April 29, 2009

0 Berita Hot - Brother Anwar Bin Ibrahim Orang Kedua Paling Berpengaruh Di Dunia

Sahabat saya, Wei Liang telah menyampaikan satu khabar gembira buat golongan-golongan bi-seksual dan gay. Brother Anwar Bin Ibrahim telah dinobatkan sebagai orang ke 2 paling berpengaruh di dunia (lihat di sini) selepas Moot (minta maaf, saya sendiripun tidak kenal siapa dia Moot) oleh Majalah Time. Hebat ... Hebat ... Saya menjangkakan beliau berada di tempat pertama kerana prinsipnya depan boleh, belakangpun boleh. Walau bagaimanapun, tahniah Brother Anwar Bin Ibrahim. Hidup Anwar, Hidup Anwar, Hidup Gay!Setakat ini dulu, teksi sudah tunggu di bawah. Mahu balik Semenanjung sudah! Selamat tinggal Sabah. I'll miss you.

0 Lagi Drama Senetron Mengenai Wakil Rakyat

Tidak habis-habis rakyat Malaysia dihidangkan dengan drama senetron dan telenovela yang memualkan daripada wakil-wakil rakyat sama ada dari Barisan Nasional ataupun dari Pakatan Rakyat. Ada yang tidur nampak kemaluan, ada yang bermukah dengan isteri orang, ada yang meletak jawatan kerana hendak menyambung pelajaran dan ada pula wakil rakyat lelaki yang suka main belakang lelaki walaupun Malaysia memang terkenal dengan keayuan wanita-wanitanya.

Terbaru ADUN Kedah kawasan Kuala Nerang, Syed Sobri Syed Hashim, yang didakwa menghadapi masalah kewangan yang tidak akan meletak jawatan. Pada 3 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000. pada 16 November tahun lalu, beliau pernah mengaku sudah menjelaskan semua hutang bank berkenaan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika itu juga mengesahkan spekulasi pilihan raya kecil tidak timbul lagi kerana isu itu “kini hanya bersifat akademik kerana sudah ada penyelesaian.” Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya difahamkan soal muflis sudah selesai kerana kedua-dua pihak yang terbabit iaitu Syed Sobri dan bank telah mencari jalan penyelesaian.

Untuk rekod, pada pilihan raya umum tahun lepas, Datuk Syed Sobri telah menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti hanya 805 undi.
Kesian Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mohd Shafie Apdal yang terpaksa menyelesaikan masalah biawak hidup yang seorang ini. Meriah betul senario politik di Malaysia. Ada sahaja bahan yang hendak ditulis oleh kami, pihak bloggers.

2 Akhirnya Jasa Mansor Osman Dibalas

Anak kelahiran Kedah yang juga mempunyai 3 sarjana, Mansor Osman, 56 bakal menjadi calon PKR di dalam pilihanraya kecil Penanti. Mansor adalah bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mansor merupakan bekas setiausaha politik Brother Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mansor juga merupakan Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang. Mansor pernah bertanding di kerusi DUN Pulau Betong pada Mac 2008 tetapi tewas dengan perbezaan 294 undi di tangan Muhamad Farid Saad dari BN-Umno.

Mansor juga pernah dijadikan "kambing hitam" untuk mendaftar sebagai calon Permatang Pauh bersama-sama Brother Anwar. Ini adalah langkah kecemasan sekiranya berlakunya sesuatu yang tidak diingini ke atas pencalonan Brother Anwar. Sekiranya pencalonan Brother Anwar ditolak, maka Mansor Osman akan mewakili parti PKR. Beliau kemudiannya menarik diri dari menjadi calon apabila PKR yakin pencalonan Brother Anwar telah diterima oleh SPR.

Pencalonan Mansor Osman di DUN Penanti dan dijanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, membolehkan penguasaan yang lebih luas dan berpengaruh ke atas kerajaan negeri tersebut oleh Brother Anwar. Brother Anwar dapat memastikan perjalanan kerajaan Pulau Pinang akan sentiasa berada di bawah penguasaannya. Sebagai anak jati Pulau Pinang, beliau mahu memastikan Pulau Pinang berada di dalam pengaruhnya. Guan Eng hanyalah badut yang memainkan lakonan di pentas mengikut "script" dan lakon layar yang telah disediakan olehnya.

Perjalanan yang berat dan berliku buat UMNO sekiranya mereka berhasrat untuk bertanding di kerusi DUN Penanti memandangkan Penanti merupakan kubu kuat PKR dan kubu inilah yang memberikan undi yang terbanyak kepada Brother Anwar sewaktu PRK Permatang Pauh. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang sudahpun menawarkan diri untuk menjadi calon bebas. Adakah kita akan melihat pertandingan satu lawan satu atau mungkinkah UMNO akan meletakkan calonnya untuk disembelih di dalam PRK kali ini. Apapun pengorbanan Mansor Osman telah diberikan ganjaran yang sewajarnya oleh Brother Anwar.

Nota Kaki: Cucu Tok Selampit diberitahu oleh seorang pengunjung blog bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim telah diurut dan disiarkan secara "live" di televisyen Thailand dengan disaksikan oleh jutaan rakyat Thailand. Lihat Malaysia Instinct di sini. Rakyat Malaysia mungkin tidak berpeluang melihat rakaman tersebut tetapi Insyaallah mungkin rakaman yang lebih baik akan kita saksikan seperti yang telah dijanjikan oleh Mohammad Saiful Bukhari Julai nanti.

April 28, 2009

3 Akta Anti Culik? Culik Kat Mana?

Kerajaan dicadang mengubal akta anti culik bagi memastikan tiada wakil rakyat 'dilari dan disembunyikan' lagi pada masa hadapan sehingga boleh meruntuhkan sebuah kerajaan. Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, akta seumpama itu lebih perlu berbanding akta bagi menghalang wakil rakyat meletak jawatan seperti dicadangkan ramai pemimpin Umno.

"Mana baik meletak jawatan secara terhormat atau menculik wakil rakyat dan kemudian memaksa mereka menyokong parti tertentu sehingga menyebabkan sebuah kerajaan tumbang. Itulah realiti yang berlaku di Perak sekarang sehingga kerajaan Pakatan Rakyat tumbang melalui rampasan kuasa. Kalau ada akta anti culik sudah perkara seperti itu tidak berlaku," katanya ketika dihubungi di Makkah hari ini.

Sumber: Haprakdaily.

Pertamanya, saya agak terkejut apabila membaca komen Tok Guru. Saya ingat beliau sudah kembali dari mengerjakan umrah. Rupanya beliau masih berada di sana dan dijangka pulang ke Malaysia 3 Mei ini. Begitu kemaruk sekali wartawan-wartawan Haprakdaily untuk mendapatkan ulasan beliau, walaupun ketika TG Nik Aziz sedang mengerjakan ibadat. Tidak bolehkah membiarkan orang tua itu berehat buat seketika dan mengingati Allah tanpa diganggu.

Keduanya, akta anti culik Tuan Guru? Kenapa hendak diadakan akta baru. Bukankan sekiranya seseorang itu 'dilari dan disembunyikan' oleh mana-mana pihak sekalipun merupakan satu kes jenayah yang berat dan boleh disabitkan dengan kanun keseksaan? Ini adalah kes polis Tuan Guru. Bukankah ADUN Bukit Selambau pernah diberitakan diculik dan disembunyikan, tetapi beliau telah didapati bersenang-lenang di India. Kenapa laporan polis mengenai kehilangannya tidak dilaporkan?

Ketiganya, Tuan Guru menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional telah menculik 3 wakil rakyat PKR dan DAP dan kemudian memaksa mereka menyokong parti Barisan Nasional. Sejak bilakah mereka diculik. Bukankah mereka keluar dari PKR dan DAP di atas kerelaan mereka? Siapa pula yang memaksa mereka menyokong parti BNl Perak? Apakah mereka telah membuat laporan polis bahawa mereka telah diugut atau keluarga mereka telah diculik atau diancam? Bukankah mereka telah dewasa untuk menentukan hala tuju mereka sendiri. 3 ahli pembangkang ini telah berpaling tadah, menjadi ahli DUN bebas dan memberi sokongan kepada BN Perak. Disebabkan faktor tersebut, BN Perak telah mendapat majoriti dewan. Mana datangnya rampasan kuasa? Faham bahasa Malaysia atau tidak. Kalau tidak saya boleh minta kawan-kawan terjemahkan dalam bahasa urdu, arab, tamil atau mandarin.

April 27, 2009

3 Terbukti Brother Anwar Bin Ibrahim Tiada Telor!

Kegagalan Brother Anwar Bin Ibrahim untuk mengumumkan kabinet bayangan seperti yang pernah beliau ura-urakan semenjak ingin menubuhkan kerajaan impian 16 September lepas membuktikan beliau sebenarnya hanyalah seorang pembohong, pengecut, dayus atau “no balls” kata orang putih.

Di dalam mesyuarat dalaman Parti Kelentong Rakyat (PKR) pada hari Ahad yang lepas, beliau mengumumkan hanya ingin melaksanakan ahli jawatankuasa kabinet bayangan (shadow cabinet committee) yang terdiri daripada 8 hingga 15 ahli parlimen. Mereka inilah yang akan mengawasi kerajaan Barisan Nasional. Inilah kegagalan dan kelemahan Brother Anwar. Bila cakap berapi-api. Bila hendak melaksanakan telor hilang entah ke mana, terus jadi pengecut dan dayus. Kenapa saya berkata begitu. Lihat alasan-alasan berikut:

1. Beliau pengecut untuk mengumumkan tokoh yang sepatutnya berada di posisi kabinet, siapa menteri dan siapa timbalan menteri sekiranya beliau ditakdirkan memerintah. Siapa Perdana Menteri, siapa timbalannya, siapa menteri pertahanan dan sebagainya. Beliau hanya pandai bermain kata-kata. Kebenarannya, beliau tahu riwayat hidupnya akan berakhir di Sungai Buluh selepas Julai tahun ini.

2. Apabila ahli jawatankuasa kabinet bayangannya tidak dapat menjalankan tugas atau tidak dapat menyaingi kepintaran kabinet DS Najib, amat mudah baginya untuk menyalahkan keseluruhan ahli jawatankuasa daripada menunding jari kepada seseorang individu. Seteruk-teruk DS Najib, beliau berani melaksanakan “Key Performance Indicator” untuk setiap individu kabinetnya. Bagi Brother Anwar, Mohammad Fairuz seorang pun, kelam kabut satu Malaysia dibuatnya.

3. Dengan melaksanakan ahli jawatankuasa ini jugalah Brother Anwar boleh terus berpura-pura dengan Pas dan DAP. Jumpa DAP cakap Kit "Siang ikan" akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Jumpa Pas pula, cakap Haji Hadi jadi timbalannya. Apa punya lidah bercabang punya orang.

4. Kewujudan ahli jawatankuasa ini menunjukkan bahawa Pakatan Haram tidak bersedia untuk menjadi alternatif kepada kerajaan yang sedia ada. Kalau setakat hendak mengkritik, dreber teksi lagi pandai. Baru rakyat bagi bagi 5 negeri, habis penuh dengan drama swasta , senetron dan telenovela dipersembahkan oleh mereka.

5. Bukankah kabinet bayangan ini bagi membuktikan bahawa kamu Pakatan Haram adalah “government in waiting”, yang akan mengambil alih setiap satu posisi kementerian. Wahai Brother Anwar, tidakkah kamu tahu bahawa kamu tidak boleh melantik “committee” atau ahli jawatankuasa untuk menjadi menteri atau timbalan menteri. Cakap bodoh marah, tapi apa semua ini. Cakap tidak serupa bikin.

6. Bukankah dengan mewujudkan kabinet bayangan, kamu boleh dapat melihat siapakah di antara banyak-banyak ahli parlimen Pakatan Haram yang boleh menyinar dan ada potensi. Atau adakah kamu merasakan tidak ada ahli parlimen Pakatan Haram yang layak dan berpontensi untuk diketengahkan?

Selepas ini saya berharap bahawa Brother Anwar dapat kurangkan bercakap kerana lebih banyak beliau bercakap, lebih banyak pekung Pakatan Haram yang akan beliau dedahkan. Malu saya untuk mengaku sekiranya saya adalah ahli PKR (minta simpang malaikat 44). Nama sahaja ada ketua "de facto" tetapi tiada telor.
Nota kaki: Terima kasih kepada Ahmad Nafi Hambali, isteri dan anak-anak di atas kesudian menjemput saya untuk makan tengah hari di rumah saudara di Puntatan tempoh hari. Walaupun kita hanya berkenalan di dunia "blogspeare", memori indah bersama saudara sekeluarga akan saya bawa pulang ke Semenanjung. Jazakallahhukhaira.

2 Ayahanda Tun Dr Mahathir Bersama Upin & Ipin

video

Jasamu dikenang ...

1 Orang Yang Tidak Berparti Sudah Membuat Rombakan Di Dalam PKR

Brother Anwar Bin Ibrahim, di dalam sidang pimpinan bulanan di Ibu Pejabat hari ini, telah mengambil tindakan tegas dengan melakukan perubahan di dalam PKR seperti berikut:

1. Presiden, Wan Azizah perlu lebih menyerlah. (Bagaimana hendak menyerlah sekiranya orang yang tidak berparti lebih berkuasa dari Presiden Parti)

2. Timbalan Presiden, Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti. (Dalam erti kata lain, kau adapun tak pa, kau tak dak pun tidak menjadi soal. Nasib baik parti kau bergabung dengan PKR. Kalau tidak tak merasalah jawatan Timbalan Presiden PKR. Itupun, macam lembu kau dibuatnya)

3. Azmin Ali dengan Tian Chua pergi main jauh-jauh. Kamu berdua yang lembut semacam sudah tidak berfaedah lagi. Tempat kamu digantikan dengan Saifudin Nasution dan Latheefa Koya.

Lain-lain perubahan, saudara dan saudari boleh melihat di sini.

Sebenarnya saya amat tidak berminat untuk membuat komen siapa yang Brother kita ni lantik dan siapa yang beliau gugur kerana parti lambang mata satu (dajal?) ini tidak lebih daripada sebuah parti picisan. Cuma saya yang begitu mentah berpolitik ini agak hairan dengan kedaifan ilmu (cakap bodoh nanti orang marah) barisan kepimpinan PKR berpolitik. Bagaimana seorang yang tidakpun menjadi ahli PKR, boleh membuat keputusan di dalam mesyuarat parti. Bagaimana "pemimpin de facto" ini boleh mengarah-arah Presiden dan Timbalan Presiden yang kelihatan seperti lembu yang dicucuk hidung.

Kenapakah ahli-ahli PKR sendiri tidak bertanyakan perkara ini? Apakah persoalan ini tidak bermain di kotak fikiran mereka - kenapa sehingga kini Anwar Bin Ibrahim masih lagi tidak menjadi ahli PKR? Apakah di dalam perlembagaan PKR tercatatnya jawatan "de facto"? Apakah parti PKR adalah sebuah parti kedai runcit (meminjam kata-kata Raja Petra Kamaruddin) dan membiarkan orang luar dari parti memimpin PKR seperti kedai runcit?

0 Congratulation The Welsh Wizard

Ryan Joseph Giggs (born 29 November 1973 in Cardiff, one old younger than me) is a football player for Manchester United. Originally named Ryan Joseph Wilson, he subsequently adopted his mother's surname. He was born in Wales, but was brought up in England. He played for the England Schoolboys team, but plays for the Welsh national team as an adult. Contrary to popular opinion, Giggs could not have played for the full England national side. He could only play for the English Schools team because he went to school there. In order to play for the England national team, he would have had to be born in England or have had English parents or grandparents. However, both his parents and all four grandparents are Welsh.

Giggs began his football career at Man City, having been signed as a 14 year old by the club after being spotted on the streets of Manchester. His mazy dribbling skills would earn him comparisons to players such as George Best, Diego Maradona, and Johan Cruijff. Giggs' talent grew in reputation, and thus Alex Ferguson, manager of Manchester United, went to his house to urge him to sign for Manchester United instead of Manchester City. He persuaded Giggs by waiving YTS forms with the opportunity to turn professional in three years. Giggs ended up signing with Man United.

Giggs is Manchester United's longest serving current player, having made his first appearance for the club during the 1990-91 season and been a regular player since the 1991-92 season. He has played the second highest number of competitive games for the club (second only to Bobby Charlton), and holds the club record of team trophies won by a player (23). Giggs is the most decorated footballer in the history of Manchester United, having won eight Premier League championship (a record he shares with Liverpool's Alan Hansen, Phil Neal and Kenny Dalglish), one Champions League and four FA Cup titles. He has also won the PFA Young Player of the Year award twice. He is the top all time scorer in the FA Premier League not to play in a striker position.

On last Sunday night, the top Professional Footballers' Association accolade was the one prize that had eluded English football's most decorated player since making his United debut in March 1991. He has been voted player of the year by his fellow English league professionals for the first time at the age of the 36. And still he is now hoping to make his 800th appearance for the Premier League leaders in Wednesday's Champions League semifinal first leg against Arsenal. Well done and congratulation The Welsh Wizard!

April 26, 2009

3 Perlukah Pas Menjadi "Multiracial Party"?

PAS mengambil satu lagi langkah yang agak drastik dengan membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu ketika pilihan raya dalam usaha menarik lebih ramai penyokong bukan Islam. Malah perkara berkenaan bukan merupakan perkara yang baru. Pas telah membenarkan seorang bukan Islam, Saja @ Mearaj Patani untuk bertanding di dalam PRU 12 yang lepas bagi kerusi Seri Medan, Johor mengunakan lambang partinya iaitu bulan mengambang penuh. Calon bukan Islam pertama yang bernaung di bawah panji Pas itu walau bagaimanapun tewas kepada calon Barisan Nasional, Ahmad Zahri Jamil.

Persoalan yang ditimbulkan oleh akar umbi adalah perlukah parti Islam ini dibuka penyertaannya kepada lain-lain kaum bukan Islam di Malaysia? Adakah parti berkenaan begitu terdesak untuk menarik sokongan bukan Islam? Atau adakah parti berkenaan mahu dilihat liberal seperti mana rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat yang tidak berdaftar seperti PKR dan DAP?

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub ketika ditemuramah oleh Mstar berkata, cadangan membolehkan calon-calon bukan Islam untuk menggunakan lambang parti itu akan diputuskan secara muktamad oleh Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat selepas Muktamar tahunan parti bulan Jun ini. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, dalam mesyuarat jawatankuasa pusat itu hampir kesemua sayap parti itu bersepakat untuk bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan itu.

Bagi pendapat Cucu Tok Selampit, sekiranya PAS berhasrat untuk membuka pintu kepada orang bukan Islam, ianya hendaklah dilakukan secara meluas. Di dalam ertikata yang lain, bukan setakat bertanding di dalam pilihanraya menggunakan lambang bulan mengambang penuh, sebaliknya ahli-ahli bukan Islam berkenaan dibenarkan untuk bertanding untuk jawatan-jawatan di dalam parti bahkan boleh menjadi Presiden PAS sekalipun, apabila Majlis Syura Ulama berfungsi sepenuhnya terutama dalam perkara-perkara dasar dan penggubalan parti. Persoalan yang timbul adalah sekiranya Pas turut membuka pintu partinya kepada kepelbagaian kaum sepertimana yang diamalkan oleh parti PKR dan DAP, bukankah elok sekiranya ketiga-tiga parti berkenaan membubarkan sahaja parti masing-masing dan mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti pelbagai kaum yang yang sah dan utama di Malaysia. Bukankah elok tidur sebantal dan mempunyai mimpi yang sama?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates