agar ketiga-tiga YB berkenaan supaya mengeluarkan kenyataan rasmi meminta maaf kepada Perdana Menteri. Setakat posting ini ditulis, tiada balasan Twitter diterima walaupun ketiga-tiga YB ini memang selalunya menjawab Twitter yang ditanya.

Penulis merasakan sudah sampai masanya Kementerian Dalam Negeri terutama Menterinya, DS Hishamuddin Tun Hussien bertindak tegas ke atas ketiga-tiga YB berkenaan di dalam cubaan mereka untuk membuat provokasi Agama dan menimbulkan keresahan di antara penganut Agama Islam dan Agama Kristian. Ketiga-tiga YB berkenaan wajar dikenakan Akta Hasutan kerana mencetuskan fitnah dan provokasi Agama. Sekiranya inipun gagal dilaksanakan, penulis berharap Menteri KDN mengundurkan diri secara terhormat dari jawatannya itu kerana seburuk-buruk DS Nazri Aziz, beliau tidak pernah tidak akan sentiasa mempertahankan "boss"nya daripada serangan fitnah pihak pembangkang!

December 30, 2010

32 Kenapa Gelaran "Harimau Malaya" Hendak Dipertikaikan?


Tersenyum sinis saya membaca komen yang dibuat oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), yang mengatakan bahawa ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan "Harimau Malaya" yang sering digunakan oleh pihak media kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri. Kenyataannya boleh dibaca di Bernama, di sini.

Saya tidak nampak apa masalahnya gelaran "Harimau Malaya" diberikan kepada Wira-Wira Negara yang menjulang Piala AFF Suzuki semalam. "Harimau Malaya" adalah nama saintifik  yang diberikan  kepada spesis harimau yang terdapat di Selatan dan Bahagian Tengah Semenanjung Malaysia. 

Menurut Wikipedia, Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada sub-spesies harimau yang hanya didapati di  Semenanjung. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.

"Harimau Malaya" merupakan satu spesis yang terancam dan dilindungi. Gelaran "Harimau Malaya" ke atas skuad pemain muda bolasepak negara merupakan satu pengiktirafan kerana ianya melambangkan kegagahan, kekuatan, keberanian dan "Harimau Malaya" juga terkenal dengan mitosnya sebagai penguasa di rimba raya. Penggunaan "Harimau Malaya" tidak bermakna ianya terhad kepada penduduk di Semenanjung Malaysia yang dahulunya dipanggil Tanah Melayu semata-mata dan meminggirkan penduduk di Sabah dan Sarawak. Jika hendak diikutkan penggunaan "Harimau Malaya" pernah diberikan kepada penjenayah perang, Jeneral Tomoyuki Yamashita. orang yang mengetuai penaklukan Semenanjung Tanah Melayu, tetapi bukan ini yang kita maksudkan. Lagipun, nama "Harimau Malaysia" yang dicadangkan tidak terdapat di dalam mana-mana journal atau ensaikelopedia.

Penggunaan konsep 1Malaysia sewajarnya tidak disempitkan di dalam bidang kehidupan kita seperti mana yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Cukuplah retorik sebegini dan seharusnya kita lebih menumpukan kepada apa yang dapat "Harimau Malaya" ini dapat lakukan untuk menakluk Asia dan mungkin lebih jauh dari itu, InsyaAllah.

3 Esok Selangor Akan Mogok Cuti Umumkah?

Malam tadi, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengumumkan 31 Disember sebagai cuti umum sempena kejayaan skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2, menamatkan penantian selama 14 tahun.

Agak-agaknya adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menjalankan mogok dengan tidak mengiktiraf esok sebagai cuti umum? Al maklumlah, 1Malaysia turut diharamkan di Selangor atas alasan politik. Perlantikan Dato' Khusrin sebagai Ketua Setiausaha Negeri Selangor di bawah perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor juga dibantah, sehingga memaksa Menteri Besar mengadakan solat hajat di kediamannya malam ini. Saya merasakan Kerajaan Negeri Selangor tidak wajar mengiktiraf cuti yang diumukan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya juga ingin melihat TS Khalid dan EXCO-EXCOnya pergi bekerja esok. Ada berani?

December 28, 2010

7 Julia Perez Akan Berpakaian Seksi Untuk Menganggu Pemain Malaysia

 

Macam-macam kerenah Rakyat Indonesia bagi memastikan bahawa Piala Kebanggan Asia Tenggara, AFF Suzuki Cup kembali ke bumi Indonesia. Media Indonesia serta posting-posting di Twitter dan Facebook masih memainkan isu "laser" walaupun mereka tahu, Malaysia  telah memenangi perlawanan akhir yang pertama dengan bermaruah.

Terbaru, seorang pelakon seksi Indonesia Julia Perez telah berikrar akan berpakaian  seksi bagi menganggu tumpuan pemain Indonesia. Bayangkan kalau Julia Perez berpakaian sebegini ketika ke stadium Bung Karno. Mungkin bukan sahaja pemain Malaysia dan Indonesia akan terganggu tumpuan, malah penonton-penonton pun akan mengalihkan perhatian dari menonton bolasepak.





 
 
 
 Kita menerima tektik dan strategi Rakyat Indonesia ini dengan hati yang terbuka. Malah lebih elok sekiranya lebih ramai aktres Indonesia tampil ke Stadium Bung Karno dengan berpakaian lebih seksi dan menjolok mata dan kalu boleh berbogel terus, lebih-lebih lagi bagi aktres Cut Tari dan Luna Maya. Pepatah English berkata, "the more, the merrier!"

December 27, 2010

2 Sejak Bila "Perkenan" Menteri Besar Diperlukan di Dalam Perlantikan KSU Negeri?

KENYATAAN AKHBAR
27 DIS 2010

 ____________________________________________________________________

PELANTIKAN SUK SELANGOR BELUM MUKTAMAD

Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya belum muktamad.

Ini kerana cadangan pelantikan Dato’ Khusrin Munawi oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada YAB Dato Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Justeru itu, Dato Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice note). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Dato’ Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk  mendapat perkenan. Sehubungan itu, Dato Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Hebat Menteri Besar Selangor ni. Walaupun perlantikkan SUK Selangor telahpun diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini, dan turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, TS Khalid Ibrahim mungkin dengan mendapat nasihat dari Setiausaha Politiknya yang juga merupakan Anak Dara Tua, telah membatalkan perlantikan berkenaan dan "Sultan" Khalid Ibrahim diberitakan akan memilihnya sendiri calon yang berkenan di hatinya.

Sejak bila pulak seorang Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menentukan siapa SUK negeri? Sejak bila pula "perkenan" Menteri Besar diperlukan di dalam perlantikan SUK Negeri? Carca merba betul corak pemerintahan Pakatan Haram ini. Menteri Besar pun ada hati hendak memiliki kuasa Sultan!

4 Bukti Malaysia Menggunakan Laser Dalam AFF Suzuki Cup Semalam!

1. Kalau sudah kalah tu kalah lah. Banyak pulak alasan Indonesia ni!

2. Diberitakan filem Disney's Tron akan diharamkan di Indonesia kerana mereka cukup phobia dengan laser!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates