May 16, 2009

1 Husam Jumpa Raja "Expired" Dan Raja Video Lucah

Antara barisan kepimpinan Malaysia Republic Of Communist. Kanan sekali Husam!

Husam Musa yang baru dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas bersama-sama Ustaz Azizan Abdul Razak, Ustaz Harun Din, Mohammad Sabu dan Nassaruddin Mat Isa, kini mengorak langkah untuk mempopularkan dirinya. Ketua Erdogan dan orang kepercayaan AnWar "Mantan Banduan Salah Guna Kuasa" Ibrahim ini diberitakan telah bertemu dengan Tengku Razaleigh petang tadi, dan akan menemui Chua Soi Lek esok atau pada hari Isnin depan.

Orang-orang Pakatan Haram ini memang terkenal dengan sifat suka mengambil kesempatan di atas sekelumit ruang yang ada sekiranya perkara berkenaan berpihak kepada mereka. Dalam kes ini, barang kebetulan seorang keturunan Raja yang hampir bersara, juga mengidam untuk menjadi Perdana Menteri dan seorang lagi Raja Video Seks Lucah telah menyatakan pendapat mereka yang mahukan pembubaran DUN Perak untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Cuba kita fikir dan tenung dalam-dalam, apabila 3 orang dari Barisan Nasional, satu dari Gerakan Pulau Pinang yang partinya telah kalah teruk di dalam PRU12, keduanya anak raja yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri seperti Anwar "Mantan Banduan Salah Guna Kuasa" Ibrahim dan terakhir satu dunia sudah tahu Raja Video seks lucah yang bercadang berhijrah ke Pakatan Haram mengemukakan pendapat peribadi mereka, Malaysiakini dengan "spin"nya menulis berita sebegini:
Kemelut politik di Perak yang berlanjutan sejak Februari lalu, telah mendapat reaksi daripada beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional antaranya dari MCA dan Gerakan yang mahukan DUN Perak dibubarkan.

Sumber: Malaysiakini.
Husam ... Husam. Kau hendak jadi popular pun carilah orang yang ada karisma sedikit. Apa daa ... Masalah politik wang dalam parti korang sibuk hendak sorok, masalah hendak menyelamatkan kerajaan DAP di Perak pula yang hendak disibukkan.

0 Battle Of Two Giants

You can forget your wife & your girlfriends, but you can't forget this one!

Updated 9.45 p.m.:

We're the Champion again. 3 seasons in a row. Keep on dreaming Rafa.

We're the Champion!!!

May 15, 2009

9 Bukan Perkauman Tetapi Inilah Kenyataannya

Gerakan Pulau Pinang hari ini mendesak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya segara memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuka jalan mengadakan pilihan raya negeri.

Pengerusinya Datuk Dr Teng Hock Nan berkata langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya memimpin urusan pentadbiran negeri itu.

Sumber: MStar.

Agak janggal bagi seseorang yang mewakili parti Barisan Nasional mengemukan pendapat yang bertentangan dengan pendapat parti. Pendapat yang datangnya dari parti yang tidak mempunyai kuasa di negeri yang pernah diperintah oleh partinya wajar dibuang ke longkang. Parti Gerakan sewajarnya memperkukuhkan kembali penguasaan di Pulau Pinang dan merampasnya kembali di dalam PRU13, dan bukannya menyalak menyokong rakan-rakan sekaumnya di dalam pakatan pembangkang di Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Ir Tan Ah Chong. Lain kali kalau tidak ada benda untuk dipercakapkan, Dr Teng wajar menutup mulutnya.

Namun begitu saya tertarik dengan Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Mohamad Zawawi Abu Hassan di dalam berita yang sama, yang berharap semua pihak menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi yang menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan rakyat selama ini. Adakah Kerajaan Perpaduan di Perak di antara Pas-UMNO akan menjadi kenyataan? Adakah ini boleh diterjemahkan daripada peristiwa 7 Mei dalam Dewan Undangan Negeri di Perak, di mana YB-YB PAS semuanya duduk diam, menghormati dewan dan berhemah kecuali Mantan MB, Tan Ah Chong yang terikut-ikut dengan YB-YB DAP yang menjerit-jerit dan merosakkan keadaan dan lain-lain?

0 Kahwin Mutaah Pas

Tersenyum panjang saya apabila membaca kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) di dalam Harakahdaily hari ini. Hu Pang Chow telah menggesa penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu disegerakan kerana sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu kelihatan sudah semakin tepu. Kata-katanya yang menarik perhatian saya:
"Kita kena pandang jauh. Jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak ikhtiar (dapatkan sokongan). Macam kita sebut kepada kekasih I love you. Sebutlah seribu kali pun, tetapi bila ajak kahwin, tidak mahu. Lama-lama tentulah dia (kekasih) lari."
Bukan menjadi suatu perkara pelik bagi Pas yang selalu bersekedudukan dan melafazkan kata-kata cinta untuk menarik perhatian pasangannya. Apabila pasangannya berhasrat untuk bersatu (berkahwin secara sah), macam-macam alasan yang diberikan. UMNO salahlah. UMNO jahatlah. Dahulu semasa Pas bersekedudukan dengan DAP semasa di dalam Pakatan Alternatif, tidak juga kahwin-kahwin. Sekarang bersekududukan haram pula dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat. Masing-masing tidak mahu mempunyai ikatan yang sah. Suka buat benda yang haram. Mungkin kahwin mutaah kut. Bagi bukan Islam yang tidak tahu apa itu kahwin mutaah, ia adalah kahwin sementara yang sekadar untuk melampiaskan nafsu semata-mata. Apabila telah seronok, diceraikan isteri tersebut tanpa ada apa-apa tanggungjawab. Amalan ini telah diharamkan oleh Rasulullah SAW pada zamannya lagi, namun masih diteruskan oleh puak-puak Pas sehingga sekarang. Mungkin ini juga yang akan berlaku kepada Kelab Penyokong Pas. Habis madu sepah dibuang. Karam Singh Walia melaporkan untuk Warta Cucu Tok Selampit.

May 14, 2009

3 Pas & Sumpah Seranahnya

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata:
“Hari ini dia (Umno) pakai rampas bodoh saja, sudahlah bodoh jahat pula, ‘bodoh..jahat..gila’.

“Kita (PAS) kena banyak sabar dan percayalah orang yang bodoh, jahat dan gila ini lama-lama kena berkas. Dia (Umno) tidak boleh kuat selama-lamanya,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-49, di Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman.

Sumber: BuletinOnline.net.
Kalau Tok Guru mula bercakap bodoh, jahat dan gila, maka sudah pastinya anak-anak buah akan menghalalkan maki hamun. Apa sudah jadi dengan orang Pas ini. Kalau tidak percaya jenguk-jenguklah blog-blog kaum-kaum Pas ini. Penuh dengan maki hamun dan sumpah seranah. Sampai apa yang ada di dalam kain emak mereka pun sudah ditulis di dalam "posting", Masyaallah. Tahniah pemimpin dan pengikut Pas. Banyak yang kamu pelajari dari kerjasama kamu dalam Pakatan Haram yang dikepalai orang Mantan Banduan Salah Guna Kuasa dan Peliwat. Tahniah sekali lagi kaum Pas. Kamu semua layak menjadi contoh untuk anak cucu Nabi Adam. Kata orang tua, kalau berkawan dengan kambing, berbau kambing juga, kata saya kalau berkawan dengan peliwat, lambat laun akan meliwat juga.

May 13, 2009

0 Kenapa Tangguhkan Ahli Bersekutu Kerana Takutkan UMNO?

Selepas menangguhkan idea kerajaan perpaduan dengan BN, kini cadangan penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS, turut menerima nasib yang sama. Mursyidul amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagaimanapun menyifatkan penangguhan itu sebagai "masalah pentadbiran" bagi mengelakkan "serangan habis-habisan" pihak Umno.

"Saya berterima kasih atas kesudian ahli kelab penyokong PAS untuk menjadi ahli (bersekutu). Saya dengar, mesyuarat PAS pusat telah menerima (cadangan) membolehkan orang bukan Islam menjadi ahli PAS. Cuma tidak sampai masa lagi, (sebab) bimbang Umno dok serang kita habis-habisan. Maka terbalik (terancam) macam DAP satu masa dulu bersama dengan kita dalam Barisan Alternatif. DAP sudah masuk, tetapi dia keluar balik," katanya.

Sumber: Harakahdaily.
Sejak bila pula Tok Guru perlu takutkan serangan UMNO ketika hendak membuat sesuatu polisi di dalam parti sendiri. Apa relevannya kritikan dan serangan UMNO? Saya rasa kalau Pas hendak membuka keahlian kepada bukan Islam atau bergabung dengan parti DAP sekalipun, UMNO peduli apa. Sekiranya polisi yang ingin dibuat baik untuk ahli dan parti kenapa hendak takut? Adakah ada udang disebalik batu dengan penawaran bukan Islam menjadi ahli bersekutu Pas? Tak faham saya dengan Tok Guru. Saya pernah mempertikaikan kewajaran satu-satunya Parti Islam di Malaysia membuka keahlian parti itu kepada bukan Islam bagi menghargai sokongan mereka dalam pilihanraya umum lalu, hasil daripada pemukiman di Langkawi. (Lihat di sini). Cumanya mereka hendaklah mengkaji semula nama parti berkenaan sama ada masih relevan atau tidak. Bukankah begitu Tok Guru? Buat Manoharan dan Uthayakumar, tidak perlulah menubuhkan parti baru, Kongres Makkal Sakhti. Cukuplah dengan menyertai Pas, silap-silap haribulan boleh jadi Presiden atau Timbalan Presiden. Gempaq woo ...

0 Brilliant Ideas

Some interesting paper extraction from US ...

This was an article from the St. Petersburg Times Newspaper on Sunday. The Business Section asked readers for ideas on "How Would You Fix the Economy?"

I think this guy nailed it!

Dear Mr.President,

Patriotic retirement:

There are about 40 million people over 50 in the work force; pay them $1 million a piece severance with stipulations:

1) They leave their jobs. Forty million job openings - Unemployment fixed.
2) They buy NEW American cars. Forty million cars ordered - Auto Industry fixed.
3) They either buy a house or pay off their mortgage- Housing Crisis fixed.

All this and it's still cheaper than the "bailout".

May 12, 2009

1 Hari Ini Dan Semalam

Semalam:
Umno dimalukan oleh keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar bertepatan pada hari kelahiranya parti itu yang ke 63 semalam.

Sambil mengucapkan selamat hari jadi kepada Umno Datuk Seri menganggap keputusan mahkamah tersebut sebagai hadiah rakyat kepada Umno.

"Saya harap Umno terimalah keputusan ini sebagai hadiah istimewa daripada rakyat," komen beliau pada sidang akhbar di kediamannya semalam selepas mesyuarat tergempar Exco semalam.

Sumber: TVAntara.com.
Hari Ini:
The Court of Appeal grants Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir his application for a stay of execution on the KL High Court ruling Monday that declared Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin the righful mentri besar of Perak. Essentially, it might mean Dr Zambry is mentri besar until his appeal is heard.

Source: The Star.
Tiada nasihat daripadaku untuk Nizar melainkan kata-kata yang dituturkan oleh Mantan Banduan Salah Guna Kuasa semalam, katanya:

Keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Sehubungan itu, katanya, adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan.

Sumber: TVAntara.com.

Dalam erti kata lain, waktu hangpa, kami terima. Sekarang waktu kami. Jadi hangpa kena terima la ya!!! Betul kata Nizar, hadiah istimewa daripada rakyat.

Khabarnya, pagi tadi beria-ria Si Nizar ni hendak mengadap Pemangku Sultan Perak untuk diperkenankan pembubaran DUN Perak. Apa cerita? Kena "reject" lagi ke? Kalau betul sudah 2 kali. Tak tahu malu ke?

5 Kepentingan Belajar Bahasa English

Siapa kata pembelajaran Bahasa English itu tidak penting. Lihat remaja di atas. Beliau sanggup melapangkan masa untuk sembahyang berjemaah di masjid. Bukan semua orang berkesempatan berbuat begitu. Adakah beliau dengan sengaja memakai baju bertulis "Born To Rock, Drink and Fuck" atau adakah beliau tidak memahami frasa perkataan berkenaan?

May 11, 2009

1 Nizar Akan Sembah Derhaka Pohon Perkenan Bubarkan DUN Perak

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana skrip yang ditulis oleh tuannya untuk dipersembahkan oleh Menteri Besar Yang Disahkan Oleh Mahkamah, Nizar "the puppet" Jamaluddin ketika menghadap Tuanku Sultan Perak dalam sehari dua ini. Kalau tidak betul 100%, mungkin sebahagian skripnya adalah seperti berikut:
"Ampun Tuanku Beribu Ampun. Sembah derhaka patik pohonkan. Izinkan patik memohon perkenan ke bawah Tuanku untuk membubarkan DUN Perak. Biarlah Rakyat Perak sekali lagi menentukan untung nasib kami. Bukankah Tuanku tidak tahu kami telah kehilangan majoriti dewan. Kami sekarang tinggal 28 ahli ADUN sahaja Tuanku berbanding 31 daripada BN. Tuankukan sudah maklum, patik masih lagi Menteri Besarpun inipun disebabkan masalah teknikal tafsiran undang-undang mahkamah dan bukannya atas restu Tuanku. Mohon sembah derhaka patik kerana melalui pembubaran DUN inilah kami berpeluang untuk sekali lagi mengharu birukan Perak dengan provokasi kami dan ceramah kami 24 jam. Tuankukan tahu kami tidak berminat dengan masalah rakyat. Kami hanya hendak berpolitik saja Tuanku. Kalau Tuanku masih dengan kedegilan Tuanku, kami menyembah derhaka akan terus mengharu-birukan negeri Perak ini. Ampun Tuanku."
Tercegat di luar Istana, kembar siam Nizar, Nga & Ngeh tersenyum-senyum menantikan berita baik dari Nizar. Manakala pemandu yang setia, Sivakumar pula menantikan arah tuju yang hendak ditetapkan oleh tuannya.

1 Nizar Jamaluddin Sah Menteri Besar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Sumber: Malaysiakini.
Tahniah Si Nizar kerana mahkamah tinggi telah berpihak kepada anda. Selepas ini, berduyun-duyun "bloggers" Fuckatan Riot seia senada menulis bahawa mahkamah adalah adil, mahkamah membuat pilihan yang tepat dan keadilan telah ditegakkan. Bagaimanalah agaknya kalau Nizar kalah sebentar tadi?

Kemana selepas ini? Rayuan ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan oleh Dr Zambry? Atau adakah pilhanraya negeri Perak akan diadakan. Nizar sebelum ini menegaskan beliau akan mengadap Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN Perak, sekiranya mahkamah tinggi membuat keputusan berpihak kepadanya. Bagi pendapatku, Tuanku Sultan perlu membuat pertimbagan untuk membubarkan DUN untuk mengelakkan krisis di Perak dari terus berpanjangan. Biar mahkamah tertinggi di Malaysia membuat penghukuman - Mahkamah Rakyat. Belum tentu PR dan BN boleh mendabik dada mereka akan memenangi kerusi DUN Perak dengan majoriti yang selesa.

1 Nizar Si Pembelit

Seorang Ayah yang yang sedang hendak melelapkan mata merasa agak marah apabila anak-anaknya bermain terlalu bising bersama-sama kawan-kawanya di ruang tamu rumah. Beliau kemudiannya memanggil salah seorang anaknya seraya berkata,
"Ayah mahu tidur dan berehat, jadi hormati permintaan ayah. Kamu faham? Jika kamu mahu Ayah membeli gula-gula lagi selepas ini, kamu perlu bermain secara diam-diam. Faham?"

Anak yang belum akhil baligh dan lurus bendul ini, mengajak rakan-rakanya bermain di luar rumah. Sambil bermain beliau memberitahu rakan-rakanya bahawa Ayahnya akan membelikannya gula-gula yang banyak.
Begitulah juga perumpaannya bagi mengambarkan baris-baris ayat yang telah disampaikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah kepada bekas menteri Besar Perak, Mohamad Nizar "The Puppet" Jamaluddin dan bekas exco kanan, Ngeh Koo Ham . Titah baginda itu disampaikan secara berbisik ketika kekecohan yang diwujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa mesyuarat pertama penggal kedua sidang DUN Perak, Khamis lalu:
‘‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?”
Tanpa segan silu Si Nizar pembelit ini lagaknya seperti budak belum akhil baligh telah memulakan siri jelajahnya untuk mencanang ke merata negeri melalui siri kempen ceramahnya mengatakan bahawa Raja Nazrin semasa berbisik telah berjanji untuk menyebelahi beliau dan rakannya-rakannya dalam krisis negeri itu. Tidak habis-habis si pembelit ini hendak memutar belitkan kenyataan dan menipu rakyat Perak bersama-sama saudara-saudara DAPnya. Tanpa ada rasa segan, malu atau berdosa.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates