August 29, 2009

15 Khalid Gagap Mengarahkan MBSA Jumpa Penduduk Seksyen 23 ... Chickened Out

TS Khalid Gagap yang diarahkan oleh kroni-kroninya di dalam PKR dan DAP telah meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
“Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23,” katanya.

Sumber: Malaysiakini.
Adakah ini merupakan satu tindakan yang ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini atau ianya sekadar satu helah untuk berbohong kepada rakyat. Soalan saya, sekiranya Ahli Parlimen Shah Alam - Khalid Samad, ADUN Batu Tiga - Rodziah Ismail dan TS Khalid sendiri tidak dapat hadir (dalam bahasa kasarnya pengecut atau "chickened out") apalah yang boleh penduduk boleh harapkan dengan perbincangan dengan PKNS dan MBSA.

Segala keputusan mengenai kuil itu ditandatangani oleh kedua-dua YB Melayu yang lupa asal usul ini dengan dibelakangi dan ditunggangi oleh Dr A Xavier. Mengapakah mangkuk-mangkuk hayun yang menandatangani semua dokumen-dokumen ini tidak berani untuk berjumpa penduduk? Jenis pemimpin dan wakil rakyat apakah mereka ini. Harap elaun saja besar. Maruah dan harga diri telah dijual dengan harga yang murah.

Saya mewakili penduduk Seksyen 23, meminta supaya ahli-ahli Yang Berkhidmat Pakatan Haram jangan jadi dayus. Datanglah bersemuka dengan penduduk sekiranya anda yakin dengan keputusan yang anda telah buat. Wakil dari PKNS dan MBSA tidak dapat membuat apa-apa keputusan melainkan menjadi "punching bag" oleh saya dan rakan-rakan penduduk Seksyen 23. Saya dengan ini mencabar TS Khalid, Khalid Samad dan Rodziah supaya hadir di dalam pertemuan itu. Sekiranya tidak maruah anda bertiga hanyalah seperti gambar di bawah.

15 Apa Masalah Dengan Kepala Lembu?

Lagi gambar-gambar menarik dapat dilihat di blog Abang Blogger saya, Minaq Jinggo di sini.

Sejak semalam Facebook dihujani dengan pelbagai pendapat dan kritikan ke atas tindakan penduduk-penduduk Seksyen 23 membawa kepala lembu untuk "dihadiahkan" kepada Khalid Gagap di Bangunan SUK, Shah Alam. Berita penuh dilaporkan oleh Sinar Harian, di sini.

Agenda asal penduduk adalah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor selepas beliau beberapa kali mengelak untuk bertemu dengan penduduk. Kepala lembu berkenaan menjadi kontroversi sehinggga mengundang komen Perdana Menteri dan Anak Omak, Khairy "Si Penganggur Jutawan" Jamaluddin itu telah dibawa oleh individu yang marah. Ianya dianggap sebagai simbolik kepada tindakan Khalid, Rodziah dan Kerajaan Negeri yang dianggap seperti 'dicucuk hidung' apabila meluluskan pembinaan kuil di kawasan perumahan majoriti penduduk beragama Islam. Salahkah kepala lembu itu dibawa?

1. Adakah lembu hanya merupakan seekor binatang kepunyaan sesuatu kaum seperti yang didakwa? Sekiranya lain-lain penduduk, kaum dan Agama lain menggunakan binatang tersebut adakah ianya dianggap menghina Agama tersebut. Apakah kaum lain tidak ada hak ke atas lembu? Kalau begitu, adakah dengan memakan kari lembu, sup ekor lembu dan menggunakan lembu untuk membajak di sawah merupakan satu penghinaan ke atas penganut Agama tertentu?

2. Sayugia sekali lagi diingatkan bahawa kepala lembu itu adalah simbolik kepada tindakan dan kelakuan Khalid Gagap, Khalid Samad dan Rodziah yang penduduk anggap sebagai lembu yang dicucuk hidung, hanya mengikut kata dan kehendak bangsa lain dengan menjual bangsa sendiri. Bukankah itu sifat-sifat terpuji mereka?

3. Kepala lembu juga pernah dijadikan lambang sebuah parti poiltik di Malaysia, Parti Rakyat Sosialis Malaysia. Apa masalahnya? Pernahkah ada mana-mana pihak yang mendakwa parti tersebut telah menghina sesebuah Agama? Pernahkah penggunaan kepala lembu dihalang oleh pendaftar pertubuhan?

4. Shamsul Kemetot penah terhegeh-hegeh mengusung lembu untuk di bawa ke SPRM. Kenapa tiada bantahan kedengaran dari pihak pembangkang dan juga Ketua Pemuda UMNO yang merupakan Anak Omak, Khairy Si Penganggur Jutawan?

Sayugia juga diingatkan bahawa Khalid Samad telah membuang posting mengenai penjelasannya berhubung pembinaan kuil di Seksyen 23 di blognya setelah dibelasah teruk kiri dan kanan oleh para pengujung. Penulis sendiri telah menjawab segala dakwaannya di sini. Adakah fakta yang disampaikan olehnya bersifat pembohongan dan tipu helah sehingga beliau takut menghadapi kenyataan? Adakah beliau telah "chicken out" atau "chicken run"?

August 28, 2009

18 Kwek Lee May Vs Teoh Beng Hock

Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui mati dipercayai akibat terjun dari bangunan tiga tingkat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sini pagi Khamis. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Ghafar Mohamad berkata, mangsa dikenali sebagai Kwek Lee May berasal dari Taman Chandan Puteri di sini ditemui mati dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan pada pukul 8 pagi. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya di sini.

Abdul Ghafar berkata, tiada sesiapa yang melihat wanita itu memasuki kuarters dan hanya mengetahui ada seorang wanita terbaring berlumuran darah oleh beberapa penghuni kuarters berkenaan. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh diri, katanya. Punca wanita berkenaan berbuat demikian sedang disiasat.

Sumber: Bernama.
Pihak polis sedang menyiasat motif dan punca wanita itu membunuh diri. Saya rasa tidak perlu. Bagi saya perempuan berkenaan banyak terpengaruh dengan isu-isu yang dibangkitkan dan disensasikan oleh Pakatan Haram di dalam kes Teoh Beng Hock yang membunuh diri di Wisma Massalam, ketika beliau di soal siasat oleh Pejabat SPRM. Di sini saya ingin menyeru agar DAP meminta Kerajaan mengadakan inkues atau Suruhanjaya Di Raja untuk wanita berkenaan? Kenapa tidak? Kedua-duanya berbangsa Cina dan kedua-duanya membunuh diri di premis kerajaan.

Atau mungkinkah kita boleh meminta Kerajaan Negeri Selangor membiayai pengkebumian wanita berkenaan seperti mereka menghabiskan berpuluh ribu untuk pengkebumian Teoh Beng Hock, seorang pengamal rasuah yang mati membunuh diri. Saya sebagai ahli khariah penduduk DUN Batu Tiga akan mengusulkan agar YB Radziah Ismail agar turut mengiringi mayat mendiang Kwek Lee May, seperti mana yang pernah beliau lakukan untuk S Kugan. Tidak dilupakan juga akan saya hadiahkan lilin-lilin buat Nizar "The Puppet" Jamaluddin dan rakan-rakannya untuk membolehkan mereka mengadakan upacara vigil.

August 26, 2009

5 Kes Rohaizat - Siapa Harus Melakukan Harakiri?

Ramai pengunjung blog saya dan rakan-rakan karib yang bertanya kenapakah saya langsung tidak menulis sebarang posting mengenai Permatang Pasir. Seperti kata pepatah ditelan mati emak, diluah mati bapa. Cerita yang sebenar telah saya pendam sehinggalah ke hari ini, bila mana Dato' Shamsuddin Nawawi telah menulis di dalam blognya, Small Talk bertajuk Rohaizat dan Kartika, di sini. Bacalah dengan hati terbuka untuk Bangsa, Agama Dan Tanahair.

Kami juga telah memaklumkan sekali lagi kepada TS Muhyiddin Yassin sewaktu pertemuan beliau dengan bloggers pada 19 August 2009 di Carcosa Seri Negara tempoh hari. TS Muhyiddin seperti mengakui kelemahan orang-orang bawahannya tetapi sudah terlewat untuk mengundurkan diri. Satu persoalan yang masih terbuku di dada saya mengenai Rohaizat, lelaki apakah yang malu untuk mengakui seorang isteri yang dinikahinya dengan secara sah? Izinkan saya memetik tulisan DSN di dalam pengakhiran tulisannya mengenai Rohaizat:
Siapa kah yang silap dan siapakah yang harus "hara-kiri?" Kita semua tahu dan orang yang mati-mati hendakkan Rohaizat terus bertanding sebagai calon sepatutnya selepas ini tidak lagi menjadi pemimpin kita. Mereka patutnya sudah mati akibat harikiri! Tidak terkecuali lawyer umno dan Pengerusi Unmo Pulau Pinang! Dan "Don't kill the messenger!" kalau UMNO mahu terus mahu hidup lama lagi !..
Semoga Allah menyelamatkan UMNO dari dihancurkan oleh manusia-manusia ini. Tahniah saya ucapkan kepadaPesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

August 25, 2009

6 Terima Kasih Gabungan Badan NGO Malaysia

Kemaskini:

Foto-foto perjumpaan penduduk dengan Gabungan Badan NGO Malaysia dan wartawan semalam.

Posting Asal:

Bagi pihak penduduk-penduduk Seksyen 23, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan Gabungan Badan NGO Malaysia untuk bersama-sama penduduk membantah pembinaan kuil di Seksyen 23. Perjumpaan bersama penduduk Seksyen 23 dan pihak media akan diadakan malam ini (Selasa, 25 Ogos 2009) jam 9.30 malam untuk membincangkan mengenai bantahan berkenaan bertempat di Surau Al Jannah, Seksyen 23, selepas Sembahyang Terawikh. Salinan surat daripada Setiausaha kerja Badan NGO Malaysia disertakan di bawah:

Sila "double click" untuk besarkan imej.

8 Snippet - Ah San Ah Lee

Apa hal lah pulah Ah San Ah Lee ni main karom sorang-sorang. Orang takut nak dekat dengan dia pasal apa?
Mosque officials in Selangor have now been empowered to arrest Muslims drinking alcohol in public places. Also at risk of being arrested are Muslims selling, storing and displaying alcoholic drinks for sale. Announcing this yesterday, Selangor executive councillor Datuk Dr Hassan Mohd Ali said the mosque officials empowered to carry out the arrest were the nazir, imam, bilal and siak. Dr Hassan, who is also the Selangor PAS commissioner, said the officials were empowered to arrest without warrant under Section 18 of the Syariah Criminal Precedure (State of Selangor) Enactment 2003.

Source: The Star.
Saya ingin bertanya kepada Dr Ah San, sudahkah beliau mendapatkan kebenaran dari sahabat-sahabat baiknya iaitu Ronnie Liu dan Dr A Xavier. Bukannya apa saya takut Dr Ah San akan malu tiba-tiba dia terpaksa menarik balik kenyataan akhbarnya disebabkan penentangan dari kedua-dua rakan baiknya itu.

Keduanya, Dr Ah San berkata kakitangan masjid seperti nazir, imam, bilal dan siak mempunyai kuasa untuk menahan orang-orang Muslim yang menjual, menyimpan dan mempamirkan minuman beralkohol untuk dijual. Saya ingin bertanya Dr Ah San, adakah pekerja-pekerja Muslim di 7 Eleven, hotel-hotel, kelab-kelab, kedai-kedai makan dan sebagainya di Selangor akan ditahan secara besar-besaran selepas ini oleh kakitangan masjid kerana mereka bersubahat menjual, menyimpan dan mempamirkan minuman beralkohol ini? Atau adakah Dr Ah San sekadar melepaskan batuk di tangga disebabkan ketidakjantantanan beliau mempertahankan isu arak tempoh hari?

August 24, 2009

11 Pemuda Pas Oh Pemuda Pas

Pemuda PAS membantah keras keputusan kerajaan membenarkan kumpulan Michael Learns To Rock (MLTR) mengadakan persembahannya di Genting Highlands awal bulan depan. Konsert ini "penghinaan besar" kepada umat Islam dan negara ini, kata ketua dewan itu Nasrudin Hassan hari ini.

"Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Di mana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan penghinaan besar terhadap umat Islam di Malaysia," katanya.

Sumber: Malaysiakini.
Apabila pemimpin-pemimpin Pas berfatwa bahawa dengan menyertai Pas, boleh masuk syurga, ini bukan "penghinaan besar" kepada umat Islam.

Apabila seorang ADUN dan seorang Ahli Parlimen berbangsa Melayu menghadiahkan kuil terbesar di Shah Alam kepada penduduk majoriti Melayu di Seksyen 23, Shah Alam, ini bukan "penghinaan besar" kepada umat Islam.

Apabila kepimpinan Pas Selangor tunduk kepada DAP untuk menghalalkan arak di kawasan majoriti Melayu di Selangor, ini bukan "penghinaan besar" kepada umat Islam.

Apabila rakan sekutu mereka, Parti Kencing Rakyat (PKR) mengadakan konsert di Stadium Kelana Jaya sehingga menunjukkan bontot, ini bukan "penghinaan besar" kepada umat Islam.

Apabila kes Kartina yang dihukum sebat kerana meminum arak mendapat bantahan yang lantang dari bukan Islam, Pemuda Pas membisu, ini bukan "penghinaan besar" kepada umat Islam.

... dan inilah mentaliti Pemuda Pas. Orang seperti ini patut simbah serban mereka dengan air basuhan kain sebagai langkah keselamatan, kata Husin Lempoyang.

5 Kenapakah Hendak Membesar-besarkan Kes Kartina?

Terkini:

Model Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijadulkan untuk menjalani hukuman sebat kerana meminum arak telah dibebaskan. Tiga pegawai dari jabatan agama datang ke rumahnya di Sungai Siput hari ini dan membawanya dalam van. Bagaimanapun menurut ayah Kartika, Shukarno Abdul Mutallib, 30 minit selepas itu Kartika dihantar pulang selepas pegawai tersebut meneriman arahan daripada 'pihak atasan' untuk membebaskanya.

Sumber: mStar Online.
Posting Asal:
"Saya rela diri disebat. Jika saya tidak dikenakan hukuman itu, mungkin sehingga sekarang saya tidak insaf," kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Kartika Dewi ketika ditemui pemberita di sini, semalam, berkata beliau sanggup berdepan hukuman itu sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan sama yang memalukan diri dan keluarganya.

“Saya mahu menjalani hukuman sebat itu kerana saya sudah insaf dan ia membabitkan keluarga. Hukuman di dunia saya sudah terima, tetapi di akhirat kelak Allah saja yang menentukan. Jadi, nasihat (saya kepada) remaja di luar sana, nak berbuat apa-apa fikirkan tentang ibu bapa jika tidak mahu mereka dimalukan," katanya yang kini bekerja sebagai 'webmaster' bagi syarikat milik keluarganya di Sungai Siput.
Saya menyanjung tinggi semangat yang dimiliki oleh ibu kepada dua anak ini. Temubual beliau dengan sebuah akhbar tempatan amat menyentuh perasaan sesiapa yang membacanya. Kartika Dewi berkemungkinan menjadi wanita pertama dikenakan hukuman sebat dijatuhi maksimum enam sebatan dan denda RM5,000, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang, jam 11.40 malam, 11 Julai 2007. Dia yang pada mulanya meminta penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya didengar, memutuskan untuk menarik balik rayuan itu dan sudah membayar RM5,000 serta mahu menghadapi hukuman sebat secepat mungkin.

Wanita yang juga ibu kepada dua anak berusia tujuh dan lima tahun serta isteri kepada warga Singapura berkata, beliau berterima kasih dengan keputusan yang dibuat hakim kerana menjadi pengajaran pada diri serta orang lain.

Saya merasakan isu ini menjadi panas adalah kerana banyak sangat pihak hendak menjadi hakim. Sekiranya tidak tahu menahu mengenai kes ini, saya mengharapkan pihak yang berkenaan tidak perlulah memberi komen, hormatilah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan iaitu Datuk Abdul Rahman Yunus. Baik Blogger (lihat di sini), Menteri (lihat di sini) dan Ketua Hakim Syarie Terangganu (lihat di sini) yang begitu sibuk untuk membicarakan perkara ini melebihi sudu dari kuah. Mungkin mereka ini mempunyai kepentingan di dalam isu berkenaan. Lihat juga pendapat dari Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi, di sini.

Hukuman sebat dan perintah tahanan penjara terhadap Kartika sudah diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan semua pihak perlu akur serta menghormati keputusan itu. Kesalahan Kartika sudah disabitkan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan) 1987 dan dihukum mengikut Seksyen 4 enakmen sama.

Persoalan saya begitu mudah. Sekiranya tuan punya diri begitu redha dengan hukuman yang bakal diterimanya sebagai pengajaran kepada dirinya dan juga yang lain, kenapa pula pihak-pihak lain yang sibuk-sibuk dan hendak menjadi hero.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates