August 19, 2010

26 Kenapa Kerajaaan Menyimpan Musang Berbulu Ayam Dalam JAKIM?

Bidalan Melayu ada mengatakan lebih baik membela anjing sebab anjing akan setia kepada tuannya, daripada membela musang yang dalam diam akan mencuri telor dan ayam tuannya. Itulah kiasan dengan seorang rakan FB yang dikenali sebagai Hafizi Paklong. Nama sebenar beliau adalah Nor Hafizi bin Ab Rahim. Beliau merupakan Penolong Pengarah Bahagian Khariah, JAKIM. Duit gaji yang diberikan oleh Kerajaan untuk menyara anak-anak dan isterinya digunakan untuk mengutuk dan mencerca Kerajaan di dalam laman sosial Facebook. Lihatlah petikan di atas (double click gambar untuk besar) bagaimana keji dan jijiknya seorang kakitangan Kerajaan mengutuk dan memaki hamun Kerajaan demi perjuangan politik kepartian. Nasihatku, berhentilah menjadi penjawat awam kalau hendak mengigit tangan orang yang memberi kamu makan. Carilah kerja yang sesuai dengan jiwa kamu atau bertandinglah atas tiket parti kamu di dalam PRU yang akan datang.

August 17, 2010

23 Satu Lagi Fitnah Skandal Hubungan Sulit Dari RPK

Si blogger Upahan PKR, Raja Petra Kamaruddin (RPK) sekali lagi sekali lagi mengunakan tektik dan isu yang sama yang pernah beliau lakukan sebelum ini dengan mewujudkan skandal dan hubungan sulit di dalam "team" pihak pendakwaraya. Sebelum ini beliau pernah mengadakan cerita skandal "hubungan sulit" di antara saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Penolong Pendakwaraya Farah Azlina Latif. Dakwaan tersebut menyebabkan kes liwat Anwar Ibrahim sekali lagi tertangguh apabila pihak peguam bela menggunakan isu skandal atau hubungan sulit tersebut untuk menggugurkan kes berkenaan.

Kali ini beliau telah memulakan skandal fitnah terbaru terhadap Peguam Negara, Abdul Gani Patail. Di dalam posting blognya bertajuk "Okay, what about this affair then?", RPK telah mendakwa Abdul Ghani mempunyai hubungan romantik dengan "AG Chambers' Head of International Affairs", Azailiza Mohd Ahad. RPK mendakwa hubungan Abdul Ghani-Azailiza bukan lagi satu rahsia. Dakwaannya, Abdul Ghani dan Azailiza kerapkali membuat lawatan ke luar negeri dan tinggal sebilik. Baca blog RPK, Malaysia-Today untuk fitnah selanjutnya.

Teknik yang digunakan oleh Blogger Upahan PKR yang juga merupakan banduan dalam buangan ini amat mudah untuk dibaca. Beliau akan cuba mewujudkan dan mengada-adakan satu hubungan sulit di dalam kem pihak pendakwaraya atau melibatkan Jabatan Peguam Negara. Dengan ini beliau dan sekutu-sekutu peguambela-peguambela Anwar Ibrahim hanya perlu menunggu Peguam Negara dan anak buahnya untuk "melompat". Sekiranya mereka melayan dakwaan tersebut, sudah pasti banyak masa yang akan dihabiskan untuk membicarakan skandal atau hubungan sulit ini. Banyak lagi masa mahkamah akan terbuang dan perbicaraan akan tertangguh dari sehari ke sehari dan dari sebulan ke sebulan. Yang keduanya, Anwar Ibrahim tahu beliau tidak akan memenangi kes liwatnya jika dibicarakan secara adil. Dengan itu, si pengecut ini akan cuba mengugurkan kes liwat beliau dengan mewujudkan hubungan sulit dan skandal seperti Saiful-Farah dan Ghani-Azailiza.

Kenapakah Rakyat Malaysia masih percayakan apa yang ditulis oleh blogger upahan Raja Petra Kamaluddin yang fasik dan munafik ini. Lihatlah kehidupannya. Seorang penagih arak tegar yang tidak pernah mengenal tikar sembahyang, isteri sendiri berpakaian tidak senonoh dan telah beberapa kali membuat cubaan hendak membunuh diri. Anak pula jangan cakaplah. Kalau ada anakpun merupakan seorang banduan. Cakap seorang fasik dan munafik inikah yang hendak kita pegang?

August 16, 2010

7 1Malaysia Pada Jalur Gemilang?

Saya difahamkan dari Twitter Timbalan Presiden PKR, Syed Hussin Ali inilah rupa bentuk Jalur Gemilang yang ditambah perkataan 1Malaysia. Ianya telah dikeluarkan secara berleluasa dan dijual kepada murid-murid sekolah. Bagi saya ini adalah satu penghinaan kepada Jalur Gemilang. Selepas ini apa pulak? Gambar Pak Menteri di Jalur Gemilang? Pihak berwajib seharusnya memandang berat isu ini dan mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab menghina Jalur Gemilang.

0 Lagi Analisa Mengenai Janji Temberang DAP

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di dalam sidang medianya baru-baru ini mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Haram membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang. Salah satunya mereka berjanji akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Lihat Malaysiakini, di sini.

Dalam erti kata lain DAP berhasrat hendak merasuah penduduk Malaysia berusia 60 tahun ke atas sekiranya mereka menawan Putrajaya dengan RM1,000 seorang atau RM83 sebulan. Jika merujuk kepada statistik daripada Jabatan Statistik Negara menunjukkan jumlah populasi penduduk Malaysia pada 2010 adalah sebanyak 28.25 juta. Sekiranya andaian jumlah penduduk Malaysia berumur 60 tahun ke atas adalah sebanyak 10% daripada jumlah populasi penduduk, jumlah penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas adalah sebanyak 2.825 juta. Oleh itu, jumlah peruntukan (mengikut janji Lim Guan Eng) adalah sebanyak RM2.825 billion!

Adalah merupakan satu pembaziran wang rakyat sekiranya wang peruntukan sebanyak RM2.825 billion berkenaan diberikan kepada semua golongan umur 60 tahun ke atas. Bukankah sepatutnya golongan kaya tidak perlu diberi habuan dan hanya yang miskin sahaja yang perlu dibantu? Apalah sangat nilai RM83 sebulan bagi golongan yang berada. Keduanya, bagi golongan 60 tahun ke atas yang miskin, Kerajaan BN buat masa sekarang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sudahpun memperuntukkan sebanyak RM300 sebulan seorang kepada warga emas yang berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, habuan yang DAP hendak berikan tidak lebih daripada sandiwara politik semata-mata dan mereka yang memerlukan itu telah pun dijaga oleh Kerajaan BN. Saya berpendapat cadangan DAP hendak memberi habuan telahpun ketinggalan zaman atau orang putih kata OUT OF DATE!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates