November 25, 2010

8 HINDRAF Semakin Dilupakan, Nasib PKR Akan Menyusul

Gambar di atas diambil kira-kira pukul 10.00 pagi tadi di hadapan Maxis Centre, KLCC. Hanya terdapat kira-kira 30 penyokong-penyokong HINDRAF yang berpakaian merah kelihatan berlegar-legar dan berhimpun sempena mogok lapar mereka selama 18 jam hari ini. Pasukan PDRM yang bertugas hanya memerhatikan dari jauh. Nampak gayanya parti HINDRAF yang merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat semakin tersisih dan dilupakan. Saya meramalkan PKR juga akan mengalami nasib yang sama. Hanya masa yang akan menetukannya.

November 24, 2010

3 Blogger Kumbang Secara Rasmi Bersara Dari Dunia Blog

Sepanjang saya menceburi arena blog semenjak beberapa tahun ini, hari ini merupakan hari yang paling saya sedih. Seorang rakan bloggers dan sahabat baik di dunia nyata, Kumbang yang mengendalikan blog Analisa Kumbang dan merupakan salah seorang moderator AIDC, pagi tadi telah menyatakan hasratnya secara rasmi untuk bersara daripada dunia blogging. Hasrat ini dinyatakan di dalam laman sosial Facebooknya seperti di bawah. Walaupun beliau tidak mahu alasannya bersara diketahui ramai, kami sahabat-sahabatnya yang rapat amat faham apa yang tersirat di hatinya. Walaupun berat hati ini untuk menerima keputusan ini, sebagai seorang rakan blogger dan sahabat, saya mendoakan yang terbaik buat Saudara Kumbang dan semoga anda berjaya dalam apa sahaja yang anda ceburi di masa hadapan. Anda akan sentiasa dialu-alukan ke dunia blog ini, bilamana terdetik hati untuk kembali. Bon Voyage Bro!

Bersara secara rasmi daripada Blogging dan perjuangan Anti Anwar
by Kumbang Aidc on Wednesday, November 24, 2010 at 11:02am

Salam,

Kumbang secara rasmi hari ini mohon bersara daripada arena blogging. Posting kumbang yang terakhir pada ogos lalu di blog Analisa Kumbang beberapa hari selepas sembuh demam denggi berdarah.

Kumbang juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger anti Anwar, rakan-rakan AIDC, rakan-rakan AIDC Club, rakan-rakan Facebook,rakan-rakan chatrol,rakan-rakan UMB,Perkasa,Ansara,rakan-rakan twitter dan rakan blogger pro Anwar yang mengenali Kumbang. Maaf terlalu ramai sehingga tak tertulis di sini.

Terima kasih diucapkan kerana sentiasa menemani dan mendoakan Kumbang dalam perjuangan menentang Anwar Ibrahim terutamanya ketika Kumbang menghidap demam denggi berdarah julai lalu.

Kumbang juga ingin meminta maaf jika fakta yang dikemukakan di blog Kumbang tidak tepat dan menyinggung hati rakan-rakan sekalian. Kumbang cuma manusia biasa.

Adalah dimaklumkan Kumbang tidak berkaitan lagi dengan apa jua organisasi blogger. Tetapi kawan tetap kawan sebarang bantuan boleh diajukan dan Kumbang boleh menolong terutamanya dalam konteks anti Anwar disebabkan Kumbang punya pengalaman.

Kenapa Kumbang mohon bersara? tiada sebab boleh Kumbang berikan kerana jika diberi pasti ada pihak yang menyatakan sebaliknya.

Apa-apa pun beribu maaf dan sebanyak-banyak terima kasih. Budi kalian tak dapat Kumbang balas. Hancur Anwar!

P/s :Nota dan akaun Facebook ini akan dipadamkan 24 jam daripada sekarang.

Wasalam.

2 "Kembalikan Sumber Air Kepada Rakyat Selangor"? Betul Ke?

1. Sibuk sekarang kerajaan Pakatan "Tak Berdaftar" Rakyat Selangor menghasut Rakyat Selangor agar terpedaya dengan retorik mereka kononnya agar sumber air di Selangor perlu dikembalikan kepada Rakyat. Pembohongan apakah ini? Selama ini kemana perginya sumber air bersih dan terjamin bekalannya kalau bukan kepada Rakyat Selangor.

2. Adakah Kerajaan Selangor sudah kehilangan satu mata pencarian iaitu pasir sehinggakan mereka terpaksa mengalih kepada sumber muka bumi yang baru untuk memenuhi kantung Kerajaan Selangor dan kroni-kroninya? Al maklumlah pergerakan curi pasir di Selangor kini dipantau oleh SPRM dan diperhatikan oleh Rakyat. Adakah Rakyat Selangor mahu melihat sumber air dirompak oleh Kerajaan Selangor seperti mana mereka mengkayakan poket kroni-kroni dengan hasil pasir sehingga mengakibatkan bumi Selangor ditarah sewenang-wenangnya?

3. Apa masalah air di Selangor ini sebenarnya yang membuatkan Menteri Besar, TS Khalid melompat dan meroyan setiap hari bersama ADUN-ADUNnya? Apakah Rakyat Selangor dibekalkan dengan air yang kotor seperti mana yang berlaku di Kelantan (kesan pentadbiran lemah Kerajaan Negeri PAS). Apakah Selangor selalu mengalami keputusan bekalan air, sekali lagi seperti apa yang berlaku di Kelantan? Apakah Rakyat Selangor dibebani dengan bil yang tidak munasabah daripada syarikat pembekal air Selangor, SYABAS? Kalau ini semua tidak berlaku, kenapa Rakyat Selangor hendak memperjudikan nasib mereka dengan sumber bekalan penting ke rumah mereka dengan memberikan hak pengurusan kepada Kerajaan Selangor?

4. Di laman-laman sosial Twitter dan Facebook, hanya kelihatan ADUN-ADUN PKR dan DAP Selangor sahaja yang membuat bising mengenai isu berkenaan. ADUN-ADUN PAS Selangor senyap sunyi. Adakah ADUN-ADUN PAS Selangor tidak mendapat sebarang habuan sekiranya Kerajaan Selangor berjaya merampas sumber air?

5. Kenapa SYABAS diberi masa 14 hari untuk menghentikan program Tabung Budi, sedangkan program itu adalah tanggungjawab sosial yang dilakukan SYABAS untuk membantu orang-orang miskin di Selangor, melalui hasil pengembalian wang air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Kenapa yang Kerajaan Selangor sakit hati sangat dengan SYABAS? Hak hendak beri air percuma adalah hak Kerajaan Negeri sebab telah berjanji di dalam PRU12. Hak untuk memulangkan kembali wang berkenaan untuk disalurkan kepada Rakyat miskin Selangor melalui Tabung Budi adalah hak kami, pemastautin di Negeri Selangor. Apa masalahnya? Sudah bagi ungkit balik, "buruk siku" betul Kerajaan Selangor.

6. Dalam media-media massa dan laman-laman sosial, ADUN-ADUN Pakatan asyik mengungkit pendapatan atau gaji CEO SYABAS yang tinggi setiap bulan. Bukankah normal gaji berkenaan bagi CEO-CEO sektor korporat. Kalau tak percaya cuba tanya TS Khalid, berapa gajinya semasa beliau berkhidmat dengan syarikat-syarikat GLC.

7. Isu yang sebenarnya ialah Kerajaan Negeri Selangor terperangkap dengan "janji manismu" semasa PRU12 iaitu memberikan air percuma sebanyak 20 ml padu kepada setiap rumah, setiap bulan. Memandangkan Kerajaan Selangor telah dan akan mengeluarkan belanja yang banyak untuk memberikan air percuma itu, jalan penyelesaiaannya adalah dengan memonopoli dan "merampas" kembali sumber air yang memberikan pendapatan yang lumayan. Tak ada istilah "Kembalikan Sumber Air Kepada Rakyat Selangor". Istilah atau slogan sebenarnya adalah, "Berikan Sumber Air Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Agar Kami & Kroni Akan Bertambah Kaya". Sudah-sudahlah saya rasa bagi Pakatan Rakyat Selangor untuk menggunakan retorik "Rakyat". Muak rasanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

November 23, 2010

12 Menteri Duduk Di Atas Mangkuk Tandas? Memalukan!

Saya tidak tahu apa perasaan saya apabila melihat gambar di atas. Walau apa sekalipun mesej yang hendak disampaikan, saya rasa tidak perlulah bagi seorang Menteri untuk duduk di atas mangkuk tandas bagi menunjukkan cara-cara membuang air besar dengan betul. Saya merasakan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, DS Chor Chee Heung, seharusnya memecat pegawai-pegawai Perhubungan Awamnya (PR) kerana memberi imej buruk dan memalukannya di khayalak ramai. Mungkin selepas ini pihak-pihak pembangkang akan menggunakan isu ini dan memanggilnya "Mr Flush".

November 22, 2010

12 Apakah Wajar Imej Polis Dilabel "Trigger Happy"?

Tuduhan kononnya polis mempunyai imej sebagai satu pasukan yang "trigger happy" iaitu sewenang-wenangnya menembak penjenayah, sedikit sebanyak mencemari kejayaan pasukan itu membanteras beberapa jenayah berat sepanjang tahun 2009 dan 2010. Bagi saya, saya salahkan penjenayah.

Kita mempunyai pilihan untuk menjadi baik atau jahat. Kita tidak dilahirkan atau dididik untuk menjadi jahat. Kenapa mesti kita bersimpati dengan penjenayah? Lebih baik kita bersimpati dengan mangsa penjenayah dan polis yang mempertahankan kedaulatan undang-undang. Pastinya ada mangsa-mangsa penjenayah yang dirogol, diragut, dirompak dan dibunuh yang perlu mendapat simpati dari kita. Janganlah membuang masa untuk mempertahankan penjenayah.

Siapa kata polis kita ganas. Cuba tengok gambar di atas. Bukan main mesra lagi Lans Koperal 151782 Sa'dat ketika bergambar dengan Nora Danish. Saman-saman jugak tetapi sebagai peminat pastinya Lans Koperal Sa'dat ingin mengabadikan memorinya bersama artis pujaan. Tahniah juga buat Nora Danish yang "sporting" walaupun disaman.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates