October 9, 2009

12 Apa Yang Pernah DS Anwar Ibrahim Kata Kepada PAS

Berikut adalah petikan kata-kata DS Anwar "The Drama King" Ibrahim suatu waktu dahulu sebelum bertindak tidur sebantal, peluk setilam dengan teman-temannya di dalam PAS. Marilah kita melihat sifat-sifat "chameleon", gelaran yang diberikan oleh majalah Economist kepadanya:
DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995).

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Nota: Sumber berita dikumpul dari seorang sahabat, Ore Ayabun / Taminsari dari blog Belantan.
Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong. Tahukah mereka bahawa dahulu DS Anwar Ibrahimlah yang paling lantang menhina Pas. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS. Namun kini, demi kepentingan politik yang sempit, DS Anwar sanggup menjilat ludahnya kembali dan PAS? Selama-lamanya menjadi barua politik.
Nota buat DS Anwar: Dengar kata Datuk Seri hendak bersumpah di Teluk Kemang hari ini menyatakan Datuk Seri tidak pernah meliwat Saiful Bukhari. Betul ke? Datuk Seri sudah buang tebiat ke? Saya pernah mendengar Datuk Seri hendak bersumpah di Masjid Jamek selepas sembahyang Asar pada tahun 1998. Kami tunggu di luar masjid hingga ke Maghrib. Penantian kami hanya tinggal penantian. Datuk Seri sudah lupakah?

October 8, 2009

11 Apabila Ayat-Ayat Quran Dijual Dengan Harga Murah Demi Politik Pakatan Haram

Tidak perlu diperdebatkan sama ada boleh atau tidak seseorang bukan Islam membaca Al Quran. Sekiranya ayat-ayat Al Quran dibaca dengan betul tajuwid dan syahadahnya dan dibaca bertujuan untuk memperolehi hidayah daripadanya, dipersilakan. Sekiranya ayat-ayat Al Quran dijual belikan dengan harga yang murah demi kepentingan politik puak-puak Laknatullah, tunggulah azab Allah yang akan turun.

Nasihatku kepada Nga Kor Ming dan Gobalakrishnan, sekiranya kamu amat-amat tertarik dengan ayat-ayat Al Quran, bukankah kamu sepatutnya tertarik dan beriman dengan ayat Al Quran di bawah terlebih dahulu?

Firman Allah:

"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah."
video

Pas 4 All = Israel 4 All (visit www.israel4all.com)

4 Wajah-Wajah Penyokong-Penyokong PAS Di Bagan Pinang

Inilah wajah-wajah penyokong PAS yang telah dijanjikan syurga oleh TG Nik Aziz. Sayang sewaktu ku di Bagan Pinang sewaktu penamaan calon, ku tidak berada di kawasan ini. Kalau tidak mahu ku penampar seekor-seekor lembu ini. Mungkin kelakuan ini jugalah yang mereka lakukan ke atas ibu, kakak dan saudara perempuan mereka. Tahniah PAS.

Pas 4 All = Israel 4 All (visit www.israel4all.com)
video

October 6, 2009

12 PAS For All?

Rencana menarik ini saya petik dari "Facebook" rakan baik saya, Afzainizam Abdullah. Baca dan renungkanlah.
11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan. Dan 11 september 2009 Genaplah 23 tahun AMANAT ANWAR pada PAS di Kampung Seberang Marang Terengganu pada 14 Mac 1986.

Jelas 23 tahun sudah berlalu PAS masih ditakuk lama kerana PAS tidak mempunyai kemampuan, pengalaman dan tidak ada ketokohan melainkan angan-angan kosong. Malah hari ini PAS terpaksa menyambung nyawa politiknya melalui DAP. Sudah dua tahun apakah rancangan yang telah dikemukakan bersama-sama kunco-kunco mereka pada Rakyat? PAS hanya mampu menabur janji melalui ceramah-ceramah di malam hari, habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah lagi, menabur janji lagi dimalam-malam berikutnya hinggalah ke hari ini.

Inilah amanat dan pesanan Anwar pada bangsa Melayu, yang patut bangsa Melayu sedar dan tidak lupa tentang politik pemimpin-pemimpin PAS hari ini. Begitu juga dengan Amanat Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya yang telah menegaskan bahawa PAS hanya memiliki nafsu memerintah yang tidak selaras dengan ilmu pemerintahan tentang Islam yang mereka miliki.

Apakah hari ini kita sanggup mengakui kehebatan NAFSU yang mengatasi ilmu mereka? Pas hari ini tidak ada bezanya dengan PAS 23 tahun yang lampau. Malah PAS hari ini lebih paria lagi tarafnya berbanding perjuangan PAS sebelum ini, kerana hari ini kahak dan muntah yang diluah pada 23 tahun yang lampau kini PAS dan Anwar berebut menjilatnya serta dihidangkannya kembali pada bangsa hari ini sebagai juadah yang sudah berulat dan cabok.

Hari ini masih percayakah kita pada manusia yang lidahnya bercabang spesis reptilia tersebut? Sudah 23 tahun mereka berdusta, berbohong, menipu seluruh bangsa dengan agenda politik mereka. Hari ini janganlah dibiarkan talibarut bangsa ini terus menipu anak cucu kita. Cukuplah tipu daya PAS dan Anwar selama ini pada kita.

Apakah masih tidak cukup lagi segala bukti serta putar belit mereka pada kita hari ini. Peristiwa Berdarah Lubuk Merbau, Peristiwa Memali dan peristiwa Anwar menjilat UMNO, menjadi lebih sudu dari kuah, semuanya kita sudah melaluinya.

Kini sudah cukuplah tipu muslihat PAS yang terserlah hari ini bersama Anwar menjadi talibarut bangsa merosak perpaduan serta membuang masa kita dan anak-anak bangsa. Sampai bila kita dan setrusnya anak cucu kita harus menjadi “BARUA” pada agenda politik mereka yang keji itu.

Benar kata Anwar cara pemimpin-pemimpin PAS berpakaian lansung tidak mencerminkan tawaduk mereka. Hari ini dengan mudah mereka berpeluk erat dengan musuh mereka tanpa malu..dan terasa keji dengan tingkah laku mereka.

Hari sudah terbukti, kata-kata Anwar PAS hanyut dalam tepukan kebodohan pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Dan PAS lebih bersedia diperalatkan dan diperlembukan oleh sesiapa saja yang dapat membantu mereka. Hari ini terbukti kata-kata Anwar menjadi realiti, PAS di Perlembukan oleh DAP dan PAS bertaraf “BARUA” pada Pakatan Rakyat.

Datuk Mustafa Ali nampaknya tak selesa dengan kenyataan Lim Kit Siang yang bimbang dengan masa depan pakatan pembangkang berikutan beberapa perkembangan mutakhir ini. Dari kenyataan Mustafa Ali ini sudah jelas menunjukkan bahawa dimana taraf dan kedudukan PAS hari ini diantara dua parti?

Barua atau talibarut bangsa. Dan sejauh mana kebenaran kata-kata Anwar yang PAS sanggup diperalatkan. Apakah Politik bertaraf “alat” atau talibarut ini mampu memperjuangkan kedaulatan Agama dan bangsa?

Renung-renungkanlah ...

1 Snippet - Cabaran SPR kepada Pakatan Haram

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mencadangkan agar parti-parti pembangkang mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan yang sah seperti Barisan Nasional bagi membolehkan mereka berkempen sebagai satu pakatan.
Sumber: Bernama.com.
Mari kita tunggu siapa yang berani menyahut cabaran. YB Lim Kit Siang kah? TG Haji Hadi kah? TG Nik Aziz kah? YB Karpal Singh kah? Ataupun Raja Drama Pakatan Haram, DS Anwar Ibrahim. Jawab jangan tak jawab.


October 5, 2009

8 Harakahdaily Sememangnya Haprakdaily

Harakahdaily, apa yang boleh saya katakan melainkan satu-satunya akhbar portal yang mempunyai nilai bacaan seperti sampah, tidak beretika, tidak langsung memaparkan sumber ilmu selain dari fitnah dan hasutan. Tidak dilupakan juga akhbar sampah ini sarat dengan iklan ubat-ubat kuat yang meransang nafsu seks. Jadi tidak hairanlah apabila Pesuruhjaya PAS di utara tanahair diberitakan diadu oleh isterinya di Pejabat Agama kerana "ditunggangi" ketika datang bulan. Harakahdaily sewajarnya ditukarkan kepada Haprakdaily.

Tun Dr Mahathir yang pernah digelar dengan bermacam-macam gelaran oleh Haprakdaily, ketika zaman pemerintahannya tiba-tiba mendapat liputan akhbar portal berkenaan apabila Tun mengkritik pemilihan TS Isa Samad. Sudah lupakah kita apabila Tun digelar dengan Mahazalim, Mahafiraun dan bermacam lagi gelaran buruk yang diberikan. Apabila Tun secara ikhlas mengkritik pimpinan parti yang disayanginya, Tun diangkat oleh Haprakdaily sebagai hero. Lihat laporan Haprakdaily mengenai kritikan Tun, di sini.

Kalau betullah Haprakdaily memaparkan keterbukaan dan ketelusan serta menghargai pendapat-pendapat Tun, saya berharap mereka tidak lupa untuk menyiarkan pendapat Tun mengenai parti PAS seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA seperti berikut:
"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi). Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk "Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu" di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang tidak berpendirian dan hanya mencari populariti diri.

"Kalau orang macam ini jadi pemimpin, susahlah," katanya.

Sumber: BERNAMA.com.

16 Melingkup Bersama Pas - Yang Tersurat Dan Tersirat

Tersurat:

Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar akan mendekati golongan berpendapatan rendah serta mendapatkan gaji minimum untuk pekerja ladang dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Ini merupakan antara usahanya untuk menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan berkenaan, seramai kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall serta Sua Betong.

Sumber: Malaysiakini.

Tersirat:

Sudahkah kerajaan Pakatan Haram di 5 opps ... 4 buah negeri melaksanakan gaji minum kepada semua pekerja ladang di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka? Sekiranya mereka gagal melaksanakan gaji minimum di 4 buah negeri di bawah jajahan mereka, apa yang boleh diharapkan oleh calon Pas yang seorang ini hendak melaksanakan gaji minimum di DUN yang kecil di dalam negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional? Berbmimpikah beliau? Adakah beliau hendak menggunakan duit poketnya untuk membayar gaji minimum tersebut?


Tersurat:

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin anggota tentera yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan bersama-sama rakyat untuk mempertahankan negara ini dari serangan politik wang. "Rakyat semakin berubah dan semakin berani menentang cengkaman kuasa mereka yang berkeras dengan rasuah dan politik wang. PAS yakin, anggota-anggota tentera pasti akan bersama-sama rakyat mempertahankan negara kita dari serangan rasuah dan politik wang," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut

Sumber: Haprakdaily.

Tersirat:

Orang yang sama pernah menguris hati kaum kerabat tentera dengan mencadangkan bahawa Chin Peng hendaklah dimaafkan oleh Kerajaan Malaysia dan dibenarkan pulang menetap di Malaysia. Adakah selepas menghina golongan tentera dan bekas-bekas pejuang negara dengan mengiktiraf Ketua Komunis, adakah beliau yakin anggota-anggota tentera akan berjuang bersamanya?

Tersurat:

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendakwa kerajaan BN lebih teruk daripada dinasti Mongol Yuan di China dan menggesa pengundi Cina di Bagan Pinang supaya mengikut 'jejak langkah' nenek moyang mereka dengan menolak calon BN. Berucap di satu majlis sambutan pesta tanglung di Bagan Pinang malam tadi, menteri besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, festival tersebut adalah mengenai "menumbangkan satu rejim yang kejam". Dan mengenai cerita mengenai bagaimana kaum Han pada Abad ke-14 menggunakan 'kuih bulan' untuk mengedarkan mesej menentang dinasti Yuan, Nizar menggesa penggundi Cina di Bagan Pinang untuk"menolak BN".

Sumber: Malaysiakini.

Tersirat:

Siapa lagi yang menjadi barua dan talibarut DAP di dalam Pas melainkan DS Nizar "The Puppet" Jamaluddin. Beliau akan melakukan apa sahaja termasuk mengadaikan maruah dan hak orang Melayu semata-mata untuk berkuasa. Di Bagan Pinang, beliau digunakan sebagai senjata untuk menarik undi kaum Cina dan bukan orang Melayu. Kenapa? Orang-orang Melayu di Bagan Pinang sudah mengenai siapa pengkianat Bangsa Melayu dan menjadi barua DAP.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates