October 29, 2010

6 2 Kali Jatuh Dalam Air. Orang Cina Kata Manyak Suwei Ooo!

Tak tahulah saya sama ada hendak bersimpati atau tersenyum. Dua kali berjalan atas titi, dua kali jatuh dalam air. Inilah kualiti calon PKR. Calon PKR Batu Sapi nampak sangat orang luar. Jalan atas jambatan kayu pun tak tahu. Tulah lain kali ambil lagi orang luar.

Saya terfikir pulak kenapa di dalam pilihanraya yang ditandingi oleh Ansari selama ini yang mana ketujuh-tujuh kali beliau tewas, tak pernah sekalipun beliau terjatuh dalam air? Sebelum ini beliau tidak pernah pergi melawat kawasan berkenaan kah? Agak-agak lah kan kalau tak ada PRK dekat Batu Sapi ini, Ansari sampai tak ke sana? Inikah calon yang PKR banggakan. Kalau beliau menang, silap-silap buat PRK baru kalau kali ketiga jatuh air terus tenggelam. Haiyaa! Olang Cina cakap dua kali jatuh air manyak suwei ooo!

Ansari Selepas Terjatuh Dalam Air. Kesihan Kan Tangan Berbalut?

Saya bukannya apa. Bukan tidak bersimpati. Cuma cuba tengok Setiausaha Agung UMNO, Ku Nan. "Steady" sahaja beliau meniti jambatan kayu. Ini baru betul Wakil Rakyat.

October 28, 2010

2 Sembang Kosong Rakyat Marhaen

Teringat kembali perbualan yang kudengar ketika menikmati minuman kegemaranku, Nescafe Panas Gelas Besar dan roti telor di Al-Ali Corner, Seksyen 13 malam tadi.

Mungkin restoren penuh dengan orang (maklumlah gaji dah masuk) menyebabkan dua orang lelaki separuh abad meminta izin berkongsi meja denganku. Selepas makanan dipesan, mereka menyambung perbualan tanpa memperdulikan diriku.

"Awat hang tak pi perasmian Little India tu? Bukan senang orang luaq nak datang rasmi majlis macam tu. PM India pulak tu. Seronok sakan aku nampak puak tu," kata Abang bermisai putih sambil menyedut rokok Malboronya.

"Hampaih betul depa ni. Penat aku pi persidangan agung UMNO tak habis lagi, tup-tup dok rasmi Little India pulak. 1Malaysia mai kot mana aku pun tak tau," kata Abang seorang lagi.

Dari gaya percakapan kedua-dua orang berusia separuh abad tu macam orang Utara, fikirku. Kalau tak Kedah mesti Penang. Tak pa lah. Kira satu kapal jugaklah. Tengok dari pakaian baju melayu berkain pelikat dan kopiah putih mesti baru balik dari masjid.

"Hang tunggulah sikit hari lagi, mau puak lagi satu sibuk dok demand nak Little Cina pulak. Harus! Tu dok bagi muka lagi. Bagi muka lagi," sambung Abang yang agak berisi itu dengan agak emosi.

"Ni hang dok sebut persidangan UMNO, baru aku teringat. Masa persidangan sibuk dok bincang pasai nak jaga hak Melayu. Tup tup, baru dua tiga hari habis bersidang, pungkok pun tak habis panas lagi, sibuk pula dengan ETP. Aku dok perati tak dak pulak yang dok jaga hak Melayu dalam ETP. Hang tau, ada ka Najib boleh announce nak buat 5 hub pusat hiburan dekat Malaysia. Entah berapa banyak kelab malam, pusat spa dan pusat hiburan depa nak buat. Dahlah tu, had waktu beroperasi bagi pusat hiburan pun depa nak lanjut lagi. Seronok budak-budak muda tonggang sampai pagi."

"Eloklah tu, banyak sikit tempat nak berehat," kata Abang berbadan gempal itu dengan gaya menyindir.

"Elok hang kata. Yang dok ada sekarang ni pun, orang dok buang anak sini sana, ni nak tambah 5 hub pusat hiburan. Berapa besaq hang rasa hub-hub ni. Lingkup anak bangsa macam ni. Hang rasa lah, ada ka orang kita yang akan kaya buat projek pusat hiburan ni? Ada ka anak Melayu Islam yang nak bina kelab malam dan spa untuk melingkupkan anak bangsa. Bukan ka puak depa jugak yang dapat kontrak?"

"Lingkuplah kalau macam ni. Aku tu lah pasal. Dulu Pak Lah dengan Islam Hadhari yang dok tunggang langgang, lingkup 5 negeri. Ni Najib pulak sibuk dok canang hal 1Malaysia lah, Melayu lah, Negara Islam lah tapi yang aku tengok lain pulak yang dibuatnya. Aku pun tak tau berapa negeri pulak nak terbang PRU depan."

"Hah! yang dok senyum sorang-sorang tu kenapa?" Soal Abang bermisai putih yang mungkin perasan aku mengikuti dengan penuh minat perbualan mereka.

"Dak aihh. Dok dengaq dari tadi. Abang berdua memberi saya sesuatu untuk difikirkan malam ini. Macam ni, malam ni saya belanja Abang berdua. Duduk dulu ya, saya balik dulu. Assalamualaikum," kata saya yang menuju ke kaunter bayaran selepas bersalam dengan mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 27, 2010

3 Perasmian Little India, Next Little Cina Pulak!


Hidup 1Malaysia!!!

7 KP UMNO Hina Guru Kemas - Kurang Ajar!

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru sahaja melabuhkan tirainya Sabtu lepas dan cakap-cakap kurang enak masih lagi didengar berkenaan dengan isu yang dibawa oleh perwakilan. Ibarat rumah siap, pahat masih berbunyi, banyak rungutan yang saya dengar. Antara satu yang menarik perhatian saya adalah mengenai penghinaan yang diberikan oleh salah seorang Ketua Pemuda UMNO terhadap Guru Kemas. Kita baca luahan seorang Guru Kemas yang dihantar ke "inbox" saya melalui laman sosial Facebook:
Minta tolong sangatlah. Kalau sudah level KP, berucap berasaskan faktalah sedikit. Ini main hentam keromo sahaja. Alooo Bro, Kemas sekarang ni sudah sama level dengan Pra Sekolah. Guru-guru Kemas ramai dah berDiploma. Malah kanak-kanak Tabika sudah menguasai 3M apabila masuk sekolah rendah. Jangan berucap sampai nampak ketidakberilmuan kita dalam menyampaikan message. Kalau berucap hanya hendak glamour je, baik tak payah. Tolong kaji dan selidik dahulu betul-betul. Jangan ikut sedap mulut sahaja. Ingat Guru-Guru Kemas tak ada hati dan perasaan ke apabila dengar macam ini. Hangin betul saya dibuatnya. Huh!!! Apa pandangan kawan-kawan? - Laili Anjeli.
Wahai Laili, terima kasih di atas isu ini yang saya terlepas pandang. Pandangan saya patut diberi penyepak saja kalau ada Ketua Pemuda macam ini. Apa beliau rasa dia belajar sudah tinggi hendak hina orang lain. Yang bertepuk dan menjadi Pak Hangguk dekat bawah pun sama. Otak udang. Kurang ajar punya manusia. Saudara-saudari lihatlah sendiri video di bawah dan nilaikan sendiri.

video

6 Little India? Apakah 1Malaysia Hanya Retorik Semata-Mata?

Hari ini Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Abdul Razak bersama dengan Perdana Menteri India, Mr Manmohan Singh akan merasmikan projek Little India, satu kawasan di Brickfields yang akan dijadikan "perkampungan" orang-orang India yang memaparkan budaya dan adat resam di Malaysia.

Persoalan yang saya timbulkan adalah kenapa kita memerlukan atau memberi perhargaan kepada Perdana Menteri India untuk bersama-sama merasmikan Little India. Apakah mesej sebenar yang kita hendak sampaikan? Apakah Rakyat berbangsa India di Malaysia masih ada ikatan dengan Negara India? Dalam Kerajaan melaung-laungkan 1Malaysia, Rakyat menjadi keliru dengan perkara sebegini. Kalau Kerajaan India menyumbang sebahagian atau keseluruhan kos pembinaan di situ, tak apalah jugak.

Apakah yang akan terjadi pula sekiranya kaum-kaum lain turut memaksa Kerajaan untuk mengiktiraf mereka. Apakah Perdana Menteri atau Presiden China terpaksa turun untuk merasmikan Little China di Jalan Petaling misalnya atau Masyarakat Portugis di Melaka mahukan Perdana Menteri Portugal atau Cristiano Ronaldo merasmikan Little Portugal di Melaka? Ini belum lagi kalau kita hendak melayan masyarakat Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Afrika di sini. Mahu kelam kelibut jadinya.

Jangan salah sangka. Saya menyokong penuh projek Little India ini. Projek ini dapat mencantikkan kembali kawasan sekitar Brickfields yang dulunya kotor, dapat mengurangkan gangsterisma dan kejadian jenayah dan paling penting ianya dapat dijadikan kawasan perlancongan yang menarik yang memaparkan adat resam pelbagai kaum di Malaysia yang pelbagai.

Laungan 1Malaysia bagi saya adalah satu luangan dan slogan yang retorik. Kerajaan gagal memahami masyarakat Malaysia terdiri dari berbilang kaum dan Agama yang tidak mungkin akan meninggalkan adab budaya dan sosio politik semata-mata mahu menyahut seruan Kerajaan menjadi SATU.

Apakah keseluruhan Rakyat Malaysia fasih berbahasa Kebangsaan. Apakah kita mahu menjadi satu bangsa seperti bangsa Indonesia yang mempunyai pegangan Pancasila yang sama sehinggakan tiada nama India dan Cina di sana melainkan nama Indonesia? Apakah kaum Cina dan India mahu mengorbankan SRJK (Cina)dan SRJK (India) untuk mewujudkan Satu Sekolah Untuk Semua (SSUS)?

Kita kena berpijak di bumi yang nyata. Kita harus terima perbezaan semua kaum di Malaysia dan jangan ada sesiapa cuba menafikan hak mana-mana kaum selaras dengan Perlembagaan Negara. Tidak perlu kita merojakkan kesemua kaum di Malaysia. Asalkan perpaduan utuh seperti mana yang kita kecapi selama ini, saya sudah merasa bersyukur. Tak perlu 1Malaysia lah apalah yang sekadar omongan kosong orang-orang politik.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 26, 2010

15 YB Karpal Singh Sakit, Kes Ada Tunda Itu Esoklah

Itu bicara Anwar Ibrahim ada tangguh lagi daa. Itu peguam Anwar, Mr Karpal Singh ada sakit daa. Itu Mr Karpal Singh sekarang berada di itu wad Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Universiti, PJ. Chee chee ... peguam ada banyak, seorang sakit, kes ada tangguh lagi. Yennadai, bila kes mahu selesai daa. Vaa vaa harap-harap itu wesok, peguam-peguam lain tidak ada yang sakit pulak woo. Ayoyo karawaleee!

4 Warna-Warna Malaysia - Malaysia Boleh!!!

Have a peaceful day for nomination of candidates for Batu Sapi and Galas.

Atmosphere at the nomination centre.

Batu Sapi:

Shamsul "Kemetot" lead the "parade"


PKR Supporters

SAPP Supporters

Puteri UMNO Sabah

Pertandingan 3 Penjuru

Who says Kayveas and Samy Vellu can't see eye to eye ... Location Batu Sapi Nomination Centre.

Gambar candid istemewa di antara PAS (Tantawi), PKR (Azmin) dan UMNO (Khairy)

Galas:

The Man Himself - Ku Li.

Pertandingan 2 Penjuru:

Enough for politics! Lets release the tension will we? Do enjoy the following pictures. Cheer up your day or lite up your night.

Not yet dry but have to rush back.

Even cow pay attention to the traffic light.

No further comment.

Polis.

Mafia.

Prevention is better than cure.

Special delivery service.

New Malaysian RV.

Not everyone will have a chance like this.


Tan The Boss.

Not enough parking space?

Strictly for artist only.

I wonder why I lost!

I guess only Superman can see through this.

Smile ... you're on candid camera.

Portable Garage.

Malaysia Book Of Records : The Highest Fountain In The Country.

Can go or cannot go actually.

Jalan Sehala here, Jalan Sehala there, Jalan Sehala everywhere!

Transformer, Malaysian version.

User friendly.

From the land of the giant.

Err ... I don't think anyone wanna steal this.

Hmm ... who want to press?

For a greener environment.

Technician cum stuntmen.

In one go.

Extreme act of balancing.

A good reason to get a smart car.

This is how the air get polluted.

Number of thief in this shop : NIL!

A magnificent view.

Luckily there is still space to "park"

Bro, I hope you're not having bad dreams during your nap.

Someone must have fail in Bahasa Malaysia last time.

What to do? What kind of driving skills we see nowadays.

Halal or not?

No special treatment.

Sama-sama kena!

This is why we need full attention when in school!

A "smart" idea?

Can't help. Too many enemies.

The power of love.

The divider guy.

... and lastly, signborad for cows!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates