October 3, 2009

2 Bila TG Nik Aziz Meraban DAP Naik Tocang

Inilah sebahagian gambar pahlawan-pahlawan negara yang terkorban semasa pertempuran di Bukit Kepong dengan Parti Komunis Malaya @ PKM yang diketuai oleh Chin Peng. Pahlawan-pahlawan ini adalah sebahagian daripada perajurit-perajurit tanahair yang berjuang mengorbankan nyawa untuk mempertahankan kemerdekaan tanahair. Mereka ini dibunuh dengan kejam oleh komunis-komunis di bawah naungan Chin Peng, yang kini diangkat sebagai wira oleh Pakatan Haram.

DS Anwar Ibrahim mahupun TG Nik Aziz pernah melaungkan supaya kerajaan memberikan taraf kewarganegaraan buat Chin Peng di Malaysia, walaupun beliau telah berkata beliau tidak akan meminta maaf di atas perbuatan kejamnya yang lampau. Layakkah dia diberi kemaafan dan dibenarkan pulang ke Malaysia setelah apa yang telah dilakukannya? Adakah kita bersedia memaafkan talibarut-talibarut Melayu ini apabila mereka merestui perjuangan DAP? Lupakan kita apabila DAP hendak menghapuskan hak-hak bangsa Melayu melalui konsep "Malaysian Malaysia"nya? Lupakah kita siapakah DAP dan PAP di Singapura yang menjadi pendokong kuat untuk mengiktiraf Chin Peng sebagai wira kemerdekaan negara.


Apabila Mursyidul Am PAS sendiri menyatakan Chin Peng merupakan seorang nasionalis, kesemua pemimpin Pakatan Haram mengangkat perjuangan komunis sebagai nasionalis, hanya semata-mata mahu menutup sejarah UMNO sebagai pejuang dan perintis kemerdekaan. Sokongan tidak berbelah bahagi kepada penganas komunis seperti Chin Peng telah menghalalkan perjuangan puak komunis ini sehingga menyebabkan generasi muda melupakan pengorbanan pejuang-pejuang melayu yang menjadi perajurit dan anggota keselamatan dan telah terkorban akibat keganasan komunis. Malah Pakatan Haram juga telah berusaha agar Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air dan berusaha untuk mengubah kotak pemikiran rakyat agar menerima Chin Peng seorang pejuang kemerdekaan.

Inikah yang diperjuangkan oleh TG Nik Aziz apabila beliau mengalu-alukan kemasukan orang-orang Melayu ke dalam DAP? Nilaikan sendiri hati busuknya dengan merujuk kepada keratan akhbar di bawah:

Apabila TG Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS sudah meraban dan meroyan, juak-juak DAP semakin naik tocang. Habis orang-orang Melayu dibelasahnya. Datuk Dr Hassan Ali disuruh bertaubat. Cina kafir laknatullah mana yang suruh Datuk Dr Hassan Ali bertaubat?

"Saya memberi peluang kepadanya (Hassan) untuk bertaubat. Bertaubatlah" demikian kata Teng Chang Kim (ADUN DAP Sungai Pinang) kepada Hassan Ali dalam Sinar, mukasurat 7, 29 September 2009. Begitulah yang terjadi kepada pakatan pembangkang Selangor, ADUN DAP sudah boleh gesa Pesuruhjaya PAS bertaubat. Dulu Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah minta Anwar Ibrahim bertaubat. Banduan salah guna kuasa itu tidak juga bertaubat. Kini, ADUN DAP pula yang menggesa Pesuruhjaya PAS pula. Inilah perangai Si Kitol di dalam masyarakat Melayu. Pasti ada sehingga hari kiamat.

October 2, 2009

7 Pakatan Haram Mula Mencipta Alasan-Alasan Untuk Menghadapi Kekalahan

Gelombang biru di Bagan Pinang tidak mampu lagi ditahan. Apa yang mampu Pakatan Haram lakukan ialah meletakkan calon "second class" di Bagan Pinang dan mula mencipta alasan-alasan untuk menghadapi kekalahan. Antaranya:

1. Undi pos tidak telus, PAS ada bukti!
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa PAS mempunyai bukti bahawa berlaku ketidaktelusan dalam undi pos. Katanya, undi pos masih lagi tidak telus kerana masih terdapat dakwaan pengundi-pengundi pos yang tidak mengundi tetapi kertas undi mereka telah diundi orang lain. "Cuma kita masih lagi mepersoalkan undi pos, kerana undi pos tidak telus, masih lagi terdapat 'igauan-igauan' yang menyatakan bahawa di sana terdapat pengundi-pengundi yang tidak mengundi tapi kertas mereka diundi, ini (dakwaan yang) masyhur dalam undi pos, ini yang kita bimbang,"katanya.Katanya, PAS mempunyai bukti dan ada individu yang sanggup memberikan keterangan terhadap perkara di atas.

Sumber: Haprakdaily.
Kalau benarlah Pas mempunyai bukti dan saksi untuk menyokong dakwaan berkenaan, kenapa Pas tidak membawa perkara ini ke mahkamah? Kenapa pihak parti bulan mengambang ini tidak mengadakan injunksi untuk menghalang pilihanraya ini. Kenapa hendak tunggu dibelasah teruk sebelum mengeluarkan alasan-alasan kekalahan?

Secara logiknya buat apalah askar-askar yang mengundi pos hendak menyokong selain daripada Barisan Nasional. Bukankah gaji dan kemudahan-kemudahan lain sudah dijaga. Port Dickson sudahpun digelar Bandar Tentera Darat. Buat apa hendak undi Pakatan Haram. Chin Peng pun mereka agung-agungkan. Bekas Ketua Komunis Malaya ini pun mereka hendak samakan dengan Leftenan Adnan dan ribuan lagi askar yang telah terkorban mempertahankan tanahair tercinta. Takkan lah pihak-pihak tentera akan berpaling tadah dan menyokong suku sakat komunis ini?

2. DAP, PKR Tidak Dibenarkan Mengibar Bendera Dan Foto Pemimpin Oleh SPR
Dua parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PKR - tetap akan meneruskan berkempen dengan mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka masing-masing sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula 3 Oktober ini. Kedua-dua parti tersebut juga mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk menunjukkan peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil. Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke ketika dihubungi Malaysiakini berkata, arahan terbaru itu tidak masuk akal dan melampaui tugas SPR yang sebenarnya. Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan arahan terbaru SPR itu akan menyebabkan berlakunya "defisit dalam sistem demokrasi di Malaysia".

Sumber: Malaysiakini.
Tak tahulah kenapalah bengap sangat kedua-dua orang ini. Yang bertanding parti Pas. Yang DAP dan PKR sibuk-sibuk hendak naikkan lambang parti dan pemimpin ni apasal. Bukankah mereka tidak ada hubungan apa-apa. Pakatan Rakyat yang dilaung-laungkan itu adalah pertubuhan HARAM! Tidak termaktub di dalam undang-undang negara ini pertubuhan haram boleh bebas melakukan sesuatu yang mereka ingini. Ibarat duda dan janda yang bermukah tanpa perhubungan yang sah. Carilah alasan-alasan lain untuk menyorok kemaluan daripada kekalahan besar.

September 29, 2009

19 Tahniah TS Isa, Pakatan Haram Akan Ditalqinkan Di Bagan Pinang

1. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada TS Isa kerana terpilih sebagai calon PRK Batang Pinang. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada DS Najib, TS Muhyiddin dan barisan kepimpinan yang mendengar denyut nadi akar umbi, yang mendengar kehendak rakyat di Bagan Pinang dan tidak mengulangi kesilapan memilih calon seperti mana yang berlaku di PRK Kuala Terangganu dan PRK Permatang Pasir.

2. Pakatan Haram tidak mempunyai isu besar yang hendak dimainkan di Bagan Pinang. DUN Batang Pinang amat mengagumi personaliti, kebolehan dan pentadbiran TS Isa yang bukan setakat pernah menjadi Yang Berhormat, malah pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun. "Personality Character Assasin" pastinya satu-satunya modal yang bakal dimainkan oleh pembangkang di dalam PRK ini memandangkan TS Isa pernah dikenakan tindakan tatatertib akibat politik wang. Bukankah TS Isa telah dihukum dengan digantung keahlian selama 3 tahun? Bukankah beliau telah menerima dengan hati terbuka segala hukumannya dan masih setia kepada parti? Tidak cukupkah semua itu? Kenapa hendak mempertikaikan pencalonan beliau?

3. Pakatan Haram sebenarnya takutkan TS Isa menjadi calon di PRK Bagan Pinang. Beberapa provokasi dimulakan sebelum penamaan calon. Mereka tahu sekiranya TS Isa diletakkan di Bagan Pinang, Datuk Nik Aziz Nik Mat pun akan gigit jari sekiranya bertanding sebagai calon Pas. Lihatlah gambar di bawah betapa desperadonya tindakan penyokong-penyokong Pakatan Haram.

3. Unit Penerangan UMNO dan Barisan Nasional seharusnya tidak terikut-ikut dengan modal pembangkang ini. Mereka tidak layak bercakap soal moral, maruah dan intergriti. Lihatlah saja Ketua Pembangkang, mantan banduan salah guna kuasa dan seorang peliwat diangkat menjadi ahli parlimen. Ini belum lagi dilihat kepada ramai lagi YB-YB di dalam Pakatan Haram yang mempunyai masalah moral seperti Eli "Bogel Tunjuk Anu" Wong, TS Khalid "lembu" Ibrahim, Ronnie "The Gangster" Liu dan ramai lagi yang mempunyai masalah moral dan intergriti.

4. Memang menjadi kebiasaan sewaktu PRK, Pakatan Haram akan membuat drama seolah-olah mereka bergaduh dan tidak bersefahaman. Ini juga terjadi sewaktu PRK Bagan Pinang. Speaker SELCAT, Teng Chang Kim diarahkan oleh sutradara terkenal DS Anwar "The Drama King" Ibrahim untuk bertegang leher dan bergaduh di media-media massa bersama Datuk Hassan Ali. Sudah-sudahlah drama seperti ini. Amat meloyakan sekali lakonan mereka. Seperti mana Datuk Hassan Ali bergaduh dan berpelukan dengan Ronnie Liu ketika PRK yang lalu, ini jugalah yang akan terjadi antara Teng Chang Kim dan Datuk Dr Hassan Ali. Mungkin mereka akan berbaik sambil bercium mulut!

5. Bulan tidak akan selalunya mengambang, mentari akan menyinar di Bagan Pinang. Barisan penyokong-penyokong Barisan Nasional seharusnya bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar kepada TS Isa. Mari kita kuburkan keegoan dan keangguhan Pakatan Haram. Mari kita memastikan kubur yang dihuni oleh Pakatan Haram di Bagan Pinang tidak bernesan.

Pakatan Haram pasti akan ditalqinkan. Insyaallah. Al Fatihah.

September 28, 2009

7 Sudah Dua Kali Kerajaan Selangor Di"lembu"kan

Kira-kira 70 orang penternak mengadakan bantahan dengan membawa 30 lori bersama muatan lembu, kerbau dan kambing ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini. Mereka juga turut mendesak exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap bidang pertanian, Yaakob Sapari supaya meletak jawatan.Penternak terbabit mendakwa, kerajaan negeri dan majlis tempatan tidak membantu selepas kejadian runtuh di tempat buangan sampah haram, telah mengorbankan ternakan mereka. Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim memberitahu pemberita bahawa dua ladang ternakan dihempap runtuhan sampah di situ, yang mengakibatkan 10 ekor lembu tertimbus.

Sumber: Malaysiakini.
1. Bukankah Persatuan Hindu Sanggam sepatutnya mengemukakan bantahan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana membiarkan 10 ekor lembu yang menjadi tuhan mereka "mati katak" dengan tertimbus di dalam runtuhan samapah di tempat pembuangan sampah haram? Saya mengharapkan Persatuan Hindu Sanggam tidak lupa membuat laporan polis ke atas Kerajaan Negeri Selangor kerana mengkebumikan tuhan-tuhan mereka secara zalim.

2. Apa yang pihak EXCO dan Kerajaan Negeri Selangor buat sehinggakan tempat pembuangan sampah menjadi bukit? Adakah mereka hendak menantikan bukit menjadi gunung? Atau adakah EXCO-EXCO Selangor membuat keuntungan daripada kontraktor-kontraktor haram yang membuang sampah di situ?

3. Buat Menteri Dalam Negeri yang amat disayangi, DS Hishamuddin Tun Hussin, bukankah Datuk Seri sepatutnya mengambil tindakan terhadap 70 penternak berkenaan kerana mengusung lembu-lembu berkenaan ke bangunan SUK. Kalau penduduk Seksyen 23 dikenakan tindakan kerana membawa kepala lembu, kenapa tidak penternak-penternak ini? Adakah Datuk Seri meluluskan perhimpunan ini? Perhimpunan ini halal atau haram? Ada permit atau tidak? Datuk Seri jangan pula sibuk beraya.

4. Kenapa tiada komen daripada Menteri Besar Selangor. Apa pula tindakannya selepas 2 kali beliau dan Kerajaan Negeri Selangor dihadiahkan dengan lembu. Berapa kalikah Kerajaan Negeri Selangor hendak di"lembu"kan sebelum memahami masalah rakyat?

Bagaimana masalah rakyat hendak selesai kalau MB dan KM Pakatan Rakyat hanya membaca majalah kartun satira.
5. Apa pula komen Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad di dalam blognya selepas ini? Oh ya, pastinya beliau akan berkata, kejadian hari ini didalangi oleh parti UMNO. 70 penternak yang hadir di bangunan SUK pada hari ini adalah ahli-ahli UMNO walaupun kelihatan ramai berketurunan India dan Singh berada di situ. Pasti beliau juga berkata, ini adalah helah parti UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan Selangor.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates