September 12, 2009

2 Snippet - Video Keharmonian Pengikut Pas Mengikut Kacamata Khalid Samad

YB Khalid Samad di dalam blognya mengambarkan perhimpunan membantah pembinaan rumah berhala di Seksyen 23 sebagai ganas dan didalangi oleh parti UMNO. Beliau juga mengelarkan dialog di antara penduduk Seksyen 23 dengan Kerajaan Negeri yang lalu sebagai tidak bertamadun.

Memandangkan pengikut-pengikut Pas adalah mereka yang mementingkan budi bahasa dan bersopan santun, di bawah ini saya sertakan "link" ke Youtube mengenai peristiwa di Terangganu di dalam tahun 2007 dan 2008. Anda nilaikan sendiri betapa bersopan santun dan bertamadun pengikut-pengikut Pas ini:

September 10, 2009

28 TS Gani Patail Wajar Dipecat Dan Digantikan

Beberapa insiden-insiden besar yang melibatkan integriti pihak pendakwaan daripada pihak Pejabat Peguam Negara menyebabkan undang-undang negara dipandang sinis dan dipermainkan oleh orang-orang yang berkepentingan. Keputusan-keputusan yang tidak tegas, berdolak dalik dan berat sebelah telah menyebabkan saya menulis posting ini untuk merayu kepada Perdana Menteri DS Najib agar mempertimbangkan seorang Peguam Negara yang baru yang lebih tegas dan berkarisma untuk mengelakkan undang-undang negara dari terus dipermainkan. Sila lihat hujah-hujah saya seperti di bawah:

1. Kes Anwar "The Drama King" Ibrahim.

Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu. Terbaru, kes tersebut akan dipanjangkan lagi pada bulan Oktober. Maknanya, sudah dua kali Ramadan dan Aidilfitri terpaksa dilalui oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan perasaan tertekan menantikan kesnya. Siapa kata mahkamah di negara ini akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang? Di manakah Peguam Negara di dalam menguruskan kes tersebut. Adakah beliau tertidur di kerusi empuknya selepas penat berbuka?

2. Kes-kes Yang Melibatkan Pembangkang

Jika dibuat kajian, banyak kes ternyata berakhir dengan mahkamah membuat keputusan menyebelahi pemimpin pembangkang. Antaranya ialah kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan 2004, kes penulis blog Raja Petra, petisyen-petisyen pilihan raya, kes saman Mahfuz terhadap Utusan dan banyak lagi. Saya tidak terkejut dengan sentimen yang dimainkan kerana ianya bukan baru. Itulah strategi pembangkang, yang sangat difahami majoriti rakyat negara ini. Keadilan hanya untuk pembangkang. Jika apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka maka ia akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan.

3. Kes Kepala lembu di Shah Alam.

Kerana sebiji kepala lembu, Peguam Negara diperkudakan oleh ekstremis-ektreamis Hindu dengan mendakwa 12 orang yang berarak kerana mempertahankan hak mereka agar kuil Hindu tidak dibina di kawasan Seksyen 23 yang majoritinya beragama Islam. Walaupun tujuan membawa kepala lembu itu adalah untuk menunjukkan betapa bodohnya MB dan beberapa pemimpin Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor, yang bertindak seperti lembu yang diperbodohkan, namun persepsi yang timbul jelas membawa kepada kemelut penghinaan kepada penganut agama Hindu yang mempertuhankan dan mempersucikan haiwan lambu ini. Mungkin selepas ini Peguam Negara akan mewartakan bahawa umat Islam tidak boleh memakan lembu! Jangan tersenyum, apa sahaja boleh terjadi di Malaysia ini sekiranya ianya melibatkan usaha untuk menjaga kaum lain selain dari kaum Melayu beragama Islam.

4. Kes Jeff Oii Menghina Pertubuhan Islam JIM

Apa yang berlaku apabila Jeff Ooi melabel mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sebagai ekstremis. Sehingga hari ini Jeff Ooi terus dengan sifat bongkak dan angkuhnya enggan menuntut maaf atas kebiadapannya. Sehingga ke hari ini Jeff Ooi masih bebas, tiada sebarang tindakan pendakwaan diambil terhadap keceluparan beliau. Mengapa Peguam Negara tidak bertindak tegas terhadap Jeff Ooi? Mengapa Jeff Ooi tidak dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan, mahupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan?

5. Kes Penghinaan dari Namawee

Banyak lagi kes-kes kalau hendak dikumpulkan untuk membuktikan bahawa Peguam Negara pilih kasih dan tidak istiqamah di dalam mengendalikan sesuatu isu. Siapa yang telah lupa peristiwa seorang pelajar Cina yang telah menghina lagu negaraku dan Agama Islam di dalam video klipnya yang disiarkan di "Youtube". Siapa yang telah lupa bahawa lagu tersebut telah disiarkan ke seluruh dunia mempersendakan Malaysia dan Agama Islam. Apakah tindakan yang dikenakan ke atasnya. Sampai sekarang beliau masih tidak dikenakan apa-apa tindakan disebabkan campurtangan parti-parti politik dan badan NGO bangsa Cina.

6. Kes Kartina Sri Dewi Sukarno

Apabila mahkamah Syariah Negeri Pahang telah mengenakan hukuman rotan terhadap Kartika, Majlis Peguam dengan angkuh memperlekeh hukum sebat bagi peminum arak beragama Islam. Kenyataan biadap Majlis Peguam, menghina hukum syara' dengan menyatakan hukuman sebat ini sebagai tidak berpeikemanusiaan dan zalim serta menyamakan undang-undang Islam dengan hukuman barbarik. Di manakah kenyataan Peguam Negara di dalam hal ini? Adakah penganut agama-agama lain bebas menghina sistem perundangan Islam dan umat Islam tidak boleh memijak kepala lembu?

Kesimpulannya, Peguam Negara memang tidak cukup kelelakiannya untuk menguruskan kes-kes yang melibatkan kaum-kaum bukan Melayu di Malaysia. Apatah lagi sekiranya kes-kes berkenaan melibatkan ahli-ahli parti pembangkang. Cara terhormat adalah beliau mengundurkan diri dan memberikan jawatannya kepada orang yang "ada telur" untuk membuat kerja. Kalau tak faham-faham lagi atau pihak-pihak Menteri buat-buat tak baca posting ini, saya tak tahulah nak kata apalah? Seperti mengikut fahaman Penasihat PKR, "Sama Rata, Sama Rasa, Depan Belakang Sama Saja".

September 8, 2009

25 R Gunaretinam Wajar Didakwa Di Bawah Akta Hasutan

Mereka-mereka ini tidak dikenakan Akta Hasutan ke TS Gani?
The cow’s head protesters are likely to be charged with sedition and illegal assembly today. Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed in a statement issued yesterday that the protesters in the controversial demonstration against the relocation of a Hindu temple in Section 23 in Shah Alam on Aug 28 would be hauled to court.

He said: “I have decided to charge those who carried and spoke while stepping on the cow’s head under Section 4(1) of the Sedition Act alternatively Section 298 of the Penal Code.

Source: The Star Online.

Apabila membawa, bercakap sambil memijak kepala lembu dijadikan "precedent case" untuk ditakrifkan sebagai Akta Hasutan, saya tidak tahu bagaimana umat Islam akan menyembelih lembu selepas ini. Kemungkinan besar ada segolongan fanatik Agama yang akan membuat aduan polis untuk tidak membenarkan umat Islam menyembelih lembu atas alasan menganiya tuhan mereka dan mungkin pula laporan polis akan dilakukan ke atas umat Islam di bawah Akta Hasutan agar tidak membenarkan umat Islam memakan daging binatang yang dianggap tuhan mereka. Golongan-golongan ini masih akan berkata, kerajaan tidak adil.

Untuk memastikan keadilan juga diberikan kepada umat Islam, saya mengharapkan agar R Gunaretinam, penduduk Seksyen 23 turut ditangkap, disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 4(1) di bawah Akta Hasutan dan alternatifnya Seksyen 298 di bawah Penal Kod. R Gunaretinam telah membuat ketegangan dan menghina Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara Malaysia (bagi sesiapa yang lupa) dan hampir mencetuskan pergaduhan kaum dengan kurang ajar berkata, setiap rumah dan kawasan telah dilengkapi dengan surau dan masjid bagi kegunaan masyarakat Islam dan mempertikaikan azan yang dilaungkan 5 kali sehari, lihat di sini.

Saya berharap pihak Peguam Negara dapat berlaku adil di dalam perkara ini, kerana ianya melibatkan sensitiviti kaum. Janganlah asyik hendak mendakwa umat Islam dan kaum lain bebas menghina Agama Islam.

Perdana Menteri sebelum itu telah meminta agar umat Islam akan sentiasa bertolak ansur dan menunjukkan rasa hormat kepada kaum lain seperti mana yang terdapat di dalam Al Quran. Laporan yang dipetik dari The Star Online adalah seperti berikut:
Datuk Seri Najib Tun Razak has called on all Muslims to exercise religious tolerance and show mutual respect for other races as dictated in the Quran. This, the Prime Minister said, would in turn win them the respect from those of other faiths and backgrounds.

Najib said Islam was brought to the world as a universal religion. It called on followers not to hate people of any race or faith, especially if it could cause the latter to be treated unfairly, he added.

Source: The Star Online.

Untuk pengetahuan DS Najib, umat Islam di Malaysia amat menitik beratkan unsur bertolak ansur dan tolenransi. Rasa ukhwah dan perpaduan memang wujud. Cuma janganlah sampai permintaan-permintaan yang melampau dikemukakan oleh badan-badan agama bertujuan untuk menguji kesabaran umat Islam di Malaysia ibarat, diberi betis hendak paha. Janganlah sampai pemimpin Islam sendiri membiarkan umat Islam sendiri seperti melukut di tepi gantang.

Apa yang berlaku dewasa ini adalah seperti Kerajaan hendak menjadikan umat Islam sebagai pengemis dan penduduk kelas ketiga di negara sendiri. Setiap agama mengalakkan perpaduan dan kerjasama yang harmoni sesama atau berlainan agama. Marilah kita sama-sama menghormati hak-hak masing-masing seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan. Janganlah sampai umat Islam yang hanya perlu mengalah dan kalah seperti apa yang berlaku kepada umat Islam di Palestin.

Sila baca juga komentar Abang Blogger ku, di sini.

September 6, 2009

14 From The Bottom Of My Heart Thank You

Saya meminta maaf kerana tidak dapat mengemaskinikan blog ini terutama terhadap apa yang berlaku pagi semalam. Ini disebabkan saya merasa terlalu penat dan terjadi insiden kecil di sebelah petangnya. Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Dialog yang berlaku pada pagi semalam dapat dilihat melalui klip video di Malaysiakini di sini dan laporannya pula di sini dan di sini. Kejadian menjadi tegang dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila R Gunaretinam menimbulkan kemarahan penduduk Melayu kerana berkata, setiap rumah kawasan mempunyai surau dan masjid bagi kegunaan masyarakat Islam dan mempertikaikan azan yang dilaungkan 5 kali sehari, lihat di sini.

Cucu Tok Selampit ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada TS Khalid Ibrahim yang telah bersetuju untuk membatalkan pembinaan kuil di Seksyen 23. Saya tidak pernah bertemu muka dengannya sebelum ini. Apa yang dapat saya katakan beliau mempunyai sifat keterbukaan dan mendapat nasihat yang salah mengenai isu ini.

Rasa terharu dan bersyukur juga saya tujukan buat rakan-rakan seperjuangan dari Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seskyen 23 yang tidak perlu saya sebutkan nama di sini. Jasa dan pengorbanan tuan-tuan amat disanjung tinggi. Kami memahami dan berbangga di atas pengorbanan anda semua. Bagaimana kita terpaksa menghabiskan cuti tahun, bagaimana dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan sehingga pukul 2 - 3 pagi. Bagaimana kita dihina, dicerca oleh masyarakat Malaysia dengan pelbagai nama dan gelaran termasuk PENGKIANAT. Bagaimana kita disisihkan oleh keluarga sendiri untuk menegakkan keadilan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media cetak dan media elektronik yang tidak jemu memberikan ulasan-ulasan dan laporan berita yang seimbang. Buat sahabat-sahabat seperjuangan blogger-blogger yang sentiasa membantu dari segi moral, penulisan dan wang ringgit. Jasa anda semua tidak akan kulupakan.

Dan yang terakhir, ucapan terima kasih ini saya tujukan buat penduduk-penduduk Seksyen 23 dari parti mana sekalipun anda berada, dari kaum mana dan agama sekalipun kerana teguh berdiri di belakang kami Jawatankuasa Bertindak terutama di dalam peristiwa bersejarah pada hari ini. Kejayaan sudahpun berada di tangan kita. Namun kita janganlah melupakan penderitaan yang masih lagi dialami oleh rakan-rakan kita di Seksyen 19. Marilah kita membantu mereka tanpa jemu.

Seperti kata TS Khalid Ibrahim, hari ini beliau telah banyak belajar dari episod yang berlaku. Beliau juga akur dengan KUASA RAKYAT atau PEOPLES' POWER. Marilah sama-sama kita menggunakan kuasa yang ada pada tangan kita untuk memajukan dan memakmurkan Malaysia yang amat kita sayang ini.

Akhir kata, from the bottom of my heart, thank you very much and Jazakallah hukhaira kasiran.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates