June 13, 2009

5 Keluhan Seorang Anak Bernama Nurul Izzah

“Peguam bela mempunyai bukti kukuh bahawa ayah tidak bersalah tetapi pendakwa mengatakan bahawa mereka mempunyai bukti yang sebaliknya walaupun itu hanya retorik semata-mata. Sebab itu kami sekeluarga menyokong kuat ayah kerana kami sendiri berhadapan dengan bukti-bukti dan saksi yang kuat. Kami sendiri mengetahui kebenarannya dan kami juga mengetahui tentang Saiful Bahri." - Nurul Izzah binti Anwar.

Sumber: Sinar Harian.
Begitulah keluhan seorang anak mantan banduan salah guna kuasa. Memang naluri seorang anak yang baik akan mempertahankan ayahnya walaupun beliau tahu apa yang telah dilakukan oleh ayahnya. Saya tidak salahkan Nurul Izzah. Saya juga akan turut berbangga sekiranya mempunyai anak seperti beliau.

Kamu boleh membela ayah kamu tetapi janganlah sampai mengatakan sistem kehakiman Malaysia berhadapan dengan kepincangan dan keputusan kes ayah kamu bakal ditentukan oleh tangan-tangan politik. Itu sudah melampau. Bagi saya tindakan kamu merupakan peghinaan kepada mahkamah. Sekiranya betul keputusan kes ayah kamu ditentukan oleh tangan-tangan politik sudah tentu ayah kamu tidak akan terlepas di dalam kes liwat terhadap kes Sukma dan Azizan. Ayah kamu hanya terlepas dihukum penjara dan sebat disebabkan 2 daripada 3 hakim Mahkamah Persekutuan melepaskannya di atas kesalahan teknikal.

Tidakkah kamu tahu bahawa walaupun ayah kamu tidak dihukum, 10 hakim daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengakui wujudnya hubungan liwat ayah kamu. Itupun kamu hendak nafikan lagi. Kamu mengatakan kesemua 10 hakim yang arif, berpuluh-puluh saksi yang dipanggil dan berpuluh-puluh bukti yang dilampirkan adalah kesan tangan-tangan politik? Buktikan dan saman sepertimana yang selalu dilakukan oleh ayah kamu!

Sekiranya ayah kamu tidak percaya kepada sistem kehakiman kenapakah beliau menyaman ramai orang termasuk Tun Dr Mahathir? Malah yang terbaru ayah kamu turut menyaman Datuk Anifah Aman sebanyak RM100 juta. Bukankah mahkamah yang sama?

Kes liwat Saiful Bukhari belum berjalan. Sekiranya tiada bukti dan tiada izin Allah, maka ayah kamu akan memenangi kes berkenaan. Sekiranya ayah kamu seorang peliwat dan meliwat, Insyaallah, beliau akan didapati bersalah walaupun tanpa campur tangan pihak lain terutama orang politik, seperti yang kamu dakwa. Semua sudah tertulis di azali. Hadapilah dengan tenang, Nurul Izzah.

Apa kata Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sini.

5 Kesian Tok Guru Haji Hadi

Kesian TG Haji Hadi. Tak habis-habis kena belasah kiri dan kanan. Blog-blog pro-Pas sehingga ke saat-saat ini tidak habis-habis memaki, mengutuk, mencaci dan menghina beliau. Kalau tidak percaya lihat blog Pinkturtle di sini, Malaysian Waves di sini, Blog Penarik Beca di sini dan Perisik Rakyat di sini. Kalau begini layanan dan hormat yang diberikan kepada pemimpin mereka, kita boleh jangkakan apa yang mereka akan buat terhadap musuh-musuh politik mereka. Mungkin inilah ajaran yang emak bapa mereka sampaikan sedari kecil kot?

Tidak cukup dengan itu, si kafir laknatullah, Karpal Singh sekali lagi dengan mulut cabulnya berkata bahawa TG Haji Hadi telah memalukan Pakatan Haram dan beliau harus meminta maaf kepada Karpal "The King" Singh, Lim Kit Siang Ikan dan ikon "Allah Samseng", TG Nik Aziz. Lihat di sini. Ini gara-gara TG Haji Hadi mengemukakan idea Kerajaan Perpaduan berdasarkan ayat-ayat Al Quran dan Hadis Rasulullah berikut:
Firman Allah, “Orang-orang mukmin itu bersaudara, hendaklah kamu damaikan antara mereka”.

Firman Allah lagi “Jika mereka (musuh kamu) condong kepada perdamaian, maka hendaklah kamu juga condong kepadanya”, dan sebuah Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud,

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya (sesama Islam) seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”

Sekali lagi penyokong-penyokong Pas membiarkan pemimpin mereka dihina. Malah penyokong kuat TG Haji Hadi juga tidak berani bersuara kerana takutkan gertakan Karpal "The King" dan kemungkinan tindakan ekstrem dan ganas daripada puak militan Pas yang diketuai oleh TG Nik Aziz, dengan di batu apikan oleh Husam "The Chicken Run" Musa.

Kalau beginilah caranya, rasanya TG Haji Hadi patut melepaskan jawatannya kepada TG Nik Aziz. Bukankah beliau yang merupakan dalang utama yang menentang penyatuan Melayu ini. Bukankah beliau juga memfatwakan lebih baik berkawan dengan syaitan. Kalau banyak sangat berkawan dengan Syaitan, inilah jadinya!

June 12, 2009

2 "The Puppet" Tidak Layak Sebagai Pesuruhjaya Pas Perak

"Boneka DAP Perak" tidak terpilih di dalam pemilihan Pesuruhjaya Pas Negeri yang baru dan juga senarai AJK baru yang dilantik di dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baru diadakan semalam. Nizar yang memperolehi undi terbanyak di dalam AJK Pas Pusat tidak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak. Adakah ini bermakna pengurusan tertinggi Pas tidak suka dengan keletahnya yang menjadi boneka DAP dan suka mengikut telunjuk Nga-Ngeh. Berikut adalah senarai pesuruhjaya PAS negeri:

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)
* Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
* Datuk Harun Taib (Terengganu) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

* mengalami perubahan, sementara yang lain kekal.

1 Lee Kuan Yew - Just Another Person, Why Bother?

It's been nearly 50 years but the man who cried when Malaysia kicked Singapore out of the federation is still curious about how the Chinese in Malaysia are doing. It was telling that former Singapore prime minister Lee Kuan Yew's first diplomatic meeting in his week-long visit to Malaysia was with MCA leaders last night. He only met Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today. The 90-minute meeting between Singapore's minister mentor and five MCA leaders led by president Datuk Seri Ong Tee Keat saw an exchange on various issues that continue to concern the Chinese in Malaysia.

Source: The Malaysian Insiders.
Lee Kuan Yew is back to Malaysia. I still remember back in September 2006, when he speaking at a forum on the sidelines of the World Bank-International Monetary Fund meetings , he was widely quoted as saying that Singapore’s neighbours had problems with their Chinese communities because they were successful and hardworking and “therefore, they are systematically marginalised”. After years of his provocative statement, now he back to see for himself whether Chinese in Malaysia have been fully marginalised!

Why should Lee visit Malaysia? And why is he allowed to meet so many leaders? Will a senior politician from Malaysia be allowed to meet Malay leaders, opposition and so on when he visits Singapore? Why Malaysian government give the special treatment that Lee has been getting, likening it to that of a “Chinese Emperor”.

Singapore too has problems in terms of race relations. Not everything there is 100 per cent perfect. I would asked Lee to conduct an independent body to be set up to look into why the Singapore Government made it "official'"policy to marginalise the Malay community in the city state. I am question you why Malays in Singapore had not been given opportunities to hold high positions in government bodies like the armed forces and the wide per capita income disparity between the Chinese and Malays.

Lee should “look after his own rice-bowl” and not interfere with other countries. Singapore is “tiny” so “don’t be too proud”. The so called Mentor only looked wise in his own “tiny” country. China also did not think much of Lee and the Chinese there don’t want to listen to him. The Chinese in China don’t think much of him and it is a fact that he is marginalised by Chinese in the world. LOL.

June 11, 2009

6 Lagi Lagi Pas

PAS kawasan Shah Alam, yang mengusulkan supaya Sisters In Islam (SIS) disiasat dan diharamkan, menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal berhubung usul yang dikemukakan mereka. Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".

Sumber: Malaysiakini.
Bukankah saya telah menulis di dalam posting saya sebelum ini bahawa usul ini akan tinggal usul. Baru saja kena tegur dengan Teressa Kok, perkataan "mengharamkan" akan digantikan dengan perkataan "berbincang". Bagaimana agaknya kalau disergah oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang, rasanya perkataan "mengharamkan" akan tinggal "merayu" atau "meminta sedekah". Malu saya mempunyai Ahli Parlimen yang tidak ada telor. Saya ingat Tun Dollah saja yang "flip flop"!

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Sumber: Malaysiakini.
Betul Tok Guru, "boneka UMNO". Sekarang ini, Pas boneka siapa? "Boneka Anwar Al Juburi"? "Boneka DAP"? Patutlah Tok Guru diam saja apabila Nizar Jamaluddin jadi "boneka DAP" dekat Perak. Boneka UMNO ke, Boneka Anwar Al Juburi ke atau Boneka DAP ke tetap boneka Tok Guru. "Puppet" jugak makna "English"nya!

0 Friendly Advise From The Police

Received e-mail from a friend. Be extra careful ladies:

DO YOU KNOW? Coke + Ajinomoto Can be Used To Rape Ladies

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink.

It is a cheap and widely used method.

This method was used in Canny Ong murder.

Rapist uses this method.

Coca-cola + Ajinomoto/monosodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.

This mixture is poisonous if used too often on the victim.

Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.

DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are not very close with.

Regards,

Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur

2 Pas Hanyalah Pak Sanggup Dan Boneka Dalam Pakatan Haram

Pak Syeih Anwar Al Juburi (meminjam kata-kata Mohammad Sabu) berkata:

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Karpal "The Singh Is King" pula berkata:

DAP National Chairman Karpal Singh has asked PAS to reassess its position in the Opposition Pact following its intention to initiate unity talks with Umno. Indicating the party has limits to its patience, Karpal Singh said, PAS should not push its agenda which adversely affected the pact. Karpal Singh said PAS should realise that it was not the dominant party in the pact as it had only 24 seats in Parliament compared to the 28 held by the DAP and 31 by Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Anwar, Anwar. Tidak habis-habis hendak memutar belitkan cerita. Media UMNO-BN kononnya dipersalahkan. Kamu tidak menjengok ke ke dalam blog-blog pengikut-pengikut Pas yang berperang sesama sendiri. Apa sangat pentingnya berita bodoh ini yang hendak dan telah disiarkan oleh media-media utama. Tidak ada faedahnya. Keduanya, siapa yang dulu "merenyeh" kata orang Utara meminta kerajaan perpaduan ini. DS Najib ke? TS Muhyiddin ke?

Kadang-kadang lucu juga kalau kita lihat persundalan haram di antara Pas, PKR dan DAP ini. Tidak sampai setahun bermutaah, sudah bermacam-macam perkara terjadi. DAP tikam belakang Pas, PKR tikam belakang DAP, PKR membontoti Pas dan DAP pula memperkudakan Pas. Masing-masing ingin menjadi kuasa utama. Tidak ada persefahaman di antara mereka. Mungkin sebab itulah, gabungan ini tidak pernah didaftarkan secara sah. Pernahkah kita melihat perkara ini berlaku di dalam Barisan Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan yang telah memerintah selama lebih 50 tahun. Memanglah ada sedikit sebanyak pergaduhan dan perselisihan faham, tetapi adatlah. Sedangkan lidah lagi tergigit bukan?

Kata-kata Karpal Singh ada kebenarannya. Pas bukan kuasa dominan di dalam Pakatan Haram. Pas hanya sekadar mempunyai 24 kerusi parlimen berbanding 28 oleh DAP dan 31 oleh PKR. Oleh itu, Pas hendaklah akur peranan mereka sebagai Pak Sanggup dan membiarkan hidung mereka dicucuk dan parti mereka ditunggang oleh DAP dan PKR. Contoh yang paling ketara seperti mana yang kita dapat lihat di Perak. Dengan kuasa yang sekadar ada-ada saja, Pas berperanan besar sebagai "puppet" kepada tuannya DAP.

Mungkin inilah yang difikirkan oleh sesetengah pemimpin Pas. Mereka tidak mahu lagi menjadi "puppet". Mereka mahu boleh bersuara dan bukan sekadar Pak Sanggup. Mereka mahukan agenda Melayu dan Islam kukuh di Malaysia ini. Inilah sebenarnya idea Kerajaan Perpaduan. Malangnya, kebanyakan pengikut-pengikut Pas masih lagi mahu bertuankan seorang bi-seksual dan bangsa asing untuk memimpin mereka. Apa hendak buat. Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan ... Biarkan ...

Footnote - A good news for Anwar "The Drama King" Ibrahim and his supporters:
“American Idol” runner-up Adam Lambert has told Rolling Stone magazine he is gay, answering a question that followed the singer for months since he gained millions of fans on the No. 1 US TV talent show. I don’t think it should be a surprise for anyone to hear that I’m gay,” Lambert told the music magazine in excerpts from an interview that were released yesterday. “I’m proud of my sexuality,” he said. “I embrace it. It’s just another part of me.”- Reuters.

June 10, 2009

2 Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi

Apa hendak jadi dengan parti yang mengelarkan parti mereka Parti Islam. Muktamar Pas sudah berlabuh 3 hari semenjak Sabtu lalu. Namun, masih ada suara-suara sumbang mengenainya terutama mengenai Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh Presiden Parti di dalam Muktamar Pas baru-baru ini:

1. Hasil persundalan haram di antara Pas dan DAP/PKR, Pas telah berjaya melahirkan generasi pelapis yang "tinggi" akhlaknya. Pemimpin-pemimpin parti tidak lagi dihormati, malah dicaci cerca dan dimaki. Inilah kejayaan pergabungan Pas di dalam Fuckatan Riot. Kita lihat wajah-wajah generasi baru Pas:
Benda ni mudah sebenarnya. Tapi sebab ahli PAS jenis bodoh, melantik perwakilan jenis bodoh, melantik Hadi menjadi Presiden, maka, rosak kecil yang berlaku selepas rosak besar, menjadi besar. Ntah apa ke faedahnya mempromosi UG pun gua tak tahu. Kalau nak promosi atau lontar idea boleh, tapi buat homework la. Penyudahnya jadi macam ni. Sekali lagi gua merakam betapa stupidnya ulama celaka ni. - Aduka Taruna.

Untuk penyokong PAS, PAS sekarang telah dirogol oleh Hadi Awang dan Nasha. Perogolan berganda dan berulang-ulang, bukan sehaja dirogol tetapi diliwat oleh kedua mereka ini. Saya benci Hadi Awang dan Nasha! - Perisik Rakyat.

Masih tertutupkah lagi kepala hotak Presiden dan Timbalan Presiden PAS, pekak dan butakah dengan kenyataan tersebut, bodoh tak boleh di ajar… suara akar umbi yang berdentum-dentam tidak di ambil peduli. Seperkara lagi, jika dah tahu ada musuh dalam selimut, Pelesit atau Parasit yang buat kerja-kerja BARUA maka tindakannya pancung sampai mati…. halau atau pecat saja Barua lalang yang mengganggu gugat ketenteraman Parti. - IkutSukaAku.

Inilah antara suara generasi baru Pas yang telah dididik secara halus oleh tangan-tangan ghaib Anwar Al Juburi (meminjam kata-kata Mohammad Sabu).

2. Orang-orang Pas mengadakan muktamar. Orang-orang Pas membuat pilihan siapakah pemimpin mereka. Apabila wujud ketidakpuasan hati di antara dua pemimpin, Pas menjadi retak terbelah dua. Satu pihak masih menganggap Presiden parti sebagai nakhoda kapal. Satu pihak lagi menganggap Mursyidul Am sebagai Ketua Parti. Persoalannya, siapakah yang patut diikut dan siapakah yang mempunyai hiraki yang tertinggi di dalam parti? Sekiranya mengikut logik akal, sekiranya Mursyidul Am adalah hiraki yang tertinggi di dalam parti, kenapakah beliau dicalonkan untuk jawatan Presiden Parti?

Saya tidak perduli orang-orang Pas hendak bergolok berparang. Lantak koranglah. Tidak cukup kapak, senapang saya hadiahkan. Yang saya kisah mereka guna nama Islam pada Parti sedangkan pemimpin dan pengikutnya berperangai lebih dari Yahudi. Kalau hendak mencalarkan nama Islam, buang perkataan Islam pada Pas. Habis cerita. Lepas tu, sambung balik maki hamun dan caci cerca. Apa daa ...

8 Apakah Kaum Bukan Bumiputera Di Malaysia Didikriminasikan Dan Terpinggir?

Berikut adalah cetusan rasa masyarakat bukan Bumiputera di Malaysia berikutan rencana di dalam The Malaysian Insiders bertajuk "Kuan Yew Still Keen To Know About Welfare Of Chinese In Malaysia".
written by Joe Ang, June 09, 2009
Don't have to come here to find out. We continue to be manipulated and discriminated. Little has changed. We are at least more discriminated in Malaysia than the malays being discriminated in Singapore, if at all Singapore does discriminated against its citizens. Malaysia certainly practice discrimination against its citizens, I do not know about Singapore.
written by SVB, June 09, 2009
Yes I agree with Joe Ang, June 09, comments. Malaysia under its Bangsat Negara Government discriminates and worse can call others 'pendatang'. Hororrs of all horrors! The good thing is with all the discriminations we the discriminated are always way above them whether in terms of living standard or earning power!! GOD is FAIR!!!

Sumber: The Malaysian Insiders.
Saya merasa amat sedih membaca pendapat-pendapat di atas seolah-olah masyarakat Bukan Bumiputera di negara ini mendakwa diri mereka didikriminasi dan dipinggirkan oleh pemerintah. Tidak bersyukurkah kaum-kaum Bukan Bumiputera dapat tinggal dan hidup aman di negara Malaysia ini. Apakah selama ini pendapat mereka disekat, mereka dihalang dari mencari rezeki dan mengumpul kekayaan. Apakah golongan Bukan Bumiputera ini dihalang dari mengerjakan ibadah mengikut apa sahaja bentuk kepercayaan mereka. Bukankah mereka diberi hak yang sama untuk mengundi siapa sahaja yang mereka inginkan sebagai pemerintah?

Saya percaya, bukan semua golongan Bukan Bumiputera yang tidak bersyukur. Ramai lagi masyarakat Bukan Bumiputera yang memahami dan menghormati tata cara hidup bersama dengan kaum-kaum Bumiputera di negara ini. Jangan sepert kacang lupakan kulit dan kaduk naik junjung. Satu pesanan dariku. Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak suka dengan kehidupan di Malaysia, tanah tumpah darahku, kamu semua boleh memohon mana-mana kerakyatan yang kamu suka. Bukan sedikit yang telah migrasi dan memohon kerakyatan ke negara-negara lain. Ramai lagi penduduk Malaysia baik Bumiputera atau bukan yang masih sayangkan tanahair ini dan sanggup berkorban nyawa untuknya. Jangan membakar api perkauman.

Nota Kaki: Kementerian Dalam Negeri seharusnya lebih peka ke atas komen-komen yang dibuat di dalam The Malaysian Insiders (TMI) yang semakin hari semakin banyak memainkan isu perkauman dan unsur-unsur hasutan. Provokasi berita yang disampaikan oleh TMI juga memainkan peranan. Jangan hanya bilamana Awang Selamat mengutarakan ungkapan "pendatang" dianggap menghasut, sedangkan kaum-kaum lain bebas menyakitkan hati kaum Bumiputera. Adilkah?

June 9, 2009

2 Idea DS Najib Diceduk PKR?

Gambar Ehsan Minaq Jinggo
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan kongres khas Sabtu ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, antara lain membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan. Selain itu, PKR akan mengehadkan Presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum tiga penggal selama sembilan tahun.

Sumber: MStar Online.
1. Sudah tidak ada idea sendiri ke puak-puak di dalam PKR ini. Idea DS Najib yang diucapkan beliau semasa penerimaan jawatan sebagai Presiden dan penggulungan pada 28 Mac 2009, telah diciplak dan akan digunapakai oleh parti tersebut. Nampak sangat idea DS Najib berwawasan dan menjadi ikutan puak-puak parti pembangkang ini. Nampak sangat idea dan pendapat Penasihat Umum mereka, Anwar "The Drama King" Ibrahim hanyalah omongan kosong dan retorik bodoh. Cuba kita amati transkip idea DS Najib yang telah dijadikan sumber aspirasi oleh puak-puak ini:
Dalam soal perubahan, maka saya telah memberi pengakuan bahawasanya persidangan akan datang akan merupakan persidangan khas untuk meminda perlembagaan kami. Di antara perkara yang kita akan pinda ialah untuk menjadikan proses pemilihan dalam UMNO ini lebih terbuka, lebih telus, dan lebih demokratik. Pada masa ini kepimpinan tertinggi UMNO ditentukan oleh hanya lebih kurang 2,600 ahli UMNO sahaja. Ahli-ahli UMNO yang bersidang dalam dewan ini mewakili lebih kurang 3 juta ahli UMNO. Banyak yang berpendapat bahawa bilangan 2,600 ini tidak mungkin mencerminkan kehendak dan aspirasi 3 juta ahli UMNO.

Sumber: Blog 1Malaysia.
2. Memang elok jawatan presiden dihadkan untuk beberapa tempoh tahun perkhidmatan. Bagaimana pula dengan tempoh Penasihat Umum Parti? Tidakkah ianya juga perlu di hadkan? Umum mengetahui bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR hanyalah merupakan seorang "puppet" dan tidak boleh membuat sebarang keputusan.

3. Tidakkah ada peraturan atau tatacara di dalam perlembagaan parti PKR yang mensyaratkan seseorang yang hendak memegang sesuatu jawatan parti perlu menjadi ahli waima Penasihat Umum Parti sekalipun. Bukankah pelik seorang ketua dilantik bukan di kalangan ahli parti?

June 8, 2009

1 Kisah Menyayat Hati - Anak Mati Digilis Kereta Dipandu Ibu

Kita lupakan sekejap berita politik. Kejadian di bawah amat menyayat hati saya. Gambar-gambar di bawah saya terima melalui e-mail dan ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca saya. Yang baik jadikan panduan, yang menyayat hati jadikan sempadan:

Tempat: 25/70A, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Tarikh/Masa: 28 Mei 2009/2.00 petang.


Petang yang sepatutnya menjadi hari yang ceria bagi keluarga ini, berakhir tragedi ...

Dan kemalangan yang berlaku ini benar-benar meruntun hati sesiapa yang melihat dan berada di tempat kejadian.

Dengan sekelip mata, anak yang baru berusia 3 tahun setengah, maut di hadapan mata bapanya setelah digilis kereta yang dipandu ibu kanak-kanak malang terbabit.

Tiga sekeluarga ini baru sahaja tiba di sini untuk menikmati makan tengahari di sebuah restoran. Suami, Eugene Chong dan anaknya, Isabel Chong, baru sahaja keluar dari kereta. Kedua-duanya kemudian bediri di belakang kereta.

Isteri Eugene, Tan Lih Ying, yang membawa kereta, kemudian cuba membetulkan kedudukan keretanya di ruang tempat letak kereta.

Bagaimanapun, wanita terbabit dipercayai tersilap ketika memasukkan gear menyebabkan kereta Proton Wira Aeroback ini tiba-tiba meluncur laju mengundur.

Akibatnya, Isabel yang berdiri betul-betul di belakang kereta, terus dirempuh dan digilis tayar belakang dan terhimpit di bawah tayar hadapan.

Kereta terhenti setelah belakangnya terlanggar sebatang pokok hiasan.
Semuanya berlaku dengan pantas.

Isabel yang cedera parah di kepala, ditemui di bawah tayar hadapan yang tersangkut pada tebing tempat leatak kereta.

Orangramai yang terkejut dengan kejadian itu, segera memberikan bantuan dan beramai-ramai mengangkat kereta bagi mengeluarkan Isabelle yang berlumuran darah.

Sebuah ambulan dari Emergency Resources Managements yang kebetulan beribupejabat tidak jauh dari tempat kejadian, tiba bersama tiga anggota perubatan beberapa minit kemudian.

Bagaimanapun, Isabel telahpun meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala.

Dan sepanjang selepas kejadian sehinggalah pegawai penyiasat trafik tiba di tempat kejadian, Tan tidak henti-henti menangis, meraung dan meratap sambil memeluk mayat anaknya. Suaminya termasuk beberapa orangramai, terpaksa mententeramkan Tan yang tidak dapat mengawal perasaannya.

Semasa pegawai penyiasat trafik tiba, Tan sendiri yang mengangkat mayat anaknya ke atas pengusung. Mayat Isabel di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

0 Pengharaman "Sister In Islam"?

Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan pertubuhan wanita terkenal Sisters In Islam (SIS) jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam. Usul yang dibawa PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 yang bermula sejak Jumaat lalu di Shah Alam.

Hari ini pula, Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok yang juga ahli parlimen Seputeh, berkata sikap mahu mengharamkan sesuatu adalah sifat Umno dan BN yang patut ditolak kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia serta melanggar hak-hak kebebasan sejagat. Teresa berharap PAS dapat berpegang teguh dengan janji dan amanah Pakatan Rakyat untuk memastikan hak dan kebebasan rakyat pelbagai pandangan di negara ini dijamin dan dilindungi.

Nampak gayanya selepas ini usul hanya tinggal usul. PAS sudah pastinya tidak mahu menguris perasaan rakan sebantal tidur seranjangnya. Mana boleh kita lupa PAS yang selama ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam, tiba-tiba kecut perut dan telor apabila disergah oleh Karpal "The King" Singh. Perlaksanaan hukum hudud dan negara Islam hancur berkecai. Yang tinggal hanyalah "PAS For All" apabila The King menyergah "Langkah Mayatku Dulu!"

3 Ungka Kit Talked Nonsence Again!

Datuk Seri Najib Tun Razak’s analysis that Barisan Nasional leaders are too obsessed with positions is “great”, says DAP strongman Lim Kit Siang, who stressed that the prime minister did not realise the irony that he was actually describing himself in that statement.

Kit Siang was referring to the Barisan chairman’s speech at the PPP assembly yesterday, in which he noted that Barisan component party leaders were obsessed with party posts, saying they should focus on the people and regain support for the ruling federal government coalition after its dismal Election 2008 results.

“If Najib had followed his own edict to constantly ‘feel the pulse of the people’, he would have realised that the biggest Achilles heel in the credibility, integrity and legitimacy of his premiership is the unethical, undemocratic, illegal and unconstitutional power grab in Perak,” he added..

Source: The Malaysian Insiders.

To senile grumpy old man, Apek Lim. First and foremost, which leaders in BN obsesses with the party posts. Except Samy Vellu who want to retain the party president and MIC King until the last of his breath, other political figures have been long gone. Tun Mahathir and Tun Abdullah have left, Lim Keng Yeik also has left and Lim Leong Sik also has left. Let us analyse the Fuckatan Riot's leaders. AnWar Ibrahim want to be a PKR leader forever even he is not a party member, TG Nik Aziz also want to be Kelantan Menteri Besar and Mursyidul Am Pas until his last day on earth, and you yourself old man, don't know when to retire maah. You want to be like Lee Kuan Yew hah? Now back to your question, who do you think are obssess of power?

Secondly, what about your best pal ever, grumpy old AnWar "The Drama King" Ibrahim, who planned to do the unethical, undemocratic, illegal and unconstitutional power grab of the nation in September 16 after the 12 General Election. It shows that you only have a selective memory and you are damn idiot when making a speech. Don't bluff the Malaysian that you are not dream and target for Deputy Prime Minister post if the illegal coup d’ etat in Malaysia (September 16) succeed.

June 7, 2009

1 Berita-Berita Menarik Semperna Muktamar Pas Ke 55

1. Isu etika berpakaian yang memenuhi tuntutan syarak terutama melibatkan golongan pemerhati dan petugas media wanita terus mendapat perhatian pada Muktamar Tahunan PAS ke-55. Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Lo' Lo' Ghazali dalam ucapan penggulungannya berkata parti itu menggalakkan pakaian yang bersopan demi menjaga sensitiviti dan menghormati kepimpinan tertinggi parti.
Sumber: Bernama.
Ulasan: Ish ... Ish ... Ish ... Takkan tidak memakai tudung menjadi hal sehingga tidak dibenarkan membuat liputan Muktamar Pas. Kononnya menjaga sensitiviti dan menghormati kepimpinan parti. Yang Eli Wong pergi berzina dengan laki orang dan menunjukkan anunya kepada seluruh dunia, dijemput pula berceramah di atas pentas-pentas Pas tak apa pulak. Sehingga boleh jumpa TG Nik Aziz lagi minta pengampunan. Janganlah hina orang tidak bertudung, Cik Kak oii ...
2. At the next general election, the Islamist party is planning to contest 40 parliamentary seats in rural areas especially Felda communities in Pahang, Johor, Perak and Terengganu. The motion was accepted without any debate at the party’s 55th general assembly.
Source: The Malaysian Insiders.
Ulasan: Kalau setakat 40 kerusi sahaja yang hendak dipertandingi, bagaimana hendak mengepalai Pakatan Rakyat? Bagaimana dengan cita-cita hendak ke Putrajaya. Angan-angan Mat Jenin betullah parti ini. Patutlah selalu kena dipermainkan oleh PKR dan DAP. Alamat selama-lamalah menjadi kuda tunggan parti lain. Ish ... Ish ... Ish ...
3. Datuk Husam Musa memohon Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberi penjelasan berhubung ucapannya mengenai "musuh dalam selimut" sehingga parti itu wajar mengetatkan mekanisme pertandingan. Husam, yang gagal dalam percubaan merebut jawatan timbalan presiden semalam, berkata penjelasan ungkapan kontroversi tersebut "mustahak".

Sumber: Malaysiakini.

Ulasan: Kata orang-orang tua, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Kalau tidak kena batang hidung sendiri, buat apa hendak ambil tahu. Awakkan sudah jadi ahli biasa Pas. Pandai-pandailah bawa diri. Tak payahlah lagi hendak mendapat publisiti akhbar. Bukannya orang tidak tahu. Satu dunia sudah tahu bahawa kamu tidak lebih daripada kuda tunggangan AnWar Al Juburi (meminjam kata-kata Mohammad Sabu). Ramai orang menunggu kamu Husam untuk bergabung bersama "master" kamu ke dalam parti PKR. Untung-untung AnWar boleh sesuka hati menyingkirkan Timbalan Presiden PKR untuk mengantikan dengan kamu. Parti itukan emak bapa dia yang punya!
4. Sementara itu, tiga kawasan PAS – Shah Alam, Jerlun dan Hulu Selangor – mengusulkan Pakatan Rakyat didaftarkan sebagai sebuah gabungan rasmi sebagai alternatif kepada BN. Saranan itu sebahagian langkah mengukuhkan hubungan dalam gabungan itu yang terpaksa berdepan usaha melaga-lagakan pemimpin dalam tiga parti pembangkang tersebut.

Sumber: Malaysiakini.
Ulasan: Hah ... Ini usul yang paling saya setuju. Pimpinan Pas yang baru wajib membawa isu ini ke dewan tertinggi Pakatan Rakyat. Kalau betul anak jantan, kalau betul-betul ikhlas, kalau betul-betul boleh tidur sebantal main seranjang, Pakatan Rakyat hendaklah didaftarkan. Pas tidak boleh selama-lamanya terikat dengan benda-benda haram. Parti Islam mana boleh. Lainlah Anwar Al Juburi (meminjam kata-kata Mohammad Sabu), depan boleh, belakang boleh, perempuan boleh, lelaki boleh, halal boleh, haram lagi boleh!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates