September 8, 2010

3 Salam Aidil Fitri Buat Semua Pembaca Blog CTS

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Musa bin Imran a.s. pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah S.W.T. menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.” (HR Baihaqi)

Kekandaku ada mengingatkan diriku, "Aku pinta kepada Allah setangkai bunga segar, Ia berikan kepadaku kaktus berduri. Aku pinta kepada Allah binatang mungil dan cantik. Ia berikan kepadaku ulat berbulu. Aku jadi sedih, protes dan kecewa. Betapa tidak adilnya ini. Namun kemudian, kaktus itu berbunga, sangat cantik dan indah sekali dan ulat itupun sudah bersalin kulit dan berubah menjadi kupu-kupu yang menawan." Renungkanlah sahabat-sahabatku.

Penulis ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung CTS. Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada terkasar bahasa terlancang bicara. Selamat pulang berhari raya di kampung. Berhati-hati di jalan raya.

Khairul Rizal Osman.
Shah Alam.

September 6, 2010

9 Panas! Selepas Seksyen 23, Shah Alam Kerajaan Selangor Ghairah Membina Kuil Di USJ 27

Tidak sudah-sudah Kerajaan Pakatan Haram di Selangor hendak melakukan kontroversi. Setelah Kerajaan Selangor puas memporak-perandakan penduduk-penduduk di Seksyen 23 dengan perancangan pembinaan kuil Hindu di kawasan yang majoriti penduduknya adalah Melayu, kini setelah hampir setahun berlalu, Kerajaan Selangor kini telah memulakan kontroversi yang lebih kurang sama.

Kerajaan Selangor kini telah membuat perancangan untuk pembinaan kuil ke tapak kosong di USJ 27 yang juga berhadapan dengan Putra Crest dan Putra Heights, Subang Jaya. Pembinaan kuil Hindu tersebut mendapat tentangan yang padu dari majoriti penduduk USJ 16 - 27, Putra Crest & Putra Avenue. Mereka telah mewujudkan Jawatankuasa Bertindak Penduduk untuk mewakili suara penduduk di dalam membantah pembinaan kuil Hindu tersebut.

Jawatankuasa Bertindak Penduduk telah pada 26 Ogos 2010 telah menghantar memo bantahan kepada Pengerusi, Lembaga Rayuan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dengan menghantar salinan-salinan kepada ADUN-ADUN dan pihak-pihak yang berkaitan. Salinan memo berkenaan adalah seperti di bawah:

Penulis merasakan penduduk-penduduk USJ 27, Putra Crest dan Putra Avenue mempunyai alasan-alasan yang sangat konkrit untuk membantah pembinaan kuil Hindu di tempat mereka , antaranya seperti berikut:

1. Kuil Hindu yang akan dibina terletak berhadapan jalan utama menuju ke Putra Height. Penduduk bimbang dengan masalah trafik dan parking haram yang menghalang penduduk-penduduk untuk keluar dan masuk ke kawasan penempatan mereka.

2. Kuil Hindu berkenaan terletak berhadapan dengan taman permainan kanak-kanak USJ 27. Tambahan lagi kuil berkenaan terletak berhadapan dengan perumahan lot banglo mewah yang sedang dibina serta rumah teres penduduk.

3. Pelan asal perancangan bandar tidak langsung menunjukkan kewujudan sebarang tapak kuil sebelum penduduk-penduduk membeli hartanah mereka di situ.

4. Penduduk-penduduk merasa hairan mengapakah kuil baru hendak dibina di situ sedangkan terdapat 2 kuil besar yang sudah sedia ada terbina yang terletak berdekatan USJ 25, iaitu kira-kira 1 kilometer jarak perjalanan.

5. Penduduk-penduduk Melayu Islam berjumlah lebih 80% mendiami kawasan Putra Height. Mengapakah kuil Hindu ingin dibina di kawasan yang majoritinya kawasan Melayu Islam? Berapa banyakkah kuil Hindu yang hendak dibina di kawasan berkenaan? Ramai sangatkah penduduk-penduduk India beragama Hindu di Selangor amnya dan Putra Height khasnya?

Penulis akan sentiasa melaporkan di dalam blog ini perkembangan kes ini dari semasa ke semasa. Penulis berharap agar penduduk Putra Crest @ Putra Heights akan tabah menghadapi liku-liku di dalam proses bantahan ini sehinggalah Kerajaan Selangor menarik balik cadangan pembinaan kuil. Perkara yang sama telah menghantui kami dan jerih perih membantah keputusan zalim Kerajaan Selangor telah dialami oleh kami, penduduk-penduduk Seksyen 23, Shah Alam sehinggakan 12 orang penduduk telah didakwa di mahkamah. Kami akan memberikan segala pertolongan yang termampu kepada mangsa-mangsa di kawasan berkenaan, Insyaallah. Ingatlah suara Rakyat, suara keramat. Marilah sama-sama kita tukarkan Kerajaan Selangor di dalam PRU13.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates