March 9, 2010

22 Wajarkah Tembolok Orang Kaya Dijaga, DS Najib?

Sebagai rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, saya merasa amat kecewa dan terkilan dengan pengumuman DS Najib memansuhkan duti import ke atas kereta buggy. Laporan Bernama, di sini.

Sebuah padang golf 18 lubang memerlukan 70 sehingga 80 buah buggy untuk beroperasi. Sebuah buggy dengan nilai duti import dan lain-lain cukai berharga RM35,ooo berbanding RM20,000 harga sebuah buggy sekiranya cukai dihapuskan. Ini bermakna untuk seorang taukeh besar yang memiliki sebuah kelab golf 18 lubang, DS Najib telah memberikan bonus bonanza sebanyak RM1.2 juta setiap seorang taukeh padang golf. (dengan andaian 80 buah buggy dan nilai RM15,ooo bagi pemansuhan cukai setiap buggy). Cuba bayangkan pula berapa banyak pula taukeh-taukeh padang golf di seluruh Malaysia yang mendapat keistimewaan ini?

Kenapakah pengecualian cukai ini hanya diberikan kepada golongan kaya. Kenapa tidak dimansuhkan sekali cukai kereta import agar semua rakyat dapat merasa dan memiliki kereta-kereta luar negara dengan harga yang termampu? Kenapa hanya rakyat miskin yang selalunya hendak menerima bebannya?

DS Najib, harga-harga barangan semakin meningkat, nilai pendapatan berbanding perbelanjaan dan inflasi semakin hari semakin menyusut. Perbelajaan bajet sekolah dikurangkan menyebabkan kesusahan kepada pembelajaran para pelajar. Orang-orang miskin di bandar dan luar bandar semakin bertambah. Bukankah lebih baik kerajaan tidak tergesa-gesa memansuhkan cukai kereta buggy di negara ini. Sebaliknya bukankah elok kerajaan menyusun struktur cukai daripada perolehan berkenaan agar orang-orang kaya dapat memberikan banyak sumbangan pada negara untuk kepentingan rakyat yang miskin yang bekerja untuk mengkayakan mereka.

Orang kaya bertambah kaya, orang miskin terbiar ketepi. 1Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

March 7, 2010

8 Yang Tersurat Dan Yang Tersirat

Yang Tersurat:

"Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu. Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi! Alhamdulillah, tidak ada yang melompat," kata Nik Aziz Nik Mat.

Sumber: Malaysiakini.

Yang Tersirat:

Lucu jugak dengan kenyataan Mahaguru Wali Selipar ini. Bagaimanakah mereka hendak melompat parti sedangkan mereka terikat dengan perjanjian keluar parti yang lebih dikenali dengan "Bai'ah". Bagaimana ahli-ahli wakil rakyat Pas hendak meninggalkan parti bulan mengambang itu dengan mengetahui mereka terpaksa bercerai talak tiga dengan pasangan masing-masing? Kalau pimpinan Pas ada telur, cuba batalkan "Bai'ah" yang dibuat dan kita tengok sama ada ada tak wakil-wakil rakyat mereka yang melompat parti. Ada berani ka? Kalau setakat "Bai'ah", tak payah sembanglah. Seperti kata Allahyarham P. Ramlee dalam filem Masam-Masam Manis. "siapa tak sayang bini oii".

Yang Tersurat:

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghentikan perbuatan 'merampas' ahli parlimen Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR demi menghormati proses demokrasi.

"Mengapa beliau begitu kemaruk dengan majoriti dua pertiga di Parlimen? Buat masa ini, Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi meluluskan sebarang undang-undang, Kami (Umno) dengan mudah boleh merampas Kelantan tetapi Pak Lah tidak bersetuju kerana tindakan memancing itu tidak bermoral."

Sumber: Malaysiakini.

Yang Tersirat:

Bila kena batang hidung sendiri, tahu pula mereka bercakap soal menghormati proses demokrasi, pandai pula mereka bangkitkan isu tidak bermoral. Lupakah Zaid dengan peristiwa 16 September? Bermoralkah niat Pak Syeikh Anwar Al Juburi untuk mengulingkan Kerajaan Persekutuan pada masa itu dengan isu memancing ahli-ahli parlimen menyertainya untuk membentuk kerajaan pintu belakang? Lupakah dirinya bahawa beliau juga adalah katak seperti orang-orang yang dihinanya. Lupakah beliau bagaimana beliau menjadi jutawan dan kaya raya dengan mencangkul segala bentuk projek guaman semasa di dalam UMNO? Kenapa baru sekarang sibuk menuduh kerajaan memancing ahli-ahli politik Pakatan Haram? Orang yang sering bercakap mengenai ketelusan ini mempunyai buktikah untuk mempertahankan dakwaaannya? Kalau orang lain yang buat sudah pasti beliau sibuk untuk menyaman sana menyaman sini. Inilah yang dikatakan dalam peribahasa Inggeris, "a kettle calling a pot black".

Yang Tersurat:

“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Sumber: The Malaysian Insiders.

Yang Tersirat:

Sejak bilakah di dalam politik PAS, politik diasingkan daripada Agama? Adakah semenjak berkahwin mutaah atau berzina dengan DAPig dengan hubungan haram tidak berdaftar? Bukankah DS Haji Hadi pernah mengeluarkan fatwa menjadi kafir seseorang Islam mengasingkan politik dan agama. Sudah lupakah kita DS Haji Hadi pernah berkata, "Kita tidak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Budha, tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku. Kalau mengikut fatwa DS Haji Hadi, sudah kafirlah si Naib Presiden Pas ni ye?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates