September 22, 2010

9 RM4 Billion Hadiah Kepada PAS Kelantan ... Woww!!!

Heboh satu Malaysia apabila akhbar-akhbar tempatan, Berita Harian dan Malaysiakini menyiarkan sebuah syarikat tempatan, I'DA World Group Sdn Bhd mengumumkan sumbangan berjumlah RM4 billion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan mundur di negeri itu.

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, elok sekiranya kita lihat dulu berapa banyak RM4 billion yang dihadiahkan kepada PAS Kelantan, kononnya. Berapa banyak sebenarnya RM4 billion? Gambar tertera di bawah menunjukkan USD1 billion dalam denominasi USD100. Kalau RM1 billion dalam denominasi RM100 pun lebih kurang le. Kalau RM4 billion, maknanya 4 kali yg macam inilah. Nanti kalau nak tunaikan cek tu kena bawak trak kontena.


Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan melalui pemberian replika cek kepada PAS Kelantan yang diwakili oleh adik kandung Dato'Nik Aziz Nik Mat, Nik Din Nik Mat:

1. Adakah dengan surat sokongan bertarikh 19 September 2010 (2 hari sebelum tarikh penyerahan replika cek) daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) seperti di bawah sudah membolehkan parti PAS menerima sumbangan sebanyak RM4 billion? Sekiranya benar, bukankah ini berbentuk rasuah?

2. Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I'DA World Group Sdn Bhd, bagi membantu PAS Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan. Laporan MStar di sini. Hebat adik beradik dan anak beranak Dato' Nik Aziz ini. Habis semua hendak dikebasnya, kalau betul lah wang berkenaan wujud!

3. Syarikat apa yang bernama I'DA World Group Sdn Bhd ini? Apakah syarikat yang baru diwujudkan pada 03 April 2007 mampu memberi sumbangan sebanyak RM4 billion dengan sebegitu sahaja? Dari mana datangnya aset yang begitu banyak sehinggakan boleh memberi sumbangan sahaja berjumlah RM4 billion. Adakah syarikat berkenaan terlibat di dalam penggubahan wang haram (money laundering)? Apakah betul nilai aset kumpulan syarikat berkenaan berjumlah USD2.176 Trillion seperti didakwa di dalam website syarikat berkenaan?

4. Replika cek berkenaan di atas nama Ar Rahji Bank Cawangan Kelana Jaya. Kalau hendak tunaikan (clear) cek RM4 billion berkenaan, Ar Rajhi Bank kena membuat pinjaman dari Bank Negara sebab asetnya pun baru berjumlah RM176 juta.

4. Apakah parti PAS terutama Dato' Nik Aziz anak beranak sudah kena tipu oleh syarikat berkenaan atau adakah ini modal untuk menipu orang kampung? Mari kita lihat carta organisasi syarikat yang memberi sumbangan RM4 billion kepada PAS.

Saya rasa hendak ketawa dengan sandiwara ini. Masakan Kelantan atau Malaysia amnya ada syarikat yang tidak dikenali sebelum ini yang boleh menderma RM4 Billion begitu sahaja? Diberitakan kononnya nilai syarikat berkenaan USD2 Trillion. Hello ... tau tak berapa banyak kosong dekat belakang Trillion tu? Kalau betul, maka itulah manusia paling kaya di atas dunia ini. Yang saya hairan, Majalah Forbes Fortune 500 tidak pula menyenaraikan pemilik syarikat ini sebagai antara orang paling kaya di dunia. Takdenya satu-satu syarikat yang memegang kecairan (liquidity) tanpa sebab berjumlah RM4 billion. Malah bank pun tak ada pegang RM4 billion dalam satu-satu masa. Ini mesti kes mat jenin yg berangan jadi manusia terkaya di dunia. Foreign Currency Reserve negara China pun baru USD1 Trillion. Macam mana syarikat itu boleh ada total aset berjumlah USD2 Trillion.

Mungkin ini saja taraf IQ pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Dengan syarikat sebeginipun boleh kena tipu. Adeeh!!

Nota Kaki: Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan beliau tidak mengenali syarikat berkenaan dan pemiliknya. Bagaimana dengan gambar-gambar ini yang diambil dari website syarikat berkenaan. "Pictures tell a thousand words".





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates