May 1, 2010

14 Tahniah Khalid Gagap Hampir Berjaya Beri Nama Jalan Pemimpin DAP

Demi kesinambungan kuasa Pakatan Haram dan mengetahui bahawa Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak mungkin berkuasa lagi tanpa sokongan rakan-rakan komunis DAPnya, Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim yang lebih dikenali dengan panggilan Khalid Gagap telah hampir menggantikan nama Jalan Barat di Petaling Jaya dengan nama Jalan V. David sempena Hari Pekerja, hari ini. (Sumber: The Star) Tidak sampai 24 jam, beliau telah menukar fikiran dan menangguhkan sementara hasratnya itu. (Sumber: The Star)

Ini kerana mengikut katanya, Kerajaan Pakatan Haram Selangor sedang berkira-kira untuk membuat pembangunan semula di Petaling Jaya. Dalam bahasa mudah orang biasa seperti saya, untuk menghormati tokoh kebanggaan mereka ini, jalan ini hendaklah dibesarkan, dibuat cantik-cantik dan kalau boleh letak kuil dan gereja sekali untuk kemudahan semua, barulah beliau akan melancarkan nama Jalan V. David yang ditunggu-tunggu itu.

Penulis tidak rasis apabila membicarakan nama jalan-jalan di Malaysia. Malah penulis bangga dengan nama-nama jalan seperti Jalan Tun Sambathan, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan juga Jalan Doraisamy yang terkenal dengan supnya. Kalau nama jalan bersempena nama tokoh-tokoh yang banyak berjasa kepada negara, tiada siapa yang hendak pertikaikannya. Ini Kerajaan Selangor rasis. Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hendak membina UiTM, untuk kaum Bumiputera Malaysia, mereka bantah malah sampai sanggup sehingga hendak merampas tanah YBK. Kalau pasal nak jaga hati Samseng Ronnie, Eli Bogel dan Sivarasa sanggup letak nama jalan dengan nama pemimpin DAP.

Mungkin Khalid Gagap sedang berkira-kira untuk mengantikan nama Jalan Timur dengan nama Jalan Lim Kit Siang atau menggantikan nama Bangunan Sultan Sallehuddin dengan nama Bangunan Chin Peng!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

April 29, 2010

12 Amaran Tuanku Sultan Selangor Kepada Nik Aziz

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah larangan penggunaan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat untuk berpolitik adalah bertujuan untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat umat Islam. Baginda bertitah, sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan di Selangor ini, mereka perlu mengelakkan diri daripada datang ke Selangor.

"Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah. Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya," titah Baginda. (Sumber: Malaysiakini)

Buat Setiausaha Akhbar, Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan diharap mengambil maklum mengenai perkara di atas. Selalu selalulah mengingatkan Boss anda-anda semua. Biasalah Boss kamu semua pelupa orangnya. Kami Rakyat Selangor tidak mahu kalau bila beliau terlupa beliau akan berkata, beliau tidak mengetahui mengenai titah perintah tersebut.

April 28, 2010

11 Wajarkah Ezam Dilantik Sebagai Senator?

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Ezam Mohd Noor akan mengangkat sumpah sebagai Senator Isnin ini. Selain beliau, Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat adalah Senator baru yang akan mengangkat sumpah.

Saya tidak mahu menulis mengenai perlantikan Datuk Abdul Rahim dan Ketua Wanita UMNO Pagoh. Perlantikan Datuk G Palanieval juga "tidak perlu kita pertikaikan". Ini kerana "habuan" yang bakal diperolehi beliau kerana telah memberi laluan kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor, Kamalanathan untuk bertanding dan memenangi kerusi tersebut. Penulis menjangkakan, bukan setakat sampai Senator sahaja. Kemungkinan Datuk G Palanieval untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri atau Menteri adalah amat cerah sekali. Begitulah UMNO terpaksa berkorban untuk menjaga hati DS Samy No Value dan konco-konconya.

Hakikat yang sebenar, saya tidak dapat melihat sebagaimana PM melihat sebab musabab Ezam dilantik menjadi senator dan berkemungkinan terlibat di dalam kabinet. Bagi penulis, beliau perlu membuktikan dirinya melalui pilihanraya terlebih dahulu. Di dalam pentadbiran DS Najib, Pencapaian Adalah Diutamakan. Apakah jasa-jasa dan keringat yang telah Ezam curahkan untuk kerajaan dan negara. Setahu saya, bab berceramah di pentas tu bolehlah. Ceramah topik apa tu satu isu lainlah. Dari dulu sampai sekarang tidak habis-habis dengan ceramah 20 kotak yang mengandungi rahsia terpenting kerajaan. Sampai sekarang tak tahu di mana kotak berkenaan. Masih wujudkah atau sudah di makan anai-anai. Sama ada Ezam yang kelentong, Anwar Ibrahim yang kelentong atau kedua-dua kaki kelentong.

Penulis berpendapat ramai lagi orang dan tokoh-tokoh yang banyak berjasa dan taat setia yang tak berbelah bagi pada negara dan bangsa kat Malaysia ni yang boleh dilantik menjadi senator, bukan orang yang berpaling tadah walaupun orang itu pernah bertaubat nasuha sekalipun. Sekadar tahu rahsia Anwar Ibrahim yang sudah bukan rahsia lagi adalah "modal politik murahan" Ezam jadi tidak sewajarnya dibayar dengan melantiknya menjadi Senator. Apa untungnya UMNO dan Kerajaan menanggung "biawak hidup"?

Terima kasih DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin. Saya teringat lawak terkini yang kedengaran di laman sosial Facebook, Ezam bakal jadi Senator? Mewakili kaukus katak pelompat? Jangan pulak kita lupa atau buat-buat lupa sumpah Ezam di sini.

14 Kalau Bab Melayu Jadi Mangsa, Lambat Kerajaan Selangor Bertindak

Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah di atas pemergiannya ke Rahmatullah akibat ditembak oleh anggota polis. Penulis juga berharap siasatan menyeluruh dapat dilakukan terhadap kejadian yang pasti menghiris hati setiap orang. Ketelusan terhadap kes ini amat diperlukan oleh masyarakat. Penulis berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran. Pihak yang bertanggunjawab, iaitu anggota-anggota polis yang terlibat harus dipertanggungjawabkan, sekiranya benar mereka melakukan sebarang salah laku atau tidak mengikut sebarang prosedur undang-undang. Menteri Amaran jangan setakat beri AMARAN sahaja.

Tahniah kepada Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang bertindak dengan segera menangani kes berkenaan. Tindakan beliau berada bersama-sama keluarga Aruah sewaktu sidang media semalam, saya amat berbangga. Saya juga berharap beliau akan mengotakan janji beliau untuk membawa kes ini ke dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Cuma apa yang dikesalkan ialah respons yang diperolehi oleh Kerajaan Selangor. Mentang-mentanglah kes ini melibatkan seorang remaja Melayu Islam, Kerajaan Selangor mengambil tindakan sambil lewa. Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim ketika ditanya pemberita Malaysiakini berkata, beliau akan menjemput Ketua Polis Negeri, Datuk Khalid Abu Bakar datang dalam tempoh dua minggu lagi untuk "meredakan apa-apa kebimbangan berhubung tindakan polis." (Sumber: Malaysiakini)

Soalan saya, kenapa kes yang begitu penting yang menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia, TS Khalid perlu menunggu DUA MINGGU sebelum bertemu dengan Ketua Polis Selangor? Sibuk sangatkah beliau? Ini berlainan dengan kes A Kugan di mana ahli-ahli DUN Selangor berarak mengiringi mayat beliau dan segala perbelanjaan pengkebumian ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Begitu juga dalam kes Teoh Beng Hock, ratusan ribu duit Kerajaan Selangor dihabiskan untuk menguruskan jenazah beliau dan mengadakan inkues. Kenapa dalam kes seorang anak Melayu Islam meninggal, Kerajaan Negeri buat lepas tangan. Lupakah kita dengan seorang pelajar UiTM yang koma dilanggar oleh ADUN Selangor yang mabuk. Apa tindakan Kerajaan Selangor setakat ini?

Sedarlah wahai kaum Melayu Islam di bumi Selangor. Kerajaan negeri tak pandang sebelah matapun kewujudan kamu semua termasuk saya melainkan sewaktu hendak mendapatkan undi sewaktu pilihanraya!

April 27, 2010

18 Corat Coret Keputusan Pilihanraya P94 Hulu Selangor

Pilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor sudah dua hari berlalu. Cakap-cakap analisis pilihanraya kedengaran di kedua-dua pihak baik BN atau Pakatan Haram. Masing-masing mencongak keputusan ini sebagai tanda aras bagi mempertahankan atau merampas Selangor di dalam PRU13 yang akan datang. Ada juga suara-suara sinis menyindir TS Muhyiddin Yassin apabila dikatakan beliau gagal mencapai KPI yang disasarnya. Ini berikutan TPM pernah berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam PRK Parlimen Hulu Selangor. Tetapi mereka juga terlupa apabila Ketua pembangkang jauh lebih obses dengan kejayaannya untuk menawan Hulu Selangor apabila ia berkata:

“Mereka boleh beli tiga orang dan tiga puluh orang tapi 30,000 lagi masih sokong kita di Hulu Selangor. Saya nak kita menang majoriti semua kaum, Melayu, Cina, India dan Orang Asli menyokong Pakatan Rakyat (PR),” katanya ketika berucap pada ceramah umum di Dewan Orang Ramai, Kg Gurney Hulu Yam Bharu.

Sumber: mStar Online.

Lain-lain isu seperti biasa dimainkan oleh pihak pembangkang apabila mereka tewas iaitu BN menghalalkan rasuah, polis melakukan "double standard", melakukan tektik kotor, pengundi hantu dan sebagainya. Cakap-cakap orang kecewa ini tidak perlu dilayan. Seperti anak kecil yang merengek tidak mendapat barangan yang disukainya.

Dilihat daripada scenario PRK P94 Hulu Selangor, BN seharusnya tidak harus berpuas hati dan mendabik dada. Kejayaan besar untuk memenangi PRU13 masih jauh dari jankauan walaupun kita berada di landasan yang betul. Usaha menawan rakyat harus dilakukan berterusan dan bukannya di musim-musim pilihanraya sahaja. Wakil-Wakil Rakyat yang gemar bermain golf dan meninggalkan rakyat tersepit dengan masalah mereka harus dipantau oleh Majlis Tertinggi BN. Penulis mendapati analisa keputusan PRK Hulu Selangor memperlihatkan sokongan kaum Cina terhadap BN masih tidak berubah. Kaum Cina masih menolak BN di Hulu Selangor.

Di saluran-saluran kawasan pengundi Cina, BN kalah kesemuanya. Ini boleh dilihat di saluran 1, 2 dan 4 Kampung Baru Cina KKB dengan PKR masing-masing mencatat 203, 256 dan 207 undi, manakala BN sekadar mendapat 77, 73 dan 56 undi. Begitu juga di Kampung Baru Batang Kali, PKR mendapat 220 undi, manakala BN 58. Di Kampung Baru Rasa, situasi sama juga berlaku dengan BN sekadar meraih 75 undi berbanding 301 PKR.

Pengundi Cina seharusnya memberikan mandat dan harapan kepada Presiden MCA yang baru. UMNO sendiri mengambil masa kurang lebih 3 tahun untuk kembali pulih daripada krisis 1989 dan 1998. Kaum Cina seharusnya memberikan sokongan padu kepada MCA untuk survival masa depan bangsa mereka. Sekiranya mereka beranggapan bahawa Lim Kit Siang akan menjadi TPM sekiranya Anwar Ibrahim menjadi PM dan hak keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan, sesungguhnya mereka sedang bermimpi di siang hari.

April 25, 2010

9 Update Keputusan Terkini Hulu Selangor

Update P94 Hulu Selangor:

Menteri Belia & Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek menyertai kami GPS UMB meneka berapa majoriti BN menang di P.94 Hulu Selangor. BN menang!

Keputusan Rasmi :

  • Kamalanathan: 24,997 undi.
  • Zaid: 23,272 undi.
  • Majoriti 1,725.

  • 8.30 p.m. : Keputusan tak rasmi PRK Hulu Selangor: Calon BN P. Kamalanathan menang dengan 24,669 undi berbanding calon PKR Zaid Ibrahim yang mendapat 22,986 undi. Majoriti 1,683.

    8.10 p.m. : Keputusan tidak rasmi BARISAN NASIONAL menang dengan majoriti berjumlah 1,683.

    8.06 p.m. : twitter @insider_latest HULUSELANGOR - Unofficial results show that BN wins by 2,500 votes.

    8.00 p.m. : Sedang menunggu ketibaan Presiden Barisan Nasional di BN Command Center di Bukit Sentosa.

    7.56 p.m. : BN 25,335 PKR 22,797.

    7.52 p.m. : TPM kini berada di Command Centre BN, Bukit Sentosa.

    7.50p.m. : BN 21,243 PKR 17,787.

    Kami diberitakan Pak Syeikh Al Juburi telah meninggalkan Hulu Selangor sebelum Maghrib sebentar tadi. Relaxlah Bro.

    7.37 p.m. : Keputusan tak rasmi dari Command Centre BN : BN 18, 118 , PKR 16,187. Manakala Keputusan dari Malaysiakini yang suka menipu ialah PKR 9,133 BN 7,261 pada 7.12 malam.

    7.26 p.m. : Maghrib dulu Tuan-Tuan. Bersambung selepas ini.

    7.22 p.m. : BN 13,293 PKR 11,575.

    7.15 p.m. : BN 11,440 PKR 9,455.

    7.06 p.m. : Puak Pakatan menyebarkan kata mereka mendahului undi. Namun hakikatnya BN mendahului dengan majoriti besar.Laporan terkini keputusan di Malaysiakini jelas menipu rakyat. Malaysiakini ditipu PKR !!

    6.50 p.m. : Keputusan tak rasmi P94 Hulu Selangor : BN menang dengan majoriti 3,000~5,000 undi. Di lihat jentera Pakatan sedang beransur-ansur meninggalkan tempat pengiraan undi. Untuk keputusan rasmi kita tunggu jam 9.30 p.m. nanti.

    PDM Felda Sg Tenggi , majoriti BN menang 572.
    Kg Sg Buaya BN 1013 PKR 366 rosak 27; Bandar Sungai Buaya BN 307 PKR 273. Kedua-dua peti undi Sungai Buaya BN menang.
    Taman Bunga Raya II BN Menang.
    Sungai Choh BN menang majoriti 324 undi.
    BN menang di peti undi Ampang Pecah. Sungai Selisik Hulu Bernam BN: 384 PKR: 186.
    BN menang majoriti 63 di Ladang Nigel Gardner.
    PKR menang Bukit Beruntung.
    Taman Bunga Raya BN menang.
    Kuala Kalumpang dan Taman Bukit Teratai BN menang.
    Pertak dan Taman Bukit Teratai BN menang.
    Ulu Yam Lama PKR menang.
    Ladang Lima Belas BN menang.
    Kampung Baru Kalumpang PKR menang.
    Undi Pos : BN 767 PKR 120 (Ada juga undi pos undi PKR, ingatkan takde)

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
     

    Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates