February 24, 2010

13 Apakah Isu Pendaftaran Anak Teoh Beng Hock Akan Menjadi "Precedent Case"?

Kemaskini 10.07 p.m.:

Kini semuanya telah terjawab. Suara minoriti yang menyalak memang berkuasa di Malaysia sehingga membolehkan Pak-Pak Menteri tunduk kepada desakan, demi "survival" politik yang sempit. Undang-undang dipermainkan. Ini bukti kuasa politik melebihi undang-undang negara. Hari ini sah Nama TBH didaftarkan sebagai bapa bayi berkenaan. Lihat di sini dan di sini. Saya menyarankan penzina-penzina di luar sana kalau inginkan anak luar nikah di"bin"kan atau mempunyai "surname" mana-mana ahli politik yang digemari sila minta pertolongan Pak Menteri. Nak "surname" Lim Guan Eng boleh, Lim Kit Siang boleh, Koh Su Kun lagi boleh atau hendak ber"bin"kan Hishamuddin pun boleh.

Posting Asal:

Anak Pembantu Politik EXCO Selangor Teoh Beng Hock (TBH) dan Soh Cher Wei selamat dilahirkan dua hari lepas. Undang-undang di Malaysia memerlukan kedua ibupapa untuk hadir secara fizikal atau menunjukkan bukti bahawa mereka telah berkahwin untuk membolehkan anak mereka didaftarkan di atas nama bapa bayi berkenaan.

Tup ... tup ... kenapa pula untuk bayi TBH ada pengecualiannya pula? Kenapa sampai ada campurtangan daripada Perdana Menteri, DS Najib dan Menteri Amaran, DS Hishamuddin Tun Hussein? TBH mati dibunuh atau bunuh diri itu soal kedua. Isu utama ialah beliau belum berkahwin secara sah di sisi undang-undang Malaysia dan perkahwinan secara tradisional atau spiritual tidak diiktiraf di negara ini. Bagi saya anak yang lahir tanpa perkahwinan adalah anak luar nikah dan wanita yang melahirkan anak tanpa berkahwin hanyalah sekadar gundik. Jadi apakah alasan kita untuk membenarkan anak tersebut di '"bin"kan atau mempunyai nama "surname" TBH?

Mengikut Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976 (hereafter “LRA 1976”) dan Guardianship Act, mana-mana anak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang tidak didaftarkan dibawah LRA 1976, adalah mengikut keturunan ibu. Justeru anak tersebut tidak boleh dinasabkan dengan TBH. Apa yang boleh dilakukan oleh perempuan simpanan TBH itu adalah menjadikan anak tidak sah taraf itu sebagai anak angkat dibawah Akta Pengangkatan 1952.

Ini bulan isu agama dan kaum tetapi ini adalah isu undang-undang negara. Memang anak tersebut tidak bersalah. Yang bersalah adalah kedua ibubapanya yang melakukan hubungan seks tanpa nikah. Apakah Malaysia sedang menuju ke arah idealogi menggalakkan penzinaan dan melahirkan anak luar nikah? Kita tidak mahu undang-undang Malaysia dipermainkan hanya kerana untuk menjaga survival politik yang sempit dan hati pihak-pihak minoriti yang kuat menyalak.

February 22, 2010

4 Itu Ini Begitu Begini Pas Pis Pus

Ku sangka DS Abdul Hadi pejuang bangsa dan negara. Baru diherdik dan dipulas telinga oleh anak beranak Lim DAPig, DS Abdul Hadi telah membuat "u-turn" seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insiders, di sini:

Meanwhile, Hadi also clarified his statement that appeared to be in conflict with the PR leadership on the interference of a group of Australian MPs who are lobbying for the sodomy charges against Anwar to be dropped. He explained that as a Malaysian, he felt embarrassed that a foreign nation had questioned the impartiality of the local judiciary. “I am embarrassed. What we need to do is to clean up our own judicial system,” he said.


Janganlah kerana terlalu bencikan UMNO, Dato' Nik Aziz terlupa kepada peringatan Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 120 yang bermaksud,"Selama-lamanya orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha (senang hati) kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti (cara hidup) mereka."

Pada 24 julai 1961,PAS telah berjaya menarik Ismail Abas Wakil rakyat PN utk melompat parti bagi menubuhkan kerajaan Terengganu.Bolehkah Nik Aziz mengatakan bahawa pimpinan PAS ketika itu mempelopori sikap mengkhianati amanah rakyat.

February 21, 2010

9 Nak Buat Kebajikanpun Juak-Juak PAS Nak Protes

Amboi ... ramainya penduduk yang buat protes. Mengikut Suara Keadilan 500 penyokong Pakatan Haram. Kalau mengikut sumber saya di sana, adalah tidak sampai 50 orang. Itupun juak-juak pengikut PAS tegar dari kawasan Permatang Pauh terutama dari kubu kuat PAS, Sama Gagah. Baca cerita dongeng seterusnya di Suara Keadilan, di sini.

Pemuda PAS Permatang Pauh ini membantah program kebajikan UMNO Juara Rakyat anjuran UMNO Permatang Pauh. Mereka kata UMNO zalim kepada murid-murid sekolah kerana menggunakan sekolah sebagai tempat program. Persoalannya, adakah PAS terdesak bila melihat UMNO memberi sumbangan kepada warga emas, pelajar-pelajar miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU)? Saya melihat isu penggunaan dewan sekolah bukan isu utamanya, sebaliknya Pakatan Haram di Permatang Pauh sudah kecut perut dengan program-program kebajikan UMNO yang telah dan sedang UMNO lakukan. Hendak harapkan Ahli Parlimen mereka menguruskan keadaan Rakyat, beliau sendiri sibuk dengan kes liwatnya yang tak habis-habis.

UMNO guna sekolah, diorang protes, UMNO guna UiTM depa protes. Yang puak-puak Pakatan Haram Selangor dok guna sekolah, dewan orang ramai, Stadium Shah Alam untuk kegunaan politik puak-puak Pakatan Haram boleh pulak. Yang CIFUT Anwar Ibrahim dok pergi "meliwat" Universiti Selangor (UNISEL) dengan ceramah-ceramah hasutannya acap kali tu kira apa pulak? Betullah puak-puak ni. Orang lain buat semua tak boleh. Mereka buat saja yang halal dan wajib. Hampeh betul.

Lagi gambar-gambar hebat Pakatan Haram berdemo, di sini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates