January 1, 2010

13 Hadiah Tahun Baru Dari Kerajaan

KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI ELAK HARGA GULA NAIK

KUALA LUMPUR, 18 Januari: Kerajaan mungkin membatalkan hasrat menaikkan harga gula berikutan langkah terbarunya untuk menambah pemberian subsidi sebagai alternatif bagi menampan kenaikan harga barang keperluan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata langkah menambah subsidi itu antara cadangan utama yang diteliti secara serius kementeriannya sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Ada kemungkinan harga gula tidak dinaikkan berikutan kelembapan ekonomi dunia. Kementerian mengambil kira pelbagai perkara sebelum membuat keputusan apatah lagi kita mahu elak membebankan rakyat.

“Industri gula membabitkan pengeluar serta pemborong juga memberikan jaminan tidak menaikkan harga gula pada waktu terdekat dan akur terhadap keputusan kerajaan yang dijangka diumumkan empat minggu lagi,” katanya.

Sumber:Berita Harian
HARGA GULA TIDAK NAIK , BEKALAN DIJAMIN CUKUP – ISMAIL SABRI
KUALA LUMPUR, 2 0gos (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku sehingga akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan peniaga agar tidak menyorokkan bekalan gula untuk meraih perhatian kerajaan bagi menaikkan harga gula.

Sumber: Bernama.
Gula naik 20 sen sekilo hari ini

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Kementerian itu pada masa sama menarik balik subsidi ke atas harga roti putih yang sebelum ini dikategorikan sebagai barang kawalan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia terutama sejak Ogos lalu.

Sumber: Utusan Malaysia.

Kerajaan sudah menunaikan janjinya. Kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga gula sehingga hujung tahun 2009. Kerajaan memang berpegang kepada janji. Masuk sahaja 31 Disember 2009, kerajaan mengumumkan akan menaikkan harga gula sebanyak RM0.20. Kenapa dinaikkan RM0.20 sahaja. Kenapa tidak dinaikkan RM0.40 atau RM0.50. Naiklah harga barangan pengguna banyak sedikit supaya senang rakyat hendak membuat keputusan di dalam PRU13.

Selepas ini pastinya Sabri Yaakob akan terhegeh-hegeh membuat penjelasan bahawa harga gula tidak akan menaikkan harga barangan pengguna. Rakyat marhaen yang miskin tidak akan terjejas dengan kenaikkan ini ataupun alasan yang paling bodoh abad ini ialah Kerajaan menaikkan harga gula kerana peningkatan penyakit kencing manis atau diabetis di kalangan rakyat Malaysia.

Selamat Tahun Baru Masihi 2010. 1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!!!

December 29, 2009

17 Celaka ... Celaka ... Celaka ...

Datuk Nik Aziz ketika diminta mengulas mengenai insiden malam tadi apabila rumah bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, “dikepung” oleh keluarga isteri keduanya yang mengesyaki pasangan tersebut masih tinggal bersama walaupun diperintah Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan kerana kesahihan perkahwinan mereka diragui, berkata "Ini berita fitnah. Mana mungkin orang PAS bawa lari anak dara orang. Mana mungkin orang PAS mengajar anak derhaka kepada ibu bapa. Mana mungkin orang PAS bersekedudukan di dalam perkahwinan yang diragui sahnya. Mana mungkin perkara ini berlaku kerana tidak dilaporkan dalam PasTV dan Harakah."

Beliau kemudiannya ditanya wartawan Agensi Cucu Tok Selampit mengenai perletakkan jawatan setiausaha politiknya, Annual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar beliau, Mohd Saiba Yaakub, mengesahkan mereka telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya kerana diberhentikan atas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini. "Kalau sudah tamat kontrak mana boleh sambung lagi. Tak boleh! Melainkan anak menantu saya. Kamu tak tahukah seseorang yg telah tamat kontrak kena menghantar surat untuk meletakkan jawatan?" katanya lagi.

Sebelum beliau meninggalkan sidang akhbar, beliau seraya berkata, "Celaka ... celaka ... celaka puak-puak bloggers yang melaporkan berita itu."

Agensi Cucu Tok Selampit.

5 Husam Bersuara Setelah Lama Mendiamkan Diri

EXCO Kerajaaan Negeri Kelantan, Husam Musa yang selama ini mendiamkan diri apabila dikritik dengan teruk oleh anak perempuan Dato' Nik Aziz, Nik Amalina dan menatunya Ariffahmi, di dalam isu perlantikan menantu Dato' Nik Aziz sebagai CEO PBMK, semalam telah bersuara di dalam di dalam tulisan di dalam blognya. Antara lain beliau menyebut:
Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.

Sumber: Weblog Husam Musa.
Walaupun tulisannya hanya menyentuh mengenai peranan Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah di dalam isu-isu anak menantu mereka, namun apa yang tersurat di dalam tulisan di atas adalah supaya Menteri Besar Kelantan tidak sekadar menjadi Pak Turut dan boneka di dalam membuat dasar dan keputusan kerajaan. Keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan juga tidak hanya sekadar memenuhkan mulut dan kantung poket keluarganya sahaja sebaliknya untuk kepentingan maslahat umum. Ibarat pepatah pukul anak sindir menantu. Adakah Husam Musa sudah berpatah arang berkerat rotan dengan mengeluarkan artikel berkenaan setelah sekian lama mendiamkan diri? Adakah beliau sedar kedudukan beliau yang bakal diharakirikan oleh keluarga Menteri Besar Kelantan itu. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

December 27, 2009

11 Sejak Bila Pula Artis Dapat Layanan Kelas Pertama Pihak Polis?

Foto diambil dari The Star oleh Mohd Sahar Misni

Saya sebenarnya sudah lama tidak menulis bab hiburan di blog saya semenjak menulis hal-hal berkaitan politik tanahair. Apabila membaca ruangan hiburan mStar Online, tangan ini merasa gatal untuk menulis. Berita ini berkenaan dengan penangkapan pengacara hiburan terkenal, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya di Rootz Club, Bukit Bintang, Kuala Lumpur awal pagi kelmarin.

Petikan akhbar portal online melaporkan seperti berikut:

Awal juga menceritakan tentang bagaimana dia dilayan dengan baik oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika berada di IPK Kuala Lumpur.

“Sharifah Hawariah membenarkan saya berehat di bilik pejabatnya buat sementara waktu kerana saya takut ramai media yang menunggu di luar. Kemudian, saya tertidur di situ sehingga pukul 11 pagi. Pada pukul 11.30 pagi baru pengurus saya datang mengambil saya."

Sumber: mStar Online.

Sejak bilakah pula artis-artis kita mendapat layanan kelas pertama daripada pihak polis? Apakah keistimewaan Awal Ashaari sehinggakan apabila beliau ditangkap, beliau tidak disumbatkan ke lokap seperti kebiasaannya seperti pesalah-pesalah lain sebaliknya dibenarkan berehat dan tidur di bilik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Awal Ashaari bukan mangsa keadaan atau pihak yang teraniaya. Beliau berada di kelab malam haram itu dengan kerelaan hatinya. Beliau gagal memberikan sampel air kencing untuk menguji kesan dadah di kelab malam haram berkenaan walaupun apa jua alasannya. Kenapakah beliau dilayan sebagai warga kelas pertama. Adakah disebabkan taraf beliau sebagai selebriti atau kekacakan wajahnya? Pegawai yang menangkap Awal Ashaari pula Pegawai Polis ka atau Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates