March 29, 2010

7 Sokongan Terbuka Buat Si Katak Zaid Ibrahim Sebagai Calon P94

Laporan Malaysiakini mengenai calon-calon yang disebut-sebut bakal diletakkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen P94, Hulu Selangor, amat menarik perhatian saya. Selain daripada Naib Ketua Cabang, Razali Mokhtar dan Bendaharinya Datuk Dr Halili Rahmat, beberapa nama lain turut menarik perhatian saya. Seperti dilaporkan di Malaysiakini, di sini, beberapa nama lagi turut disebut-sebut bertanding mewakili PKR bagi kawasan parlimen tersebut. Mereka adalah Penyelaras Pakatan Haram, Zaid Ibrahim, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor Syed Shahir Syed Mohamud dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Saya mendoakan agar hati Penasihat Pakatan Haram yang tidak berparti, Pak Syeikh Anwar Ibrahim Al Juburi (meminjam gelaran yang diberikan oleh Haji Mohamed Sabu), terbuka untuk mencalonkan penagih arak tegar, Zaid Ibrahim atau Si Kemetot yang terkencing di dalam seluar, Shamsul Iskandar untuk mengisi kekosongan calon kerusi berkenaan bagi PKR.

Saya amat berharap Pak Syeikh membuat keputusan yang bijak ini supaya senang kerja kami pihak bloggers untuk menulis. Lagipun tidakkah terdetik di hati Pak Syeikh untuk membalas jasa kedua-dua pengikutnya yang setia ini. Seorang adalah Raja Segala Katak dan seorang lagi merupakan keldai yang banyak jasanya menghambakan diri kepada Pak Syeikh. Jangan fikir lama-lama Pak Syeikh. Lagipun kedua-dua orang ini selalu melaungkan kehebatan mereka di arena politik. Orang ini salah, puak itu tak betul. Sudah sampai masanya mereka diberikan peluang untuk membuktikannya di pentas pilihanraya kecil. Biarlah rakyat Hulu Selangor menilai mereka dan mengangkat mereka sebagai hero. Janganlah sekadar seperti anjing menyalak kedengaran satu kampung, dihambat orang lari lintang pukang.

5 Tahniah Persatuan Cina Malaysia

Saya rasa belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada DS Chua Soi Lek kerana mendapat kepercayaan daripada perwakilan kaum Cina untuk dilantik menjadi Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA). Walaupun sudah terbukti dan beliau sendiri mengaku terlibat dengan skandal seks bebas dan curang terhadap isteri tetapi masih mendapat tempat teratas. Selepas ini pastinya ada desakan daripada Persatuan Cina Malaysia untuk mendapatkan kuota jawatan Menteri daripada Perdana Menteri.

Sudah pastinya ini menjadi beban bergalas buat DS Najib sebagai Perdana Menteri dan parti-parti komponen Barisan Nasional di dalam menghadapi PRK P94 Hulu Selangor yang dijangkakan penghujung April depan. Walaupun terpaksa memikul biawak hidup, perjuangan harus diteruskan. Penulis masih lagi berharap DS Najib tidak meletakkan pemimpin di atas yang terlibat dengan masalah moral di dalam kabinetnya. Ini termasuklah dengan seorang Menteri beliau yang terlibat di dalam "tangkap basah" di sebuah negeri di Utara Semenanjung dengan Ketua Puteri UMNO peringkat negeri, beberapa bulan lepas hendaklah digugurkan daripada kabinet beliau. Bagi penulis, barisan pemimpin DS Najib harus diakui bersih dan kelihatan bersih.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates