May 30, 2009

2 Saifuddin Nasution Sudah Mula Risau?

Pengarah Pilihanraya Pusat PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang baru dilantik dan masih dalam tempoh edah semalam telah mengingatkan bahawa pihak BN, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Pakatan Haram.

Walaupun BN tidak bertanding, PKR masih lagi dibayangi dengan mimpi-mimpi ngeri melibatkan BN. BN tidak bertanding pun takut. Segala ceramah yang diadakan semasa tempoh berkempen semuanya ditujukan kepada BN. PKR mengatakan BN takut untuk bertanding tetapi sebenarnya walaupun BN tidak bertanding mereka masih lagi takut dengan BN. PKR tidak kuat sebenarnya. "Survival" mereka bergantung kepada kelemahan BN. Mereka akan menjadi lipatan sejarah seperti Semangat 46 apabila BN kembali kepada kekuatan asalnya.

Ni saya hendak tanya kepada PKR terutamanya Si Saifuddin. Esok hari mengundi, apa sahaja yang berlaku semua salah BN kan. Undi kurang, salah BN, majoriti ciput pun salah BN. Saya ingin mengingatkan penduduk Penanti beberapa perkara:

1. Jangan mengadakan kenduri kahwin esok walaupun perancangan telah diadakan setahun yang lalu. Nanti PKR kata kenduri kahwin itu ditaja oleh BN. Tidakpun mesti mereka kata pengantin dan keluarga pengantin hendak sabotaj pilihanraya. Suruh Pak Imam tangguh dahulu akad nikah!

2. Penduduk Penanti yang merancang hendak pergi melancong secara rombongan diharapkan membatalkan rancangan. Ini semua pasti kerja BN. BN yang merancang semua ini. Tak payah pergi melancong walapun cuti sekolah.

3. Bas-bas dilarang berada berdekatan dengan tempat mengundi. Puak-puak ni memang fobia dengan bas. Pantang jumpa bas, dakwa pengundi hantu walaupun sebenarnya mereka yang hantu.

4. Orang-orang UMNO duduklah kat rumah. Tak payah kecoh-kecoh. Biarlah puak-puak gila PRK ini keluar mengundi. Kamu mengundi ke tak mengundi ke tetap dichop cuba sabotaj pilihanraya.

Buat pengundi Penanti. Selamat mengundi. Siapa calon yang anda hendak undi lantaklah. Masing-masing sudah besar panjang untuk membuat pilihan!

60 Wajah-Wajah Anwar I



Manusia ini mendakwa polis menzaliminya, menyuntik racun arsenik kedalam tubuhnya sehingga beliau terpaksa menggunakan kerusi roda ... Malangnya ianya hanyalah sandiwaranya sahaja.

Sesungguhnya aku benci manusia munafik!

May 29, 2009

3 TG Nik Aziz Menyamakan BN dengan PKM ... Sudah Nyanyuk Agaknya!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma. Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.

"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi. Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja. Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman, pembunuhan, kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara. Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah. Bukankah ini juga semacam dengan mereka."

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.

Sumber: Siasahdaily.
1. Hari ke hari rasa hormat saya kepada TG Nik Aziz semakin pudar. Ini adalah kerana sifatnya yang melebihkan politik dari agama. Semalam, TG Nik Aziz merepek dan meraban lagi. Barisan Nasional telah disamakan dengan Parti Komunis Malaysia. Sedarkah apa yang dia cakap ni. Kalau betul BN sama dengan PKM, sudah berapa banyak nyawa rakyat yang tidak berdosa telah melayang semasa pemerintahan BN. Berapa ramai orang yang telah dibunuh oleh ahli-ahli BN? Berapa pula yang telah dirogol oleh ahli-ahli BN semasa pemerintahannya?

2. Dahulu TG Nik Aziz mengatakan Parti Rakyat Malaysia yang mengamalkan fahaman sosialis adalah sama dengan komunis. Apabila PRM menyertai PKR, tiada lagi kedengaran TG Nik Aziz mengatakan sosialis adalah komunisma. Sekarang timbul pula Nasionalisma adalah komunisma. Apakah sifat memperjuangkan dan sayangkan negara (nasionalisma) boleh disamakan dengan komunisma. Apakah sifat ingin mempertahankan negara daripada sifat manusia munafik bernama AnWar "peliwat" Ibrahim untuk merosakkan negara dianggap komunisma?

3. TG Nik Aziz dan kuncu-kuncu Fuckatan Riotnya menyalak mengatakan ISA adalah zalim. Kenapakah mereka membisu ketika pengganas Singapura, Mas Selamat ditahan oleh kerajaan di bawah ISA baru-baru ini? Ini adalah kerana mereka tahu apa yang pengganas seperti Mas Selamat boleh lakukan sekiranya beliau dibiarkan bebas di KLCC contohnya. Kenapa tidak mengadakan demonstrasi membantah penahanan Mas Selamat? Mas Selamat tidak dizalimikah? Puak-puak ini hanya menyalak apabila golongan mereka dikenakan ISA. Adakah mereka bising apabila ahli-ahli UMNO sendiri seperti YB Ibrahim Ali pernah ditahan ISA?

4. TG Nik Aziz sudah tidak relevan lagi. Beliau hanya menjadi kuda tunggangan AnWar "Peliwat" Ibrahim untuk memenuhi cita-cita berahinya menjadikan Malaysia sebagai republik!

6 Pelajar UiTM Dicabul Kehormatan - Naib Canselor Beri Penjelasan

Seorang pelajar wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan cuai susulan insiden mencabul kehormatan yang dialaminya tahun lalu. Pelajar itu, 21, didakwa mengalami trauma yang serius sehingga menangguhkan pembelajaran selepas didatangi seorang lelaki di bilik mandi asrama di kampus itu menjelang subuh, 28 November lalu. Dalam percubaan rogol itu, lelaki terbabit didakwa menyentuh bahagian sulit pelajar berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya.

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam melalui Hanipa Maidin, seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, yang bertindak sebagai peguam pelajar berkenaan. Dalam saman itu, UiTM sebagai defendan didakwa cuai menangani masalah keselamatan di universiti itu. Hanipa berkata, jumlah ganti rugi yang dipohon tidak ditetapkan, sebaliknya pelajar itu menyerahkan kepada mahkamah bagi menentukannya. Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menerima aduan ibu siswi berkenaan hadir bersama peguam itu dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.

Sumber: Malaysiakini.
Akhbar-akhbar perdana seperti NST dan akhbar portal seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insiders dalam dua hari lepas telah melaporkan berita di mana seorang pelajar UiTM Shah Alam telah diceroboh dan dicabul kehormatannya. Pelajar berkenaan telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Pelajar dan keluarga berkenaan telah menemui YB Shah Alam, Khalid Samad untuk menyelesaikan masalahnya. Dengan diketuai oleh peguam kontroversi Pas, Hanipa Maidin, kes berkenaan sekarang dalam proses saman oleh keluarga terbabit dengan didokongi oleh parti Pas, yang pastinya suka mengambil kesempatan di atas sesuatu isu.

Hari ini apabila Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan, tiada satupun dari akhbar di atas yang menyiarkan berita tersebut. Kenapa? Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh Datuk Dr Ibrahim berkenaan kes berkenaan:

1. Pelajar berkenaan tidak seharusnya berada di hostel berkenaan pada waktu tersebut. Pelajar berkenaan tinggal di Lembah Kelang. Secara automatiknya, beliau tidak layak tinggal di asrama. Apabila beliau dengan secara tidak sah berada di asrama pada masa kejadian, pihak UiTM seharusnya tidak bertanggungjawab sekiranya apa-apa kejadian yang berlaku kepadanya.

2. Kejadian berkenaan berlaku pada cuti pertengahan semester. Tidak ada pelajar yang dibenarkan tinggal di asrama pada masa berkenaan kecuali yang dibenarkan sahaja. Pelajar berkenaan buat apa di sana secara haram pada waktu cuti?

3. Apakah motif pelajar berkenaan melalui peguam Pas yang terkenal dengan sifatnya yang suka mengambil kesempatan meminta ganti rugi sebanyak RM500,000 di atas kelalaian dan sifat "cari penyakit"nya itu.

4. Mengenai soalan Hanipa Maidin kenapa pihak UiTM tidak menjawab surat dari keluarga berkenaan, adalah ditegaskan pihak UiTM tidak ada sebab untuk menjawab surat berkenaan.

Buat YB Khalid Samad, selesaikan dahulu masalah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam yang menjadi kemarahan umat Islam di sana. Janganlah kamu cuba menjadi hero kes yang tidak kuat asasnya ini. Buat Hanipa Maidin, suka hati kamulah!

May 28, 2009

0 Al Fatehah Untuk Seniman Agung Tan Sri P Ramlee

Esok 29 May 2009, genaplah 36 tahun Allayarham Tan Sri P Ramlee meninggalkan kita. Sewaktu pemergiannya saya masih lagi kanak-kanak kecil. Saya membesar dengan drama, filem, keletah lawak jenaka, senyum tangis dan nyanyian mantap Allahyarham. Allahyarham Bapa saya merupakan seorang peminat setia P Ramlee. Hampir kesemua piring hitam dan rekod nyanyian Allahyarham telah dikumpulkannya. Oleh itu, secara tidak langsung anak lelaki sulungnya ini turut mengikuti jejak langkah beliau meminati lagu, nyanyian dan lakonan hebat Seniman Agung ini. Terima kasih Datuk Ibrahim Yahaya kerana mengingatkan tarikh ulangtahun pemergian Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.

Saya tidak ingat lakonan pertama Allahyarham, kalau tidak silap filem Chinta tetapi saya mengingati filem terakhir beliau iaitu Laksamana Do Re Mi. Terus terang, saya katakan, saya tidak meminati langsung 3 filem terakhir Allahyarham iaitu trilogi Do Re Mi. Saya menganggapnya sebagai merapu. Namun akhirnya saya sedar saya tersilap. Seniman Agung itu mempunyai khashaf yang dapat melihat masa depan. Siapa sangka kerajaan bawah pokok negara Pasir Berdegung di dalam filem Laksamana Do Re Mi telah menjadi "Deja Vu" dan berulang jalan ceritanya di negeri Perak pada tahun 2009. Hebatnya Allahyarham.

Saya bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. Tan Sri P Ramlee adalah orang yang pertama mengerakkan dan mempeloporkan konsep 1Malaysia. Siapa yang tidak mengenali Tan Sri P Ramlee di Malaysia. Baik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan semuanya mengenali P Ramlee. Lakonannya sentiasa diselitkan dengan ragam kehidupan semua lapisan kaum terutamanya Melayu, India dan Cina. Di dalam filemnya, tiada persengketaan sesama kaum. Tiada hasad dengki di dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Jenakanya disampaikan secara halus dan masih segar dalam ingatan. Sindirannya yang tajam disampaikan dalam bentuk drama dan jenaka. Patah tumbuh hilang berganti, namun Tan Sri P Ramlee tiada galang ganti.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatehah.

3 Pelik Betul Puak Fuckatan Riot Ni Puasa Sunat Dan Mogok Lapar

Program satu hari warna hitam yang dilancarkan oleh penganjur Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar akan memberikan minuman kopi percuma kepada orang ramai dari pagi sehingga ke petang hari ini. Minuman itu hanya boleh didapati di Restoran Nasi Kandar Istana dilantai bawah Wisma DAP, Ipoh Perak yang telah dilancarkan malam tadi dalam satu program ceramah di bangunan itu. Demikian pengumuman yang dinyatakan oleh Adun Titi Serong Drs Idham Khalil Lim di dalam blognya hari ini. Program ceramah di Wisma DAP sempena Program Puasa Sunat dan Mogok lapar mendapat sambutan luarbiasa penyokong Pakatan Rakyat pelbagai bangsa sehingga kehadiran tidak dapat ditampung oleh ruangan wisma yang agak kecil menyebabkan melimpah sehingga kebawah.

Sumber: Haprakdaily.
Terasa bodoh diri ini untuk memberi komen mengenai rencana di atas. Apatah lagi ulasan di atas dibuat oleh Idham Khalil Lim, ADUN dan juga bomoh Fuckatan Riot yang sehingga kini gagal membuktikan tomahan beliau bahawa DS Zambry membawa bomoh untuk menjampi dewan di dalam persidangan DUN yang lepas. Ajaran sesat apakah yang di bawa oleh pihak Fuckatan Riort ini. Sila lihat fakta-fakta berikut:

1. Puasa sunat dan mogok lapar apakah yang membolehkan seseorang itu minum kopi?

2. Apa punya benak Si Khalil ini. Rakyat Malaysia kalau apa sahaja yang diberi percuma, pasti akan datang berduyun-duyun punya! Apa punya gimik bodoh dalam usaha untuk meramaikan orang di majlis yang tidak mendapat sokongan rakyat Perak ini. Lepas ni bolehlah buat bubur pulut hitam pulak. Hitam jugak. Atau suruh Sivakumar masak capati. Sivakumar hitam jugak!

Tertarik saya dengan niat puasa yang telah disediakan oleh rakan blogger saya, Mesin Taip Buruk iaitu:

"Sahaja aku puasa sunat mogok lapar pada esok hari selama tiga hari kerana Nizar nak jadi MB"

Di akhir rencana di atas juga, saya tersenyum sendirian apabila membaca petikan berikut:
Pada kesempatan yang sama Kit Siang telah menyampaikan jambangan bunga kepada dua wira Perak yang telah ditahan reman tiga hari di Selangor kerana menghadiri upacara memasang lilin minggu lepas.
Oh baru saya tahu bagaimana bentuk wira yang menjadi pujaan puak-puak munafik dari Fuckatan Riot ini. Guru-guru saya dahulu mengajar wira-wira Malaysia adalah orang yang berjuang kerana mempertahankan tanahair seperti polis, tentera dan pejuang-pejuang kemerdekaan. Bagi puak-puak ini, wira-wira mereka adalah pengecut yang membawa lilin kerana hendak menghidupkan kerajaan komunis DAP di Perak dan menjadikan Nizar "the Puppet" Jamaluddin sebagai MB!

6 Ustaz Akhir Zaman - Ustaz Akhil Hayy




Kalau lepak tepi pantai, bawak gitar kapok sebijik sambil layan lagu-lagu rock kapak sememangnya masyuk. Tambah masyuk kalau ada awek atau pakwe di sebelah. Memang makin bertambah nikmat terasa suasana di tepi pantai sambil ditiup angin bayu laut. Mungkin itu yang dilakukan dalam gambar Waheeda dan Akhil Hayy ini. Bercanda di tepi pantai, berjalan di gigi air. Perghh. Sememangnya kantoi tahap impak maksima mereka berdua ini. Kenapa agaknya Akhil Hayy dan Waheeda keluar bersama-sama ke tepi pantai? Adakah mereka bersama-sama membincangkan masalah ekonomi dunia sekarang? Ataupun berbincang tentang kehidupan sebagai suami isteri yang perlu dirahsiakan daripada orang lain? Renung-renungkan dan selamat beramal.

0 Memanggil Isteri Hodoh Satu Kesalahan!

Berita benar. Berita penting buat kaum suami di luar sana. Memanggil isteri anda buruk atau hodoh dengan bertujuan untuk menjatuhkan maruahnya adalah satu kesalahan (offence) di bawah cadangan Pindaan Kepada Akta Keganasan Domestik 1994.

Dengar tu para suami. Lain kali kalau isteri anda bertanya,

"Kurus saya Bang?" Jawab saja "Kurus sayang ... cantikkk" Walaupun badannya macam tong drum.

"Putih kulit saya Bang?" Hendaklah dijawab "Halus dan mulus, sayang, putih bak salju" walaupun kulitnya macam bontot kuali dan berkerutu macam permukaan bulan.

Bagi kaum isteri pula hati-hati. Kaum suami ni kalau banyak sangat memuji bukan untuk mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang seperti pindaan di atas. Cumanya kadang-kadang hendak memujuk menurunkan tandatangan untuk cawangan satu lagi.

Menurut Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Dr Noorul Ainur berkata, tujuan pindaan ini dilakukan adalah untuk memelihara kaum wanita dari didera secara fizikal dan mental. Malangnya bagi kamu suami, tiada undang-undang untuk melindungi mereka dari didera oleh para isteri! Laporan penuh The Star, di sini.

May 27, 2009

2 Siapa Dr Rahja Yang Minta Mufti Perak Letak Jawatan?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.

Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.

Sumber: Haprakdaily.
Pertamanya saya ingin bertanya siapa Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss ini yang berjawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak ini? Bossnya, Yang Dipertua Pas Perak kenallah saya. Siapa tidak kenal Ahmad Awang yang terpalit degan isu rasuah balak di Perak dan merupakan seorang ahli politik yang sudah diistiharkan muflis! Yang mamat Setiausaha Dewan Pemuda ni siapa pula. Gila hendak bertanding ke apa-apa jawatan sempena Perhimpunan Agung Pas? Cabul sunguh mulutnya. Kalau hendak dibandingkan dengan mufti Perak, jauh panggang dari api. Apalah sangat jasanya yang boleh saya tulis untuk pembangunan Islam di Perak. Kalau setakat sebagai keldai penyokong Mantan "Menteri Besar Mahkamah", Nizar "The Puppet" Jamaluddin untuk mendirikan kerajaan komunis DAP di Perak, tidaklah dapat ditakrifkan sebagai membangunkan Islam.

Kalau saya hendak membandingkan beliau dengan calon Timbalan Presiden Pas, sudah tentu tidak boleh. Husam Musa semalam telah tercecet-cecet melarikan diri dari berdebat dengan Ezam Md Nor di dalam rancangan Hujah TV9. Cerita kartun Husam Musa yang bacul dan pengecut boleh di baca di sini dan di sini. Buat Dr Rahja, lain kali kalau hendak mencari publisiti murahan, jangan sampai memalukan diri sendiri. Mufti Perak adalah seperti ular yang menyusur akar, takkan hilang bisanya.

3 Zuraida Oh Zuraida

“Kita kenal Aminah lebih dari 10 tahun dan kita juga tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada beliau. Kita bukan nak memperlekeh beliau tetapi tindakan beliau yang sengaja mengeruhkan keadaan dilihat sebagai usaha yang tidak seharusnya dibuat oleh seorang wanita. Tindakan Aminah menjemput rakan lama beliau untuk makan dan memerangkap teman lamanya dengan percakapan yang sengaja dirakan untuk tujuan mencari publisiti murah dan bahan kempen amat tidak boleh diterima. Sebagai seorang wanita yang perlu memelihara kehormatan dan moral, Aminah tidak seharusnya mengkhianati rakan-rakan lamanya,” jelas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Alhi Parlimen Ampang.

Sumber: Suara Keadilan Online.

Ewah ... ewah ... Makcik seorang ini. Melompat pulak dia. Apa dia kata? "Sebagai seorang wanita yang perlu memelihara kehormatan dan moral"? Pandai pulak dia bercakap pasal moral, pasal kehormatan. Yang dia ke hulu ke hilir mempertahankan ratu separuh bogel yang menayangkan anunya ke seluruh dunia itu memelihara kehormatan? Yang beliau memeluk erat dan menangis teresak-esak di atas pentas bersama Exco wanita yang bersekedudukan dengan laki orang itu memelihara moral? Pegi dahhh! Orang-orang Peliwat ini semuanya sama. Cakap tidak serupa bikin.

May 26, 2009

1 Barcelona v United Classics


Here's a reminder of six great games - click below to read more.

United 3 Barcelona 0, Cup Winners' Cup third round, second leg, 21/3/84
One of OT's great European nights as the Reds, led by the irrepressible Bryan Robson, thrillingly overturned a 2-0 first-leg deficit.

Barcelona 1 United 2, Cup Winners' Cup final, 15/5/91
Mark Hughes hit a double against his former side to hand Sir Alex Ferguson his first European trophy and send 30,000 Reds delirious in rainy Rotterdam.

United 2 Barcelona 2, Champions League phase one, match three, 19/10/94
Lee Sharpe's cheeky back-heel 10 minutes from time earned a well-deserved draw against Romario and co and kept United top of Group A.

United 3 Barcelona 3, Champions League phase one, match one, 16/9/98
The Reds raced into a two-goal lead in the opening European gambit of the Treble, but were pegged back in a game which had everything.

Barcelona 3 United 3, Champions League phase one, match five, 25/11/98
"Wonderful entertainment" was how Sir Alex described this Nou Camp classic, in which Dwight Yorke and Andy Cole were at their telepathic best.

United 1 Barcelona 0, Champions League semi-final, second leg, 29/4/08
Fired by another electric atmosphere, United reached Moscow thanks to a vintage strike from Paul Scholes and stout defending against Barça's much-vaunted attack.

Don't forget your appointment with the Champions. Kick off at 2.45 a.m. Malaysian / Hong Kong time on 28/05/2008.

4 Sinetron Murah PKR di Penanti

Sepandai-pandai tupai melompat ...

1. 23.05.2009 - Kak Min kata PKR cuba merasuahnya.
Calon bebas Aminah Abdullah rancang mendedahkan bukti bahawa PKR cuba menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya Penanti, 31 Mei ini. Bekas pemimpin Wanita PKR, 57, tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Sumber: Malaysiakini.
2. 24.05.2009 - Cina Bukit, bekas "boyfriend" ADUN yang menayangkan anunya membuat ugutan ...
PKR hari ini menafikan dakwaan Aminah Abdullah bahawa ia cuba memberi ganjaran kepada calon bebas itu supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini. Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon bebas termasuk Aminah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber: Malaysiakini.
3. 25.05.2009 - Kak Min membela diri!
Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini. Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Tambahnya, seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Malaysiakini.
4. 26.05.2009 - Akhir sekali ... Mengaku la pulak!
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui dua ahlinya ada menemui calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah, seperti yang didakwa. Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Penanti PKR, Saifuddin Nasution, berkata perbualan seperti yang dirakam dan diedar Aminah itu tidak mewakili parti itu.

Sumber: Berita Harian Online.
Yang tertipu dan yang bodoh ... Rakyat Penanti jugak!

0 Soalan Cepumas Untuk Pengikut Mogok Lapar Selamatkan Kerajaan DAP Perak


Kami bukan berarak, kami hanya berjalan. Fuhh "fit" giler baju minah ADUN Jalong. Tu pasal Siva rapat!

Ketua Hindraf Perak di dalam "Black Maria"

Lembu DAP Perak

Manusia Gila Glamour. Tokoh Pas Tulen.

Lapan wakil rakyat pembangkang ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan. Mereka adalah Ipoh Barat MP M. Kulasegaran, ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh, ADUN Tronoh V. Sivakumar, Thomas Su (Pasir Pinji), Chang Lih Kang (Teja), Lim Pek Har (Menglembu), Leong Mee Meng (Jalong) dan Chan Ming Kai (Simpang Pulai) beserta lima pekerja syarikat pengurusan acara yang terdiri daripada 3 rakyat Myanmar.
Soalan Cempumas: Kenapa polis menangkap mereka?

Jawapan: Untuk mengelakkan mereka berbohong dengan makan dan minum ketika mogok lapar. Apabila disumbatkan ke dalam penjara, baru betul-betul tidak boleh makan dan minum.

3 Fatwa Baru Untuk Puasa Sunat

Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang hari ini mengeluarkan fatwa baru bagi menghalalkan puasa sunat yang dilaksanakan oleh Nizar "The Puppet" Jamaluddin. Antara fatwanya,
"Banyak pihak tidak mengambil maklumat yang betul. Sebenarnya, mogok lapar ini untuk kawan-kawan yang bukan Islam. Yang , (mereka) berpuasa sunat. Hari ini 1 Jamadil Akhir. Menurut takwim hijrah, dari 1 hingga 3 hari bulan, (orang Islam) memang sunat berpuasa. Dalam Islam pun, memang digalakkan berpuasa sunat dahulu sebelum memohon sebarang hajat yang besar."

Sumber: Malaysiakini.
Hasil pertanyaan saya dengan guru saya, Ustaz Ismail Kamus, yang juga merupakan ulama Pas dan juga semakan saya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mendapati:

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

  1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
  2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
  3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
  4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
  5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
  6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
  7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
  8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
  9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.
Inilah ulama Pas, mereka akan lakukan apa saja untuk menghalalkan perbuatan mereka. Jangan keliru dengan "posting" saya. Tidak haram berpuasa pada 1, 2 dan 3 Jamadil Akhir, tetapi janganlah memfatwa tarikh-tarikh berkenaan adalah puasa sunat yang digalakkan di dalam Islam! Moral yang hendak saya sampaikan, jangan menyesatkan umat Islam dengan fatwa baru untuk kepentingan politik yang sempit.

May 25, 2009

6 UMNO Tidak Memerlukan Ahli Sokong Membawa Rebah

Semenjak UMNO dilanda krisis kepimpinan dan teruja dengan kebangkitan Pakatan Haram, semakin ramai pula ahli UMNO yang menjadi duri dalam daging. Politik ugut mengugut semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Terbaru, di Perlis bekas ketua penerangan Umno Perlis mendakwa ramai ahli parti itu termasuk di kalangan Pemuda bersedia meninggalkan parti itu jika beliau berbuat demikian.

Saya tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan baik kumpulan DS Mat Isa Sabu mahupun DS Shahidan Kassim. Bagi saya, menjadi adat parti beradu kekuatan hendaklah ketika perhimpunan agung UMNO. Selepas itu yang kalah menerima hakikat, yang menang jangan menyombong diri. Rapatkan barisan dan jangan bertelagah secara terbuka. Sekiranya ada masalah yang tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, bawalah ke peringkat pusat. Tak kanlah Majlis Tertinggi UMNO tidak dapat menyelesaikan masalah sekuman ini.

Politik ugut mengugut hendaklah diberhentikan. Siapa kita hendak mengugut hendak meninggalkan parti UMNO. Kalau hendak berhenti, berhenti sajalah. Janganlah menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam. Bagi saya tindakan Datuk Hashim Subuh sebagai seorang pengecut dan pengkianat. Tun Dr Mahathir pernah dua kali dalam sejarah meninggalkan UMNO ketika dipecat oleh Tunku Abdul Rahman dan tidak bersetuju dengan pentadbiran Tun Abdullah. Namun beliau tidak sekali-kali melompat parti. Namun, tindakan Hashim Subuh sepatutnya dikutuk habis-habisan. Pengkianat ini tidak lebih dari ingin mendapat habuan dengan menyertai parti pembangkang. Pergi berambuslah kamu dari parti UMNO!

2 Puasa La Pulak Dah ... Hari Tu Kata Mogok Lapar

Setelah Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria mengeluarkan kenyataan yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang membuat kenyataan "spin" yang menegaskan Badan Perhubungan PAS Perak hanya menganjurkan puasa sunat dan munajat dan ianya adalah selaras dengan Islam.

Nampak gayanya Pas tidak mahu mengeluarkan fatwa baru yang mengatakan mogok lapar diharuskan oleh Islam. TG Nik Azizpun terdiam dengan kelakuan Nizar. Apa lagi, terpaksalah Ahmad Awang berbohong bagi pihak Nizar. Antara kata-kata beliau seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily,

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri. Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan. Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat. Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai."

Kenyataan bodoh dari Ahmad Awang ternyata memakan diri. Apabila orang-orang Pas sendiri menyatakan adalah haram mogok lapar dan mufti Perak sendiri telah menyatakan pendirian beliau, barulah Ahmad Awang bersuara. Tak kanlah kita bodoh sangat tidak tahu membezakan antara puasa dan mogok lapar. Kelentong pun janganlah nampak sangat kebodohan diri sendiri. Mana ada mogok lapar yang tidak dibuat sehingga menyiksa diri. Mana ada mogok lapar yang boleh makan? Tak tahulah saya kalau mogok lapar 72 jam boleh siap makan ayam percik dengan daging masak merah.

Sekarang ni Pakatan haram hendak mogok lapar ke atau berpuasa? Kalau berpuasa sunat apa niatnya? Apakah niat berpuasa hendak mendirikan kerajaan komunis di Perak diterima oleh Allah SWT? Kalau berpuasa, sahkah puasa Sivakumar dan Nga & Ngeh bersaudara. Kalau berpuasa tidak payahlah heboh-heboh. Orang lain puasa sunat Isnin dan Khamis tidak bisingpun. Kenapa baru hendak puasa 3 hari kena buat "press statement" dekat ibu pejabat parti komunis. Mungkin ada yang berkata, bagi umat Islam berpuasa, bagi bukan Islam mogok lapar. Mana ada keadilan di sini. Umat Islam dibolehkan berbuka di malam hari. Bukan Islam pula kena berlapar selama 72 jam. Di mana keADILan yang dilaung-laungkan. Nampak sangat sudah terperangkap dengan mainan politik sendiri! Baca balik betul-betul "press statement" Pakatan Haram di sini. Mana ada cadangan untuk berpuasa? Hendak "spin"pun janganlah sampai orang naik meluat!

May 24, 2009

4 Tanah Kubur Masih Merah, Sudah Sibuk Mengerakkan Jentera Pilihanraya

PAS kawasan ini telah menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Haji Ismail Yaakub pagi Jumaat lalu. Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, persiapan awal telah digerakkan bermula semalam dengan mengadakan beberapa pertemuan. "Dan malam ini akan diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan di Dun Manek Urai. Kita membuat persiapan awal sebelum jentera peringkat negeri turun," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan jalan raya di Ladang Pasir Gajah, petang tadi

Sumber: Harakahdaily.
Fuh! Gila sungguh orang-orang Pas di dalam Pakatan Haram ini hendak berpilihanraya. Merah lagi tanah perkuburan Paksu Wel disemadikan pada pada petang Jumaat, keesokan harinya sudah dimulakan dengan persiapan pilihanraya kecil. Bukankah lebih baik diadakan dulu majlis bacaan Yasin dan tahlil kepada Allahyarham. Agaknya kalau ada wakil rakyat di dalam Pakatan haram, yang batuk atau selsema, tentunya pihak lain di dalam Pakatan tersebut yang mengharapkan kematiannya. Maklumlah, terlalu taksub dan beria-ria hendak mengadakan pilihanraya. Apa da ...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates