February 19, 2010

4 Keletah Ketua Dan Bekas Ketua Peguamtunda CIFUT Anwar Ibrahim

Ketika zaman manis
CIFUT Anwar Ibrahim kata:

Fitnah yang dipintal membuktikan pimpinan umno-barisan nasional bersungguh-sungguh mahukan saya dihumban ke dalam penjara. Siang malam media yang dikongkong mengolah propaganda bertujuan merasuk minda dan nurani rakyat. Saya digambarkan kononnya takut berhadapan dengan mahkamah dan sengaja melengah-lengahkan perbicaraan.

Karpal Singh kata:

Yang Arif can go on, in line with the authority. We will appeal and we are ready to proceed with the trial. There is no more delaying tactics.
Saya bertanya, siapa yang kita hendak percaya sebenarnya. CIFUT Anwar Ibrahim kata beliau tidak melengah-lengahkan perbicaraan. Ketua peguamtundanya pula berkata tiada lagi taktik-taktik untuk melengah-lengahkan perbicaraan. Kenapa Karpal Singh kata tiada lagi? Adakah apa yang mereka lakukan selama ini adalah semata-mata untuk melengah-lengahkan kes? Adakah tuduhan ke atas Utusan Malaysia dan desakan supaya Yang Arif Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri adalah tektik untuk melengah-lengahkan perbicaraan?

Sudah lupakah kita dengan Ketua Peguamtunda sebelum ini, Sulaiman Abdullah yang meletakkan jawatan, kononnya 'sakit kuat'. Adakah beliau meletak jawatan setelah pihak pendakwa memberi salinan-salinan sesetengah bukti kepada Sulaiman? Peliknya, walaupun didakwa 'sakit tenat', Sulaiman kelihatan turut aktif mengendalikan kes-kes lain, antaranya, mewakili Nizar "The Puppet" Jamaluddin di dalam perbicaraan rayuan kes jawatan Menteri Besar Perak.

Ketua peguamtunda yang baru, Karpal Singh, yang dikatakan
antara peguam yang lantang bersuara, lagaknya seperti singa yang mahu menerkam mangsanya setiap kali perbicaraan lebih banyak mendiamkan diri dalam perbicaraan kali ini. Malah penulis diberitahu oleh sahabat yang menghadiri perbicaraan, setiap pagi, ketika kerusi roda disorong masuk ke mahkamah, beliau kelihatan tersenyum setiap kali terserempak dengan Saiful.

"Good morning uncle", kata Saiful. "Good morning Saiful", balas Karpal.

February 18, 2010

7 CIFU Anwar Sewajarnya Berhijrah Ke Australia

Rentetan daripada demo aman besar-besaran yang diadakan oleh Pemuda UMNO / BN, PERKASA dan Bloggers semalam, ramai yang telah menghantar e-mail kepada saya bertanyakan kenapakah saya tidak membuat laporan atau "posting" mengenai aktiviti demo aman tersebut. Pandangan peribadi saya, mengadakan bantahan terhadap 50 ahli parlimen Australia yang kurang ajar mencampuri urusan dalaman dan undang-undang negara kita tidak salah. Saya menyokong sepenuhnya. Cumanya kita perlu tahu adab dan budaya hidup mereka sebelum kita melenting.

Kehidupan cara "gay" sememangnya amat popular di Australia dan diluluskan oleh undang-undang negara tersebut. Malah ahli-ahli parlimennya pun dikatakan terlibat gaya "gay". Kod yang digunakan untuk menjalin hubungan intimnya adalah "monster" dan bukannya "Mokhtar". Malah, tiada dakwaan di mahkamah untuk jenayah liwat kerana hubungan sejenis dianggap hak peribadi seseorang individu. Oleh itu saya mencadangkan agar CIFU Anwar Ibrahim supaya berhijrah ke Australia agar tiada siapa yang akan menganggu kehidupan seksualnya.

February 17, 2010

6 DS Haji Hadi Awang - Pemimpin Berjiwa Rakyat

DS Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas

Cerita-cerita begini selalunya hanya kita dapat saksikannya di kaca televisyen melalui filem, drama atau sinetron. Apabila ianya berlaku dan dialami sendiri oleh tokoh terkenal politik tanahair, Dato' Seri Haji Hadi Awang, saya menjadi bangga dan kagum. Bayangkan dalam kudrat usia 63 tahun beliau masih gagah untuk menyelamatkan seorang pengunjung daripada mati lemas di Pantai Rusila, Marang. Bukan calang-calang orang bagi sesiapa yang mempunyai kedudukan politik sepertinya, berjawatan dan sudah berumur sanggup mengadai nyawa untuk keselamatan dan maslahah orang lain.

Inilah yang saya gelarkan pemimpin berjiwa rakyat. Bukan sekadar bercakap retorik dan mendabik dada mengaku diri hebat pembela Rakyat. Buat rakan-rakan sama ada dari pihak kerajaan maupun pihak pembangkang, inilah sifat pemimpin yang kita inginkan. Bukan pemimpin yang rakus mengejar kuasa, wang ringgit dan wanita jelita. Tahniah dan syabas Dato' Seri. Kegigihan dan ketokohan anda menjadi contoh dan dorongan kepada generasi muda seperti kami.

Baca kejadian sepenuhnya yang berlaku pada 14 Februari 2010, di Harakahdaily, di sini.

February 14, 2010

6 Hanya Ceramah, Ceramah Dan Ceramah Di Selangor

Semenjak Pakatan Haram memerintah di Selangor, orang Selangor hampir nak termuntah dengan program ceramah-ceramah yang acap kali diadakan oleh pihak pemerintah. Dengan bermentalitikan pembangkang, kerajaan Selangor hanya mengkayakan ekonomi Selangor dengan mengadakan ceramah dan Solat Hajat.

Bertempat di tempat ceramah popular, Stadium Melawati Shah Alam, kerajaan Selangor sekali lagi akan mengadakan syarahan perdana dan Solat Hajat pada hari Sabtu ini, 20 Februari 2010. Cuma dua perkara yang menjadi persoalan di benak kepala saya.

Persoalan Pertama, apakah tujuan sembahyang hajat diadakan? Adakah ianya bertujuan memohon perlindungan daripada Allah SWT terhadap kelakuan dan perbuatan peliwat seorang ini? Kalau itu tujuannya, kita berharapkan agar Allah SWT menurunkan bala kepada orang-orang yang mempermainkan Solat Hajat untuk tujuan politik. Atau adakah Solat Hajat berkenaan adalah untuk memohon kesihatan Adik Mohd Bakri yang telah dilanggar oleh ADUN DAPig Selangor yang mabuk ketika memandu, Ng Sue Lim, kembali seperti sediakala?

Persoalan Kedua, siapakah yang bakal mengimamkan sembahyang hajat berkenaan? Adakah Dato' Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng atau CIFU Anwar bin Ibrahim. Jangan ketawa. Siapa kata Lim Guan Eng yang mengaku dirinya setaraf dengan Khalifah Umar Al Khatab tidak boleh mengimamkan puak-puak sesat ini. Siapa kata CIFU Anwar Ibrahim tidak boleh mengimamkan sembahyang hajat ini. Seperti kata Nizar "The Puppet", "Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-manapun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat? Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?"

Warga Malaysia khususnya penduduk Selangor dijemput untuk menyaksikan satu lagi "circus" dari Pakatan Haram semperna Gong Xi Fa Chai.

12 Si Bangsat Ng Sue Lim

Lihatlah Rakyat Malaysia. Inilah Si Bangsat ADUN Sekinchan, YB Ng Sue Lim (ADUN DAPig). Beliaulah antara yang lantang menuduh SPRM bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock. Beliaulah yang paling keras mengkritik SPRM dan kerajaan di atas kematian TBH walaupun Inkues belum membuat keputusannya. Kini apa keadilan yang diberikan olehnya kepada Adik Mohd Bakri (pelajar UiTM berbangsa Melayu Islam) setelah beliau melanggarnya di dalam keadaan mabuk, sehingga menyebabkan Adik Mohd Bakri koma di Unit Rawatan Rapi.

Adilkah tindakan ini?

Inikah Pejuang Rakyat?

Inikah Pembela Rakyat?

Inikah Janji Pakatan Rakyat terhadap Rakyat Selangor?

Kenapakah pemimpin Pakatan Haram masih membisu?

Tidak adakah pemimpin Melayu Islam Pakatan Haram yang mahu membela nasib Adik Mohd Bakri ini?

Masih butakah hati Rakyat Selangor mahu bertuankan Pakatan Haram di dalam PRU13???
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates