January 13, 2010

30 Salam Buat Father Khalid "James" Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid "James" Samad sewaktu membentangkan pendapatnya di dalam Forum Terbuka yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), NGO Free Public Forum dan the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) dengan tajuk, 'Allah, siapa yang punya?' telah berkata:
"... dan apabila semua menggunakan kalimah Allah, bagi sayalah yang bukan ulamak ini, cukup mudah untuk tumpu kepada kerja-kerja menjelaskan Islam. Kerana apa, kerana kita ada titik permulaan yang sama"

Sumber: Malaysiakini.TV.
Saya tidak tahu sejak bila pula Khalid Gereja ini melibatkan diri di dalam dakwah Islam. Saya tidak tahu berapa ramai Khalid Gereja ini telah berjaya menyelamatkan anak-anak muda yang dimurtadkan. Adakah Khalid mengetahui berapa ramai pelajar-pelajar UIAM yang terlibat bersembahyang di sebuah gereja di Petaling Jaya dengan bertudung. Adakah Khalid Gereja tahu berapa ramai anak-anak gadis bertudung memakai rantai salib. Tahukah Khalid Gereja berapakah nilai anak-anak Melayu yang berjaya dimurtadkan oleh mubaligh-mubaligh agama lain?

Saya tidak persoalkan mengenai hukum hakam kerana begitu ramai mufti dan ulama PAS sendiri yang mengeluarkan kenyataan. Apa yang saya persoalkan, kenapa baru sekarang Majalah Mingguan The Herald hendak menggunakan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia? Adakah ini yang dimahukan oleh Khalid Gereja:

1. Risalah menggunakan nama Allah diedarkan kepada anak-anak Melayu Islam yang berbunyi, "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehinggakan ia telah mengurniakan anakNya yang tunggal ..."

2. Atau remaja Islam yang sekarang sudah menjadi kebiasaan memakai rantai salib.

3. Atau lirik lagu berleluasa mendendangkan kalimah Allah Yesus?

4. Atau adakah Father Khalid mahu melihat anak-anak muda Melayu Islam masuk keluar gereja yang mempunyai tulisan Allah seperti di bawah tanpa merasa malu dan segan. Apakah yang hendak dijawab kepada anak-anak kita sekiranya mereka bertanya, "Ayah, kenapa kita tidak boleh masuk ke situ. Bukankah tertulis nama Allah?"


Dan jangan terkejut kalau anda terserempak dengan orang ini di gereja.

January 10, 2010

5 Siapa Dalang Di Sebalik Pembakaran Gereja?

Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Tun Hussein hari ini dilaporkan berkata, tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak, menjadi sasaran cubaan membakar setakat ini, bagaimanapun keadaan adalah terkawal. Kata beliau ini dipetik oleh Malaysiakini.

Jadi tidak benarlah seperti yang diperkatakan oleh blogger-blogger pembangkang bahawa orang-orang UMNO yang menjadi dalang disebalik pembakaran gereja ini. Faktanya, parti UMNO tidak wujud di Sarawak. Selain daripada parti-parti peribumi rakyat Sarawak, parti lain yang berasal dari Semenanjung hanyalah DAP dan PKR. Adakah DAP dan PKR yang menjadi dalang pembakaran gereja ini?

Kita boleh melihat jari jemari PKR jelas dimainkan di dalam isu kalimah Allah ini. Derek Fernandes, peguam bagi pihak The Herald Weekly adalah Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Panel Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan juga ahli PKR. Adakah ini satu kemungkinan puak-puak Pakatan Haram hendak menimbulkan kemarahan kepada kerajaan dan memecahbelahkan masyarakat untuk tujuan mengambilalih Sarawak dalam pilihanraya negeri?

Kalau benarlah UMNO sebagai parti ektremis dan perkauman seperti yang diwar-warkan oleh media-media pembangkang dan blogger-blogger upahan mereka, mana mungkin lebih 50 tahun kita dapat mengamalkan nilai budaya hidup yang mulia dan memberikan suasana harmoni kepada semua rakyat Malaysia.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates