January 7, 2010

12 Nik Aziz Ditipu Menantu ... Biarkan ... Biarkan…!!

Mesti ramai penyokong-penyokong Menteri Besar Kelantan marah dengan CTS dengan tajuk posting kali ini. Sabar ... sabar ... Ini bukannya kenyataan CTS. Saya baru mendapat panggilan daripada seorang sahabat baik yang bekerja di Kota Bharu memberitahu bahawa banner-banner yang bertulisan sebegitu telah banyak terpampang di sekitar Kota Bharu dan beberapa tempat strategik di Negeri Kelantan.

Katanya, melihat kepada reka bentuk dan jenis banner yang digunakan iaitu dibuat menggunakan tarpolin, beliau yakin ini adalah kerja-kerja terancang yang tidak dibuat bersendirian. Pihak disebalik kerja-kerja memburukan imej Menteri Besar Kelantan ini adalah mereka yang mempunyai sumber kewangan yang banyak.

Saya tidak mahu menuduh sesiapa. Yang pastinya Pakatan Haram akan mengatakan ini adalah kerja UMNO seperti kebiasaannya walaupun pengikut-pengikut PAS tegar telah mula mempertikaikan Menteri Besar Kelantan dengan isu kroni Almenantunya. Wallahualam.
Nota kaki: Mantan Menteri Besar Perak, DS Nizar "The Puppet" Jamaluddin, cedera selepas kereta dipandunya terbalik dengan empat tayar ke atas akibat kemalangan jalan raya di Ipoh pada 9.30 pagi tadi. Beliau kini dirawat di Hospital Ipoh. Mungkinkah perlu diadakan Suruhanjaya Diraja atau sekurang-kurangnya inkues bagi memastikan UMNO tidak terlibat di dalam konspirasi kemalangan ini. Alasan yang digunakan ialah ini jalan Kerajaan BN. Pastinya ada tangan-tangan ghaib berlakunya kemalangan ini. ha ha ha. Siapa bersetuju?

January 3, 2010

1 Kelantan Lintang Pukang Akibat Politik Keluarga

Sedih dan terharu membaca posting terbaru Syed Azidi atau lebih dikenali dengan gelaran Kickdefella, Asyik-Amelina. Bagaimana seorang yang diperakui oleh pengikut-pengikutnya sebagai ulama sanggup memperlakukan bekas Setiausaha Politiknya, Tuan Haji Anual Bakhri Haroon, yang setia dan berusaha menjaganya selama 10 tahun seperti sampah. Orang yang sama sanggup menidakkan tindakannya itu di hadapan seluruh rakyat di dalam Buletin Utama tempoh hari.

Betullah kata orang, "blood is thicker than water". Mungkin ahli-ahli syura "Meja Bulat Pulau Melaka" (meminjam terma Syed Azidi) tersenyum riang kerana rancangan mereka telah berjaya. Saya tidaklah mengatakan tindakan ini salah kerana adalah menjadi hak seorang Menteri Besar untuk melucutkan jawatan Setiausaha yang tidak dikehendakinya pada bila-bila masa. Bukankah lebih molek sekiranya dibenarkan Haji Anwal untuk menghabiskan tempoh notis perletakkan jawatannya selama satu bulan dan bukannya "serta-merta". Bukankah zalim tindakan tersebut? Kalau almenantuhantunya, Ariffahmi senang-senang diberikan tempoh notis menamatkan perkhidmatan selama 3 bulan, apakah salahnya untuk diberikan peluang yang sama kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan itu berdasarkan terma kontrak.

Apabila pemerintahan keluarga berlaku di Kelantan, inilah akibatnya. Mungkin mereka tidak mengambil iktibar dari kejatuhan pemerintahan keluarga Bani Abbassiyah? Tak habis-habis kerajaan PAS di Kelantan ini hendak berpolitik. Rakyat jadi lintang pukang. Kalau tidak masakan kes rogol di Kelantan naik 25% pada tahun 2009, manakala 60% daripada 313 kes melibatkan golongan kanak-kanak bawah umur. Nama saja gelaran Serambi Mekah! Apa-apapun pastinya selepas ini Syed Azidi akan kena maki pula, "Celako ... celako ... celako blogger yang melaporkan berita ini."
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates