October 24, 2009

10 Keras Kepala Betul Orang Tua Ni

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan. Katanya beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai.
"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat sini pada hari Sabtu.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudden yang membiayai pembinaan masjid berharga RM500,000 di kampung itu.

Sumber: Bernama.com.
1. Memang keras kepala betul Orang Tua ni. Berjalan juga jarum hasutan yang dimainkan oleh Husam Masam ini. Cita-citanya hendak menjadi orang nombor dua di dalam parti mungkin akan menjadi kenyataan apabila beliau berjaya menghasut Orang Tua yang sudah nyanyuk ini untuk mengusulkan Muktamar Agung Pas. Husam Masam ini pastinya bercita-cita hendak menjadi orang nombor satu parti apabila Orang Tua yang sedang meniti usia maghrib ini pastinya bila-bila akan dijemput oleh Penciptanya. Kedegilan Orang Tua ini membuatkan saya tertanya-tanya adakah sesuai konsep "PAS For All" yang diperjuangkan oleh mereka. Bukankah lebih sesuai dinamakan "PAS For Nik Aziz"

2. Sumber sahih kepimpinan tertinggi PAS dari utara memberitahu penulis, keadaan keruh yang berlaku di dalam parti ini berpunca daripada cadangan DS Haji Hadi dan beberapa orang pengikut-pengikutnya yang mahu keluar dari Pakatan Haram. Kehendak Presiden parti bukan kerana hendak menyertai Kerajaan Perpaduan seperti mana yang dilaporkan oleh media-media massa. Sebaliknya, sumber penulis memberitahu TG Haji Hadi sudah tidak mahu lagi menanggung dosa bergelumang dengan peliwat tegar, DS Anwar "The Drama King" Ibrahim. Apabila Husam Masam yang begitu rapat dan menjadi orang kepercayaan DS Anwar mendapat tahu hal ini, beliau telah berusaha untuk menyakinkan Orang Tua di atas supaya mendesak diadakan Muktamar Agung Khas dengan fitnah yang tidak betul dicanangkan kepada Orang Tua ini untuk dipercayainya, terutama mengenai Kerajaan Perpaduan. Betapa erat hubungan Husam Masam dan The Drama King ini boleh dilihat melalui gambar di bawah:

3. Oh ya, nasib baiklah ada bekas Menteri Luar dari Kerajaan Barisan Nasional yang sudi membiayai pembinaan masjid di Kelantan. Hendak harapkan Kerajaan PAS. HamPAS. Bolehkah penyokong-penyokong fanatik PAS memberitahu saya yang mana sataukah masjid di negeri yang kononnya Serambi Mekah ini dibina melalui pembiayaan Kerajaan Negeri? Kuil dan berhala banyaklah. Nak buat macam mana, Negeri Serambi Mekah.

October 23, 2009

5 Apabila TG Nik Aziz Berhasrat Untuk Menggulingkan Presiden PAS Melalui Muktamar Agung Khas

Saya tak tahu apa yang nak jadi dengan parti yang melaung-laungkan membawa Islam di dalam politik kepartian mereka. Temenung sejenak saya apabila membaca tulisan TG Nik Aziz di dalam blognya yang mengusulkan agar PAS mengadakan Mesyuarat Agong PAS untuk menyingkirkan personaliti-personaliti di dalam PAS yang bagi Tok Guru bermasalah seperti Presiden parti, DS Haji Hadi Awang, Pesuruhjaya Negeri Selangor dan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali dan juga Mustafa Ali. Sila baca dan faham betul-betul tulisannya ini,
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita? Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Saya tidak tahu apakah yang ada di dalam minda dan hati beliau ketika beliau mengusulkan supaya diadakan Muktamar PAS untuk menyingkirkan orang-orang yang tersebut di atas. Adakah beliau bercita-cita untuk menjadi Presiden Parti PAS. Adakah beliau ingin memimpin PAS secara kuku besi? Ini jelas apabila beliau menulis,
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Catatan penuh TG Nik Aziz boleh dibaca di blognya, di sini.

Saya bukan ahli PAS. Oleh itu tidak ada sebab untuk saya berdukacita sekiranya PAS berpecah belah. Cumanya saya sedih dengan keadaan Melayu Islam yang tidak habis-habis hendak bergaduh, cantas mencantas di atara satu sama lain dan penuh hasad dengki dari zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi. Apakah perbezaan PAS sekarang dengan UMNO, MCA maupun MIC? Di manakah hilangnya sistem bermesyuarah dan bersyura yang sering mereka laungkan?

October 22, 2009

1 Jangan Bakul Sampahkan Laporan Ketua Audit Negara 2008

Huhh ... depan orang ramai pun naik nafsu jugak ke Pak Syeih?
Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan beberapa contoh penyelewengan yang saya rasa perlu diambil perhatian oleh pihak yang berwajib dan diambil tindakan sewajarnya. Antara contoh-contoh tersebut:
  • Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung sebahagian besar daripada kerugian berjumlah RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh. Laporan itu mendapati wujud beberapa kelemahan pihak kontraktor seperti kelewatan, perolehan peralatan dan tren melebihi keperluan atau tidak diselaras dengan pembangunan struktur. Sekiranya kelemahan dan kesilapan perancangan adalah dari pihak kontraktor, sewajarnya beban kerugian tidak harus ditanggung oleh pihak kerajaan.
  • Siasatan ke atas Majlis Amanah Rakyat atau MARA berdasarkan laporan Audit Negara 2008 harus juga dijalankan. Antara lain laporan tersebut menunjukkan bahawa beberapa pembayaran yang mencurigakan telah di buat oleh pihak MARA kepada pembekal mereka untuk barangan yang nilainya jauh melampaui harga pasaran. Adalah dangkal dan tidak masuk akal apabila mengetahui pihak MARA membelanjakan lebih RM80,000 bagi dua unit laptop (komputer riba) berjenama Acer Aspire 5052 sedangkan harga pasaran hanya RM4,500 sahaja untuk seunit laptop jenis dan spesifikasi tersebut di pasaran awam. Sedangkan komputer laptop terbaru berjenama Acer yang kini digunakan oleh saya juga berharga kurang dari RM3,500. MARA juga membeli komputer meja (desktop) pada harga hampir RM7,600 seunit, sedangkan di pasaran kita boleh mendapati komputer meja yang canggih lengkap dengan perkakasannya dengan harga kurang dari RM2,000.
  • Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus, dan membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal. Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah, sedangkan pokok kemboja dan pinang merah bagi jumlah yang sama, masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 untuk mengesan sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana awam. Ini bagi memastikan ketelusan dalam setiap penyata dan pengurusan kewangan yang telah diaudit Jabatan Audit Negara. Jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan prosedur siasatan sedia ada. Diharap kerajaan tidak memperbodohkan rakyat dengan menyembunyikan penyelewengan-penyelewengan tersebut, ibarat menyembunyikan sampah di bawah permaidani. Pihak yang bertanggungjawab harus di bawa ke muka pengadilan.

October 21, 2009

8 Sivakumar Dey! Kamu Bakal Di Hadapkan Ke Mahkamah

Gambar di atas adalah ehsan Dato' Khusairi Talib
Satu laporan polis terhadap mantan speaker gila kuasa dan penderhaka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Pemangkunya, Raja Nazrin Shah telah dibuat di Balai Polis Slim River jam 4.20 petang tadi. Ini adalah gara-gara dia telah mencuri "letter-head" Yang Dipertua Dewan dan mengeluarkan surat menjemput ADUN Perak menghadiri Sidang DUN pada 2 September 2009 lalu. Saya pernah membuat posting mengenainya, di sini.

October 19, 2009

1 Kata Dulang Paku Serpih


Terkini:

Saya mendapat tahu daripada Facebook YB Zulkifli Nordin, hari ini merupakan ulang tahun kelahiran DS Haji Hadi Awang. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Datuk Seri ke 62. Semoga DS dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat hidayah dari Allah SWT.

Posting Asal:

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini mahukan kepastian berhubung fungsi slogan-slogan yang pernah diperkenal perdana menteri terdahulu iaitu gagasan Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah serta Wawasan 2020 setelah gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang juga Presiden PAS bertanya sama ada dengan adanya slogan 1 Malaysia bermaksud kerajaan telah mengenepikan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh perdana menteri terdahulu.
Sumber: Haprakdaily.
Orang tu-tua berkata cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar dan juga pelanduk mudah melupakan jerat, sebaliknya jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Lupakah Tuan Presiden PAS apabila beliau mempertikaikan dasar-dasar lama kerajaan dengan memperkenalkan dasar-dasar baru adalah ibarat seperti menepuk air di dulang, muka sendiri yang terpercik.

Saya ingin bertanya kembali kepada DS Haji Hadi, apabila parti PAS memperkenalkan "PAS For All" adakah beliau sudah melupakan dasar perjuangan PAS selama ini iaitu mendaulahkan Kerajaan Islam di Malaysia?

Apabila beliau menerima cadangan supaya penyokong-penyokong bukan Islam diletakkan sebagai sayap parti, bukankah beliau sudah melupakan fatwanya yang terkenal iaitu menkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang-orang kafir?

Apabila beliau dan TG Nik Aziz menerima herdikan Karpal Singh yang mengatakan langkah mayat DAP sekiranya hendak mendirikan Kerajaan Islam, adakah bermaksud hukum hudud yang dilaungkan oleh PAS selama ini hanya tinggal memori semalam?

Apabila beliau dan ahli-ahli PAS menerima DAP yang disifatkan TG Nik Aziz sebagai syaitan sebagai teman tidurnya, adakah beliau mengamalkan apa yang pernah dituduh kepada parti UMNO - politik suku agama suku sehinggakan ramai keluarga porak peranda, masjid mempunyai dua imam dan sebagainya. Sudah lupakah beliau?

Tepuk dada, tanya iman.

14 Beruk-Beruk Pakatan Pembangkang Perak Semakin Kepanasan





Gambar-gambar di atas ehsan Facebook Perhubungan UMNO Perak

Pepatah English mengatakan "pictures speak a thousand words". Lihatlah pelancaran 1Malaysia Bersama Rakyat peringkat Perak di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. Kehadiran ribuan rakyat Perak ke majlis bersejarah yang gilang gemilang ini pasti menggusaran Nizar "The Puppet" Jamaluddin dan kroni-kroninya. Rakyat Perak semakin muak dengan keletah dan perangai YB-YB dari Pakatan Haram Perak yang bercadang hendak mengadakan kembali "circus" dan huru-hara di persidangan DUN Perak pada 28 Oktober ini. Sidang ini dijangka dijangka kecoh setelah 28 wakil rakyat pembangkang mengesahkan untuk hadir atas notis ADUN Tronoh, V. Sivakumar dan bukannya notis oleh Speaker, Datuk R. Ganesan.

Nizar "The Puppet" dengan bongkak mengatakan bahawa 90% rakyat Perak mahukan pilihanraya semula. Bagi saya kalau 90% rakyat Perak mahukan pilihanraya semula, kenapa 70,000 yang hadir semalam tidak sepakat mendesak DS Najib supaya mengarahkan DS Dr Zambry supaya menasihatkan Sultan supaya membubarkan DUN Perak? Mana perginya 100,000 tandatangan rakyat Perak yang kononnya dikumpul itu? Kenapa tidak diberikan kepada DS Najib ketika beliau berada di Perak semalam? Mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan hakikatnya 90% yang tidak mahukan pilihanraya dan 100,000 tandatangan itu adalah tandatangan tiruan yang direka oleh 28 ADUN pakatan pembangkang.

Adakah beruk di atas akan dilepaskan lagi pada 28 Oktober ini?
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada DS Najib kerana mengistiharkan 16 September sebagai cuti umum mulai tahun depan sebagai memperingati Hari Malaysia, lihat di sini. Cuti yang bakal disambut setiap 16 September ini turut akan kami kenang sebagai kegagalan DS Anwar "The Drama King" Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan republiknya.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates