July 9, 2010

12 Bukan Setakat Rakyat Malaysia, Ratu Elizaberth Sekalipun Ditipu DAP

1. Gambar Sebenar
2. Perbandingan gambar sebenar dan gambar yang di"superimposed"
3. Hasil gambar "superimposed" yang menjelekkan!
Hebat ... hebat ... Timbalan Ketua Publisiti DAP seorang ini. Bukan setakat rakyat Malaysia ditipunya, malah Kerajaan British dan Ratu Elizaberth turut ditipunya hidup-hidup. Jeffrey Wong Su En, Timbalan Ketua Publisiti parti komunis DAP telah dituduh menghina kerajaan Commonwelth kerana membuat sidang akhbar menyatakan beliau telah menerima darjah kebesaran tertinggi Commenwelth dengan membawa gelaran "Sir" dengan memalsukan (photoshop) gambar di atas.

Bodoh dan baghal betul Cina Komunis seorang ini. Apa dia ingat orang ramai tidak dapat mengenal mana satu gambar betul dan mana satu gambar palsu. Lebih mengaibkan kenapa terlalu bodoh sangat sehingga merasakan tiada orang yang akan membuat semakan dengan Kerajaan British di sini. Jurucakap dari British High Commission di Kuala Lumpur turut mengesahkan penipuan Cina Komunis dari DAP ini. Berita selanjutnya boleh dibaca di akhbar portal terkemuka Britain, Telegraph.co.uk.

Saya mengesa pihak polis dan Kerajaan Malaysia mendakwa Cina Komunis dari DAP ini kerana beliau telah memalukan dan menjejaskan imej Malaysia serta Rakyatnya di mata dunia.

7 Kalau Sayap Puteri UMNO Hanya Jadi Bebanan, Bubar Sajalah

Jangan jadi seperti Puteri di atas. Orang yang hendak membaca kitab suci Al Quran biarlah beradab. Bukan menutup aurat dengan kain yang jarang dan pakaian yang ketat.
Puteri UMNO Malaysia, satu nama yang amat indah. Masih hidup dan masih berfungsikah pergerakan sayap UMNO ini? Jika masih hidup, adakah masih berfungsi. Setiap tahun parti UMNO akan memberikan peruntukan dana kepada setiap sayap UMNO untuk bergerak mendekati dan memberi khidmat kepada Rakyat. Sehingga kini, saya masih kabur dan tidak mengetahui apakah visi dan misi pergerakan sayap UMNO yang satu ini. Apakah Pergerakan Puteri hanya sekadar menjadi peraih undi di dalam setiap PRK dan PRU sahaja? Apakah mereka sekadar memenuhkan kerusi ketika setiap program yang diadakan dan menjadi pembawa bunga manggar untuk menyambut kedatangan Menteri dan Timbalan Menteri di sesuatu majlis?

Janganlah kita mengungkit apa jasa yang telah dilakukan oleh pergerakan Puteri berkenaan 4 atau 5 tahun yang lepas. Cuba kita minta Pergerakan Puteri UMNO terangkan kepada Rakyat umumnya dan ahli-ahli UMNO khasnya tentang apakah aktiviti kemasyarakatan yang mereka lakukan di kawasan dan bahagian mereka akhir-akhir ini dan apakah visi dan misi mereka untuk berkhidmat kepada rakyat serta mendekati golongan muda terutama dari kaum hawa agar mereka mengundi UMNO dan Barisan Nasional di dalam PRU yang akan datang.

Bukan menjadi satu rahsia lagi di mana Puteri-Puteri UMNO dijadikan alat pemuas nafsu di dalam parti itu sendiri , di mana ahli-ahli Puteri yang baru dan "muda bergetah" dijadikan anak-anak ayam pemuas nafsu kepada Menteri dan orang-orang besar di dalam parti. Siapa yang tidak tahu, salah seorang Ketua Puteri di Wilayah Persekutuan yang menjadi "ibu ayam" membekalkan ahli-ahli baru Puteri sebagai barangan pemuas nafsu. Siapa lupa skandal Ketua Puteri UMNO di Utara tanahair dengan bekas Menteri Besar. Siapa yang tidak tahu Ketua Puteri di sebuah kepulauan yang telah ditangkap basah dengan seorang Menteri. Skandal-skandal ini tidak terhenti setakat ini. Saya tidak menamakan sebarang nama di sini kerana ianya melibatkan maruah sebagai seorang isteri, suami, ayah dan ibu. Saya doakan mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Puteri-puteri UMNO nampak manis bertudung di laman sosial Facebook atau laman micro sosial Twitter. Zahirnya siapa yang boleh nafikan. Puteri UMNO yang lemah lembut dan bersopan santun bertukar menjadi terlalu terbuka dan sosial. Saya mempunyai beberapa gambar-gambar seorang Ketua Puteri UMNO di Selangor yang berbikini di kolam mandi ketika bercuti di sebuah hotel. Mungkin orang akan berkata, apa salahnya berbikini di kolam mandi? Saya akan menjawabnya, salah atau tidak, sekarang sudah banyak pakaian mandi yang menutup aurat. Jadi tidak sesuai bagi seorang Puteri bertudung sepertinya untuk berbikini sehingga menampakkan lurah dendam serta pusat. Sesiapa yang mengikuti "lawatan sambil belajar" kumpulan Puteri UMNO, pasti akan dapat mengesahkan cerita saya ini, berkenaan aktiviti-aktiviti sosial yang mereka lakukan. Tidak perlu untuk menafikan perkara ini, kerana Rakyat memerhati dan mereka tidak senaif 10 atau 20 tahun yang lalu.

Saya mempunyai ramai kawan-kawan di dalam Puteri UMNO yang meminta saya agar mendedahkan perkara aib ini. Bagi mereka, mereka sayangkan UMNO, tetapi mereka tidak sanggup mengadaikan harga diri dan batang tubuh kepada pemimpin-pemimpin rakus di dalam parti untuk naik ke atas. Perkara di atas bukan menjadi rahsia lagi. Ini diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpin Puteri UMNO sendiri di media seperti EXCO Puteri UMNO, Datin Ismalina yang menasihatkan pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis-gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan ke atas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO ke dalam Parti. Juga diakui oleh Naib Ketua Puteri UMNO (sekarang Ketua Puteri UMNO) iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang mengingatkan ahli-ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana-mana jawatan dalam parti. Nauzubillah himinzalik. Kalau inilah barah yang berlaku di dalam UMNO, saya berishtifar banyak-banyak. UMNO akan hancur bukan disebabkan serangan musuh-musuhnya dari luar. UMNO akan hancur disebabkan turunnya azab dan bala Allah ke atas kebejatan dan kerakusan pemimpin-pemimpinnya.

Sekiranya pergerakan sayap Puteri UMNO sekadar ada tidak menambah, tiada tidak mengurang, saya mencadangkan Dato' Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO agar membubarkan pergerakan sayap yang hanya sekadar menjadi onar dan "biawak hidup", satu tanggungan yang tidak diperlukan untuk menjadi liabiliti UMNO.

July 5, 2010

13 Kerajaan Kelantan Sanggup Membiarkan Rakyatnya Tinggal Di Reban Ayam

Zalim dan tidak berhati perut. Itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya apabila membaca kehidupan 5 sekeluarga yang terpaksa tinggal di kolong bawah rumah, bekas reban ayam. Penderitaan keluarga malang yang tinggal di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa, Kelantan boleh di baca di Utusan Malaysia. Menteri Besar Kelantan masih sibuk berpolitik. Tidak habis-habis bertekak dengan Karpal Singh mengenai penubuhan negara Islam sedangkan beliau tahu beliau tidak ada daya dan usaha untuk melawan cakap OKU berkenaan. Di mana wakil rakyat, di mana ADUN dan di mana Ahli Parlimen kawasan berkenaan? Sibuk memenuhkan kantung poket dan membesarkan perut yang buncit masing-masing sehinggakan penderitaan Rakyat tidak diambil peduli? Makhluk-makhluk ini hanya akan kelihatan 4 tahun sekali sewaktu merayu undi di dalam PRU dengan berjanjikan bulan dan bintang.

Sekiranya Kerajaan Kelantan sanggup mengeluarkan RM4 juta untuk kelengkapan bloggers PAS menghentam Kerajaan BN, tidak bolehkah sedikit peruntukan Kerajaan Negeri digunakan untuk membina rumah keluarga malang berkenaan. Berapa banyak sangat jumlah untuk membina rumah kampung yang murah di Kelantan. Sanggup mereka membiarkan keluarga malang ini tinggal di kolong bekas reban ayam berkeluasan 3 meter persegi dan ketinggian satu meter. Saya kesihankan Rakyat Kelantan. Demi dijanjikan syurga, setiap 4 tahun sekali pasti mereka akan memangkah lambang bulan walaupun terpaksa merana di negeri sendiri. Apa nak buat. Tanggung sendirilah.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates