July 10, 2009

9 Dan Si Kemetot Pula Hendak Berarak Di Jalan Raya

Sepertimana Samad - yang juga penasihat GMP - ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin juga mempertikaikan mengapa pemansuhan PPSMI yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, hanya berkuatkuasa pada 2012.Sehubungan itu, Shamsul menyarankan agar demonstrasi PPSMI kali ini digabungkan sekali dengan demontrasi Gerakan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung di ibu negara 1 Ogos nanti.

"Ini isu pendidikan. Jangan heret bersama dengan isu politik. Kalau (dasar itu) tidak boleh dilaksanakan, ia perlu diberhentikan untuk kepentingan rakyat. Satu dasar yang tidak bermanfaat tidak perlu diteruskan. Sekiranya tidak ada penjelasan, maka ke jalanrayalah kita."

Sumber: Malaysiakini.
Fuhh ... begitu biadap sekali si kemetot ini mencabar kerajaan. Mari kita lihat sejarahnya. Sebelum ini beliau pernah terkencing di dalam seluar kerana takutkan Pemuda UMNO yang mengepungnya untuk mendapatkan penjelasan. Si kemetot yang sama juga yang berjanji akan menghimpunkan 5,000 orang Pemuda AMK untuk memberi sokongan kepada perbicaraan "The Chicken Run" Anwar Ibrahim pada 08 Julai 2009. Alih-alih yang datang tidak sampaipun 150 orang. Hebatnya pengaruh anak muda ini! Sekarang berdendang lagu mengugut kerajaan pula. Tak sedar diri betul!

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran yang bercadang hendak memansuhkan PPSMI berkuatkuasa pada tahun 2012 bertujuan untuk memancing dan mendapat sokongan pihak-pihak GMP, kini telah berjaya mendapat "sokongannya". Semalam, Tok Janggut menyatakan hendak berdemotrasi dan berarak di jalanraya. Hari ini pula, pemuda-pemuda yang hilang arah tuju daripada Pakatan Haram turut mendendangkan perkara yang sama. Puas hati sekarang mendapat sokongan mereka?

Keputusan yang pada mulanya dianggap populis dan dan boleh memberi keuntungan politik kini memakan diri. Bukan saja puak-puak gila GMP sahaja yang menetang keputusan berkenaan, rakyat marhaen yang selama ini memberi sokongan padu kepada kerajaan dengan menyokong PPSMI kini merasa marah dan hampa. Kementerian Pelajaran yang dahulunya hanya tidak disokong oleh satu pihak, kini kedua-dua belah pihak telah menentangnya. Apa sudah jadi?

2 Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke 84, Ayahanda Tun

Gambar Ehsan Abang Zakhir

Selamat menyambut ulang tahun ke 84, Ayahanda Tun Dr Mahathir. Juga buat Ibunda Tun Dr Siti Hasmah yang ke 83 dua hari lagi. Semoga Allah merahmati Tun berdua. Salam sayang dari anakanda, Khairul Rizal Osman.

12 Apa Lagi Yang Tok Janggut Ni Nak!


Posting Terkini:

Sila lihat posting terbaru Dato' Shamsuddin Nawawi dari blog Small Talk, di sini. Marilah kita berhujah secara ilmiah.

Posting Asal:
"Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI. Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," kata Datuk A Samad Said.

Sumber: Malaysiakini.
1. Selepas Kementerian Pelajaran mengikut kehendak dan telunjuk puak-puak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), penasihat GMP, Datuk A Samad Said, mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.

2. Seperti kata kawan saya Hamimidzun dari blog Warisan 2057, "Janganlah kita menjadi orang Belanda yang dapat tanah. Janganlah kita menjadi manusia yang diberi betis nak peha, diberi peha nak apam. Kalau diberi apam, alamat jadi mangsa termegandung! '

3. Bukankah ini berita gembira buat kononnya penyokong-penyokong bahasa. Kenapa pula hendak mendesak pihak Kementerian Pelajaran memendekkan tempoh pemasuhan daripada 3 tahun kepada 6 bulan. Sedarkah natijah permintaannya terhadap murid-murid yang terlibat? Murid-murid yang selama ini belajar perkataan-perkataan dan terma-terma di dalam Bahasa Inggeris disuruh oleh Tok Janggut ini supaya berubah dalam 6 bulan. Gilakah orang tua ini! Otak tu letak dekat kepala lutut ke?

4. Saya pasti permintaan Tok Janggut dan rakan-rakan "pejuang bahasa" kononnya, pasti akan diambil perhatian berat oleh Kementerian Pendidikan. Walaupun majoriti rakyat menyokong PPSMI, Kementerian Pelajaran tidak mengendahkannya sebab majoriti rakyat tidak berdemontrasi di jalan raya. Kenapa saya kata majoriti? Undian yang dibuat di blog Tun Dr Mahathir Mohammed, Blog Che Dett, mendapati 79% daripada 23,185 pembaca telah menyokong PPSMI (setakat 10.35 a.m. 10/07/2009). Ini baru pembaca-pembaca blog Che Det. Ini belum lagi termasuk ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana!

5. Mungkin sudah tiba masanya rakyat yang selama ini berdiam diri menyokong PPSMI berarak di jalan raya dan berdemontrasi. Mungkin kecut sikit telor Tok Janggut! Mungkin tindakan kita ini akan mendapat perhatian daripada kabinet dan Kementerian Pelajaran.

July 9, 2009

25 Bagaimana Agaknya ADUN Manek Urai Hendak Berkhidmat Kalau Buta Huruf?

Ini bukan penghinaan. Ini bukan untuk menyakiti hati sesiapa. Ini soalan datang dari hati. Bagaimanakah seorang ADUN hendak berkhidmat sekiranya beliau seorang yang tidak tahu membaca dan menulis? Menurut bekas Majistret dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Dato' Shamsuddin bin Nawawi,
"Kalau menjadi ADUN sekurang-kurangnya mesti tahu membaca dan memahami Bahasa Melayu dan English. Tugas di Dewan Undangan Negeri adalah sebagai Legislator."
Ini bukan fitnah. Ini bukan "Personal Political Assassin". Ini kenyataan. Bagaimana Abe Ujie hendak berkhidmat untuk rakyat? Bolehkah kita melantik orang yang tidak boleh membaca dan menulis ke dalam Dewan Undangan Negeri? Jawab dengan iman.

EDISI BACA, CETAK DAN SEBAR.

1 PPSMI - Keputusan Flip Flop

FORMER Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today expressed his dismay over the decision to revert to teaching Mathematics and Science in Malay and vernacular languages.

"I am sad for the future of our young, who will find it harder later to master the fields of Science and Mathematics,” he said.

Asked about the statistics that showed that there was a decline among students is proficiency in the two subjects, Dr Mahathir said the figures were “inaccurate”.

"Naturally, the results would still differentiate between the rural and the urban areas. There is also a vast comparison between the races to take into consideration," he said.

He said that learning English from Mathematics and Science was never the point of the policy, his brainchild that was rolled out in 2003. Rather, it was to prepare students for the globalization in the fields of Mathematics and Science. Speaking at a Press conference at the Perdana Leadership Foundation here, Dr Mahathir said it was the implementation, and not the policy itself, that should be blamed.He also said that Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is also Deputy Prime Minister, and several ministry top brass had met him on Monday to brief him on the government's decision.

"I suggested that even if they don't have to have (teaching Mathematics and Science in English) at the primary level, they could always do it at the secondary level. That, too, was dismissed. There was no consultation at all. It was just a briefing," he added.

Source: The New Straits Times.
1. Kabinet semalam melalui Kementerian Pelajaran telah membuat keputusan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya tiga tahun lagi iaitu pada tahun 2012.

2. Keputusan ini diambil sebagai satu langkah "popular political decision" untuk mengambil hati segolongan kecil rakyat yang tidak mahu sistem ini dilaksanakan. Suara masyarakat majoriti yang berdiam diri dan tidak bertindak memprotes di jalan-jalan raya sudah dan tidak akan tidak diambil kira.

3. Selama dasar ini berjalan semenjak Julai 2002, selepas Mesyuarat khas jemaah menteri pada waktu itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan PPSMI, tiada rungutan yang kedengaran. Hanyalah selepas Mac 2009, sekumpulan kecil manusia yang mendakwa sebagai pejuang bahasa telah membawa isu ini ke jalan raya dan kesan daripada pengurangan majoriti yang dimenangi di dalam PRU12, membuatkan Kerajaan terpaksa tunduk kepada golongan minoriti ini.

4. Selepas ini bolehlah dibuat kesimpulan, apa sahaja idea yang rakyat inginkan hendaklah dibawa ke jalan raya, dengan berdemonstrasi dan sebagainya. "Precedent case" yang dibuat oleh Kerajaan adalah mereka hanya akan melayan golongan-golongan kecil yang "outspoken" dan berani berdemontrasi di jalan raya.

5. Dalam sidang media khas di Putrajaya, TS Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris. Sekiranya itu harapan dan impian Kementerian Pelajaran kenapakah mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar bahasa ibunda masyarakat Cina dan India di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil. Dimanakah Kementerian Pelajaran hendak meletakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Inikah konsep 1Malaysia. Semua kaum belajar bahasa ibunda masing-masing dan buat hal masing-masing. Berbanggakah pejuang-pejuang bahasa apabila Kementerian Pelajaran meletakkan Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Kebangsaan setaraf dengan Bahasa Cina (Mandarin/Kantonis) dan Bahasa Tamil?

6. Pada Mac 2009, lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad. Selepas ini, segala penterjemahan buku-buku Sains dan Matematik daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia hendaklah diletakkan ke bahu kedua-dua tokoh ini. Jika tidak cukup kaki tangan, bolehlah meminta penyokong-penyokong Pas dan PKR yang berarak di jalan-jalan raya untuk turut sama menterjemah segala bahan ilmiah berkenaan.

7. Mungkin selepas ini PPSMI akan dijadikan bahan kempen di Manek Urai. Sudah tentu pemimpin Pas dan Anwar "The Chicken Run" Ibrahim akan berkata, "Lihat apa sahaja yang kami perjuangkan, Kerajaan akan ikut. Kami mahu Kerajaan menghapuskan PPSMI, Kerajaan ikut. Lebih baik bagi Kerajaan dekat kami untuk kami perintah!"

8. 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Soalan saya, rakyat yang mana?

Latest posting:

I had received one of the comment that I think should be put in my posting rather than in my comment. The posting is from Eddy 1:40 PM. Thank you Mr Eddy. Here is his comments:
Education for our young in Malaysia has once again been sacrificed on the altars of political expediency.I do not believe for one minute that the cancellation of the PPSMI has got nothing to do with politics. It is inconceivable that just a little over 6 years a study could be made to show that it is a failure. I agree that the PPMSI has weaknesses in its implementation especially the teachers needs further training to speak english fluently, so, the teachers needs to be trained but no need to take the extreme step of cancelling the PPMSI altogether, we are actually moving steps back and ultimately handicapping ourselves when competing for FDIs against our neighbors in the not so distant future.

I GOOGLED the following words:
sains, science, matematik bahasa melayu, mathematics and the results are as follows:

sains 14.1 million results;
science 1 Billion results;

matematik bahasa melayu 192,000 results;
mathematics 134 Million results.

Just simple GOOGLE will show that it would be more useful and beneficial and VERY important for our children to learn Mathematics and Science in the English Language.

Even though Muhyiddin say there should not be any appeal, I hope that the Ministry of Education would consider reinstating PPMSI as additional to the now agreed teaching of Science and Mathematics in Bahasa Melayu, Mandarin and Tamil.

Give Malaysian Parents the choice of what language they want their children to study Mathematics and Science. This country should not be held to ransom by the language extremists whether they are Malay Sasterawans,Gapena or the Chinese and Tamil educationist movement who threathens BN with deprivation of political votes if their demands are not met. Our children cannot earn good living or contribute to the future of this country just by reciting the sastera melayu or mandarin and tamil poems only, we need technorats, professionals versed in English and their mother tongue also to compete in this increasing globalised world.

When it is about the best education that our children should have for their secured and independent future, I say politics be damned.

So I hope that the decision to cancel the PPSMI be revisited and the views of the PARENTS who wants PPMSI for their children, and they are also a huge voters bank in the coming GE, are thoroughly considered as the consequence would be bad on the BN as I know that Pakatan will promise to introduce PPMSI as additional to the teaching of science and matematics in Bahasa Melayu, Mandarin and Tamil. Don't believe? watch and see and cry BN leaders.

July 8, 2009

5 Anwar "Sodomy II" Ibrahim - Chicken Run Again!

Fakta-fakta menarik mengenai perbicaraan hari ini yang ditangguhkan:

1. Kes Ditangguhkan Disebabkan Peguambela Utama Sakit
Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat. Kes tersebut sepatutnya dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah menerima permohonan pihak peguam pembela, walaupun pihak pendakwa membantahnya dengan alasan peguam lain boleh mengendalikan kes tersebut.

Sumber: Malaysiakini.
Adalah diharapkan Sulaiman Abdullah tidak akan sakit tenat sehingga beliau terpaksa menginap di HKL sehingga 15 hb Julai untuk membolehkan Anwar "Raja Kelentong" Ibrahim meneruskan autanya menangguhkan kes tersebut. Saya tertanya-tanya, bagaimana pula kalau Sulaiman tiba-tiba meninggal esok. Adakah hakim akan memutuskan kes ini tidak boleh dibicarakan kerana peguambela utama telah meninggal dunia?

2. Mana 5,000 penyokong AMK?
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata gerakan itu bakal melibatkan 5,000 penyokong yang akan berhimpun di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta bermula hari pertama perbicaraan 8 Julai ini sehingga kes selesai.

Sumber: Suara Keldaian.
Hasil pemerhatian penulis yang berada di sekitar kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta sehingga pukul 10 pagi mendapati hanya sekitar 100 ke 150 orang sahaja penyokong-penyokong Anwar "Raja Kelentong" Ibrahim yang kelihatan. Menurut sumber penulis, kebanyakan mereka adalah daripada Anwar Ibrahim Club yang datang dari Permatang Pauh. Mana 5,000 penyokong yang dijanjikan oleh Shamsul "kemetot" yang terkenal dengan aksi terkencing di dalam seluar ketika dikepong oleh Pemuda UMNO? Dari pengamatan penulis, tidak nampak kelibat penyokong-penyokong DAP dan Pas bersama-sama memberi suntikan semangat kepada Ketua Pembangkang ini.

July 7, 2009

0 Keadilan Buat Saiful

Esok, 8 Julai 2009, Insyallah, akan berakhirlah penantian bagi seorang hamba Allah yang menjadi mangsa kerakusan orang yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan hawa nafsu. Diharap proses perundangan akan berjalan dengan baik dan lancar. Adalah diharapkan agar tiada lagi helah dari pihak pembelaan. Saya berharap peguam-peguam pembela agar segera mendapat rawatan dan pemeriksaan kesihatan pada hari ini bagi mengelakkan mereka memberikan alasan tidak sihat, sakit, penat dan sebagainya di mahkamah esok.

Saya menyeru pembaca-pembacaku yang budiman, marilah kita memberikan sokongan kepada Mohd Saiful Bukhari. Saya akur, sememangnya beliau tidak mempunyai sebarang pertalian dengan kita. Bayangkan kalau perkara yang sama berlaku kepada adik, anak atau saudara mara kita pada masa akan datang.

Kepada penyokong-penyokong yang tertuduh, DS Anwar Ibrahim yang mengelarkan diri mereka sebagai ZALIM, saya menasihatkan kamu agar tidak menimbulkan sebarang provokasi dan kekacauan esok. Berilah peluang anak muda ini membela diri. Adalah lebih baik pihak-pihak yang menyokong DS Anwar Ibrahim mengadakan sembahyang hajat seperti mana yang telah mereka lakukan pada tahun 1999. Adakah kamu semua takut doa kamu semua akan memakan diri akibat perbuatan sumbang tersebut?

Bagi penyokong-penyokong Mohd Saiful, niatkan perhimpunan kita kerana Allah. Kita reda dengan apa sahaja keputusan mahkamah sepanjang perbicaraan ini. DS Anwar Ibrahim boleh terlepas hukuman mahkamah dunia tetapi beliau tidak akan terlepas perbicaraan dan timbang tara semasa di Padang Masyhar kelak. Sama-sama kita memberi sokongan kepada Saiful untuk menegakkan keadilan.
"Ya Allah, Ya Tuhan kami. Berkatilah perhimpunan kami esok. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berhimpun keesokkan harinya kerana hendak memberi sokongan kepada seorang hambamu, mangsa keadilan dunia. Ya Allah Ya Rabbul Alamin, Mohd Saiful Bukhari telah bersumpah di atas kalimahMu yang suci, Wallahi, Wabillahi, Wattallahi. Sekiranya beliau di pihak yang salah, Engkau turunkanlah azabmu, Ya Allah. Sebaliknya jika beliau di pihak yang benar, Engkau angkatlah darjatnya dan Engkau tunjukkanlah buat kami kedudukan yang sehina-hinanya bagi seorang peliwat. Ya Allah, Engkau bukalah hati umat-umat Nabi Luth yang mengelarkan diri mereka sebagai ZALIM. Engkau lindungi perhimpunan kami dari sebarang provokasi dan tindakan di luar batas-batas kemanusian oleh puak-puak berkenaan. Sesengguhnya Engkaulah maha melihat dan maha mengetahui. Amin Amin Ya Rabbal Alamin."

July 6, 2009

7 Persoalan-Persoalan Yang Perlu Penduduk-Penduduk Manek Urai Ketahui

Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39. Disebalik keghairahan penyokong-penyokong Pas yang berarak (kebanyakannya "pelancong-pelancong" yang datang dari luar), beberapa persoalan bermain di fikiran penulis yang perlu dijawab kepada pengundi-pengundi di Manek Urai:

1. Kenapakah calon Pas bagi Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah tidak dibenarkan bercakap dengan pihak media selepas penamaan calon? Adakah beliau tidak berhak menyatakan apakah aspirasi atau cita-cita beliau untuk memajukan Manek Urai sekiranya beliau memenangi kerusi DUN? Adakah beliau dikuatiri membuat silap ketika bercakap dengan pemberita dan orang ramai? Adakah beliau sesudah dilantik menjadi ADUN (dengan keizinan Allah) hanya menjadi boneka di dalam menguruskan penduduk setempat?

2. Adakah disebabkan kecetekan pendidikannya dan pengalamannya membataskan pergaulannya? Bagaimana beliau hendak berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi tertentu yang mengkehendaki beliau berbahasa English apabila beliau memenangi pilihanraya tersebut? Adakah kehidupannya selepas bergelar wakil rakyat hanya berkisar di Manek Urai sahaja?

3. Dimanakah Ketua Pembangkang berada? Kenapakah beliau tidak turut serta di dalam proses penamaan calon? Ya benar, DS Najib juga tidak berada di situ. Adakah kesibukan sebagai Ketua Pembangkang menyamai kesibukan seorang Perdana Menteri Malaysia? Oh ya, mungkin beliau sibuk menghadapi tuduhan liwatnya. Kenapakah PKR sebagai rakan gabungan haram hanya menghantar Azmin Ali, Naib Presiden PKR. Tiada kelibat Presiden PKR, tiada kelibat Timbalan Presiden PKR, tiada kelibat Pengerusi DAP dan tiada kelibat Lim & Son, mengapa?

4. Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Adakah beliau yang berjawatan sebagai Timbalan Presiden Pas tidak penting di dalam PRK Manek Urai ini? Adakah Husam Musa lebih afdal berada di Manek Urai berbanding dirinya? Adakah kenyataan Mursyidul Am Pas, TG Nik Aziz Nik Mat membayangkan dendam kesumatnya kepada Nasharuddin akan dibawa hingga ke mati?:
"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".
5. Apakah secara lazim di dalam proses berkempen, calon Pas akan turut tidak dibenarkan berceramah? Mengapa? Adakah beliau kekurangan dari sudut pidato atau ceramah umum? Kelemahan ini adalah begitu ketara apabila beliau hanya bercakap tergagap-gagap tidak sampai 10 minit ketika sessi bertemu dengan warga Manek Urai yang berada di Lembah Kelang baru-baru ini.

Dan persoalan yang paling penting, adakah penduduk-penduduk Manek Urai tidak mahu berubah? Adakah mereka masih mahukan berada di dalam keadaan serba kekurangan hanya untuk memastikan retorik dan dogengan pihak Pas memomok-momokkan mereka dengan undi Pas membawa ke syurga. Kalau itu pilihan mereka, selepas pilihanraya tidak perlu menunaikan Rukun Islam yang lima kerana Mursyidul Am sudah menjanjikan syurga kepada 12,293 penduduk Manek Urai termasuk yang bukan Islam!
Nota Kaki: Apa kata diadakan forum terbuka sempena tempoh berkempen di antara dua calon ADUN Manek Urai ini berkisar tentang topik "Apa Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Menjadi ADUN Manek Urai." Adakah Pas berani menyahut cabaran ini?

July 5, 2009

9 Perangai Buruk TG Nik Aziz - "Ketegaq"

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat dengan Perdana Menteri menjadi kenyataan. Menteri Besar Kelantan itu berkata pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan garis panduan debat itu.

Sumber: Bernama.
Muak betul hendak menulis tentang ulama murtabak besar Pas yang seorang ini, TG Nik Aziz Nik Mat. Bukan apa kalau terlalu banyak menulis tentangnya pun masalah juga. Nanti orang kata penulis anti-ulamak pula. Penulis tidak anti ulama malah menyanjungi mereka. Kalau mereka buat salah kenalah tegur. Sedangkan 4 khalifah utama di zaman Rasulullah SAW lagikan bersedia ditegur, inikan pula ulama murtabak Parti Angguk Saja (PAS).

Yang terbaru, apabila Pejabat Perdana Menteri menolak cadangan TG Nik Aziz untuk berdebat, beliau masih lagi tidak puas hati. Sifat degil, keras kepala dan "ketegaq" kata orang Utara membuatkan sesiapa sahaja yang melihat tersenyum sinis. Ini salah satu perangai atau kelakuan buruk TG Nik Aziz. Apa sahaja dia hendak orang ikut cakap dia. Dia hendak sesuatu perkara mesti kena dapat. Tidak boleh tidak. Kalau anak saya sudah lama kena ketuk kepala.

Kalau pengikut sendiri tak apalah juga. Kalau tidak mahu ikut cakap boleh panggil sampah. Orang yang tidak ada kena mengena dengannyapun dia paksa ikut cakap dia. Apa ni. Keras kepala betul. Siapa dia hendak memaksa Perdana Menteri ikut cakap dia? Presiden parti pun tidak. Harapkan jawatan sedekah Mursyidul Am yang diberi secara belas ehsan. Dengan DAP tidak berani pula paksa mereka dengar cakap dia. Cuba dengan DAP dia keras kepala memaksa mereka turuti kehendaknya untuk dirikan Negara Islam. Tahu pula takut dengan rakan-akan Syaitannya itu. Sudah-sudahlahlah Tok Guru. Saya rasa kecuali orang Kelantan, orang lain sudah naik menyampah dengan perangai Tok Guru!

Nota Kaki: Mari kita sama-sama renungkan kuliah TG Nik Aziz yang menghalalkan rogol bagi perempuan-perempuan yang tidak bertudung. Video ini saya perolehi dari rakan Facebook, Dato' Shamsudin Nawawi.

video
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates