January 22, 2010

21 Lawak Antarabangsa - Zuraida Marah Tak Dibenarkan Berceramah Agama



Wanita PKR menyokong gesaan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditukar dengan ulama yang "bebas daripada fahaman politik". Beliau mendakwa, Jais menyenaraihitamkan namanya, termasuk mengeluarkannya sebagai ahli panel daripada sebuah forum keagamaan malam esok di Klang.

"Saya difahamkan oleh penganjur bahawa nama saya dikeluarkan oleh Jais tanpa alasan, dan mereka enggan menyatakannya dalam bentuk hitam-putih (bertulis). Bagaimanapun, saya akan tetap hadir dan lihat apa yang terjadi. Saya percaya Jais kembali kepada saya ekoran penglibatan saya dalam kes bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin."

Sumber: Malaysiakini.
Wah hebat Pakatan Haram. Semua orang menjadi Ustaz dan Ustazah. Dari Nga Kor Ming dan N. Gobalakrishnan yang tidak segan silu mengalunkan ayat Quran tanpa adab dan tertib sehinggalah kepada penyokong "gerakan kristianisasi" di Malaysia, Father Khalid "James" Samad. Terbaru, Ketua Wanita PKR, Zuraida Zakaria tidak segan silu mempertikaikan tindakan JAIS dan MAIS menghalangnya dari berceramah agama.

Siapa perempuan ini yang merasakan dirinya Ustazah? Seorang pejuang wanita yang memperjuangkan Eli Wong sebagai ratu skandal seks bebas dan berfoto bogel boleh diiktiraf sebagai Ustazahkah? Adakah layak bagi seorang yang memeluk erat dan menangis teresak-esak di atas pentas bersama Exco wanita yang bersekedudukan dengan laki orang ini boleh diangkat sebagai penceramah Agama? Salahkah tindakan JAIS dan MAIS tidak membenarkan orang yang mempunyai latar belakang pendidikan Agama untuk bercakap mengenai agama Islam? Semakin hari Pakatan Haram semakin mempermainkan kesucian Islam. Dan kita masih lagi dengan sikap "tadak apa".

January 20, 2010

28 Adeeeh ... Penulis Blog Upahan PAS Menjadi Semakin Teruk

Blogger-blogger upahan PAS semakin hilang arah tuju. Semakin hari semakin terserlah kebebalannya. Blogger-blogger PAS dan Pakatan Haram sudah tidak tidak ada isu hendak dimainkan. Satu ketika dahulu, saya amat menghormati blogger "Malaysia Waves" atau nama pemiliknya Abdul Rahman Talib. Sejak akhir-akhir ini akibat terlalu memuja YB Shah Alam, Father Khalid Samad, beliau sanggup menghina YB-YB PAS sendiri seperti Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nassaruddin Md Isa dan YB Dato' Dr Hassan Ali. Artikel beliau yang terbaru ternyata menampakkan situasi terdesaknya untuk mencari isu menghentam UMNO.

Adeeh sakit perut penulis membaca posting terbarunya. Adakah patut gempa bumi di Haiti pun hendak disabitkan dengan UMNO. Buta perut betul. Ini adalah sebahagian daripa petikan postingnya itu:
Lebih menyedihkan adalah kita tidak tahu apa benar-benar Syaitan telah membantu Haiti. Ini kerana sewaktu kemerdekaan Haiti, Perancis sedang menghadapi krisis yang sangat meruncing. Raja Perancis baru sahaja dijatuhkan dan keadaan cukup tidak stabil di keseluruhan jajahan Perancis. Kedudukan Haiti juga begitu jauh dari tanah besar Perancis memungkinkan Perancis mengambil keputusan untuk membiarkan Haiti merdeka.
Ingat juga, bahawa kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk kita di masa hadapan. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Maka, berhentilah bermain sihir. Ia kerja sia-sia dan membawa kita ke neraka buat selama-lamanya (nauzubillah).

SIHIR NI PERKARA BIASA DALAM UMNO

Maklumlah UMNO ni parti Melayu. Ingat tak peristiwa Mona Fendey dulu? Bukan ada pemimpin UMNO terlibat ke? Benda sihir dalam UMNO ni dah BERLELUASA. Sapa dalam UMNO pun boleh bagitau benda ni. Ini lah salah satu cara bagaimana amalan syirik tersebar melalui UMNO.
Kalau hendak baca kisah lucu ini selanjutnya, baca artikelnya bertajuk HAITI: Peringatan Kepada Orang2 Melayu Yang Masih Kuat Main Sihir. Alahai ini sajakah tahap pemikiran blogger-blogger upahan PAS? Mungkin juga penangkapan Hussein Ahmad, setiausaha eksekutif Exco Selangor, Yaakob Sapari oleh SPRM hari ini berhubung kelulusan bagi kontrak dan projek melombong pasir diberikan di negeri itu dan dua lawatan yang beliau lakukan ke China, adalah salah UMNO juga.

Adeeeh Mak tolong, hendak putus tali perut menahan ketawa. Lembu kena langgar keretapun mungkin salah UMNO jugak!

4 Kerajaan DAP Pulau Pinang Lepas Tangan?

Penulis tertarik dengan satu surat pembaca daripada Saudara Zambry Mohamad di dalam Utusan Malaysia Online berkaitan dengan tragedi bot naga yang melibatkan kehilangan 6 nyawa. Berikut adalah petikannya:

CUCI tangan.
Mungkin itu simpulan bahasa yang sesuai untuk menggambarkan pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap tragedi perahu naga terbalik di perairan Pantai Macallum, Ahad lalu yang mengorbankan seorang guru dan lima pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling.

Umum mengetahui, pertandingan perahu naga yang begitu popular di Pulau Pinang sebelum ini diadakan di Empangan Teluk Bahang, menggantikan lokasi asal iaitu Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam dan perairan Gurney Drive.

Keadaan yang dikategorikan sebagai stabil dan selamat merupakan antara faktor utama kenapa pertandingan tersebut diadakan di Empangan Teluk Bahang.

Bagaimanapun, sejak pakatan pembangkang yang diterajui DAP mengambil alih Pulau Pinang, ia diubah ke perairan Jeti Nelayan Bandar Seri Pinang iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi tragedi.

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Sekiranya benar apa yang diperkatakan oleh Saudara Zambry tersebut, Kerajaan DAP Pulau Pinang harus dipertanggungjawabkan dan bukan hanya beban masalah diletakkan kepada pihak sekolah semata-mata. Suruhanjaya Diraja atau badan siasatan bebas yang tidak melibatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus ditubuhkan untuk mengenalpasti kenapa lokasi pertandingan diubah sehingga menyebabkan berlakunya korban nyawa. Keluarga-keluarga mangsa harus menyaman Kerajaan DAP Pulau Pinang di atas faktor di atas.

Juga baca coretan rasa blog rakan-rakan saya, Goh Wei Liang dan Des mengenai isu yang sama.

January 18, 2010

18 Mana Pergi Ketua Menteri Pulau Pinang? Langsung Tidak Mahu Bertanggungjawab?

Dalam rakyat Malaysia masih bersedih dengan kes 3 pelajar sekolah yang juga rakyat Pulau Pinang kehilangan nyawa di dalam tragedi kemalangan latihan mendayung perahu naga di perairan Tanjung Marina, Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih lagi membisu dari mengeluarkan sebarang kenyataan media. Apa yang disibukkan olehnya sejak semalam hanyalah bagaimana DAP hendak menawan Putrajaya di dalam PRU13 melalui konsep "Middle Malaysia"nya.

Cuba kalau kemalangan ini berlaku di dalam negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional. Pastinya puak-puak ini akan menyalak menyarankan agar siasatan segera dan telus diadakan. Kononnya perlu diadakan inkues atau Suruhanjaya Diraja. Lihatlah bagaimana puak-puak Pakatan Haram ini tergedik-gedik membuat komen ketika kemalangan jambatan runtuh semasa Kem 1Malaysia di Perak beberapa bulan lepas. Apabila terkena batang hidung sendiri tahu pula menyorok dari membuat ulasan.

Mengikut sumber daripada seorang komentar di dalam bog ini, pertandingan ini sebelumnya diadakan di Empangan Teluk Bahang yang jauh lebih selamat berbanding diadakan di laut terbuka. Kenapakah latihan pada kali ini diadakan di laut terbuka. Apakah langkah-langkah keselamatan telah diambil di dalam mengadakan latihan di laut, kerana seperti yang kita tahu, pada waktu sekarang pantai Pulau Pinang terdedah kepada ombak besar. Perkara ini tidak boleh dibiarkan ditutup begitu saja. Satu siasatan perlu diadakan untuk mengenalpasti punca kejadian bagi mengelakkan ianya dari berulang. Kerajaan Pulau Pinang tidak harus lepas tangan ke atas segala yang berlaku.

January 17, 2010

6 Kerajaan Kedah Juga Cakap Tak Serupa Bikin

Antara janji yang ditaburkan oleh Pakatan Haram sebelum PRU12 ialah menandatangani “Deklarasi Rakyat”, yang antara lain bersetuju memulih pilihanraya tempatan dan memperkasakan demokrasi kerajaan tempatan. Sebaliknya setelah hampir dua tahun Kedah diperintah oleh mereka, lain pula jadinya. Ahli Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah telah dimonopoli oleh Kerajaan PR Kedah dalam senarai nama 255 orang ahli majlis yang baru dan seterusnya mengurangkan penglibatan rakyat dalam kerajaan tempatan.

Kerajaan Kedah pernah berjanji ingin memperkasakan demokrasi tempatan dengan memberi 30% kuota untuk organisasi masyarakat sivil. Sebaliknya apa yang berlaku, Kerajaan negeri kini hanya melantik wakil parti pemerintah sebagai ahli majlis. Secara tidak langsung Kerajaan Kedah telah menafikan wakil yang bukan daripada parti politik dan mengurangkan penglibatan rakyat membuat keputusan dalam hal-ehwal kerajaan tempatan.

Menteri Besar Kedah, DS Azizan Abdul Razak memberi alasan bahawa kuota tidak boleh diberikan kepada organisasi masyarakat sivil kerana hanya parti pemerintah dan para profesional dari agensi kerajaan sahaja yang dapat memperkuatkan barisan pemerintah. Soalan saya kepada DS Azizan, di manakah janji-janji Pakatan Haram untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas dan bebas untuk memilih dan melantik ahli majlis kerajaan tempatan dan mewujudkan proses pemilihan yang telus supaya rakyat dapat melibatkan diri dan memantau?

Nampak gayanya negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Haram hanya pandai berjanji sewaktu pilihanraya dan tidak sekali-kali berhasrat untuk menunaikan janji-janji mereka. Sekurang-kurangnya, ketika Kedah diperintah oleh Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri pada masa itu masih mempunyai tiga kuota untuk masyarakat sivil iaitu daripada wakil persatuan perniagaan. Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin. Lain janji di mulut lain pula di hati.
Nota kaki: CTS ingin merakamkan takziah kepada aktivis Pemuda UMNO, Saudara Lokman Nor Adam di atas pemergian Ibunda tercinta, Rosnah bte Zakariah yang meninggal dunia jam 11.20 malam tadi di Hospital Putrajaya. Jenazah akan dibawa kerumah adik beliau di no. 2, Jalan Spectrum U16/24, Taman Bukit Subang U16, Shah Alam. Jenazah akan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam, Kg Melayu Subang. Innalillah hiwainna ilaihirajiun. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates