July 18, 2009

14 Anwar Ibrahim Taukeh Kitar Semula

1. Saya merasa amat kagum dengan semangat jati Anwar Ibrahim sedang berusaha menjadi Taukeh Kitar Semula. Setelah kegagalannya untuk mendapatkan barangan original dan bermutu tinggi di dalam projek 16 September tidak mendapat respon yang sewajarnya, beliau mengalihkan perniagaannya kepada projek kitar semula. Kata orang, "second hand" pun "second hand lah, janji ada.

2. Yang terbaru kita dapat melihat bagaimana gembiranya beliau di dalam TV membawa satu lagi barang "reject" dari parti BN. Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway. Menurut Chua, "beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara." Saya mengaru-garu kepala yang tidak gatal, dengan kebangkitan UMNO sejak mutakhir ini dan penghijrahan barang "reject" ke parti sebelah merupakan detik penting dalam sejarah negara. Bermimpikah orang tua ini?

3. Sudah tentunya orang-orang di dalam Pakatan Haram ini mengharapkan Dr Chua akan membawa bersamanya berkotak-kotak dokumen bukti mengenai penyelewengan kerajaan BN seperti yang didakwa oleh Pakatan Haram. Kalau sekiranya seorang bekas menteri kanan BN tidak berupaya mendapatkan bukti-bukti tersebut, saya tertanya-tanya apakah betul dakwaan rasuah dan penyelewengan seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim dan tali barutnya.

4. Di sini saya sertakan keluhan seorang ahli PKR yang merupakan sahabat saya untuk dijadikan renungan, "... Tapi yang saya rasa tidak gembira, mereka-mereka yg menyertai PKR adalah di kalangan mereka-mereka yang telah ditolak oleh parti mereka dan bekas-bekas anggota kabinet. Dahulu mereka-mereka ini menentang PKR. Kini menyertai PKR dan bakal diberi jawatan dan bertanding di PRU13. Mereka-mereka ini berpengaruh. Masuk cuci kaki saja. Mereka-mereka yang berjuang di era reformasi makin terpinggir. Inilah keadilan yg kita cari. Aduhai."

5. Saya menaruh harapan tinggi agar Anwar Ibrahim meneruskan usahanya untuk mengumpul lebih banyak barangan kitar semula daripada parti BN. Banyak sangat yang tidak berguna di dalam BN yang perlu dikitar semula. Buat permulaan, apa kata Anwar Ibrahim membeli barangan tak terpakai yang akan dijual secara jualan murah iaitu pelakon vcd lucah, Chua Soi Lek. Keturunanpun dah cantik. Chua juga. Agak-agaknya berapakah perbelanjaan yang diperlukan untuk proses kitar semula pemimpin MCA tersebut. Mungkin Dr Chua boleh berkongsi cerita.

18 Perhimpunan Dekat Stadium Lagi ... Tak Boring Ke?

Dua perkara menarik yang saya dapat simpulkan mengenai Pakatan Haram, adalah gabungan yang mengabungkan 3 parti yang tidur sebantal, main seranjang yang mengalami mimpi lain-lain. Antara dua kegilaan mereka adalah untuk mengadakan perkara-perkara “stereotype” berikut sekiranya terjadinya sesuatu tragedi.

Yang pertama adalah perhimpunan haram yang sering kali mereka gelarkan sebagai “Perhimpuan Rakyat”. Yang kedua pula, mereka ini terkenal dengan kelantangan suara untuk mengadakan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat sesuatu kes yang berlaku kepada puak-puak mereka atau yang memberi keuntungan kepada mereka dari segi populariti politik. Jika diperhatikan semenjak kes Kugan yang mati di dalam tahanan polis sehinggalah kepada kes “kematian mengejut” yang melibatkan pembantu peribadi seorang EXCO Selangor, (saya tidak menyebut Setiausaha Politik kerana sejak bila EXCO ada peruntukan Setiausaha Politik) modus operandinya tetap sama.

Kerajaan Selangor akan mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM di Plaza Massalam, Shah Alam semalam selepas disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor. Perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.

Perhimpunan yang pada mulanya hendak diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam telah ditukar ke saat akhir akibat bantahan penduduk Shah Alam. Seperti biasa apa yang kita boleh lihat di dalam sesuatu perhimpunan adalah ucapan-ucapan pemimpinnya yang “stereotype”. Anwar Ibrahim jangan cakaplah. Adalah lebih kurang 5 minit beliau akan bercakap berkenaan kematian Teoh. Selebihnya pastinya beliau akan mempromosikan bahawa dirinya tidak bersalah di dalam kes liwat.

Cuma diharapkan perhimpunan ini tidak diuruskan oleh Ketua AMK yang kemetot itu. Bukannya apa, takut-takut yang digembar gembur orang yang hendak datang 2,000 orang tetapi orang yang datang tidak sampai 100 orang. Itupun termasuk polis dan FRU yang mengawal keadaan.

Nota Kaki:

Izinkan saya mengambil sebahagian "posting" terbaru sahabat saya Hamidzun dari Warisan 2057 yang menulis seperti berikut:
Bila berjawatan besar maka “claim” pun besar. Itu yang sampai MB Selangor belanja lebih RM 30 ribu untuk pathology hospital swasta turut serta dalam postmortem mayat Teo di Hospital Klang, walaupun pathology HKL dan UH sudah sangat cukup kepakarannya. Itu juga MB bagi RM 20 ribu untuk belanja kebumi Teo. Wow mewahnya berbelanja! Nilai RM 50 ribu ini boleh buat 3 buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Itulah salahguna kuasa Exco dan MB. Salah guna istilah jawatan dan salahguna wang rakyat untuk suku sakat, kaum kerabat yang berada digerbang kekuasaan. Bermewahan untuk belanja orang yang sudah mati sedangkan rakyat marhaen melarat dengan kemiskinan dan kesusahan dalam dunia ekonomi yang semakin mencengkap. Power is corrupt, absolute power will corrupt absolutely. Even little power has corrupt very quickly.
Mereka hanya akan bercakap mengenai rasuah bila hanya apabila melibatkan orang lain selain dari puak-puak parti mereka. Inilah contoh terbaik Pakatan Haram Selangor. Sampai bilakah anak bangsaku akan menjadi kuda tunggangan cauvinist DAP. Nizar di Perak dan Khalid di Selangor.
Sahabat saya Kamaluddin Idris bertanya, "Apa hukumnya orang Islam menghadiri 'tahlil' mendiang Teo dan apa hukumnya mengangungkan orang mati membunuh diri. Aku tengok ramai muka melayu di majlis 'ritual spirit' Teo semalam. Ada yang memegang lilin seperti menyembah api." . Ini TG Nik Aziz kena jawab ni.

July 17, 2009

7 Tun Abdullah Suruh Hapus ISA - "Joker Of The Day"

Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang kini sering dikaitkan dengan segala persepsi negatif, dan digantikan dengan satu perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan di samping mempertahankan hak asasi rakyat. Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) Menteri Dalam Negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini."

Sumber: Bernama.
Tun Abdullah bersuara kembali. Tiba-tiba Tun terjaga dari tidurnya dan berkata "Kerajaan wajar berani memansuhkan ISA". Kenapa sekarang? DS Najib baru mengambil alih tampuk kerajaan daripadanya dalam 100 hari kurang lebih. Apakah beliau berandaian DS Najib dapat melakukan sesuatu yang ajaib untuk menyelesaikan segala perkara dalam beberapa hari mengambil alih tampuk pemerintahan negara?

Kenapa beliau sewaktu menjadi Perdana Menteri selama beberapa tahun tidak memansuhkan akta tersebut jika terbukti akta berkenaan zalim dan tidak boleh diterima pakai. Kenapa hendak letakkan bebanan yang beliau sendiri tidak mampu membuatnya? Apa yang telah beliau lakukan selama beberapa tahun memerintah negara? Adakah Tun Abdullah baru bangkit dari tidur dan membuat kenyataan yang bakal memalukan dirinya sendiri.

Apakah sebelum ini beliau tidak terfikir Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan, menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan? Atau adakah sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri beliau sibuk mengkayakan anak menantu, sanak saudara dan kroni?

July 16, 2009

10 Snippet - Scary ... Selangor EXCO's Aide Suicided!

Teoh Beng Hock, one of Selangor's EXCO's aide found dead at MACC Selangor HQ today. The story is scary. Political epic has gone into the next level. Why must one suicided because of "harakiri" politic? Doesn't make any sense. The Star reported here and Malaysiakini, here.

4 Memang Sah PKR "Parti Kena Reject"

Selama ini saya memang kurang bersetuju apabila orang mengatakan bahawa PKR adalah "Parti Kena Reject". Namun apabila ramai sangat orang-orang Barisan Nasional yang kena reject masuk PKR, memang sah parti ini wajar dinamakan semula (rebranding) dengan nama "Parti Kena Reject". Kalau mengikut sejarah penubuhannya juga, orang-orang yang kena "reject" dari UMNO yang mengasaskan parti ini.

Yang terbaru, Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini. Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian berkenaan. Laporan Malaysiakini, di sini.

Sebelum ini Anwar Ibrahim gembira benar menerima penagih arak tegar yang juga Melayu lupa jati diri, Zaid Ibrahim. Kali ini Anwar Ibrahim pastinya gembira menerima kehadiran ahli baru, Datuk Chua Jui Ming yang dua kali tewas di dalam Jawatan Timbalan Presiden MCA. Beliau bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewaskan kepada DS Ong Ka Ting pada 2005 dan DS Ong Tee Keat pada 2008.

Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang yang kini berdepan dengan krisis dalaman dan kebangkitan gelombang biru BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru, DS Najib Tun Razak. Chua Jui Ming hendak masukPKR? Silakan, silakan. Orang-orang UMNO yang kena "reject" dekat Perlis, yang asyik mengugut hendak masuk PKR, bila lagi?

12 Bagaimana Dengan Fatwa TG Nik Aziz? Kenapa Penduduk Manek Urai Tak Ikut?

Ditanya mengenai faktor kemerosotan sokongan terhadap calon PAS kali ini, Wan Abdul Rahim mengakui terdapat pengundi yang terpengaruh dengan tawaran dan janji yang dibuat oleh BN. Beliau mendakwa, BN membuat tawaran yang berbentuk ugutan,dan berunsur rasuah. Kekalahan di Laloh mengejutkan. "Seperti nak bina jambatan yang menghubungi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru, menjadikan Manek Urai kawasan agropolitan dan sebagai anak angkat kerajaan persekutuan."

Sumber: Malaysiakini.
Kenyataan di atas dikeluarkan oleh penasihat pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Abdul Fatah Harun langsung tidak nampak muka. Sebab malu apabila akan dirinya yang mengeluarkan kenyataan bongkak dan takbur, beliau terpaksa menyembunyikan dirinya di dalam rumah (atau berehat di Siam). Kenyaataan bongkaknya terpaksa dibela oleh Wan Abdul Rahim yang mengatakan ianya hanyalah sebagai 'serangan psikologi' bertujuan untuk menarik sokongan pemilih Manek Urai supaya mengundi calon PAS dalam pilihanraya kecil itu.

Berbalik kepada ulasan Wan Abdul Rahim di atas, kenapakah beliau ingin menyalahkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional pusat yang berjanji untuk membangunkan Manek Urai. Apalah sangat janji-janji pembangunan Barisan Nasional jika dibandingkan dengan jaminan dan janji syurga kepada penduduk Manek Urai, sekiranya mengundi Pas. Saya merasakan penduduk-penduduk di Manek Urai sekarang tidak perlu lagi sembahyang, berpuasa dan menunaikan rukun Islam yang lain kerana Pas telah memenangi Manek Urai dan mereka telah dijanjikan syurga. Mana rasuah yang lebih besar? Pembangunan di Manek Urai atau syurga kekal abadi?

Bukankah TG Nik Aziz berfatwa:

Bagi duit ambil. Bagi gula kacau. Bagi kain pakai. Bila mengundi pangkah bulan.

Soalan saya, kenapa Pas masih lagi hendak menyalahkan UMNO sekiranya pengikut-pengikutnya sendiri sudah tidak mahu mengikut fatwa TG Nik Aziz. Seperti kata Nabil, Lu pikirkan sendiri!

July 15, 2009

5 Pembinaan Jambatan Menghubungkan Manek Urai Baru Dan Lama Wajar Diteruskan

1. Walaupun UMNO tewas di Manek Urai dengan majoriti 65 undi, seharusnya UMNO mengambil perhatian ke atas 5,283 pengundi yang mahukan perubahan pembangunan di Manek Urai. Saya mengandaikan sekiranya Barisan Nasional khasnya UMNO berhasrat untuk meneruskan pembinaan jambatan tersebut tanpa meletakkan sebarang syarat, tidak mustahil 5,348 undi yang diperolehi oleh Pas di dalam pilihanraya kecil ini akan berubah tangan di dalam PRU13.

2. Kerajaan Barisan Nasional seharusnya melihat pembinaan jambatan tersebut dengan ruang litup yang lebih luas. Bukan setakat pilihanraya kecil Manek Urai. Jambatan ini adalah untuk rakyat Kelantan. Walaupun Kelantan tidak ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional, mereka masih lagi tetap rakyat Malaysia.Mereka pasti akan mengenang jasa pemerintah setiap kali melalui jambatan baru tersebut.

3. Dengan pembinaan jambatan yang dijangkakan menelan belanja di antara RM7 ke RM8 juta ini bakal memberikan kemudahan pengangkutan di antara penduduk-penduduk Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama. Fikirkan sejenak keselamatan penduduk-penduduk di sini yang menggunakan jambatan ini dengan lebih selamat dan selesa. Apalah sangat peruntukan sebanyak RM7 juta diberikan kepada penduduk di Manek Urai jika dibandingkan dengan sokongan moral dan iltizam baru UMNO dan Barisan Nasional yang telah disuntik oleh penduduk-penduduk di Manek Urai.

4. UMNO tidak menang dan juga tidak kalah di Manek Urai. UMNO telah kalah 65 undi tetapi UMNO telah memenangi kembali lebih dari 1,000 undi berbanding PRU12. UMNO menang 1,287 undi dari majoriti PAS berbanding sewaktu PRU12 dan PAS pertahankan DUN Manek Urai dengan hanya 65 undi. Inilah hakikatnya. Inilah kekalahan UMNO yang paling manis di dalam sejarah pilihanraya.

5. Saya merayu kepada DS Najib dan TS Muhyiddin, binalah jambatan tersebut untuk penduduk-penduduk di Manek Urai. Buktikanlah kepada rakyat Malaysia, inilah keikhlasan kita yang bukan dibuat-buat sepanjang hampir satu bulan kita berkampung di Manek Urai. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

July 14, 2009

3 Di Mana Hilangnya Si Insan Bongkak Dan Takbur Abdul Fatah Harun?

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi. Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN. Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.

Sumber: Malaysiakini.
1. Saya sedang mencari dan menunggu sidang akhbar daripada Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun yang bongkak dan takbur sejak petang tadi apabila mengumumkan bahawa Pas akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi. Adakah majoriti rasmi 65 undi itu "hampir 2,000 undi"? Apakah alasan yang bakal diberikan olehnya dan pihak kepimpinan Pas berkenaan "kejayaan" mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan dengan kelebihan hanya 65 undi berbanding 1,352 dalam pilihan raya umum tahun lalu. Itupun tidak mengambil kira undi yang rosak sebanyak 115.

2. Tahniah kepada TS Muhyiddin Yassin, Dato' Mustapha Mohammed dan seluruh jentera-jentera Barisan Nasional yang telah bertungkus lumus memberi pengajaran yang berguna kepada parti Pas di Manek Urai. Seperti kata akhbar portal pembangkang, Malaysiakini:
"Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi."
3. Tahniah sekali lagi kepada Tok Pa kerana menyelia jentera Barisan Nasional di Manek Urai dengan baik sekali. Pemilihan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan amat tepat sekali. Semoga lebih banyak lagi kerusi akan ditawan di Kelantan di dalam PRU13. Sekiranya Allah lebih menyayangi TG Nik Aziz dan beliau pergi menyahut panggilan Ilahi sebelum PRU13, Insyaallah, Barisan Nasional akan dapat menawan kembali Kelantan.

4. Parti Pas sedang mengelupur untuk mendapat sokongan Melayu ketika ini. Talian hayat Anwar Ibrahim hendak menjadi Perdana Menteri semakin hari semakin tipis. Anwar Ibrahim jangan pula lupa dengan janjinya untuk berjuang mendapatkan royalti minyak Kelantan sekiranya Manek Urai jatuh ke tangan Pas. Dan jangan pula lupa untuk hadir ke mahkamah esok. Jangan pula ada lagi peguam yang sakit perut, cirit birit dan sebagainya.

5. Barisan Nasional hendaklah melipat gandakan usaha untuk menawan kembali hati rakyat. Barisan Nasional hendaklah menumpukan sepenuhnya untuk kerja rakyat. Janganlah kerjasama dengan rakyat berakhir di Manek Urai. DS Najib dan TS Muhyiddin hendaklah tegas. Mana-mana wakil rakyat yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan asyik bermain "tarik tali" hendaklah digugurkan demi kepentingan PRU13.

July 13, 2009

1 Tingginya Budi Pekerti DS Azizan Abdul Razak

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak yang sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan pusat bagi menjayakan majlis perasmian itu. Katanya pembangunan kompleks itu adalah projek kerajaan persekutuan dan merupakan yang kedua seumpamanya di negara ini selepas pembinaan kompleks persekutuan Sabah pada 2007.

Kompleks dengan enam bangunan utama setinggi antara satu dan lapan tingkat itu yang terletak antara bandaraya Alor Setar dan lapangan terbang Sultan Abdul Halim kini merupakan mercu tanda terbaru perkembangan perkhidmatan awam di Kedah. Sempena perasmian itu, Sultan Kedah yang diiringi Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun bersama Najib dan Azizan turut melawat bangunan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah adalah antara komponen utama kompleks itu selain bangunan Wisma Persekutuan, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Dewan Serbaguna dan Kompleks Kesejahteraan Keluarga. Turut hadir sama di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hasan.

Sumber: Bernama.
Saya tidak tahu pendapat dan anggapan orang lain. Bagi saya merasa begitu terharu membaca berita di atas. Sebagai Menteri Besar bagi sebuah kerajaan yang berlainan ideologi dengan Kerajaan Pusat, beliau langsung tidak terikut-ikut dengan kelakuan dan tingkah laku rakan-rakan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain. Beliau sangat berhemah. Rakyat sentiasa didahulukan. Pembangunan negeri menjadi asas pentadbirannya. Apakah salah bagi sesebuah negeri yang berlainan ideologi politik berganding bahu dan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk memajukan rakyat.

Bagi saya, tidak kira dari mana aliran politik beliau, rakyat Kedah telah memberikan mandat kepada Kerajaan Pas untuk memerintah. Beliau secara rendah diri memberikan kerjasama kepada Kerajaan Pusat untuk memajukan Kedah. Adakah hilang bisa ular dengan menyusuri akar? Beliau boleh memutuskan untuk bergaduh dengan Kerajaan Pusat dan membiarkan rakyat Kedah hidup dalam serba kekurangan. Beliau juga boleh memilih untuk mengajak DS Najib berdebat dan mempolitikkan segala-galanya demi kepentingan politik kepartian yang sempit. Kenapa beliau tidak bertindak sedemikian?

DS Azizan bagi saya merupakan contoh yang terbaik yang boleh dijadikan ikutan oleh Pakatan Rakyat jika ingin terus relevan di dalam pentas politik tanahair. Barisan Nasional Kedah harus melipatgandakan usaha sekiranya ingin menawan kembali Kedah kerana dalam keadaan sekarang amat sukar bagi mereka untuk bertapak kembali.

5 Kenapa Tunggu Menang Manek Urai Baru Hendak Desak Kerajaan


Posting Terbaru:

Penulis telah membaca di dalam sebuah blog, ONE Manik Urai yang telah menghebahkan bahawa TG Nik Aziz Nik Mat telah menipu di dalam pembelian tanah dan keluarga beliau kini merupakan keluarga jutawan. Lihat di sini untuk membacanya. Mungkin Husam Musa atau Sheikh Kickdefella boleh jawab!

Posting Asal:
At a rally last night, opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim ridiculed the promise to build a new bridge linking Manek Urai Lama and Manek Urai Baru to replace the 40-year-old single-lane bridge. Anwar, the PKR de facto leader, told some 5,000 people who attended the rally that he will use PAS's victory in Manek Urai to strengthen Pakatan's demand to the federal government to pay the oil royalty to the state. “In the next Parliament session me and Lim Kit Siang will stand up and fight for Kelantan's right, for the people of Manek Urai we will pressure the finance minister to explain what happen to the RM1 billion,” said Anwar to shouts of “Allahuakbar” from the crowd.

Source: The Malaysian Insiders.
Kalau betullah royalti minyak berkenaan milik rakyat Kelantan, kenapa Anwar Ibrahim hendak menunggu sehingga menang pilihanraya baru hendak mendesak Kerajaan supaya memberikan royalti minyak tersebut. Kerajaan Pas telah memerintah Kelantan sejak sekian lama dan Pas juga telah bergabung dengan Pakatan Haram semenjak sebelum PRU12 lagi. Kenapa sebelum ini tiada desakan daripada pihak Pakatan Haram mengenai perkara berkenaan. Kenapa baru timbul isu ini di Manek Urai. Penduduk-penduduk Manek Urai sahajakah yang terlibat di dalam isu royalti ini? Ada sesiapa yang boleh memahamkan saya, kenapa hendak tunggu sehingga menang PRK Manek Urai?

July 12, 2009

6 Jawablah Tok Guru Jawablah. Kenapa Diam?

Penulis telah memberi masa 24 jam kepada TG Nik Aziz Nik Mat untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin berkenaan agar beliau membuktikan tuduhannya bahawa UMNO tidak memperjuangkan syiar Islam sebelum menulis "posting" ini.

Cabaran TS Muhyiddin ini bertitik tolak dari kata-kata kesat TG Nik Aziz ketika berceramah di Chucur Puteri, Manek Urai seperti berikut:
"Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya. Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga."
Beliau yang agak malu selepas Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis sebaliknya mengambil tindakan mengajak Perdana Menteri DS Najib berdebat, sambil mengulang-ulang kenyataannya bahawa UMNO tidak memperjuangkan syiar Islam. Semalam, TS Muhyiddin meminta PAS supaya menyenaraikan apa rencana pembangunan berbentuk agama dan sosial ekonomi yang telah dilaksanakan sejak 20 tahun lalu.

Penulis ingin bertanya kepada Parti yang kononnya Islam ini:

1. Sebagai negeri yang digelar Serambi Mekah, berapakah masjid yang dibina oleh kerajaan negeri selepas Pas memerintah berbanding tokong-tokong Buddha yang terbesar di Asia Tenggara yang mendapat peruntukan Kerajaan Negeri Kelantan.

2. UMNO telah melaksanakan pelbagai perlaksanaan ekonomi dan sosial berdasarkan Islam dan berdasarkan perlembagaan UMNO itu sendiri iaitu menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan Islam. Produk-produk yang lahir dari usaha keras UMNO seperti Bank Islam, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Tabung Haji, Dinar Islam dan lain-lain instrumen Kewangan Islam, sistem insuran Takaful dan lain-lain adalah contoh komitmen tersebut. Selain dari berkokok, apa produk yang dilahirkan oleh Pas? Pajak Gadai Islam Ar Rahnu pun dicedok dari idea YPEIM yang diasaskan oleh UMNO.

3. Dalam era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammed, pengurusan kewangan Malaysia diiktiraf sebagai model pengurusan Negara Islam yang terbaik dan menjadi rujukan banyak negara Timur Tengah. Apa lagi yang Pas mahukan? Bagaimana Pas ingin mendabik dada memperjuangkan Islam jika parti itu bukan dominan di dalam Pakatan Pembangkang. Seperti jua namanya Parti Angguk Saja? Semua pihak tahu DAP yang dominan dan berkuasa. Pas hanyalah parti ikut-ikutan terutama TG Nik Aziz yang tunduk akur kepada kehendak DAP tanpa berani menyuarakan kepentingan Islam. Jika kenyataan saya salah, di manakah hilangnya Hukum Hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini semenjak tidur sebantal, baring seranjang dengan DAP? Sila jawab!!!

Hakikat yang harus diterima oleh semua pihak, Pas masih jauh ketinggalan di belakang UMNO dalam memperjuangkan syiar Islam. Kalau setakat pertanyaan mudah daripada TS Muhyiddin pun tergagap-gagap TG Nik Aziz hendak menjawabnya, bagaimana beliau hendak berhadapan dengan DS Najib dalam perdebatan? Saya kagumi DS Najib yang tidak mahu memalukan orang tua seperti TG Nik Aziz dan menolak untuk berdebat dengannya. Kalau tidak tak tahulah!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates