April 23, 2010

21 Nik Aziz Hina Sultan Sharafuddin, Rakyat Selangor Masih Okay Ka?

Tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan pengingkaran yang serius kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid sebagai pentas politik diibaratkan satu penghinaan kepada Sultan Selangor sekali gus mengguris hati rakyat Selangor. Nik Aziz malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.

Nik Aziz boleh berceramah di bumi Selangor. Tetapi hormatlah adab dan budaya Negeri orang, Sultannya dan Rakyatnya. Kami masih sayangkan dan hormatkan Sultan kami. Adakah anda merasakan anda dari keturunan Raja Jembal sudah boleh besar kepala? Kami tidak kisah anda tidak hormatkan Sultan sendiri. Macam mana nak hormat. Sultan gering di Singapura, langsung tak melawat. Sultan pulang ke tanah air, buat-buat sakit masuk hospital. Lepas tu boleh keluar bagi ceramah pulak. Malang Sultan Kelantan dapat Menteri Besar seperti ini.

Rakyat di Hulu Selangor masih nak mengundi puak-puak ini? Puak yang menghalalkan apa saja cara asalkan dapat berkuasa. Puak yang diperkudakan oleh DIPig ini buta segala-galanya demi kuasa. Bagilah kuasa kepada mereka. Silap-silap tergadai negara dibuatnya. Saya nak tanya orang-orang Selangor, orang luar buat onar dan hina Sultan kita, kita masih tarak apa lagi ka?

7 Dr Hassan Ali Menyebabkan Masjid Assalam, Bukit Sentosa Tak Sembahyang Jumaat

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang. Namun, puak-puak PAS memang degil dan keras kepala. Kepala mereka saja yang betul.

Semasa Sembahyang Jumaat yaang diadakan di Masjid Assalam, Bukit Sentosa yang terletak berdekatan dengan Command Centre Barisan Nasional, Dr Hassan Ali sebagai khatib sepatutnya menyampaikan khutbah dan bukannya berceramah. Walaupun menurut sumber, Masjid berkenaan dikuasai oleh puak-puak PAS, masa berkhutbah janganlah berceramah politik. Sehinggakan siap dengan laungan takbir. Nasib baik bukan "takebeer".

Akibat kelekaannya berceramah beliau telah terlupa salah satu Rukun Khutbah Jumaat iaitu Selawat Ke Atas Baginda Rasulullah SAW. Akibatnya, Khutbah Jumaat menjadi tidak sah. Apabila Khutbah Jumaat tidak sah, secara automatik Sembahyang Jumaatpun tidak sah. Akibatnya, seluruh masjid tidak bersembahyang Jumaat pada hari ini, sebaliknya terpaksa mendirikan Sembahyang Zohor.

Memang baghal puak-puak PAS ni. Masjidpun hendak dipolitikkan. Kalau Sultan yang memerintah Negeri Selangor dan Ketua Agama Negeripun tak dipedulikan mereka, cakap siapa lagi yang mereka hendak peduli. Puak-puak PAS ni memang sudah melampaui batas. Undi lagi puak-puak ni tuan-tuan dan puan-puan, nanti negarapun mereka jual.

6 PAS For All = Israel For All - Sama Tapi Tak Serupa



Pas mengakui slogan dan logo Pas For All yang diperkenalkan pada 2007 sebagai platform politik kepada semua rakyat Malaysia hampir menyamai slogan dan lambang Israel 4 All. Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar berkata, bagaimanapun, ia tidak diciplak daripada slogan dan logo yang diperkenalkan Israel bagi sektor pelancongannya.

"Hampir sama tapi tak sama. Kita tidak ciplak. Israel 4 All itu adalah usaha meningkatkan sektor pelancongan negara itu. Sementara Pas For All pula adalah untuk parti politik,"

Sumber: Utusan Online.

Sekejap mengakui, sekejap menafikan. Hampir sama tapi tak sama. Tidak diciplak tapi ditiru. Logo Israel For All untuk perlancongan, PAS For All untuk parti politik. Flip Flop la hang ni Mahfuz. Kalau dalam filem Labu Labi, P Ramlee akan berkata, "Apa yang kamu merepek ni Labiiii." Orang putih cakap "In the state of denial".

April 22, 2010

0 Flip Flop PAS

Dulu, memang seronok melawat Kelantan, negeri yang diberi nama Serambi Mekah. Kalau tengok papan-papan iklan, sejuk mata memandang. Yang perempuan diwajibkan syarat bertudung. Tapi itu dululah. Sebelum berkawan dengan Syaitan (DAP). Cuba lihat sekarang kalau jalan-jalan di Kelantan, tudung dekat iklanpun dah dibuka. Dah tak wajib lagi ke tudung dekat papan iklan. Inilah dinamakan peraturan flip flop, peraturan suka hati mak bapak. Suka-suka buat, tak suka tinggal. Inikah ketegasan kerajaan Serambi Mekah? iskh ... iskh ... iskh ...

3 Flip Flop Mahfuz Omar

Dahulu (22/07/2008) Kata Beliau:

Malah Pak Lah juga tidak ada hak untuk menjadi hero dalam membela ketuanan Islam di Malaysia kerana dalam perlantikan Menteri-Menteri Kabinet selepas PRU ke 12 baru-baru ini, Pak Lah masih boleh memberi kepercayaan kepada YB Senator Zaid Ibrahim untuk menjadi menteri sedangkan siapakah yang tidak kenal dengan pengkhianat agama ini yang pernah memfailkan saman terhadap kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu apabila meluluskan enakmen jenayah syariah, hudud dan Qisas.

Sumber: Website Parti Islam Malaysia (PAS).

Sekarang (16/04/2010) Kata Beliau:

Ujar Mahfuz, Zaid sanggup melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana protes kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menzalimi rakyat.

"Zaid Ibrahim mempunyai moral yang tinggi, kedudukannya yang sangat tinggi (iaitu) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)," beliau menambah. "Apabila beliau tidak setuju dengan kezaliman ISA, beliau sanggup letak jawatan (menteri)."

Sumber: Haprakdaily.

Inilah ciri-ciri orang munafik akhir zaman. Cakap berbelit-belit. Tiada pendirian. Tiada pegangan hidup. Lidah bercabang. Ingat politik boleh bawa mati ka? Jadi saya tak hairanlah macam mana anak sendiri boleh merengkok di dalam penjara.

2 PKR - Parti Keluar Ramai-Ramai

Saya tidak pernah menjadi mesin fotostat mengambil artikel orang untuk mengisi posting-posting saya setiap hari bertujuan untuk menambahkan rating dan menjadi terkenal dengan hasil orang lain. Walau bagaimanapun, hari ini saya mengambil satu artikel yang mudah, santai dan meresap ke tulang sum sum untuk renungan bersama. Bacalah tulisan blogger terkenal, Jebat Must Die dan petikannya saya letakkan di bawah:

Berikut adalah nama-nama mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Bukan calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR))

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

Baca sepenuhnya di sini. Tahniah JMD.

Terkini: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Kelantan, Wan Khairul Ihsan umumkan keluar parti PKR sebentar tadi. Beliau baru saja menandatangani Borang Keahlian UMNO di Rumah UMNO Kelantan P.94 Hulu Selangor.

Bekas Ketua AMK PKR Kelantan sedang dibantu oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat mengisi borang keahlian UMNO.

April 21, 2010

10 Melayu Islam Gaya PAS dan PKR

Inikah Melayu Islam yang mahu dilahirkan oleh PAS dan PKR?

Keganasan menjadi satu mainan.

Yang tua dan yang muda macam tak berpendidikan. Mengusung lambang DAP dan gambar Teoh Beng Hock merata-rata.

Kanak-kanak kecil yang sepatutnya masih bermain dengan rakan taulan, dipergunakan untuk tujuan politik yang sempit.

Bodohkah Bangsaku ini? Atau sekadar Buta, Pekak dan Tuli?

1 Lagi Laman "Facebook" Menghina YDP Agong

Bangsat kelakuan seorang warga Filipina yang merempat di Malaysia yang cuba menghina KDYMM SPBYD Agong, Sultan Mizan di laman sosial, Facebook. Baru semalam membuat laporan polis terhadap Mustafa Ali, sehingga diperli dengan Ketua Balai, "Muka kamu lagi". Hari ini terpaksa dan wajib membuat laporan polis kepada si biadap ini. Mungkin inilah kebebasan bersuara yang Tun Abdullah Ahmad Badawi mahukan semasa beliau memerintah. Setiap orang bebas bersuara, memfitnah tanpa dibatasi batas-batas undang-undang.

April 20, 2010

20 Mustapha Ali Harus Disaman Malu Kerana Menuduh Kesemua Perdana Menteri Kecuali Pak Lah Adalah Peminum Arak

Baik sangat ke orang tua ini.

Kemaskini 8.00 p.m.:

Satu laporan polis telah dibuat oleh penulis dan beberapa rakan prihatin petang tadi. Penulis mengharapkan lebih ramai pihak akan tampil membuat laporan polis ke atas fitnah terbesar abad ini yang dibuat ke atas Negarawan-Negarawan Malaysia. Saya juga memohon kepada anak-anak dan saudara mara Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohammed agar membuat saman malu ke atas Mustafa Ali dan Parti PAS kerana telah membuat fitnah dengan tujuan jahat. Jika tidak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan meneruskan dengan fitnah-fitnah yang lain. Mereka ini harus diajar!

Posting Asal:
Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS. Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

Sumber: Malaysiakini.
Ini adalah kata-kata yang keluar daripada mulut Mustafa Ali. Ini bermakna beliau begitu yakin Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohammed dan DS Mohd Najib Tun Razak adalah peminum arak. Saya menyeru kepada individu dan pertubuhan yang masih berkhidmat dengan mantan-mantan Perdana Menteri dan DS Najib supaya membuat saman malu ke atas Mustafa Ali.

Kurang ajar punya manusia. Beliau harus bertanggungajawab dengan setiap perkataan yang dikeluarkan olehnya. Tidak guna kalau kita mengaku menyayangi Tokoh-Tokoh Negarawan ulung ini kalau kita tidak ada telur untuk membuat tindakan balas melalui laporan-laporan polis dan saman malu kepada manusia yang tidak berguna ini. Sekali lagi saya mencabar sanak saudara dan orang-orang yang masih lagi bekerja dengan Negarawan-Negarawan ini untuk membuat tindakan saman ke atas Mustafa Ali di atas perlakuannya membuat tuduhan kesemua Perdana Menteri (kecuali Tun Abdullah) adalah peminum arak. Biar beliau terkencing di mahkamah untuk membuktikan kata-katanya yang tidak berasas ini. Beban untuk membuktikan tuduhan tersebut kini terletak di bahu Mustafa Ali.

1 Zaid & The Drunken Chinaman

Short story from the old friend on duty at Hulu Selangor:

An elderly half drunk China man drinking in a Chinese Association Clubhouse said this to Zaid,

"Dato', lu banyak kuat minum. Semua paper ada cakap ... sekalang lu tak boleh minum lagi arr ... Lain kali mali sini boleh minum sama saya".

He said this while pointing at his half finished bottle of Tiger Beer. I was the only photographer at that time apart from a video man from PKR. The sentence was uttered loud and clear. Zaid was taken aback and was visibly annoyed.

- Jinggo, waiting for Maghrib in Kuala Kubu Bahru.

Bad news for BN. Now Zaid got all his support from the Hulu Selangor' drunken masters. The latest news I heard from PKR's camp that Zaid will name all his friends in UMNO that have the same bad habit like him. I said, bring it on. We also don't want to keep these "munafik"clowns in our beloved party.

Yamseeng!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

April 19, 2010

13 Terkini Dan Sensasi - Dr Halili Akan Meninggalkan PKR

Kemaskini 11.51 a.m.:

Pengesahan dari MStar di sini.

Posting Asal:

Kami mendapat tahu bahawa antara calon PKR yang akan bertanding di Hulu Selangor sebelum dipintas oleh Zaid Ibrahim, Dr Halili Rahmat akan meninggalkan parti PKR hari ini. Pengumuman beliau akan dilakukan di Bilik Anggerik, Tingkat 2, East Wing, PJ Hilton, Petaling Jaya pada pukul 11.00 pagi nanti.

Dr Halili Rahmat merupakan seorang "neurosurgeon" dan pernah bertanding di kawasan Hulu Selangor sebanyak dua kali. Pada 1999, beliau telah dikalahkan oleh Timbalan Pengerusi MIC, G. Palanivel untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor manakala tahun 2004, beliau bertanding di kerusi DUN Batang Kali (Parlimen Hulu Selangor) tetapi tewas kepada calon UMNO, Datuk Zainal Abidin Sakom dengan 8,828 undi. Beliau dilahirkan di Hulu Yam dan merupakan Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor.

6 Berapa Banyak Tuhan Fuziah Salleh Ada?

Fuziah Salleh, satu nama yang tidak asing lagi. Mana taknya, orang inilah yang beria-ria mempertahankan Ratu Bogel dan Seks Bebas, Eli Wong sehingga diangkat menjadi Ustazah di dalam ceramah-ceramah PAS. Kali ini, sekali lagi ditugaskan untuk membersihkan nama Penagih Arak Tegar (bekas?), Zaid Ibrahim, calon PRK Hulu Selangor. Di dalam sidang medianya yang disiarkan di Malaysiakini, Pengarah Pilihan Raya PKR ini dilaporkan berkata:
"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah. Barisan Nasional (BN) patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah. Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum mereka, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka."
Patutlah orang-orang Pakatan Haram begitu keliru dengan penggunaan kalimah Allah dalam Majalah The Herald Weekly. Banyak betul Tuhan si Fuziah Salleh ni kan? Ustazah baru PKR ni macam tahu pulak kerja Tuhan. Siapa yang boleh dihukum dan siapa yang boleh diberi pengampunan. Kalau macam tu, untuk mensucikan dosa selepas ini tak perlu lagi jumpa Nik Aziz lagi. Cukuplah sekadar jumpa Fuziah Salleh!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates