July 27, 2010

13 Panas! PMBK Menindas Rakyat Kelantan - Bahagian II

Masjid Al Hussain, itulah nama sebuah masjid yang ingin dibina oleh Tan Sri Rashid Hussain untuk diwakafkan di Kota Bharu, Kelantan. Lebih tepat lagi ianya terletak di pelan pembangunan Bandar Baru Tunjong yang telah kami ceritakan di dalam Bahagian I. Tapak yang dicadangkan ini seluas 9.40 ekar di mana terletak berhampiran persimpangan Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dan Jalan Kota Bharu -Rantau Panjang.

Siapa yang tidak kenal TS Rashid Hussain. Jutawan terkenal yang pernah memegang saham RHB Bank yang mengambil nama bersempena nama Rashid Hussain Berhad. Beliau juga merupakan menantu kepada jutawan terkenal Robert Kuok, pemilik ladang tebu Perlis Plantation Berhad. TS Rashid telah lama menyimpan hasrat untuk membina dan mewakafkan sebuah masjid di Kota Bharu dengan menamakan masjid berkenaan Masjid Al Hussain, bersempena nama arwah Ayahanda beliau. TS Rashid telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan tapak masjid berkenaan. TS Rashid telah memaklumkan bahawa beliau akan membina sendiri masjid berkenaan dan apabila telah siap sepenuhnya, masjid tersebut akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Kerajaan Negeri untuk diuruskan.

Pihak TS Rashid telah melantik arkitek, kontraktor dan pemaju yang dipercayainya untuk menyiapkan masjid berkenaan. TS juga telah memberi akujanji akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan masjid berkenaan. Arkitek, kontraktor dan pemaju yang dibawa oleh TS Rashid bukan calang-calang syarikat. Kalau kami sebut di sini, satu Malaysia pasti kenal. Syarikat berkenaan antara arkitek / pemaju tunggal 100% bumiputera. Syarikat berkenaan pernah terlibat di dalam pembinaan KLIA, Hospital Sungai Buloh dan banyak lagi.

Niat baik TS Rashid ingin membina sebuah masjid di Kota Bharu mendapat tentangan daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mengarahkan agar masjid berkenaan diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui PMBK. TS Rashid bersetuju dengan syarat kontraktor yang menyiapkan projek berkenaan adalah pilihannya. Selesai satu perkara. Sekarang timbul pula masalah baru. TS Rashid ingin membayar terus wang hasil daripada pembelian dan jualan tanah kepada pemilik tanah yang sah. PMBK membantah dan mengarahkan pembayaran dilakukan melalui PMBK, sedangkan tanah-tanah yang ingin dibina masjid berkenaan adalah tanah-tanah persendirian yang tidak ada kena mengena dengan PMBK. Pelik kan?

PMBK meminta tanah berkenaan ditukarkan nama kepada PMBK tetapi pihak TS Rashid enggan. TS Rashid ingin membina masjid berkenaan dari tahun lepas tetapi tertangguh dek kerana kerenah birokrasi dan kamitakkasi PMBK. Tup ... tup ... pada 14 September 2009, PMBK menerusi pengurus projek, Tunjong Development Corporation Sdn Bhd telah menganjurkan satu majlis pelancaran derma Masjid Al Hussain yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato'Nik Aziz Nik Mat. Turut hadir menantu hantu kesayangannnya, Ariffahmi selaku Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PMBK. Berita berkenaan majlis berkenaan boleh dibaca di laman web rasmi PMBK, di sini.

Lembu punya susu, sapi dapat nama ke? Yennadai!

Persoalannya:
  • Kenapakah majlis kutipan derma pembinaan Masjid Al Hussain hendak dilakukan sedangkan TS Rashid telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya 100% kos pembinaan masjid berkenaan?
  • Kenapa tiada langsung disebut di dalam berita mana-mana Kerajaan Negeri maupun PMBK bahawa masjid tersebut diilhamkan, bakal dibina, ditanggung sepenuhnya serta diwakafkan oleh TS Rashid Hussain? Kenapa lembu punya susu, sapi yang mahu nama?
  • Kenapakah majlis penganjuran kutipan derma itu dilakukan? Adakah untuk tabung pembinaan masjid atau tabung pengurusan Kerajaan Negeri kalau tidakpun masuk poket sendiri. Yalah, Kerajaan Kelantan hendak bayar bloggerpun RM4 juta. Mana hendak cekau duit.
  • Kenapakah pembayaran duit hasil penjualan tanah persendirian wajib melalui PMBK dan bukannya terus kepada tuan tanah? PMBK hendak songlap separuh ke?
Sepatutnya perkara ini mudah sahaja. Beli tanah, buat masjid, apabila siap serah kepada Kerajaan Negeri / MAIK. Semuanya telah disediakan. Kami difahamkan oleh arkitek / pemaju yang kebetulan rakan karib kami, duit sudah ada, pelan sudah ada, pekerja cukup, peralatan tersedia, hanya menunggu kelulusan Kerajaan Negeri. Sehingga posting ini ditulis, PMBK dan Kerajaan Negeri masih bermain tarik tali. Hai susahnya hendak membina Masjid Wakaf di Kelantan ye. Kalau berhala okaylah pulak. Siap ada berdiri, duduk, tidur dan terlentang. Hendak bina Masjid banyak halangannya. Sabarlah Tan Sri. Mungkin dugaan Allah apabila kita hendak buat kebajikan.

Moral cerita, sesiapa yang berniat hendak membina Masjid, janganlah dicadang untuk dibina di negeri Pakatan Haram. Banyak sangat songehnya!!!

July 26, 2010

9 Panas! PMBK Menindas Rakyat Kelantan - Bahagian I

Masih ingatkah kita dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di mana menantu hantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif telah berjanji akan melepaskan jawatan tersebut bulan March 2010 yang lalu. Sudahkah beliau meletakkan jawatannya atau beliau masih rakus memegang jawatannya itu sehingga kini dan mengendali perbadanan tersebut seperti bapa mertuanya yang punya? Sesungguhnya Rakyat Malaysia mudah lupa!

Kebanyakan dari kita sudah melupakan penyelewengan yang dilakukan oleh beliau semasa mengendalikan PMBK sekarang kerana terlalu sibuk dengan isu pasir di Selangor. Hari ini kami akan mendedahkan satu isu tanah di Kelantan atau lebih tepat lagi di Kota Bharu di dalam pelan Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu yang berkeluasan seluas 8,000 ekar. Pelan pembangunan ini melibatkan kesemuanya tanah-tanah milik persendirian. Kerajaan negeri melalui PMBK telahpun membuat kaveat ke atas kesemua tanah berkenaan dan setiap pembelian mestilah melalui PMBK. Konon-kononnya diberitahu kepada pemilik tanah pemaju utamanya adalah PMBK. PMBK juga telah melantik anak syarikatnya, Tunjong Development Corporation Sdn Bhd kononnya sebagai pemaju kedua. Apa hak kerajaan negeri hendak membuat kaveat ke atas tanah milik persendirian?

Kebanyakan orang-orang kampung tuan milik tanah tidak tahu undang-undang. Dengar perkataan kaveat sudah mula menjadi takut. Sebarang pembelian dan penjualan mesti melalui PMBK. PMBK mengenakan jualan ke atas pelabur dengan harga yang melambung tinggi dan membayar kepada tuan tanah dengan harga yang murah. Sejak bila PMBK menjadi broker tanah mengeras titik peluh tuan tanah dan mendapat keuntungan atas angin? Kenapa pihak PMBK tidak membenarkan pelabur-pelabur berurusan secara terus dengan tuan tanah agar tuan tanah boleh mendapat harga yang lebih setimpal?

Pihak kami telah membuat siasatan sendiri dengan menghubungi seorang rakan di PMBK bertanyakan berkenaan tanah berkenaan. Kononnya kami ingin menjadi pelabur dan ingin memajukan projek di situ. Orang yang kami hubungi bukan sebarangan orang. Beliau berjawatan tinggi dan rapat dengan Ariffahmi. Kami difahamkan kesemua tanah-tanah tersebut telah dikaveat. Menurutnya lagi, sekiranya hendak membeli tanah di situ, wajib melalui Tunjong Development Corporation, anak syarikat PMBK. Masalahnya, untuk pembelian tanah dari orang-orang kampung, Tunjong Development Corporation makan sedikit, PMBK makan sedikit, yang tinggal untuk orang-orang kampung tuan punya tanah hanyalah sisa-sisa baki. Ramai Rakyat Kelantan beranggapan PMBK telah membeli kesemua tanah-tanah berkenaan, sedangkan mereka hanya menjadi broker atas angin semata-mata.

Bahagian kedua esok kami akan mendedahkan bagaimana rakusnya dan liciknya PMBK di dalam menghalang dan melengah-lengahkan usaha seorang dermawan yang berusaha membina Masjid Wakaf yang akan dikenali sebagai Masjid Al Hussin kerana jutawan berkenaan tidak mahu PMBK menjadi dalang atau orang tengah yang mengaut keuntungan atas angin hasil dari usaha mulianya itu. Tunggu ...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates