November 19, 2010

3 Kenapa Zaid Ibrahim Meninggalkan PKR

Zaid Ibrahim telah meninggalkan PKR setelah mengetahui bahawa logo PKR adalah bersempena logo golongan "biseksual". Zaid tak nak bersubahat Yeop! Lihat video di bawah:

video

November 18, 2010

1 King Porno Keluar Kenyataan Rasis Lagi?

Haiya! Ini Dr Porno buat hal lagi. Apa motif Dr Chua ini mengeluarkan kenyataan rasis beliau di Twitter beliau semalam. Kalau nak berpolitik, politiklah. Jangan sampai mengeluarkan kenyataan berbau perkauman. Namapun Hari Raya semalam. Sudah pastilah kebanyakan peniaga-peniaga di Kota Bharu (yang majoritinya Melayu Islam) menutup kedai untuk menyambut Aidil Adha. Kalau kome nak beli barang sekalipun di Kota Bharu, Tesco kan dibuka. Apa masalahnya.

Semasa Cuti Tahun Baru Cina, ramai peniaga-peniaga Cina yang tutup kedai berhari-hari. Ada orang Melayu buat kenyataan rasis begini. "Grow up" lah Dr Chua. Kome tu orang politik. Blog dan Twitter orang politik sentiasa dipantau Rakyat. Makan boleh sebarang makan tetapi bab bercakap, orang tua-tua kata, cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Bersaralah dari politik Dr Chua. Jadi Presiden MCA hanya menjadi "biawak hidup" untuk Barisan Nasional!

November 17, 2010

10 Betulkah UMNO Kedah Ada "Paid Bloggers"?

Cerita mengenai blogger-blogger berbayar baik di pihak BN maupun pihak Pakatan bukanlah merupakan satu perkara yang baru. Malah ianya menjadi satu rutin bagi blogger-blogger yang mempunyai rating pembaca yang tinggi untuk meminta daripada sesuatu pihak untuk membiayai perjalanan blog mereka dengan bayaran yang tertentu. Kami mempunyai bukti yang kukuh beberapa YB-YB menyimpan blogger-blogger mereka untuk mempromosi dan menepis segala bentuk tohmahan atau serangan di alam siber. Bukan lagi menjadi satu rahsia bahawa ada blogger elit yang dibayar oleh sebuah negeri di utara tanahair dengan elaun sebanyak RM5,000 sebulan. Penulis tidak mengatakan bahawa salah untuk seseorang blogger menerima upah / elaun / gaji melalui penulisan mereka. Bergantung kepada niat dan keadaan masing-masing.

Terbaru, satu artikel daripada Kedah Times telah mendakwa bahawa blogger-blogger di Kedah telah dibiayai oleh UMNO Kedah sebanyak RM3,000 seorang. Untuk lebih bertindak adil, saya sertakan kembali keseluruhan artikel berkenaan:
Tok Cha menulis:

1. DATO IR Nawawi kata UMNO Kedah ada 75 pahlawan siber, khabarnya seorang dibayar RM3,000 sebulan kalau dijumlah sebulan UMNO kena bayar RM225,000. Hangpa yang dok suka tengok blok atau facebook kenai ka sapa pahlawan siber ni? Tergugatkah PAS, PKR dan DAP di Kedah dengan serangan pahlawan siber UMNO ini? Tok Cha tak tengok adapun impaknya. What say you all?

2. DATO IR NAWAWI kata lagi, UMNO Kedah banyak isu nak serang Pakatan Rakyat tetapi tak boleh nak bok keluaq semua, takut mai pilihanraya modal habis. Tok Cha nak tanya, buatnya Dato Najib umum pilihanraya esok lusa, UMNO Kedah nak kata apa? Statement IR NAWAWI sama la macam orang umur 20 tahun kata, "tak pa aih, aku muda lagi, lambat lagi nak mati, nanti umur 60 tahun aku tobat dan buat ibadat banyak-banyak". Buatnya remaja umur 20 tadi mati esok lusa, dan ka dia nak buat ibadat banyak-banyak? Habaq mai sat kat Tok Cha.

3. DATO IR NAWAWI kata lagi, isu ofensif dan defensif UMNO Kedah akan print dalam bentuk buku banyak-banyak. Kalau print ada ka orang UMNO nak baca? Selama ni UMNO kesah ka bab budaya membaca ni ? Kalau depa baca, faham dan boleh digest ka? Kalau boleh digest mampu ka depa nak ketengahkan isu untuk pengaruhi rakyat? Tolong perjelas kat Tok Cha sat.

Tok Cha- confirm UMNO Kedah Disampuk hantu raya

Sumber: Kedah Times.
Seorang rakan FB, Puan Azeeza Abdullah telah membuat posting di "wall" beliau mengenai blog posting di atas dan turut bertanyakan sendiri kepada beberapa YB BN Kedah termasuk yang dituduh di dalam artikel berkenaan iaitu YB Dato' Ir Nawawi Ahmad dan ini jawapan beliau:

Adalah diharapkan Tok Cha daripada Kedah Times dapat membuat semakan kembali mengenai kenyataan Dato' Ir Nawawi. Tidak mengapa kalau kita buat salah asal kita dengan rendah diri mengakui sebarang kesilapan yang kita lakukan.

Penulis jarang membicarakan mengenai keadaan politik di Kedah. Bagi penulis secara peribadi lebih sukakan Menteri Besar Kedah yang ada sekarang, DS Azizan yang kami panggil Ustaz Azizan berbanding dengan Menteri Besar terdahulu. Walaupun Ustaz Azizan agak "chege" (garang), beliau amat rendah diri dan rapat dengan Rakyat. Keadaan politik di Kedah aman dan damai. Yang buat berkocak dan kelam kabut adalah orang luar, yang bukan penduduk Kedah. Di Kedah, baik orang-orang PAS maupun orang-orang UMNO tidak mengalami sebarang masalah dari segi perbezaan politik.

Bagi pendapat saya, keadaan politik di Kedah yang tidak berserabut dan kacau bilau seperti beberapa negeri lain adalah disebabkan faktor Tuanku Sultan Kedah yang amat "low profile". Rakyat baik dari kaum apa sekalipun waima politik apa sekalipun amat suka dan sayang kepada Baginda. Kalau bukan disebabkan Tuanku Sultan Kedah, saya rasa puak-puak politik di Kedah sudah lama berperang kerana politik. Saya mengharapkan politik muafakat berlaku di Kedah. Rasa-rasanya kalau kedua-dua pihak dapat duduk semeja berbincang, keadaan akan menjadi lebih aman dan tenteram. Boleh ada kerjasama di belakang tabir untuk kesejahteraan rakyat Kedah. Mana yang baik diberikan sokongan. Mana yang tidak elok diberi teguran dan cadangan yang memanafaatkan rakyat.

Saya menyokong penuh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dipulangkan kepada orang Kedah. Saya nampak Dato' Mukhriz Mahathir adalah orang yang paling layak untuk menerajuinya. Orang luar Kedah jangan buat sibuk mengkucar kacirkan keadaan politik Kedah seperti mana sewaktu banjir tempoh hari. Seperti kata orang Kedah, hangpa jangan buat ghoplah jingga, hangpa pi main jauh-jauh!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates