March 20, 2010

10 Apa Agenda Namewee Kali Ini?

Entah apa agendanya, Sin Chew Daily telah membesar-besarkan berita seorang komposer lagu yang kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee di dalam dada akhbarnya. Bagi sesiapa yang telah terlupa siapakah insan ini, beliau adalah orang yang telah menghina Negara Malaysia dengan mempermainkan lagu Negaraku. Beliau juga telah menghina Islam dengan mempermainkan laungan azan di dalam Lagu Kebangsaan berkenaan.

Namun Namewee merupakan orang yang hebat kerana orang ini sekadar dikenakan tindakan amaran oleh Menteri Amaran akibat tekanan di dalam parti-parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah menghina dan mempermainkan kakitangan salah sebuah badan GLC, Tenaga Nasional Berhad di dalam video pendeknya. Nilaikan sendiri kelakuan buruknya menghina TNB dan kakitangannya di Youtube, di sini.

Kini beliau kembali dengan kontroversi apabila beliau telah mengumumkan di dalam akhbar Sin Chew Daily bahawa beliau akan membuat filem pertamanya, 1Malaysia. Apa yang lebih melucukan, beliau bercadang untuk mendapatkan sumber kewangan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Apakah tujuannya untuk menyiarkan berita sensasi ini? Tidak kurang dan tidak lebih, saya merasakan beliau hanya ingin memainkan kembali isu perkauman. Beliau pasti sedar bahawa salah satu syarat untuk mendapatkan bantuan daripada FINAS adalah filem berkenaan mestilah mempunyai tidak kurang 60% Bahasa Malaysia di dalamnya.

Pastinya apabila FINAS menolak permohonannya ini, Namewee yang kita kembali akan kembali memekak dan memaki hamun kerajaan serta memainkan isu-isu perkauman. Adakah orang sebegini yang telah menghina Lagu Kebangsaan layak untuk membuat skrip dan filem berkenaan 1Malaysia? Bagi saya FINAS harus lebih berhati-hati di dalam menilai skrip yang dilakukan olehnya itu dan Pak Menteri dan kementerian berkenaan seharusnya tidak lagi tertekan dengan desakan pihak-pihak tertentu apabila kaum bukan Melayu memainkan isu perkauman.

March 18, 2010

9 Perbualan Ulamak Terompah

Kusam : Tok, gu mana lawatan Tok mengadap Tuanku tempoh hari?
Ajis : Hmm ...
Kusam : Tuanku murka lagi Tok.
Ajis : Gaponya tak murka. sudahlah ambo tak melawat sekalipun masa Tuanku di Singapura. Masa dia balik ke maripun ambo buat-buat sakit.
Kusam : Habis gu mana Tok?
Ajis : Peduli apa ambo. Ambopun keturunan raja-raja juga.
Kusam : Huh ... keturunan raja apa Tok?
Ajis : Keturunan Raja Jembal. Keturunan ambo setaraf dengan keturunan Tuanku. Pemerintahan keturunan ambo meliputi seluruh daerah Pattani.
Kusam : Tapi Tok. Ambo risau juga. Maunya Tuanku tak perkenan Tok jadi Menteri Besar kemudian hari gu mana?
Ajis : Ambo pun risau juga.
Kusam : Tak apa Tok. Konsert Jom Heboh TV3 di Kelantan dah dekat. Hujung minggu ni kita hiburkan hati. Tok jangan risau, ambo dah pastikan tiada artis tina buat persembahan. Tapi Tok?
Ajis : Tapi apa lagi?
Kusam: Gi mana kalau orang tanya konsert ini boleh diluluskan sedangkan penonton-penonton bercampur juga antara bukan muhrim. Tak haram ke Tok?
Ajis : Haram apa ke bendanya. Ambo kan digelar Wali Selipar. Nanti ambo halalkan apo yang haram.
Kusam : hehehe ... Tok sebut pasal Wali Selipar ni, si Nuar Berahi dah bagi gelaran baru dekat Tok.
Ajis : Gelaran amendanya pula?
Kusam : Kalau ikut cerita Zaharin dalam Dewan Rakyat semalam, dia gelarkan Tok Ulamak Terompah.
Ajis : Natang mu Nuar. Alas kaki masuk tandas deme gelarkan ambo.
Kusam : Tok, nak saya arahkan juak-juak kita buat laporan polis macam kita buat dekat blogger UMNO dulu?
Ajis : Tak payah ... Tak payah ... Ambo sayang Nuar ni. Hebat budak ni.
Kusam : Hebat gu mana Tok?
Ajis : Depan boleh, belakang boleh. Lelaki perempuan sama saja. Hebat kan tu?
Kusam : Oooooo ...
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates