October 16, 2010

8 Bajet 2011 - Rumah Siap Pahat Berbunyi?

Antara perkara yang tidak saya senangi ketika pembentangan Bajet 2011:

1. 100 Tingkat Menara Warisan Merdeka

Saya tidak berapa faham kenapakah kita memerlukan perancangan untuk membina bangunan mega yang terbaru yang dijangka siap pada tahun 2015. Untuk apakah kita perlu menghabiskan RM5 billion untuk membina 100 tingkat Menara Warisan Merdeka. Apakah DS Najib mahu meninggalkan tinggalan struktur konkritnya untuk diingati oleh Rakyat apabila beliau bersara kelak atau apakah beliau mahu mengatasi monumen Menara Berkembar Petronas yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir? Kita mengalami kesesakan yang maha hebat di Lembah Klang. Dengan pembinaan 100 tingkat bangunan untuk diduduki oleh beberapa ribu orang pekerja dengan ratusan kenderaan yang bakal memenuhi jalanraya, adakah kita sudah bersedia?

Kenyataan Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen yang berkata, tindakan kerajaan mengumumkan projek mega seperti pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat itu perlu bagi memastikan Malaysia dapat terus membangun. Katanya, “Jadi untuk kita sekarang, satu bangunan 100 tingkat akan meletakkan kita di peta kemajuan.” Saya agak kecewa kenyataan ini keluar dari mulut seorang Menteri. Apakah dengan ada bangunan 100 tingkat, kita sudah berada di peta kemajuan sedangkan ada Rakyat yang tidak cukup makan? Mungkin beliau ingin membodek DS Najib kerana telah memberi peruntukan lebih kepada kementeriannya untuk mempromosikan perlancongan negara. Jadi bolehlah beliau memulakan perancangannya untuk melancong bersama suami tersayang.

2. Program Pendidikan dan Pengasuhan Kanak-kanak (PERMATA)

Saya rasa pelik kerana terpaksa berkongsi pendapat yang sama dengan rata-rata MP Pembangkang apabila PERMATA telah mendapat RM111 juta sementara Sekolah Agama Rakyat (SAR) hanya memperolehi RM90 juta. Saya merasakan pengumuman ini merupakan “hadiah” DS Najib untuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang mahu lebih dikenali dengan gelaran "The First Lady". Ramai yang akan berkata, kenapakah kita mempertikaikan peruntukan kepada kanak-kanak kecil yang cemerlang. Alasan saya, berapa kerat anak-anak kita yang dapat masuk ke dalam program PERMATA. Apakah tujuan peruntukan yang bertambah RM11 juta daripada peruntukan RM100 juta yang diberikan pada tahun 2010 untuk segelintir kanak-kanak berbanding kanak-kanak yang bersekolah di sekolah-sekolah bantuan Kerajaan, SRJK dan SAR? Apakah rasionalnya pula PERMATA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukannya Kementerian Pelajaran?

3. RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris.

Untuk apakah Kerajaan menghabiskan sebanyak RM213 untuk panggil Mat dan Minah Saleh dari UK dan Australia yang dianggap guru jati daripada luar negara untuk pertingkat Bahasa Inggeris. Guru-guru tempatan tidak berkelayakan kah? Ini satu penghinaan kepada guru-guru Bahasa Inggeris di Malaysia. Ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

4. Menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Dewan gamat seketika apabila DS Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan termasuk duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan. Beberapa MP Pembangkang kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Saya merasakan MP Pembangkang bertindak sedikit nakal dalam hal ini. Mana mungkin The First Lady membeli belah di dalam negara. Semua orang tahu beliau lebih suka membeli barangan-barangan berjenamanya di luar negara. Buat lawak lah tu!

Saya ingin bertanya pembaca-pembaca sekalian, kalau tidak silap saya, inilah pertama kali bajet pertahanan tiada di dalam bajet 2011. Kalau soalan bodoh seperti saya, kalau kita tidak bajet, bukankah kita tidak boleh belanja. Takkan kita terlepas pandang perkara sebesar ini?

Kesimpulannya, memang banyak insentif-insentif dan galakan-galakan menarik di dalam Bajet 2011 namun saya tidak pasti sama ada Bajet 2011 betul-betul dapat mencapai matlamat temanya iaitu "Mentransformasi Malaysia Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi." Apakah ini bajet untuk Rakyat sekiranya RM65 juta diperuntukkan untuk membaik pulih kediaman Perdana Menteri. Juara Raja Lawak Nabil ada berkata, Lu fikirlah sendiri!

October 14, 2010

1 Berita Ringkas - Mogok Besar-Besaran Menyokong Penggunaan Kondom

Seluruh negara menjadi riuh rendah sejak pagi apabila membaca laporan oleh Malaysiakini, hari ini. Pertubuhan-pertubuhan badan bukan Kerajaan bercadang mengadakan demonstrasi secara besar-besaran terhadap Kementerian Kesihatan terutama ke atas Menterinya, DS Liow Tiong Lai kerana kami difahamkan beliau dan kementeriannya gagal mendidik Rakyat Malaysia terutama orang-orang kenamaan tentang pemakaian kondom dalam usaha menjauhkan diri daripada AIDS.

Sehubungan dengan itu, juga kami difahamkan pekerja-pekerja ladang getah juga akan mengadakan mogok esok disebabkan masyarakat Malaysia masih gagal menggunakan kondom secara optimum dan ini menjejaskan pendapatan pengeluaran getah mereka. Pembangkang-pembangkang di Malaysia dengan senada mengutuk Kerajaan terutama parti UMNO kerana membiarkan seks bebas tanpa kondom. Malah mereka juga sedang cuba mendapatkan sokongan Pertubuhan AIDS Sedunia dan juga Kedutaan Turki mendesak Kerajaan supaya mewajibkan penggunaan kondom ke atas pasangan sejenis. Ini gara-gara laporan portal online yang memaparkan kegagalan penggunaan kondom seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, di sini.

Sumber: Agensi Cucu Tok Selampit.

2 Lagi Sinetron Terbaru Anwar Ibrahim Mengenai Surat Akuan Bersumpah Palsu

  • Setelah Rahimi Osman menjadi tumpuan Rabu lalu, apabila dia menuduh peguam Latheefa Koya dan yang lain, menahannya di Hotel Quality, Shah Alam dan memaksanya untuk menandatangani akuan bersumpah palsu, semalam giliran bekas banduan yang menjadi pembantu peribadi Anwar Ibrahim, Rasid Rosdi mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan dan beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.
  • Dua laporan polis dibuat dalam masa seminggu oleh anak-anak ikan bilis kesukaan Anwar Ibrahim amat sukar untuk ditelan. Persoalannya, mengapakah kedua-dua mereka mengambil masa lebih dari 2 tahun untuk mendedahkan perkara sebenar dan membuat laporan polis, masih belum terjawab. Apakah ini satu drama dan senetron terbaru Anwar Ibrahim untuk memberitahu Rakyat bahawa ini adalah angkara UMNO untuk menjatuhkannya? Apakah ini satu bentuk tektik terbaru Anwar Ibrahim dan peguamtangguh-peguamtangguhnya untuk menangguhkan kes sodomi Saiful Bukhari Azlam yang bersambung pagi ini? Ini adalah kerana dengan dua laporan polis ini, pihak peguamtangguh boleh memohon kepada Yang Arif untuk menangguhkan kes dengan alasan mereka dalam proses untuk membuat permohonan menghina mahkamah (contempt of court) ke atas Rahimi dan Rasid mengenai Surat Akuan Bersumpah palsu.
  • Sekiranya dakwaan Rahimi dan Rasi benar, Majlis Peguam sepatutnya menyemak semula kedudukan keahlian Latheefa Koya dalam badan tersebut disebabkan kelakuannya setakat ini yang menimbulkan keraguan disebabkan beberapa laporan polis yang dilakukan oleh Rahimi dan Rasid dan disahkan oleh YB Wee Coo Keong.
  • Adakah sekiranya benar, apakah manipulasi, penipuan dan penyalahgunaan Surat Akuan Bersumpah telah menjadi tanggungjawab Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya selama ini? Jadi tidak hairanlah bagaimana penyokong-penyokong mereka begitu mudah ditipu oleh pembangkang.
  • Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim telah didapati bersalah kerana menggunakan polis untuk memaksa Umi Hafilda dan Azizan untuk menandatangani Surat Akuan Bersumpah palsu. Jadi tidak hairanlah sekiranya jalan cara atau modus operandi yang sama digunakan pada kali ini.
  • Ada dua perkara yang sentiasa bermain di dalam perkara saya apabila timbul kes ini. Satu, dalam banyak-banyak orang masyarakat Malaysia, kenapalah Anwar Ibrahim, orang yang mengaku (self professed) Bakal Perdana Menteri Malaysia ini mengambil banduan yang dikenalinya di penjara untuk dijadikan pembantu peribadinya? Tidak ada orang lainkah? Keduanya, Kenapalah pembantu-pembantu rapat Anwar Ibrahim begitu lembut dan lemah gemalai orangnya. Tak percaya lihatlah Saiful Bukhari, Mior Razak, Hairani Nafis, Ismail, Sukma, Anas Munawar, Azizan A Bakar, Rahimi, Rasid, YB Azmin Ali dan tak kurangnya Saifuddin Nasution.
  • Latheefa Koya pastinya menafikan dakwaan yang dibuat oleh Rahimi dan Rasid. Persoalannya, dengan begitu banyak salah laku, penipuan, melarikan anak dara orang untuk berkahwin malah pembunuhan berprofil tinggi, masih adakah di kalangan masyarakat yang mempercayai cakap-cakap para peguam ini?
.... dan fakta yang tidak dapat dinafikan, semasa posting ini ditulis, perbicaraan kes sodomi Anwar Ibrahim sedang berlangsung. Percaya atau tidak, pihak peguamtangguh pasti akan berjaya sekali lagi dalam menangguhkan kes berkenaan. Tangguh ... tangguh dan tangguh lagi!

October 11, 2010

4 Tiada Rasa Hormatkah Ibrahim Ali Kepada Mendiang Edmund Chong?

Pertamanya, komen-komen saya ke atas Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali adalah ke atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen dan bukannya Presiden PERKASA. Oleh itu, diharap sahabat-sahabat saya di dalam PERKASA tidak melenting membuta tuli di dalam mempertahankan Boss mereka.

Saya amat kecewa dengan tindakan Dato' Ibrahim Ali sewaktu berada di dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini. Beliau tidak berdiri apabila Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta agar semua Ahli Parlimen berdiri sewaktu memberikan penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Batu Sapi, Mendiang Edmund Chong yang meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya Sabtu lalu di Kota Kinabalu.

Permintaan Speaker Dewan agar Dewan bertafakur seketika dengan mendiamkan diri selama satu minit (stood up for a one-minute silence tribute) sebagai simbolik memberikan penghormatan terakhir juga tidak diendahkan apabila beliau kelihatan bercakap-cakap menggunakan telefon bimbit.

Apakah penting sangat panggilan yang dibuat atau diterimanya sehinggakan beliau tidak dapat menunggu selama satu minit? Apakah beliau mendapat sakit untut atau gout sehinggakan beliau tidak dapat berdiri untuk selama tempoh berkenaan? Kedudukan beliau sebagai Presiden PERKASA pasti mendapat kritikan dari pihak kerajaan maupun pembangkang. Apakah beliau yang dijulang sebagai "hero Melayu" tidak boleh berdiri dan mendiamkan diri untuk memberikan penghormatan terakhir kepada seorang bukan Islam dan bukan Melayu. Itukah ajaran Islam dan ikutan bangsa Melayu?

Soalan terakhir, bukankah penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sewaktu Dewan bersidang?

October 10, 2010

3 Selamat Pengantin Baru Pelancong Angkasa Negara

Berbangga rangkaian Media Prima kerana dapat menyiarkan secara langsung persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangannya Dr Harlina Mohd Yunos. Pastinya Dato' Seri Farid Ridzuan merupakan orang yang paling lebar "senggih"nya malam ini.

Walaupun Datuk Dr Muszaphar kerap kali dipermainkan dengan gelaran "Pelancong Angkasa Negara (Space Tourist)", kami tetap berbangga dengan beliau kerana beliau merupakan orang yang pertama membawa ketupat, rendang, satay dan tabung uji ke angkasa lepas. Syabas!

Tahniah juga di atas gelaran Datuk yang diterimanya baru-baru ini. Kami tidak pasti gelaran itu datang dari negeri mana, cuma berharap gelaran itu tidaklah seperti peguam yang menyamar jadi Dato' dan telah membunuh Dato' Sosilawati (Dato' lagi) dan tiga yang lain. Al maklumlah, sekarang ini semua orang ada gelaran Dato'. Ibarat kata, kalau baling siling di dalam stadium yang penuh orang, 99% kebarangkalian siling berkenaan akan kena kepala Dato'. Tambahan pula, sekarang ini zaman orang gila gelaran Dato'. Kalau orang itu mengaku Dato' sekalipun tiada siapa yang akan membuat semakan.

Adalah diharapkan Media Prima dan TV3 khasnya dapatlah turut menaja pasangan berkenaan untuk berbulan madu ke angkasa lepas seperti mana yang telah dilakukan oleh pasangan terkenal Hollywood, Bratt Pitt dan Angelina Jolie. Kosnya tak banyak pun. Dengan USD25 juta seorang, besok boleh pergi buat permohonan dekat Russian Space Agency, minta hendak menyertai pelancong ISS.

Akhir kalam, kami di Cucu Tok Selampit mendoakan agar perkahwinan pasangan berkenaan kekal ke Planet Pluto.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates