June 14, 2010

6 Karut Marut Pembohongan PAS Di Dalam Muktamar PAS Ke 56

1. Calon Bukan Islam

Satu perkara yang amat menarik di dalam Muktamar ini ialah Pas telah membenarkan, menghalalkan dan mengharuskan calon-calon di dalam bukan Islam bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang. Selama ini penceramah-penceramah dan "cybertroopers" Pas telah berhujah bermati-matian pendapat yang mengatakan adalah kufur bagi orang Islam untuk memangkah calon bukan Islam di dalam pilihanrayaraya, sekarang hujah tersebut telah memakan diri. Kata-kata Presiden Parti dipetik oleh Penulis:
Selepas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, PAS terus melangkah ke hadapan dengan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum yang akan datang. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu kelmarin.

"Bagaimanapun mereka hendaklah faham pada ajaran Islam serta bermoral tinggi," katanya menjelaskan syarat-syarat yang dikenakan bagi melayakkan pemilihan golongan itu.
Bagaimanakah definasi "memahami ajaran Islam serta bermoral tinggi" yang dimaksudkan oleh Presiden parti. Bagi pemikiran orang bawahan seperti saya saya memahaminya sebagai mengikuti dan akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai individu selaras dengan kehendak Islam. Bolehkah seorang pemakan benda haram seperti babi, arak dan sebagainya ditakrifkan sebagai faham ajaran Islam. Apakah calon bukan Islam yang bakal dipertaruhkan oleh parti bebas dari semua unsur haram maupun gharar?

2. Isu Judi.


Berbeza dengan perbahasan usul ucapan dasar presiden yang banyak menyentuh isu dalaman parti, muktamar PAS kali ini sebaliknya banyak membahas dan meluluskan pelbagai usul berkaitan isu semasa dan antarabangsa. Penulis tertarik dengan usaha exco Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berhujah ketika mbentangkan usul mansuhkan judi sukan, katanya menyedari pemberian lesen jenis itu memberikan kesan langsung kepada pelbagai pihak, PAS hendaklah mendesak kerajaan memansuhkan dan mengetatkan penguasaan terhadap undang-undang judi.

Persoalannya, walaupun dibahaskan 'berapi-rapi' oleh perwakilan Pas yang mahukan supaya parti itu mendesak pemansuhan semua jenis perjudian tetapi muktamar kemudiannya hanya meluluskan usul itu seperti yang dibentangkan sahaja. Apakah judi untuk bola sepak sahaja yang diharamkan oleh Pas? Apakah Pas bersekongkol untuk menghalalkan segala bentuk judi lain? Bagaimana dengan Empat Nombor Ekor, Magnum, Judi Lumba Kuda dan sebagainya? Apakah adil untuk parti ini mengajak semua rakyat Malaysia turun ke "himpunan 100,000 rakyat" bagi menyerahkan memorandum kepada yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini untuk isu judi bola sepak sedangkan mereka tidak meluluskan usul pengharaman lain-lain judi?

3. Isu Ahli-Ahli Bukan Islam Dan Kerjasama Dengan DAP.

Cara UMNO buat salah. Cara Pas buat halal toyibba. Inilah prinsip yang sering digunapakai oleh pemimpin-pemimpin Pas sejak sekian lama. Yang Penulis sedih, pengikut-pengikut Pas menganguk-ngangguk seperti burung terkukur seperti tidak tahu berfikir. Entah sudah berapa kali puak-puak di dalam Pas telah menjilat ludah dan kahak yang telah mereka buang. Lagi sekali kata-kata Presiden dipetik oleh penulis:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan bahawa kerjasama politik yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat - bersama PKR dan DAP - sekarang ini dibuat berdasarkan al-Quran dan diizinkan syarak.
"(Sebaliknya) kerjasama (dengan) Umno dalam menggadaikan prinsip dan akhlak. Dan ia tidak boleh dijadikan contoh dalam Islam," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Katanya, berdasarkan al-Quran dan muzakarah ulama yang dirakamkan dalam kitab-kitabnya, umat Islam dibenarkan melibatkan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik.

"Amalan politik dalam Islam berbeza dengan sembahyang. Dalam sembahyang jemaah, imam (mesti) Islam, makmumnya Islam. Dalam politik, pemimpinya Islam, (tetapi) petugasnya boleh diambil daripada kalangan Islam dan bukan Islam," kata Abdul Hadi lagi.

Sumber: Malaysiakini.
Komen Penulis:

Cuba terangkan kepada penulis, apakah perbezaan di atara kerjasama di atara UMNO dan parti-parti komponen yang lain dengan kerjasama yang dijalinkan di antara Pas dan DAP. Pas kalau kena dengan batang hidungnya menghalalkan kesemuanya. Yang dulu haram, sekarang dah halal. Kalau dulu sanggup mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dengan bukan Islam, sekarang mereka sendiri telah membuka pintu kepada bukan Islam. Saya ingin bertanya kepada Presiden parti, apakah yang dimaksudkannya dengan, "Dalam politik, pemimpinya Islam, (tetapi) petugasnya boleh diambil daripada kalangan Islam dan bukan Islam". Adakah ianya bermaksud, selama-lamanya ahli-ahli Pas di dalam Pas tidak akan menjadi pemimpin? Adakah Pas hanya memperalatkan dan hanya mempergunakan bukan Islam untuk tujuan politik sempit mereka?

Kata-kata Presiden Pas, "Penubuhan DHPP berdasarkan Islam dan konsep kerjasama PAS dengan bukan Islam, tidak sama dengan kerjasama Umno dengan rakan-rakan mereka. Kerjasama kita adalah tahaluf siyasi, tapi kerjasama Umno dengan parti lain sehingga menggadai prinsip" tidak mampu merungkai persoalan apakah perbezaan hubungan politik parti Pas dengan hubungan politik antara Islam dan bukan Islam di dalam Barisan Nasional. Prinsip apakah yang digadai oleh UMNO seperti andaian Presiden Pas. Bukankah UMNO telah menjalinkan kerjasama dengan parti-parti bukan Islam sejak dari sebelum pilihanraya lagi? Yang penulis nampak hanya Pas yang menggadai prinsipnya.

4. Isu Menawan Putrajaya.

Dan isu yang terakhir yang mahu disentuh oleh Penulis adalah penggulungan daripada Presiden Parti mengenai mimpi orang-orang "soleh" mahu menawan Putrajaya:
Muktamar PAS ke-56 berakhir hari ini dengan semangat juang yang tinggi, bersama ikrar untuk memperkukuhkan parti untuk menawan Putrajaya dari tangan BN. Parti PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan matlamat tersebut dalam ucapan penggulungannya petang ini.
"Adakah anda tahu Putrajaya? Adakah anda pernah ke Putrajaya? Suatu hari kita akan mengambil alih Putrajaya," katanya meniupkan semangat para perwakilan.

Sumber: Malaysiakini.
Komen penulis:

Sekali lagi ahli-ahli dan perwakilan Pas telah ditipu hidup-hidup. Untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara atau mengambil alih Putrajaya memerlukan parti untuk menguasai kerusi-kerusi parlimen. Berapa kerusi parlimen yang dikuasai oleh Pas setakat ini dan berapa kerusi pula yang akan ditandingi oleh parti Pas di dalam PRU13. Waima jika bersekongkol dengan parti mata dajjal PKR dan parti komunis DAP sekalipun, adakah kerusi parti yang diperuntukkan kepada parti Pas adalah lebih dominan berbanding kedua parti di dalam gabungan haram itu. Jika ini kebenarannya, kenapakah Presiden parti masih cuba memperolok-olokan ahli-ahlinya?

Kesimpulannya, Parti Pas yang ada sekarang bukanlah lagi parti yang boleh dibuat rujukan atau dijadikan panduan sepertimana parti ini berada di bawah pemerintahan Dr Burhanuddin Al Helmy dan Dato' Haji Fadzil Noor. Parti Pas sekarang telah tergelincir agendanya di dalam memperjuangkan Islam dek kerana terlalu rakus untuk mengejar sedikit kuasa duniawi. Wallahualam.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates